Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TURNING POINT, 6 OKTOBER 2017

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MEMBELI JERSI BOLASEPAK SEKOLAH

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku pengurus pasukan bolasepak ingin memohon
sumbangan daripada pihak tuan untuk membeli satu set jersi bolasepak sekolah yang baru.

2. Untuk makluman pihak tuan, pasukan bola sepak Sekolah Jenis Kebangsaan ladang
Edinburgh telah bergiat aktif dalam sukan bola sepak dengan menganjurkan pelbagai aktiviti
berkenaan bola sepak.Kelab bola sepak sekolah juga telah menganjurkan program klinik bola
sepak pada setiap hari sabtu untuk mencungkil bakat baru dikalangan murid murid.Pasukan
sekolah juga telah memenangi beberapa pertandingan bola sepak peringkat negeri sepanjang
3 tahun yang lalu.

3. Berdasarkan keputusan yang agak membanggakan ini, saya selaku pengurus pasukan
bolasepak sekolah berharap pihak tuan dapat memberi sumbangan untuk membeli jersi
bolasepak yang baru sebagai pembakar semangat untuk lebih cemerlang pada tahun hadapan.

4. Jumlah sumbangan yang dipohon adalah seperti berikut :

Anggaran harga sehelai jersi = RM 35


Jumlah jersi yang diperlukan = 18
Jumlah = RM 630
Anggaran harga 2 helai jersi penjaga gol = RM 100

Jumlah sumbangan diperlukan = RM 730

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

……………………………………
( PRABU A/L GOPALAN )
Pengurus pasukan bola sepak,
SJKT Ladang Edinburgh.

You might also like