Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KULIAH PERTAMA

TARIKH : 15 .12.2004

HARI : RABU

MASA : 8.00 – 11.00 AM

PENSYARAH : EN. ABD. RAHIM BIN MOHD SHARIFF

TUTOR : EN. ROSLAN BIN ABD. GHANI

AKTIVITI

Kuliah dimulakan dengan ucapan alu-aluan kepada semua peserta kursus ikhtisas

badminton yang seramai 23 orang. En. Rahim selaku pensyarah pembimbing telah

menerangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan aktiviti dan program sepanjang

semester. Antaranya ialah berkaitan denga penilaian, sistem pemarkahan, peperiksaan

akhir dan latihan kecergasan yang perlu dikendalikan oleh setiap kumpulan. Latihan

kemahiran yang akan dilatih antaranya kemahiran servis, pukulan lob, pukulan smash

dan lain-lain. Beliau meminta peserta melantik ketua kelas beserta ahli jawatankuasa

yang diperlukan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari dan ajk minuman.

Beliau juga meminta peserta menganjurkan satu kejohanan kecil yang hanya

melibatkan para peserta sahaja diakhir semester nanti sebagai sebahagian dari penilaian

akhir. Disamping itu juga beliau memeinta semua peserta mematuhi etika berpakaian

semasa menjalani aktiviti iaitu kasut yang bersesuaian, raket, shuttle dan sebagainya.

En. Roslan Bin Abd. Ghani yang dilantik sebagai demostrator juga menerangkan

bagaimana memilih raket dan kasut yang sesuai. Disamping itu juga beliau telah
memberikan input yang penting bagaimana caranya melakukan kemahiran dengan

berkesan.

Sesi suai kenal ini diteruskan dengan perlantikan AJ/Kuasa kelas iaitu :

Pengerusi - Sdr. Mior

N. Pengerusi - Sdr. Said

Setiausaha - Sdri Deepak

Bendahari - Sdri Norazrin

AJK Minuman - Sdr Mazlan

Kuliah ditangguhkan jam 10.30am.

ULASAN / KOMEN

Kuliah pada hari ini agak memberangsangkan memandangkan peserta diberikan

pendedahan tentangprogram dan aktiviti yang bakal dilalui. Walau bagai manapun

pengerusi kurang bijak dalam membahagikan tugasan utama dan sampingan.

You might also like