Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERTUBUHAN AMAL PERPADUAN

NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM(PAPNJ) PPM-006-01-23082012


D/A : LAU KOK CHAI No.194
JALAN 10, Taman Damai Sungai Abong , 84000, Muar,
Bandar DiRaja,
Johor Darul Ta’zim
H/P No : +60183847907
Email : perajajohor.gov@gmail.com

Tarikh : 15 Disember 2019


Rujukan Kami : dlm.fail/PERJbil1/2019/

MENGADAP KEBAWAH D.Y.M.M


SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI
DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TAKZIM

AMPUN TUANKU, BERIBU-RIBU AMPUN

MOHON MENGADAP DAN SOKONGAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA


TUANKU SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR.

Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, semoga beroleh kesejahteraan dan
di limpahi rahmat Allah S.W.T sentiasa.

Waba’adah ehwal warkah yang tulus iklas ini datangnya daripada patik mewakili
Jawatankuasa Pertubuhan Amal Perpaduan Negeri Johor, mohon limpah perkenan
Kebawah Duli Tuanku, bagi patik merafak sembah,menyembah maklum Kebawah Duli
Tuanku berkenaan dengan cadangan pihak patik yang berhasrat untuk mengadap Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku .

Ampun Tuanku.

Adapun tujuan patik mengadap ini, yang mana diantara salah satunya, adalah untuk
mendapatkan sokongan dan restu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku disamping
membincangkan beberapa perkara amnya berkaitan dengan penubuhan Pertubuhan Amal
Perpaduan Negeri Johor ini, yang mana penubuhannya adalah atas dasar tanggung jawab
kami selaku rakyat Johor yang turut berperanan sebagai mata & telinga Kebawah Duli
Tuanku dalam bersama-sama memberi keperihatinan terhadap kebajikan seluruh rakyat
negeri johor amnya yang terlepas pandang oleh pihak yang sepatutnya.

Ampun Tuanku, Beribu-ribu ampun

Demikianlah sembah iklas patik,dalam warkah yang tidak sepertinya ini.Patik mohon
keampunan jua di atas kesalahan, kesilapan dan kekasaran bahasa yang mungkin terdapat
dalam warkah patik yang tulus iklas ini. Dengan menjunjung titah Ke bawah Duli Tuanku,
semoga segalanya turut beroleh limpah kurnia dan perkenan, untuk patik mengadap Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku . Ampun Tuanku Beribu-ribu ampun.

” ADALAH PATIK YANG MENGHADAP SEMBAH ”

............................................................
TENGKU ADZHA BIN RAJA MAT NOR
PENGERUSI
PERTUBUHAN AMAL PERPADUAN
NEGERI JOHOR
PERTUBUHAN AMAL PERPADUAN
NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM(PAPNJ) PPM-006-01-23082012
D/A : LAU KOK CHAI No.194
JALAN 10, Taman Damai Sungai Abong , 84000, Muar,
Bandar DiRaja,
Johor Darul Ta’zim
H/P No : +60183847907
Email : perajajohor.gov@gmail.com

You might also like