Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Pembentukan Ladam Kuda.

Sumber: Google

Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).

Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda.

Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu
Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform
setiap ahli, memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling
penting ia merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan
beruniform yang lain.

Sumber: Simpanan Peribadi


Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda:

Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli)

Cara 2: Untuk Pasukan Besar.

Ini merupakan cara 2 Pembentukan Ladam Kuda:


Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda.

Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk
membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat.

Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat

(Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut)

Kapten memberikan arahan selanjutnya:

Kapten: Pasukan, keluar baris!

(Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri,
rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda.

Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik:

Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli)

3 orang bagi Pasukan Panji-Panji

1 orang Pembaca Doa

1 orang Penyampai Kata-Kata Hikmat

Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu
Puteri Renjer.

Sekian, semoga sedikit sebanyak dapat membantu Pasukan anda =)

Sumber: Buku Perkhemahan 2013

Posted by H o n e y s h a at 18:06 0 comments

Labels: Ilmu Kepanduan, Pandu Puteri


Isyarat Wisel

Salam Jumaat.

Isyarat wisel digunakan sebagai satu arahan.

Semasa mengadakan perkhemahan, isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan


arahan-arahan tertentu tanpa perlu menjerit.

Selain wisel, terdapat isyarat lain bagi arahan seperti isyarat tangan.

Isyarat wisel sesuai digunakan bagi pasukan yang memiliki ahli yang ramai.

Berikut merupakan isyarat wisel yang digunakan bagi Pasukan Pandu Puteri:
Menaikkan Bendera

Salam semua,

Maaf atas keusangan blog saya yang tidak seberapa ini.

Maaf juga kerana tidak dapat memberi respon kepada semua yang bertanyakan soalan.

Kesibukan pada tahun lepas sememangnya menjadikan blog saya totally dilupakan.

Pada tahun ini, saya berhajat untuk lebih berfokus kepada perkongsian terhadap ilmu
kepanduan yang tidak seberapa ini.

Saya percaya kebanyakkan guru-guru pemimpin Pandu Puteri mempunyai masalah


untuk mendapatkan maklumat tentang beberapa ilmu kepanduan. Sebagai Pemimpin
Muda, lebih molek jika saya dapat membantu anda dalam hal ini.

PERINGATAN: Ilmu saya amatlah cetek, secetek-ceteknya.

Niat saya hanya untuk berkongsi sedikit pengetahuan.

Post pertama untuk tahun 2014, saya ingin berkongsi tentang cara melipat dan
menaikkan bendera bagi istiadat menaikkan bendera.

Secara serius, bukan mudah untuk melipat bendera dan apabila ditarik bendera berkibar
dengan megahnya.

Beberapa siri latihan perlu dilakukan secara berterusan supaya ahli Pandu Puteri cekap
dan ilmu ini dapat dicairkan kepada ahli Pandu Puteri yang lain.
Pada tahun lepas, Pasukan Pandu Puteri Renjer ke-17 telah diamanahkan untuk Istiadat
menaikkan bendera semasa Mesyuarat Agung Pandu Pandu Puteri Daerah Petaling.

Jadi, saya mula mendapatkan khidmat bantuan salah seorang Pengakap sekolah saya
bagi mengajar pasukan saya dan juga saya (heheheheheh)

Saya kerap juga meminta bantuan Pengakap bagi membantu kami =)

Berlatih, berlatih dan berlatih...

Kadang-kadang silap lipat, silap ikat, semua tak jadi... langsung tak berkibar bendera.
Bersyukur pada hari tersebut, bendera berkibar dengan megahnya dalam Dewan =)

Terima kasih ya Leornard (Pengakap yang mengajar kami)

Untuk tidak memanjangkan lagi post ini. Kita teruskan dengan bila masa kita perlu
mengibarkan bendera ini???

Ohh....sepanjang yang saya tahu, menaikkan bendera seolah-olah simbolik bahawa


sesuatu sedang berlaku yang melibatkan Pasukan Pandu Puteri =)

Contohnya, Istiadat menaikkan bendera merupakan satu keperluan semasa


perkhemahan, mesyuarat agung, kursus atau aktiviti pasukan.

Seiring dengan namanya 'Istiadat' beberapa perkara perlu dipatuhi:

- Perlu memakai pakaian seragam lengkap semasa istiadat menaikkan bendera.

-Biasanya istiadat menaikkan bendera dibuat dalam bentuk ladam kuda.

- Semasa perkhemahan, bendera dikibarkan dari pagi hingga matahari terbenam. Bila
matahari terbenam bendera perlu diturunkan? Bermulanya hari baru, bendera akan
dinaikkan semula.

-Jika semasa mesyuarat atau perjumpaan, Istiadat menaikkan bendera dilakukan


semasa pembentukkan ladam kuda iaitu aktiviti pertama perjumpaan, kemudian
diturunkan semula setelah tamat perjumpaan atau kursus.
Cara-cara mengikat bendera:
Selepas bendera ditarik dan berkibar, lagu Dunia akan dinyanyikan
Jadi perlu menyanyi dengan bangganya.

Pelbagai bentuk tiang bendera boleh digunakan. Ikut kesesuaian.

Jangan tertekan dengan jenis tiang tu ye.

Kalau ada tiang besi, guna tiang besi. Kalau tak ada, baru bina tiang kayu.

Kemungkinan untuk gagal amat tinggi, tetapi semangat akan mengatasi segala-galanya.

Semoga berjaya!!

p/s: Kalau ada silap dan salah saya alu-alukan komen yang membina.
Sumber: Buku Perkhemahan 2013

You might also like