Professional Documents
Culture Documents
Tugasan 3 Dan Tugasan 4
Tugasan 3 Dan Tugasan 4
Tugasan 3 Dan Tugasan 4
NAMA
PELAJAR LIM WEN SHAN
TUGASAN 3: TUGASAN 4:
TARIKH
PORTFOLIO PENULISAN APRESIASI
HANTAR
23/10/2019 23/10/2019
BIODATA PELAJAR
EMEL : wenshanlim1997.lws@gmail.com
Biodata Diri ii
Kursus)
Rujukan
13
Rujukan 19
TUGASAN 3:
PORTFOLIO
(LAPORAN
KERJA KURSUS)
TUGASAN 3: LAPORAN KERJA KURSUS
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), fotografi bermaksud seni, proses
atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf. Gambar yang menarik
memerlukan penguasaan dalam kemahiran asas dan teknik shot fotografi.
Penggunaan media fotografi sebagai bahan pengajaran adalah penting dalam
pendidikan abad ke-21. Dengan itu, seseorang guru perlu mahir dalam kemahiran
teori dan praktikal fotografi.
2.1SEBELUM
Kursus fotografi (FTGK 3013) telah menyediakan tugasan praktikal kepada murid-
murid untuk menghasilkan album gambar dengan menggunakan kemahiran dan
teknik-teknik shot yang dipelajari.
Aperture ialah gegelang yang boleh mengawal betapa besar iris kanta kamera
boleh membuka dan berfungsi untuk menentukan cahaya yang sesuai ke dalam filem.
Semakin besar lubang kanta membuka, semakin banyaklah cahaya yang akan
masuk dan gambar akan menjadi lebih terang (Aliza Adnan, 2014). Aperture juga
digunakan untuk mengawal depth of field (DOF) yang mengatur kedalaman bilangan
gambar yang tajam dan bilangan gambar yang kabur. Pengatup (Shutter Speed) ialah
sebuah tingkap yang menutup permukaan filem daripada terkena cahaya. Tingkap
pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yang sesuai untuk
mendapatkan gambar yang baik. Nilai shutter speed saling berkait rapat dengan
teknik shot fotografi. Nilai shutter speed yang besar akan menghasilkan gambar
teknik freezing manakala nilai shutter speed yang rendah akan menghasilkan gambar
teknik panning. ISO merupakan ukuran sensitiviti sensor kamera kepada cahaya.
Apabila nombor ISO semakin tinggi, maka lebih sensitif kepada cahaya. Dengan
menggunakan ISO yang lebih tinggi, gambar dalam keadaan kekurangan cahaya
dapat dihasilkan tanpa memerlukan kelajuan pengatup yang panjang (Syzawan
Yahaya, 2014). Pensyarah pembimbing sentiasa mengingati kami bahawa kombinasi
yang betul mengenai ketiga-tiga elemen tersebut akan menghasilkan gambar yang
berkualiti.
Selain itu, pensyarah juga memperkenalkan pelbagai teknik shot dan komposisi
kamera iaitu persepketives, framing, panning, freezing, landskape, rule of third, depth
of field, extreme close-up, close-up, simetri, reflection, B-stop dan sebagainya. Selain
daripada teori fotografi, pensyarah selalu memberi peluang kepada kami untuk
menjalankan latihan praktikal di sekeliling IPDA yang berkaitan dengan kemahiran
asas dan teknik shot fotografi agar dapat meningkatkan skil fotografi kami.
Selain itu, setiap pelajar juga didedahkan cara penggunaan kamera bagi
menghasilkan gambar yang berkualiti sebelum menangkap gambar. Dari segi
peralatan, pensyarah menunjukkan kamera DSLR dan memperkenalkan bahagian-
bahagian asas serta fungsi kamera seperti cara melaraskan ISO, Shutter Speed dan
Aperture.
2.2SEMASA
Dalam penghasilan album gambar, saya telah menggunakan gambar-gambar
yang diambil di pelbagai lokasi. Kami telah melawat ke tempat-tempat yang dirancang
seperti Dataran Alor Setar, Gunung Jerai, Tasik Melati dan Pulau Pinang bagi
menghasilkan album gambar dengan kemahiran teknikal fotografi yang telah
dipelajari. Beberapa tempat menarik di Pulau Pinang yang kita kunjungi seperti
Penang Street Art, Pantai Miami, Batu Ferringhi, Avatar Secret Garden, Botanical
Garden, Street Quay dan Kota Lama Padang. Sepanjang sesi penggambaran, saya
menggunakan kamera telefon pintar saya iaitu model Huawei P30.
Semasa mengambil gambar, saya sentiasa menitikberatkan komposisi kamera
dan subjek utama (point of interest). Setiap gambar mestilah mempunyai subjek
utama yang perlu difokuskan. Komposisi merupakan sebuah unsur dalam fotografi
yang memiliki nilai estetika tinggi. Gambar yang berkualiti dapat dilakukan dengan
cara memainkan angle agar subjek utama tampil sebagai point of interest di dalam
foto. Penempatan point of interest berfungsi untuk membuat foto lebih menarik
sehingga lebih mudah diterjemakan maksudnya (Husna Widyani & Jane Marsha,
2016).
Terdapat pelbagai teknik shot dan komposisi kamera yang digunakan semasa di
Gunung Jerai dan Bukit Bendera Penang Hill. Antara teknik yang digunakan ialah rule
of third, extreme close-up, close-up, landscape dan silhouette.
Saya telah menggunakan teknik close-up untuk gambar The Dew dan teknik
extreme close-up bagi mengambil gambar Purple Flower. Dalam gambar The Dew,
teknik close-up mampu menampilkan ciri-ciri khas dengan jelas seperti wajah
seseorang (Justin Dise, 2016). Saya menfokuskan subjek utama dulu seterusnya
membesarkan objek dengan gandaan 2 supaya titisan air dapat dilihat dengan jelas
melalui foto yang dihasilkan. Selain itu, Purple flower menggunakan teknik extreme
close-up supaya dapat menfokuskan ciri-ciri pada bunga dengan lebih dekat dan jelas
serta menampilkan benda yang kecil dengan jelas. Saya menfokuskan bahagian
pollen dan membesarkannya dengan gandaan 3 supaya gambar yang dihasilkan
jelas dan menarik.
Rajah 3: Binoculars
2.3 Selepas
Setelah mengambil gambar dengan mengaplikasikan kemahiran dan teknik
shot yang telah dipelajari, saya memilih beberapa keping gambar yang berkualiti dan
menarik. Seterusnya, saya menggunakan USB bagi menyabungkan telefon bimbit
Huawei P30 dengan komputer bagi pemindahan gambar agar mendapat foto yang
berkualiti dan jelas. Kemudian, saya memberikan gambar-gambar yang dipilih
kepada pensyarah untuk memberi komen untuk menghasilkan album gambar.
Setelah pemilihan gambar, sekeping gambar yang dipilih akan bermula penyuntingan
dengan perisian Picarts untuk mengedit sama ada dari segi saiz dan warna supaya
menghasilkan gambar yang menarik. Kemudian, saya mencetak gambar-gambar dan
menampalkannya di dalam sebuah buku album. Akhirnya, saya telah berjaya
menghasilkan album gambar sendiri dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan
sekelas. Saya berasa amat bersyukur dan gembira kerana telah mempelajari
kemahiran dan teknik shot fotografi dalam kursus ini sekali gus meningkatkan
kemahiran fotografi dalam penggambaran.
Proses pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 telah banyak berubah
dan mengalami evolusinya. Bagi memastikan setiap objektif pengajaran guru
tercapai, guru perlu menyusun strategi pengajaran terlebih dahulu sebelum proses
P&P dijalankan (Hamdan, 2004). Teknologi telah menjadi pemacu dalam
perkembangan pendidikan dengan menggunakan alatan canggih untuk
menggabungkan elemen visual, audio dan teks. Teknologi fotografi merupakan salah
satu teknologi yang memudahkan guru dalam melaksanakan pengajaran dengan
berkesan.
Selain itu, penggunaan fotografi dalam pengajaran di dalam bilik darjah boleh
mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok. Penggunaan buku teks, papan
hitam dan kapur tulis sahaja tidak mencukupi sebagai kaedah pengajaran guru dalam
proses PdP, bahkan guru perlu menggunakan teknologi dalam kelas bagi
meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajarinya serta
kaedah tersebut juga merupakan pembelajaran secara interaktif terhadap pelajar
(Ahmad Zanzali & Daud, 2010). Keberkesanan bahan visual sebagai satu sumber
pengajaran yang menarik banyak bergantung kepada penghasilan bahan grafik yang
efektif (Heinich, 1996).Kanak-kanak lebih gemar melihat gambar-gambar yang
mereka faham berdasarkan pengalaman artistic masing-masing (Schuller, 1978).
Gambar dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran guru kerana pelajar
akan lebih minat belajar sekiranya penerangan guru disertakan dengan gambar-
gambar menarik. Contohnya, guru Sains yang menggunakan gambar struktur bunga
dalam pengajaran dan pembelajaran topik tumbuh-tumbuhan adalah lebih berkesan
dan menarik perhatian serta tumpuan pelajar berbanding dengan buku teks sahaja
kerana gambar yang berwarna-warni dan menarik. Gambar juga boleh membantu
untuk merangsang deria penglihatan pelajar terutamanya murid-murid peringkat
sekolah rendah. Guru seharusnya menggunakan teknik yang sesuai untuk
membangkitkan minat murid-murid dalam proses P&P (Ahmad & Jinggan, 2015).
Oleh itu, penggunaan gambar sebagai BBB adalah penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi pelajar.
Justeru itu, guru-guru harus memainkan peranan penting dalam proses P&P bagi
melaksanakan pengajaran abad ke-21 seperti yang disarankan oleh pihak
Kementerian serta menyahut hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang
tahun 2020.
4.0 KESIMPULAN
Aliza Adnan. (2014). Modul Asas Penggunaan Kamera. Retrieved Oktober 20, 2019
from https://kajianaliza.files.wordpress.com/2016/10/nota-modul-fotografi.pdf
Erick Permana & E. Parapaga (2011). Cepat Bisa Jeprat-Jepret Kamera DSLR.
Yogyakarta: Cahaya Atma Pustaka.
Hamdan, Hanipah & Saprin (2004). Teknik Mengajar Dewasa Panduan Untuk
Jurulatih. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distribution Sdn. Bhd.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996).
Instructional media and technologies for learning. New Jersey: Prentice-
Hall.
Husna Widyani & Jane Marsha (2016). Step-step Belajar Mandiri Kamera DSLR
untuk Pemula. Yogyakarta: Shira Media.
Kamus Dewan. (1997). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Saya juga mempelajari pelbagai jenis teknik shot dan komposisi dalam
fotografi seperti extreme close-up, close-up, reflection, freezing, framing, landskap,
perspektif, panning, simetri, rule of third dan depth of field.
2.0 Bagaimana menghargai seni fotografi dari segi jenis-jenis shot, komposisi
dan kamera
Selan itu, saya amat menghargai beberapa teknik yang amat berguna dan
bermanfaat kepada kami pada masa kelak. Hal ini demikian kerana kami sebagai
seorang guru boleh mengaplikasikan teknik dan jenis shot yang telah dipelajari untuk
menghasilkan gambar-gambar berkualiti yang berkaitan dengan topik pengajaran.
Contohnya, pelajar Sains boleh mengambil gambar pokok bunga berdasarkan ciri-ciri
dengan menggunakan teknik close-up atau extreme close-up. Seterusnya, mereka
boleh menunjukkan gambar tersebut kepada murid-murid dalam proses PdP. Hal ini
demikian kerana keberkesanan bahan visual sebagai satu sumber pengajaran yang
menarik banyak bergantung kepada penghasilan bahan grafik yang efektif (Heinich,
1996).
Dalam teknik depth of field, saya juga mempelajari aperture berperanan dalam
menghasilkan gambar yang berkualiti. Depth of field merujuk kepada kawasan dari
jarak terdekat focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh mula menjadi pudar.
Sebelum itu, saya menangkap gambar dengan subjek utama dan latar belakangnya
jelas yang menyebabkan subjek utama tidak dapat ditonjolkan. Setelah saya
menggunakan DOF dengan mengubahsuai aperture kepada nilai yang tinggi supaya
objek utama difokuskan dan latar belakang pudar, objek utama akan menjadi lebih
kemas dan menarik. Oleh itu, gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih berkualiti.
Di samping itu, teknik yang paling saya sukai semasa mengambil gambar
ialah teknik perspektives. Teknik ini merupakan teknik pertama yang saya pelajari
semasa mengambil kursus fotografi. Saya menyukai teknik ini kerana teknik ini
pandai menggunakan sudut-sudut bagi menghasilkan pelbagai creative photography
yang menarik. Teknik perspektives terbahagi kepada tiga iaitu linear, relative size dan
lack of shapness, overlapping. Relative size merupakan salah satu teknik yang
menarik dan menyeronokkannya. Hal ini demikian kerana relative size dapat
menukarkan saiz pada objek-objek tertentu. Contohnya, manusia yang berdiri di
depan kamera akan melihat sama tinggi dengan bangunan yang jaraknya lebih jauh.
6.0 Penutup
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional media
and technologies for learning. Edisi Ke-5. New Jersey: Prentice-Hall.
Husna Widyani & Jane Marsha (2016). Step-step Belajar Mandiri Kamera DSLR
untuk Pemula. Yogyakarta: Shira Media.
Kamus Pelajar. (2009). Kamus Pelajar Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Murti Rahayu. (2018). Checklist Komposisi Foto Untuk Yang Baru Belajar Fotografi.
Retrieved Oktober 19, 2019 from https://www.plazakamera.com/checklist-
komposisi-foto-untuk-yang-baru-belajar-fotografi/
Razali Nor. (1995). Teknologi Pendidikan: Media unjuran dan media elektronik.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Shrifah Alwiah. (1987). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.