Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

Disember 2017

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG
BAHAGIAN PANDU PUTERI TUNAS

‘TOLONG ORANG SELALU’

1. PANDU PUTERI TUNAS

2. PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

3. ORGANISASI PANDU PUTERI TUNAS

4. POW WOW

5. KETUA PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

6. KETUA KUMPULAN BERENAM – KETUA BERENAM

7. PENOLONG KETUA KUMPULAN – PENOLONG KETUA BERENAM

8. PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS

9. PELANTIKAN AHLI BAHARU

10. PERSETIAAN, UNDANG-UNDANG, COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS, HORMAT

SENYUMAN, BERJABAT TANGAN, KHIDMAT

11. ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS

1
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG
BAHAGIAN PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

’ TOLONG ORANG SELALU’

1. PANDU PUTERI TUNAS

Dasar program Bahagian Pandu Puteri Tunas membolehkan ahli menghayati dan
menguasai asas Pandu Puteri.

Ahli Pandu Puteri Tunas berumur sembilan hingga dua belas tahun. Seorang kanak-
kanak perempuan hanya boleh menjadi ahli Pasukan Pandu Puteri Tunas sehingga
berumur dua belas tahun. Dia dilantik menjadi Pandu Puteri Tunas setelah lulus Ujian
Pra Persetiaan.

2. PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

2.1 Jumlah minimum ahli ialah 12 orang dan jumlah maksimum 36 orang.

2.2 Satu (1) pasukan baharu mesti ditubuhkan sekiranya ahli pasukan sedia ada
melebihi daripada 36 orang ahli.

2.3 Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas mempunyai seorang Pemimpin yang
dikenali sebagai Kakak Setia dan sekurang-kurangnya seorang penolong yang
dikenali sebagai Siti Setia.

2.4 Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya
Daerah serta didaftarkan secepat mungkin. Borang Pendaftaran hendaklah
dilengkapkan dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya
Cawangan kepada Ibu Pejabat Kebangsaan berserta dengan yuran
pendaftarannya.

2.5 Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali . Sijil Pendaftaran ialah hak milik
Pasukan di sekolah berkenaan. Jika sijil hilang, bayaran akan dikenakan untuk
mendapatkan sijil ganti

2.6 Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dikehendaki membaharui pendaftaran dan
mengemaskinikan bilangan pemimpin dan ahlinya dengan Ibu Pejabat
Kebangsaan melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan.
Pembaharuan pendaftaran berserta bayaran yuran ahli (kuota) dihantar ke Ibu
Pejabat Kebangsaan tidak lewat daripada 30 April setiap tahun.

2
2.7 Pasukan Pandu Puteri Tunas didaftarkan mengikut turutan nombor pendaftaran,
nama daerah dan nama sekolah.
Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara,
SK Convent , Ipoh, Perak.

2.8 Perjumpaan pasukan diadakan sekurang-kurangnya setiap dua (2) minggu


sekali.

2.9 Jawatankuasa Pandu Puteri Tunas terdiri daripada:

2.9.1 Ketua Pasukan


2.9.2 Ketua Berenam
2.9.3 Penolong Ketua Berenam

2.10 Kakak Setia merangkap sebagai pengerusi dan Siti Setia sebagai penolong
pengerusi dalam Pow- Wow.

2.11 Pasukan memilih secara undi sulit seorang Ketua Pasukan dalam kalangan
ahlinya.

2.12 Ketua Berenam dipilih oleh ahli kumpulan sendiri manakala Penolong Ketua
Berenam dilantik oleh Ketua Berenamnya.

3. ORGANISASI PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

3.1 Pada perjumpaan pertama, Kakak Setia membahagikan ahli mengikut


kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh tidak lebih daripada enam (6)
orang ahli termasuk seorang Ketua Berenam dan seorang Penolong Ketua
Berenam.

3.2 Setiap kumpulan dikenali dengan nama bunga yang ditetapkan oleh Persatuan
Pandu Puteri Malaysia seperti berikut :

3.2.1 Bunga Cempaka


3.2.2 Bunga Kenanga
3.2.3 Bunga Kesidang
3.2.4 Bunga Melur
3.2.5 Bunga Siantan
3.2.6 Bunga Teratai

3.3 Setiap kumpulan menyediakan kotak Kumpulan Berenam yang digunakan


semasa aktiviti sudut kumpulan.

3
4. POW-WOW – Mesyuarat Pasukan

4.1 Pow-Wow adalah mesyuarat pasukan sekiranya perlu untuk membincangkan


perkara yang berkaitan dengan Pasukan Pandu Puteri Tunas seperti memberi
keterangan, menyampaikan berita dan rancangan akan datang

4.2 Kakak Setia menjadi Pengerusi Pow-Wow. Jika Kakak Setia tidak ada, Siti Setia
boleh menggantikannya.

4.3 Lingkungan Pow-Wow dilaksanakan khas untuk ahli pasukan sahaja dan
pembentukan lingkungan adalah bebas

5. KETUA PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

5.1 Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas dipilih secara undi sulit untuk membantu
Kakak Setia dan Siti Setia.

5.2 Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas mesti mempunyai kelulusan Calit Emas.

5.3 Pasukan yang baharu ditubuhkan, Kakak Setia boleh melantik ahlinya yang
berkebolehan sebagai Ketua Pasukan walaupun dia belum mempunyai
kelulusan Calit Emas.

5.4 Kakak Setia boleh mengundang seorang Pandu Puteri Remaja atau Pandu
Puteri Renjer yang telah lulus Kelas Dua untuk menjadi Ketua Pasukan Pandu
Puteri Tunas.

6. KETUA BERENAM

6.1 Ketua Kumpulan Berenam dikenali sebagai Ketua Berenam. Ketua Berenam
dipilih oleh ahli kumpulan sendiri.

6.2 Ketua Berenam membantu Kakak Setia dan Siti Setia serta ditugaskan untuk
menjaga ahli kumpulannya.

7. PENOLONG KETUA BERENAM

7.1 Penolong Ketua Berenam dipilih oleh Ketua Berenamnya.

7.2 Tugas Penolong Ketua Berenam membantu Ketua Berenam dan mewakilinya
apabila Ketua Berenam tidak hadir.

4
8. PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS

Pakaian seragam Pandu Puteri Tunas ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia. Merujuk kepada Girl Guides Act 1953, Revised 1991, pakaian
seragam dan semua peralatan hanya boleh diperoleh dari bahagian Peralatan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

8.1 Ahli Baharu dibenarkan memakai pakaian seragam dengan skaf perang tanpa
Lencana Pelantikan.

8.2 Pakaian seragam lengkap dipakai oleh Ahli Baharu selepas dilantik.

8.3 Ahli Pasukan Pandu Puteri Tunas memakai lambang kumpulannya disebelah
kiri atas kocek blausnya.

8.4 Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas memakai tiga (3) jalur putih di kocek kiri
blausnya (Sila rujuk lampiran).

8.5 Ketua Berenam Pandu Puteri Tunas memakai dua (2) jalur putih di kocek kiri
blausnya ( Sila rujuk lampiran).

8.6 Penolong Ketua Berenam Pandu Puteri Tunas memakai satu (1) jalur putih di
tengah kocek kiri blausnya (Sila rujuk lampiran).

8.7 Ahli yang telah dilantik wajib memakai pakaian seragam lengkap pada :

8.7.1 Perjumpaan Pasukan


8.7.2 Majlis Istiadat Pandu Puteri Tunas
8.7.3 Majlis rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat Daerah,
Cawangan dan Kebangsaan
8.7.4 Majlis rasmi anjuran pihak lain

8.8 Ahli wajib mendapat kebenaran Kakak Setia atau Siti Setia untuk memakai
pakaian seragam lengkap apabila menghadiri acara selain daripada yang
dinyatakan dalam para 8.7.4.

8.9 Sayap Pandu Puteri Tunas dipakai oleh Pandu Puteri Tunas dalam Upacara
Terbang Naik.

5
9. PELANTIKAN PANDU PUTERI TUNAS

9.1 Seseorang Ahli Baharu mestilah lulus ujian Pra-Persetiaan sebelum dilantik.

9.2 Istiadat Pelantikan dirancang oleh Kakak Setia untuk semua Ahli Baharu sebaik
sahaja mereka lulus ujian Pra-Persetiaan.

9.3 Pelantikan hanya boleh dijalankan oleh pemimpin berwaran.

9.4 Istiadat Pelantikan Pandu Puteri Tunas


Istiadat Pelantikan dijalankan dalam formasi Lingkungan Pandu Puteri Tunas.
( Sila rujuk risalah Istiadat Pandu Puteri Tunas).

10. PERSETIAAN, UNDANG-UNDANG, COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS, ISYARAT,


HORMAT, SENYUMAN, BERJABAT TANGAN, KHIDMAT

10.1 Persetiaan Pandu Puteri Tunas

Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan


Menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia,
Menolong orang setiap hari terutama mereka di rumah dan
Mematuhi undang-undang Pandu Puter Tunas.

10.2 Undang-Undang Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya.
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.

10.3 Cogan Kata Pandu Puteri Tunas : Tolong Orang Selalu (TOS)

10.4 Isyarat Pandu Puteri

Tiga jari kanan ditegakkan, ibu jari diletakan menindih jari kelingking yang
dibengkokkan. Tangan diangkat ke paras bahu. Tiga jari melambangkan
Persetiaan Pandu Puteri.

10.5 Hormat
Pandu Puteri Tunas memberi hormat dengan menunjukkan Isyarat Pandu
Puteri pada paras bahu dalam keadaan sedia.

10.6 Senyuman
Senyuman merupakan satu tanda salam Pandu Puteri Tunas.

10.7 Berjabat Tangan


Pandu Puteri Tunas berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli
Pandu Puteri yang lain. Pandu Puteri Tunas menggunakan kedua-dua belah
6
tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang bukan
ahli.

10.8 Khidmat
Pandu Puteri Tunas membuat khidmat dengan cara menolong orang setiap hari
sama ada di rumah atau di sekolah.

11. ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN


KETUA PESURUHJAYA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

11.1 Pengenalan

Pelaksanaan Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya


dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
— Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan
(BATHKPC) dan

— Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP)

11.2 ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PERSURUHJAYA


PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

Tarikh :
Berkuatkuasa tahun 2012

Objektif:
— Sebagai pemangkin kepada ahli Pandu Puteri Tunas untuk bergerak aktif dalam
aktiviti-aktiviti Pandu Puteri.

— Memartabatkan Program Pandu Puteri Tunas melalui pemilihan penerima


anugerah yang telah direncanakan.

— Sebagai insentif kepada ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria
yang ditetapkan.

— Membina keyakinan diri yang utuh apabila berhadapan dengan cabaran dan
perkembangan semasa.

7
Rasional:
— Mengiktiraf ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang
ditetapkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

— Ia juga merupakan pencapaian tertinggi ahli Pandu Puteri Tunas .

Kumpulan Sasar:
— Pandu Puteri Tunas yang mencapai umur 11 tahun pada tahun semasa.

Pra Syarat:
— Warganegara Malaysia

— Ahli yang berdaftar dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

— Mempunyai sahsiah dan berketrampilan.

— Mempunyai daya tahan yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran.

11.3 BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA


CAWANGAN (BATHKPC)

Syarat BATHKPC
— Berupaya melengkapkan buku log

— Telah menyertai ATAU membantu acara mewakili Pandu Puteri di peringkat


sekolah DAN zon , daerah atau cawangan.

— Telah menyertai sekurang-kurangnya SATU ( 1 ) Perkhemahan/ Cuti Pasukan


Pandu Puteri Tunas anjuran Pandu Puteri

— Mencapai sehingga peringkat Tangan Emas.

— Memperoleh 5 lencana berikut :

1. Pengumpul
2. Ahli rumah tangga
3. Pereka Permainan Kanak-kanak
4. Kecergasan
5. Pertolongan cemas
8
6. Jurumasak
7. SATU (1) Lencana Kecekapan dari setiap kumpulan di
bawah:
Kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C.

— Tarikh : Sebelum 31 Julai

— Tempoh : 3 Hari 2 Malam

— Dijalankan di peringkat Cawangan

Pengisian
— Penyemakan buku log : Buku Log Kemajuan(Pra Persetiaan,Calit Emas,
Tangga Emas,Tangan Emas dan 5 Lencana Kecekapan:

1. Pengumpul
2. Ahli rumah tangga
3. Pereka Permainan Kanak-kanak
4. Kecergasan
5. Pertolongan cemas)

— Khidmat

— Kemahiran berkomunikasi

— Persembahan bakat

Panel Penilai
— Panel Penilai BATHKPC terdiri daripada TIGA (3) orang seperti berikut:

— Jurulatih bertauliah terutama Jurulatih Pandu Puteri Tunas (wajib)

— Ketua Pesuruhjaya Cawangan ATAU Pesuruhjaya Bahagian Pandu Puteri Tunas


cawangan / daerah ATAU pemimpin berwaran dan mempunyai pengalaman
sekurang-kurangnya tiga ( 3 ) tahun.

*Keputusan oleh Panel Penilai adalah muktamad


9
— Penganugerahan : Sijil DAN Lencana

— Penyampaian Anugerahan BATHKPC disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya


Cawangan

11.4 BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA


(BATHKP)

Syarat BATHKP
— Telah memperoleh sijil Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC)

— Menyertai ATAU membantu acara Pandu Puteri di peringkat cawangan,


kebangsaan atau antarabangsa.

— Memperoleh SEMBILAN ( 9 ) Lencana Kecekapan berikut:

1. Pengumpul
2. Ahli rumah tangga
3. Pereka Permainan Kanak-kanak
4. Kecergasan
5. Pertolongan cemas
6. Jurumasak
7. SATU (1) Lencana Kecekapan dari setiap kumpulan di bawah:
Kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C.

BATHKP dijalankan di peringkat Kebangsaan semasa Cabaran Pandu Puteri


Tunas:4 hari 3 malam

*Buku Log perlu dihantar ke Ibu Pejabat pada bulan September (Tarikh akan
dimaklumkan)
Buku Log yang perlu dihantar ke Ibu Pejabat :
1. Buku Log Peribadi
2. Buku Log Lencana Kecekapan:
i) Jurumasak
ii) Satu Lencana Kecekapan dari kumpulan A
iii) Satu Lencana Kecekapan dari kumpulan B
iv) Satu Lencana Kecekapan dari kumpulan C
10
— Buku Log Disney Award

Panel Penilai

Panel Penilai BATHKP terdiri daripada sekurang-kurangnya TIGA (3) orang seperti
berikut:
— Jurulatih bertauliah terutama Jurulatih Pandu Puteri Tunas

— Ketua Pesuruhjaya Cawangan ATAU Pesuruhjaya Bahagian Pandu Puteri Tunas


cawangan / daerah ATAU pemimpin berwaran dan mempunyai pengalaman
sekurang-kurangnya tiga ( 3 ) tahun.

*Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Kebangsaan ialah Pengerusi Panel


Penilai.
*Keputusan oleh Panel Penilai adalah muktamad

— Penganugerahan : Sijil dan lencana

— Penganugerahan sijil dan lencana anugerahan BATHKP pada bulan November


dan disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia

DISEMBER 2017

11
LAMPIRAN

12
LAMPIRAN 1

SIANTAN MELUR

KENANGA TERATAI

KESIDANG CEMPAKA

13
Lampiran 2
PAKAIAN RASMI PANDU PUTERI TUNAS

14
FLASHES BAHU

LENCANA
PERLANTIKAN

15
KEDUDUKAN LENCANA-LENCANA ATAS SELENDANG

16
17

You might also like