7 Inventori Kesihatan Mental - Edisi 2 - April 2019 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

Pengukuran dan Penilaian dalam Kesihatan Mental

PENGUKURAN & PENILAIAN


DALAM KESIHATAN MENTAL

Disediakan/ Digubal Semula Oleh:


Prof. Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip
Pensijilan Kaunseling Kesihatan Mental dan Klinikal
Jabatan Psikologi dan Kaunseling
Fakulti Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
E-mail: aziz.shah@fpm.upsi.edu.my
H/P: 019-3388799

Isi Kandungan
PENGENALAN PENTAFSIRAN DAN PENGUJIAN PSIKOLOGI

INVENTORI 1: INVENTORI SKALA MENGHADAPI TEKANAN (ISMT)

INVENTORI 2: INVENTORI SOSIAL FOBIA (ISF)


INVENTORI 3: INVENTORI KEMURUNGAN BECK (IKB)
INVENTORI 4: DEPRESS, ANXIETY AND STRESS SCALE (DASS)

INVENTORI 5: INVENTORI KECENDERUNGAN BUNUH DIRI (IKBD)


INVENTORI 6: INVENTORI TAHAP KEMARAHAN INDIVIDU

INVENTORI 7: SARINGAN STATUS KESIHATAN MENTAL (SSKM)

Kaunseling Kesihatan Mental dan Klinikal (KKMK) 1


INVENTORI 1:
INVENTORI SKALA MENGHADAPI TEKANAN
(ISMT)

PENGENALAN
Inventori Skala Menghadapi Tekanan (ISMT) diubahsuai daripada teoretikal menghadapi
tekanan-tekanan kehidupan yang di tulis oleh Dr. Thomas Holmes, pakar psikologi dari
University of Wahington, Seattle, AS. Beliau telah menyusun sebuah jadual perihal keadaan
tekanan-tekanan seharian dan menyelidik tentang kesannya kepada kesihatan fizikal dan emosi.
Penyelidikan ini telah memberikan nilai tekanan menurut keadaan jenis tekanan-tekanan. Beliau
juga merumuskan bahawa jumlah mata yang diperolehi oleh seseorang itu tidak boleh melebihi
300 mata setahun. Apabila seseorang mendapat jumlah melebihi 300 mata setahun, ia mendapati
bahawa seseorang berisiko menghadapi penyakit seperti lemah jantung, kemurungan, dll.

2
INVENTORI SKALA MENGHADAPI TEKANAN
(ISMT)

Diubahsuai oleh;
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Nama Tarikh
Jantina Umur
Pekerjaan No. Tel

Arahan: Berdasarkan pernyataan jenis tekanan kehidupan, sila tandakan pada ruang disediakan
jika anda merasa mengalaminya atau mangalaminya setahun yang lepas. Sila jawab dengan jujur
berdasarkan diri anda sendiri.

Bil. Jenis Tekananan Kehidupan Tandakan ( / ) Kod


Jika Anda
Mengalami
Tekanan ini
1 Kematian pasangan hidup 100
2 Bercerai 73
3 Perpisahan dengan orang tersayang 65
4 Dipenjarakan 63
5 Kematian saudara mara yang terdekat 63
6 Kemalangan atau mengidap sesuatu penyakit 53
7 Berkahwin 50
8 Menganggur 47
9 Berkahwin semula setelah bercerai 45
10 Bersara 45
11 Seorang ahli keluarga mengidap penyakit 44
12 Mengandung 40
13 Masalah berkaitan seks 39
14 Ahli keluarga bertambah 39
15 Pertambahan hutang kewangan baru 38
16 Kematian kawan karib 37
17 Pertukaran tempat kerja 36
18 Sering berlaku pertekaran yang berterusan dengan
suami /isteri/ pasangan 35

3
19 Hutang melebihi kemampuan 31
20 Barang-barang dirampas dengan perintah mahkamah 30
21 Menerima tugas baru dalam pekerjaan 29
22 Anak lelaki/perempuan meninggalkan rumah 29
23 Mempunyai masalah dengan bapa/ ibu mertua 29
24 Memperoleh pencapaian diri yang luar biasa 28
25 Isteri telah bekerja/ mula keluar bekerja atau berhenti 26
kerja
26 Mula ke sekolah atau berhenti sekolah 26
27 Mengalami perubahan dalam tabiat diri sendiri 24
28 Perselisihan faham dengan orang atasan di tempat 23
kerja
29 Perubahan dalam masa atau keadaan kerja 20
30 Bertukar tempat tinggal 20
31 Bertukar sekolah/ tempat kerja 20
32 Bertukar waktu rehat semasa bekerja 19
33 Bertukar bentuk aktiviti sosial 18
34 Wang ditangan dibawah nilai RM 250 17
35 Berubah tabiat tidur 16
36 Kerap dikunjungi oleh ahli keluarga 15
37 Rendah selera makan 15
38 Tidak dapat cuti/ pergi bercuti 13
39 Melanggar undang-undang yang kecil 11
40 Melanggar undang-undang yang besar 40

4
BORANG JAWAPAN ISMT

Nama Tarikh
Jantina Umur
Pekerjaan No. Tel

Ulasan Psikologis/ Kaunselor/ fasilitator: Jumlah Bertanda Jumlah Mata


Diperolehi

Tindalan susulan:

PENSKORAN DAN INTERPRETASI ISMT

Selepas dijumlahkan, sila rujuk kepada petak skor dan terjemahkan jumlah skor untuk
mengetahui tahap tekanan anda.

Tahap Normal Ringan Sederhana Teruk Sangat teruk

Skor 0 - 99 100 - 199 200 - 299 300 - 399 400 keatas

5
INVENTORI 2:
INVENTORI SOSIAL FOBIA (ISF)
PENGENALAN
Inventori Sosial Fobia adalah soal selidik yang dibangunkan oleh jabatan Psikiatri dan Tingkah
Laku Universiti Sains Duke untuk pemeriksaan dan mengukur tahap gangguan kebimbangan
sosial. Sosial Fobia Inventori terdiri daripada 17 soalan spektrum utama sosial fobia seperti takut,
mengelakkan dan gejala fisiologi. Sosial fobia inventori juga dikenali sebagai gangguan
kebimbangan (trait anxiety disorder). Fobia adalah satu ketakutan melampau kepada situasi,
aktiviti atau penglibatan sosial yang pada hakikatnya menimbulkan sedikit atau tidak ada bahaya
yang sebenar.

6
INVENTORI SOSIAL FOBIA
(ISF)

Arahan: Sila baca setiap kenyataan dan bulatkan jawapan (skala markah 0, 1, 2, 3, 4) yang
menggambarkan keadaan anda SEMINGGU YANG LEPAS. Tiada ada jawapan yang betul atau
salah. JANGAN guna terlalu banyak masa untuk mana-mana kenyataan.

0 = Tidak pernah 1 = Sikit 2 = Jarang 3 = Kerap 4 = Sangat kerap

Bil Item Tidak Sikit Jarang Kerap Sangat


Pernah kerap
1. Saya takut kepada orang yang lebih 0 1 2 3 4
berkuasa
2. Saya rasa terganggu apabila saya rasa 0 1 2 3 4
malu dihadapan orang ramai
3. Parti dan majlis sosial menakutkan 0 1 2 3 4
saya
4. Saya mengelak bercakap dengan 0 1 2 3 4
orang yang saya tidak kenal
5. Saya takut dikritik 0 1 2 3 4
6. Saya mengelak bercakap dengan 0 1 2 3 4
orang lain kerana takut malu
7. Berpeluh dihadapan orang ramai 0 1 2 3 4
menyebabkan saya tekanan
8. Saya mengelak menghadiri parti 0 1 2 3 4
9. Saya menghindari aktiviti di mana 0 1 2 3 4
saya menjadi tumpuan perhatian
10. Bercakap dengan orang yang tak 0 1 2 3 4
dikenali sangat menakutkan saya
11. Saya mengelak daripada memberi 0 1 2 3 4
ucapan
12. Saya akan melakukan apa sahaja 0 1 2 3 4
untuk mengelak daripada dikritik
13. Degupan jantung yang pantas 0 1 2 3 4
mengganggu saya apabila saya berada
di persekitaran ramai
14. Saya takut melakukan sesuatu jika 0 1 2 3 4
diperhatikan orang lain
15. Berasa bodoh dan memalukan adalah 0 1 2 3 4
kebimbangan yang paling teruk
16. Saya mengelak bercakap dengan 0 1 2 3 4
orang yang lebih berkuasa
17. Menggeletar di hadapan orang lain 0 1 2 3 4
menyebabkan saya cemas

7
BORANG JAWAPAN
INVENTORI SOSIAL FOBIA

Nama Tarikh
Jantina Umur
Pekerjaan No. Tel

Arahan: Sila tandakan pilihan jawapan pada nombor skala yang dinyatakan bagi setiap soalan

Bil Tidak Sikit Jarang Kerap Sangat


Pernah kerap
1. 0 1 2 3 4
2. 0 1 2 3 4
3. 0 1 2 3 4
4. 0 1 2 3 4
5. 0 1 2 3 4
6. 0 1 2 3 4
7. 0 1 2 3 4
8. 0 1 2 3 4
9. 0 1 2 3 4
10. 0 1 2 3 4
11. 0 1 2 3 4
12. 0 1 2 3 4
13. 0 1 2 3 4
14. 0 1 2 3 4
15. 0 1 2 3 4
16. 0 1 2 3 4
17. 0 1 2 3 4

Jumlah

Jumlah Keseluruhan =

PENSKORAN DAN INTERPRETASI ISF


Selepas dijumlahkan, sila rujuk kepada petak skor dan terjemahkan jumlah skor untuk
mengetahui tahap Sosial Fobia anda.

Tahap Normal Ringan Sederhana Teruk Sangat teruk

Skor 0-20 21-30 31-40 41-50 51-68

8
INVENTORI 3:
INVENTORI KEMURUNGAN BECK (IKB)
PENGENALAN

Inventori Kemurungan Beck (IKB) merupakan inventori yang dibina berdasarkan teoretikal
Kognitif Behavioral Terapi oleh Aaron T Beck (1961) iaitu yang bertajuk “Beck Depression
Inventory”. IKB mempunyai 21 item yang merupakan item universal yang memperihalkan
keadaan kognitif, perasaan dan fisiologi bagi individu yang mengalami kemurungan.

Bentuk jawapan yang disediakan di dalam IKB ini adalah berdasarkan skala ordinal iaitu
merangkumi jawapan yang ditandai dengan skala likert nombor 1 hingga 3. Nilai skala ialah: 1 =
setuju, 2 = tidak setuju dan 3 = sangat tidak setuju. Inventori ini ditadbir dengan mengambil masa
antara 20 hingga 25 minit sahaja. Persekitaran semasa menjawab inventori ini haruslah kondusif
dan teraputik iaitu selesa dan tidak mengganggu responden subjek. Setiap arahan yang diberikan
mestilah ringkas, padat dan jelas supaya subjek lebih senang untuk memahaminya. IKB ini
perlulah dijawab secara jujur tanpa mengambil masa yang terlalu lama untuk memikirkan jawapan
sesuatu item.

9
INVENTORI KEMURUNGAN BECK
(IKB)

Nama Tarikh
Jantina Umur
Pekerjaan No. Tel

Arahan: Soal selidik ini mengandungi 21 soalan. Sila baca soalan ini dengan teliti dan bulatkan
pada satu item yang berkaitan dengan perasaan anda pada hari ini dan seminggu yang lepas.

Bil Pilihan Pernyataan


Jawapan
1 0 Saya tidak merasa sedih
1 Saya merasa sedih
2 Saya sedih sepanjang masa dan saya tidak boleh mengubah sikap itu
3 Saya sangat sedih dan tidak gembira

2 0 Saya agak bersemangat tentang masa depan


1 Saya tidak mempunyai masa depan
2 Saya rasa saya tidak mempunyai apa-apa untuk masa depan
3 Saya rasa masa depan adalah sia-sia dan banyak perkara tidak dapat
dipertingkatkan

3 0 Saya bukan seorang yang gagal.


1 Saya selalu gagal berbanding dengan orang lain
2 Apabila saya melihat kembali pada hidup saya, banyak kegagalan yang berlaku
dalam hidup saya
3 Saya memang seorang yang gagal

4 0 Mendapat keseronokan dengan apa yang saya lakukan


1 Saya tidak gembira dengan apa yang saya lakukan
2 Saya tidak mendapat keseronokan dalam melakukan sesuatu
3 Saya tidak berpuas hati atau bosan dengan setiap perkara yang saya lakukan

5 0 Saya tidak berasa bersalah


1 Kadang-kadang saya berasa bersalah
2 Saya sentiasa berasa bersalah
3 Saya merasa bersalah setiap masa

6 0 Saya tidak merasa diri saya sedang dihukum


1 Saya berasa mungkin saya akan dihukum
2 Saya menjangka saya akan dihukum
3 Saya merasa saya sedang dihukum

10
7 0 Saya tidak berasa kecewa dengan diri saya sendiri
1 Saya kecewa dengan diri saya
2 Saya jijik dengan diri saya sendiri
3 Saya benci diri saya

8 0 Saya tidak berasa saya lebih teruk dari orang lain


1 Saya bersikap kritikal terhadap setiap kelemahan dan kesalahan saya
2 Saya menyalahkan diri saya sepanjang masa bagi setiap kesalahan saya
3 Saya menyalahkan diri saya sendiri untuk segala kesalahan yang saya lakukan

9 0 Saya tidak pernah terfikir untuk membunuh diri


1 Saya pernah berfikir untuk membunuh diri saya sendiri, tetapi saya tidak
melakukannya
2 Saya ingin bunuh diri
3 Saya akan bunuh diri jika saya mempunyai peluang

10 0 Saya tidak menangis lebih daripada biasa


1 Saya akan menangis lebih daripada dulu
2 Saya menangis sepanjang masa
3 Saya pernah menangis, tetapi sekarang saya tidak boleh menangis walaupun
saya mahu

11 0 Saya tidak lagi berasa marah berbanding dulu


1 Saya mudah meradang dan marah berbanding dengan dahulu
2 Saya berasa marah sepanjang masa
3 Saya berasa kesal sepanjang masa

12 0 Saya tidak hilang minat terhadap orang lain


1 Saya kurang berminat terhadap orang lain berbanding dulu
2 Saya telah kehilangan sebahagian besar minat saya terhadap orang lain
3 Saya telah kehilangan semua minat saya terhadap orang lain

13 0 Saya cuba untuk membuat keputusan sebaik mungkin


1 Saya suka menangguh dalam membuat keputusan berbanding dulu
2 Saya mempunyai kesulitan yang lebih besar dalam membuat keputusan
berbanding dulu
3 Saya langsung tidak boleh membuat keputusan sekarang

14 0 Saya tidak lagi berasa teruk berbanding dulu


1 Saya risau rupa saya kelihatan tua dan tidak menarik
2 Saya rasa ada perubahan kekal pada penampilan saya yang membuat saya
kelihatan tidak menarik
3 Saya percaya bahawa saya kelihatan hodoh

11
15 0 Saya boleh bekerja dengan baik sama seperti dulu
1 Saya mengambil masa untuk memulakan sesuatu tugas
2 Saya perlu memaksa diri untuk melakukan sesuatu
3 Saya langsung tidak boleh melakukan kerja

16 0 Saya boleh tidur nyenyak seperti biasa


1 Saya tidak boleh tidur nyenyak seperti biasa
2 Saya bangun tidur 1-2 jam lebih awal daripada biasa dan sukar untuk kembali
tidur
3 Saya bangun beberapa jam lebih awal dari kebiasaannya dan tidak dapat tidur
semula

17 0 Saya tidak berasa letih


1 Saya berasa letih daripada sepatutnya
2 Saya berasa letih daripada melakukan hampir semua perkara
3 Saya berasa amat letih untuk melakukan sesuatu

18 0 Selera makan saya tidak banyak berubah


1 Selera makan saya agak menurun sedikit dari biasa
2 Selera makan saya lebih teruk sekarang
3 Saya tidak mempunyai selera makan

19 0 Saya tidak mengalami kehilangan berat badan yang banyak


1 Saya telah kehilangan berat badan lebih dari 5kg
2 Saya telah kehilangan berat badan lebih dari 10kg
3 Saya telah kehilangan berat badan lebih dari 15kg

20 0 Saya tidak risaukan kesihatan saya secara keterlaluan


1 Saya risau tentang masalah fizikal seperti sakit, sakit perut atau sembelit.
2 Saya amat risau tentang masalah fizikal dan sukar memfokuskan perkara lain
3 Saya sangat risau tentang masalah fizikal saya sehingga saya tidak dapat
memikirkan perkara lain

21 0 Saya mendapati tiada perubahan minat terhadap seks


1 Saya kurang berminat untuk seks berbanding dulu
2 Saya tidak berminat terhadap seks pada masa sekarang
3 Saya telah hilang minat dalam hubungan seks sepenuhnya

Terima Kasih Kerana Menjawab dengan Jujur

12
BORANG JAWAPAN
INVENTORI KEMURUNGAN BECK (IKB)
Nama Tarikh
Jantina Umur
Pekerjaan No. Tel

Arahan: Bulatkan atau tandakan pada skala markah bagi kenyataan yang sesuai dengan diri anda,
seterusnya jumlahkan kesemua skor markah yang diperolehi.

BIL MARKAH
1 (0) (1) (2) (3)
2 (0) (1) (2) (3)
3 (0) (1) (2) (3)
4 (0) (1) (2) (3)
5 (0) (1) (2) (3)
6 (0) (1) (2) (3)
7 (0) (1) (2) (3)
8 (0) (1) (2) (3)
9 (0) (1) (2) (3)
10 (0) (1) (2) (3)
11 (0) (1) (2) (3)
12 (0) (1) (2) (3)
13 (0) (1) (2) (3)
14 (0) (1) (2) (3)
15 (0) (1) (2) (3)
16 (0) (1) (2) (3)
17 (0) (1) (2) (3)
18 (0) (1) (2) (3)
19 (0) (1) (2) (3)
20 (0) (1) (2) (3)
21 (0) (1) (2) (3)
MARKAH
KESELURUHAN

PENSKORAN DAN INTERPRETASI IKB

01 hingga 10 Perasaan yang turun naik ini adalah biasa (Normal)


11 hingga 16 Gangguan emosi yang sederhana (Mild)
17 hingga 20 Mengalami kemurungan yang ringan (Boderline)
21 hingga 30 Kemurungan yang tidak keterlaluan (Moderate)
31 hingga 40 Kemurungan yang teruk (Severe)
40 ke atas Kemurungan yang terlalu teruk (Extreme)

13
INVENTORI 4:
DEPRESS, ANXIETY AND STRESS SCALE (DASS)

PENGENALAN

Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS) sebagai alat kajian mengukur tahap stress. Alat
kajian DASS ini versi pendek 21 item, namun versi asal DASS mempunyai 42 item yang telah
diperkenalkan oleh Peter Lovinbond daripada University of New South Wales, Australia. Menurut
Ramli, Mohd. Arif dan Zaini (2007), DASS telah diterjemah dalam pelbagai bahasa termasuklah
versi Bahasa Malaysia (BM) yang mempunyai 21 item. DASS juga telah digunakan secara meluas
di seluruh dunia sebagai alat penyelidikan untuk mengukur aspek psikologi. Semua item dinilai
menggunakan skala pemeringkatan Likert dengan empat pilihan jawapan iaitu tidak langsung,
sedikit atau jarang-jarang, banyak atau kerap kali dan sangat kerap.

14
DEPRESS, ANXIETY AND STRESS SCALE
(DASS)
Arahan: Sila baca kenyataan
berikut dan bulatkan jawapan yang menggambarkan keadaan anda
SEMINGGU yang lepas. Skala penilaian adalah seperti berikut:

0 1 2 3
Tidak Pernah Sama Sekali Jarang Kerap Sangat Kerap

Bil. Pernyataan Tidak Jarang Kerap Sangat


Pernah Kerap
1 Saya rasa susah untuk bertenang 0 1 2 3
2 Saya sedar mulut saya rasa kering 0 1 2 3
3 Saya seolah-olah tidak dapat mengalami 0 1 2 3
perasaan positif sama sekali
4 Saya mengalami kesukaran bernafas 0 1 2 3
(Contohnya, bernafas terlalu cepat,
tercungap-cungap walaupun tidak
melakukan aktiviti fizikal)
5 Saya rasa tidak bersemangat untuk 0 1 2 3
memulakan sesuatu perkara
6 Saya cenderung bertindak secara berlebihan 0 1 2 3
kepada sesuatu keadaan
7 Saya pernah menggeletar (contohnya tangan) 0 1 2 3
8 Saya rasa saya terlalu gelisah 0 1 2 3
9 Saya risau akan berlaku keadaan di mana 0 1 2 3
saya panik dan berkelakuan bodoh
10 Saya rasa tidak ada yang saya harapkan 0 1 2 3
(putus harapan)
11 Saya dapati saya mudah resah 0 1 2 3
12 Saya merasa sukar untuk relaks 0 1 2 3
13 Saya rasa muram dan sedih 0 1 2 3
14 Saya tidak boleh terima apa jua yang 0 1 2 3
menghalangi saya daripada meneruskan apa
yang saya sedang lakukan
15 Saya rasa hampir panik 0 1 2 3
16 Saya tidak bersemangat langsung 0 1 2 3
17 Saya rasa diri saya tidak berharga 0 1 2 3
18 Saya mudah tersinggung 0 1 2 3
19 Walaupun saya tidak melakukan aktiviti 0 1 2 3
fizikal, saya sedar akan debaran jantung saya
(Contoh: degupan jantung lebih cepat)
20 Saya rasa takut tanpa sebab 0 1 2 3
21 Saya rasa hidup ini tidak bererti lagi 0 1 2 3
15
BORANG JAWAPAN
DEPRESS, ANXIETY AND STRESS SCALE (DASS)

Tarikh
Nama
Jantina Umur
Pekerjaan No. Tel

Masukkan skala markah jawapan soalan bagi setiap kategori


TEKANAN (STRESS)

Soalan S1 S6 S8 S11 S12 S14 S18 Jumlah

Markah

KEBIMBANGAN (ANXIETY)

Soalan S2 S4 S7 S9 S15 S19 S20 Jumlah

Markah

KEMURUNGAN (DEPRESSION)

Soalan S3 S5 S10 S13 S16 S17 S21 Jumlah

Markah

Selepas dijumlahkan, sila rujuk kepada petak skor jaringan dan terjemahkan jumlah skor
untuk mengetahui tahap status kesihatan mental anda.

16
PENSKORAN DAN INTERPRETASI IKB

Kemurungan Anzieti Stress


Normal 0-5 0-4 0-7
Ringan 6-7 5-6 8-9
Sederhana 8-10 7-8 10-13
Teruk 11-14 9-10 14-17
Sangat Teruk 15+ 11+ 18+

Isikan keputusan (normal, ringan, sederhana, teruk atau sangat teruk) dalam jadual di bawah.

Jadual 4.3: Keputusan Ujian DASS

Ujian Tahap

Stres

Kebimbangan

Kemurungan

17
INVENTORI 5:
INVENTORI KECENDERUNGAN BUNUH DIRI (IKBD)

PENGENALAN

Inventori Kecenderungan Bunuh Diri dibina daripada Teoretikal Kecenderungan Bunuh Diri
yang diadaptasi oleh Hong dan Mohammad Aziz Shah (2018) daripada pelbagai teoretikal bunuh
diri dan psikologikal manusia. Berdasarkan teoretikal ini, kecenderungan membunuh diri
merujuk kepada percubaan bunuh diri dengan tujuan untuk mati termasuk berfikir untuk
membunuh diri dan cubaan membunuh diri yang hampir membawa maut. Cubaan bunuh diri
dikategorikan sebagai inisiatif sendiri, berpotensi mendatangkan kecederaan diri dan bertujuan
untuk mati. Joiner (2005) menjelaskan bahawa idea bunuh diri mendahului tingkah laku bunuh
diri. Teori ini membezakan dua jenis pemikiran bunuh diri iaitu idea bunuh diri pasif dan idea
bunuh diri aktif. Contohnya, idea bunuh diri pasif merujuk kepada cara seseorang melihat
kehidupannya yang tidak berbaloi, merasakan bahawa orang lain akan lebih gembira sekiranya
dia tiada lagi, memikirkan untuk tidak bangun daripada tidur. Kesemua ini boleh dikatakan tidak
begitu serius. Idea bunuh diri aktif merujuk kepada pemikiran spesifik untuk mencederakan diri
sendiri dan merancang untuk menamatkan hidup sendiri.

Mengikut teori ini, keinginan untuk membunuh diri timbul apabila individu mengalami perasaan
terbeban (satu perasaan di mana individu membebankan orang lain dan keadaan akan menjadi
lebih baik apabila individu tersebut tidak wujud lagi) dan juga kehampaan rasa kepunyaan
(kombinasi kesunyian dan kekurangan sokongan sosial). Mengikut teori ini lagi, idea bunuh diri
mendahului tingkah laku bunuh diri.

Teori ini juga menjelaskan bahawa idea bunuh diri tidak cukup untuk mencetuskan tingkah laku
bunuh diri. Sama ada seseorang individu cuba membunuh diri bergantung kepada konstruk
ketiga teori ini iaitu keupayaan untuk membunuh diri. Konstruk ini timbul apabila individu
mengalami (1) tahap minima ketakutan untuk mati dan (2) peningkatan toleransi yang tinggi
terhadap kesakitan. Keupayaan bunuh diri ini disebabkan oleh pendedahan yang berulang kali
dalam situasi kehidupan seperti keganasan rumah tangga dan penganiayaan semasa kecil. Ini
bermakna niat bunuh diri muncul apabila individu mempunyai keinginan bunuh diri aktif iaitu
idea bunuh diri dan juga tahap minima ketakutan untuk mati. Akhirnya, kombinasi niat bunuh
diri dan peningkatan toleransi yang tinggi terhadap kesakitan membawa kepada tingkah laku
bunuh diri. Terdapat lima subskala yang dijadikan asas untuk mengukur kecenderungan bunuh
diri iaitu:

a) Interpersonal
Interpersonal adalah individu berasa kehidupan orang di sekeliling akan lebih baik dan lebih
gembira jika dirinya tidak wujud. Subskala interpersonal juga menyatakan bahawa individu
berasa dirinya membebankan dan tidak dipedulikan oleh orang sekelilingnya. Individu juga
tidak mempunyai hubungan bermakna dan selalu bersikap kritikal dengan orang lain. Individu
selalu menyalahkan diri sendiri atas kesilapan yang dilakukan oleh orang lain. Selain itu,
individu tidak mempedulikan pandangan orang lain terhadap dirinya dan merasakan bahawa
18
hubungan dengan orang lain adalah tidak penting. Individu juga sering menyangka orang lain
mengkritik dirinya.

b) Harapan
Harapan adalah apabila individu menganggap dirinya sudah tidak mempunyai masa hadapan
dan lebih mengharapkan kepada kematian dirinya. Individu merasakan bahawa dirinya tidak
mempunyai peluang untuk mencapai perkara yang ingin dilakukan dan individu adalah
seorang yang tetap berputus ada walaupun orang lain telah menunjukkan jalan penyelesaian.
Dalam subskala harapan ini juga, individu tidak dapat melihat kejayaan yang diusahakannya
dan tidak menaruh sebarang harapan pada masa hadapannya. Individu juga hanya melihat
ketidakseronokan pada masa depan dan setiap perkara yang dilakukan tidak berjaya. Individu
juga tidak yakin dengan apa yang dilakukan dan merasakan bahawa mencapai apa yang
dirinya kehendaki adalah tidak berguna.

c) Kemurungan
Kemurungan adalah individu sering terfikir, merancang cara dan mempunyai desakan untuk
membunuh diri. Subskala kemurungan menyatakan bahawa bunuh diri dapat menyelesaikan
semua masalah individu yang terlibat. Individu juga pernah mencederakan diri secara sengaja
dengan niat untuk membunuh diri dan tidak berasa gembira untuk meneruskan kehidupan.
Individu juga tidak lagi mempunyai minat terhadap semua perkara yang pernah dirinya minati
suatu ketika dahulu. Individu juga menjauhkan diri dari semua orang. Individu sering tidak
dapat tidur lena kerana memikirkan pelbagai perkara dan merasakan bahawa kehidupannya
adalah satu kegagalan.

d) Stres
Stres adalah apabila individu menghadapi kesukaran untuk bernafas dan menenangkan diri.
Individu sering berasa takut tanpa sebab dan cepat berasa gelisah. Individu sukar untuk
berfikir secara positif. Anggota badan individu juga sering menggigil setiap kali individu
berasa bimbang. Subskala stres juga menyatakan bahawa individu adalah seorang yang sukar
membuat keputusan dalam kehidupan dan mudah menjadi panik secara tiba-tiba. Individu
juga tidak dapat tidur walaupun mengantuk dan hilang selera makan.

e) Emosi
Emosi adalah apabila individu tidak dapat mengawal emosinya sendiri, sering memendam
perasaan dan sukar menjelaskan perasaannya kepada orang lain. Individu juga adalah seorang
yang tidak mengawal kemarahannya apabila marah dan tidak dapat bertenang apabila tertekan.
Individu juga tidak suka berkongsi perasaan walaupun dengan orang yang rapat dan apabila
dirinya berasa sedih, individu merasakan bahawa tiada apa yang mampu membuat dirinya
gembira semula. Apabila individu berasa sedih, dirinya akan menjadi lemah secara fizikal dan
sering terfikir untuk membunuh diri. Individu yang beremosi sering merasakan ingin
menamatkan kehidupan agar dapat melupakan kesedihan yang dialaminya.

19
INVENTORI KECENDERUNGAN BUNUH DIRI
(IKBD)

Digubal oleh:
Hong Kok Pan
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip
Nama Tarikh
Jantina Umur
Pekerjaan No. Tel

Arahan:
A. Inventori ini mengandungi 50 penyataan. Sila jawab semua penyataan dalam borang
jawapan yang disediakan.
B. Penyataan dalam inventori ini menggambarkan pelbagai perkara mengenai diri anda.
Oleh itu, baca setiap pernyataan dengan teliti dan jawab dengan seikhlas mungkin.
C. Jika anda menghadapi kesukaran memilih jawapan yang paling tepat, sila tandakan
pilihan jawapan yang paling hampir dengan diri anda sendiri berdasarkan skala di bawah.

1 2 3 4
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

BIL SKALA
PERNYATAAN
1 2 3 4
1. Kehidupan orang di sekeliling akan lebih baik sekiranya
saya tidak wujud lagi
2. Saya tidak mempunyai masa hadapan
3. Saya terfikir untuk membunuh diri
4. Saya menghadapi kesukaran untuk bernafas
5. Saya tidak dapat mengawal emosi
6. Orang di sekeliling akan lebih gembira tanpa kewujudan
saya
7. Saya lebih mengharapkan kematian diri saya
8. Saya merancang cara untuk membunuh diri
9. Saya sukar untuk menenangkan diri
10. Saya sering memendam perasaan
11. Saya selalu membebankan orang di sekeliling saya
12. Saya tidak mempunyai peluang untuk mencapai perkara
yang diingini
13. Saya mempunyai desakan untuk membunuh diri
14. Saya sering berasa takut tanpa sebarang sebab
15. Saya sukar menjelaskan perasaan kepada orang lain
20
16. Saya rasa orang di sekeliling tidak lagi mempedulikan
saya
17. Saya tetap berputus asa walaupun orang lain
menunjukkan jalan penyelesaian
18. Bunuh diri dapat menyelesaikan semua masalah saya
19. Saya cepat berasa gelisah
20. Apabila saya marah, saya sukar mengawal kemarahan
saya
21. Saya tidak mempunyai hubungan yang bermakna dengan
orang lain
22. Saya tidak dapat melihat kejayaan hasil usaha saya
23. Saya pernah mencederakan diri secara sengaja dengan
niat membunuh diri
24. Saya sukar untuk berfikir positif
25. Apabila saya berasa tertekan, saya gagal untuk bertenang
26. Saya selalu bersikap kritikal terhadap orang lain
27. Saya tidak menaruh harapan kepada masa hadapan
28. Saya berasa tidak gembira untuk meneruskan kehidupan
29. Anggota badan akan menggigil setiap kali saya berasa
bimbang
30. Saya tidak suka berkongsi perasaan walaupun dengan
individu yang rapat
31. Saya selalu menyalahkan diri sendiri atas kesilapan yang
dibuat orang lain
32. Saya hanya melihat ketidakseronokan pada masa depan
33. Saya tidak lagi berminat terhadap semua perkara yang
pernah saya minati dahulu
34. Saya sukar membuat keputusan dalam kehidupan
35. Apabila saya sedih, saya rasa tiada apa yang dapat
membuatkan saya gembira semula
36. Saya tidak mempedulikan pandangan orang lain terhadap
saya
37. Segala yang saya lakukan tidak berjaya
38. Saya menjauhi diri daripada semua orang
39. Saya boleh menjadi panik secara tiba-tiba
40. Apabila sedih, saya menjadi lemah secara fizikal
41. Hubungan saya dengan orang lain adalah tidak penting
42. Saya tidak yakin dengan apa yang saya lakukan
43. Saya tidak dapat tidur lena kerana memikirkan pelbagai
perkara
44. Saya tidak dapat tidur walaupun mengantuk
45. Apabila sedih, saya terfikir untuk membunuh diri
46. Saya sering bersangka orang lain mengkritik saya
47. Tiada gunanya untuk saya mencapai apa yang saya

21
kehendaki
48. Saya berasa kehidupan adalah satu kegagalan
49. Selera makan saya hilang
50. Saya rasa ingin menamatkan kehidupan agar dapat
melupakan kesedihan

Terima Kasih Kerana Menjawab Dengan Jujur

22
BORANG JAWAPAN
INVENTORI KECENDERUNGAN BUNUH DIRI

Nama Tarikh
Jantina Umur
Pekerjaan No. Tel

1 2 3 4 5
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1 2 3 4 5
6 7 8 9 10
11 12 13 14 15
16 17 18 19 20
21 22 23 24 25
26 27 28 29 30
31 32 33 34 35
36 37 38 39 40
41 42 43 44 45
46 47 48 49 50
Jumlah Jumlah Skor
skor Keseluruhan

Jumlah
skor
subskala

Catatan dan rujukan psikologis/ kaunselor/ fasilitator:

23
LAMPIRAN INTERPRETASI SKOR INVENTORI KECENDERUNGAN BUNUH
DIRI (IKBD)

Interpretasi Skor Subskala IKBD Interpretasi Skor Keseluruhan IKBD

Tahap Jumlah Interpretasi Tahap Jumlah Interpretasi


IBKD skor Subskala IKBD IBKD skor Subskala IKBD

Sangat tinggi dalam


kecenderungan Sangat tinggi dalam
Sangat Sangat
34-40 membunuh diri 164-200 kecenderungan
Tinggi Tinggi
berdasarkan faktor membunuh diri
subskala

Tinggi dalam
kecenderungan Tinggi dalam
Tinggi 26-33 membunuh diri Tinggi 126-163 kecenderungan
berdasarkan faktor membunuh diri
subskala

Rendah dalam
kecenderungan Rendah dalam
Rendah 18-25 membunuh diri Rendah 88-125 kecenderungan
berdasarkan faktor membunuh diri
subskala

Sangat rendah dalam


kecenderungan Sangat rendah dalam
Sangat Sangat
10-17 membunuh diri 50-87 kecenderungan
Rendah Rendah
berdasarkan faktor membunuh diri
subskala

24
INVENTORI 6:
INVENTORI TAHAP KEMARAHAN INDIVIDU

PENGENALAN

Kemarahan adalah satu emosi semula jadi yang kita semua alami dari semasa ke semasa.
Kemarahan boleh berlaku disebabkan oleh peristiwa luaran dan dalaman. Seseorang individu
boleh menjadi marah pada orang tertentu atau kejadian atau kemarahan boleh timbul disebabkan
oleh kebimbangan atau konflik berkenaan dengan hal peribadi. Kenangan peristiwa traumatik
atau dendam juga boleh mencetuskan perasaan marah. Kemarahan menunjukkan perubahan
fisiologi dan biologi; apabila seseorang itu marah, kadar denyutan jantung dan tekanan darah
meningkat, begitu juga dengan tahap hormon tenaga, adrenalin dan noradrenalin. Kemarahan
boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada mana-mana emosi yang lain. Kemarahan
adalah sangat umum dan kemarahan mengganggu dan memberi kesan kepada
sekurang-kurangnya dua orang individu; penyerang dan individu yang diserang. Secara nalurinya,
cara semula jadi untuk menyatakan kemarahan adalah dengan bertindak balas secara agresif.
Kemarahan adalah tindak balas penyesuaian semula jadi kepada ancaman; amat mempengaruhi
perasaan dan tingkah laku, yang membolehkan kita untuk melawan dan mempertahankan diri
kita apabila kita diserang. Oleh itu, kemarahan pada kadar yang minimum ini adalah perlu untuk
keseimbangan kehidupan seharian kita. Pada masa yang sama, kita tidak boleh secara fizikal
menyerang pada setiap orang atau objek yang mengganggu atau menyakitkan hati kita;
undang-undang, norma-norma sosial, dan akal menetapkan had sejauh mana kemarahan itu boleh
membawa kita. Bagi menangani perasaan marah, pelbagai langkah boleh dilakukan oleh
seseorang individu. Tiga pendekatan utama boleh dipratikkan iaitu dengan menyatakan,
mengehadkan dan menenangkan. Menyatakan atau melahirkan perasaan marah tanpa keagresifan
atau pada kadar yang minimal adalah salah satu cara terbaik dalam melepaskan kemarahan.
Untuk melakukan ini, seseorang individu itu perlu belajar bagaimana untuk memilih dengan jelas
apa keperluannya, dan bagaimana untuk mendapatkannya, tanpa menyakiti orang lain. Menjadi
tidak tegas tidak bermakna individu berkenaan hanya menurut atau menunduk tetapi lebih
kepada menghormati diri sendiri dan masyarakat di persekitarannya.

25
INVENTORI TAHAP KEMARAHAN INDIVIDU
(ITKI)

Nama Tarikh
Jantina Umur
Pekerjaan No. Tel

Arahan: Sila tandakan pernyataan yang paling tepat dalam menggambarkan cara anda
menguruskan kemarahan anda. Jawapan anda adalah dengan menggunakan skor BETUL (B) dan
SALAH (S) yang telah diberikan berdasarkan soalan-soalan di bawah.

BIL PERNYATAAN SKOR


1 Semua orang perlu berhati-hati apabila saya dalam keadaan marah B S
2 Perasaan marah saya segera timbul apabila saya fikirkan tentang sesuatu B S
perkara buruk yang telah dilakukan oleh seseorang pada masa lampau
3 Menunggu sesuatu adalah perkara yang membosankan saya B S
4 Saya mengatasi kemarahan dengan mudah B S
5 Saya selalu bertengkar dengan orang yang rapat dengan saya B S
6 Saya kadang kala terjaga di waktu malam apabila memikirkan tentang B S
perkara-perkara yang membuatkan saya kecewa sepanjang hari
7 Apabila seseorang berkata sesuatu yang mengecewakan saya, saya B S
selalunya berdiam diri sambil memikirkan tentang apa yang patut saya
buat
8 Saya sukar memaafkan seseorang yang telah melakukan kesalahan B S
terhadap diri saya
9 Saya akan marah kepada diri saya sendiri apabila gagal mengawal B S
emosi
10 Orang yang selalu menyakiti hati orang lain seumpama mereka tidak B S
mempunyai kesedaran terhadap diri sendiri
11 Jika merasa kecewa tentang sesuatu, saya mempunyai kecenderungan B S
merasa kurang sihat
12 Orang yang saya percaya selalu membuatkan saya kecewa. B S
13 Saya mudah merasa tertekan apabila sesuatu kerja itu tidak dilakukan B S
mengikut cara saya.
14 Saya suka meletakkan rasa kecewa di luar kotak pemikiran saya B S
15 Saya sukar mengingati apa yang saya lakukan pada waktu saya sedang B S
marah
16 Saya akan membenci diri saya sendiri apabila bertengkar dengan orang B S
lain
17 Sikap panas baran saya menyebabkan saya mempunyai masalah di B S
tempat kerja
18 Apabila sakit hati, saya suka bercakap sesuatu yang menyakiti hati B S
orang lain

26
19 Sesetengah orang takut dengan sikap panas baran saya B S
20 Saya akan makan dalam jumlah yang banyak apabila saya marah B S
21 Apabila ada orang menyakiti saya, saya akan berusaha menghindarinya B S
untuk mendapatkan ketenangan
22 Perasaan marah saya pada satu-satu masa ada kalanya mendorong saya B S
untuk bertindak kasar seperti memecahkan sesuatu
23 Ada kalanya perasaan marah saya mendorong saya untuk mempunyai B S
keinginan membunuh
24 Kadang kala saya ingin membunuh diri apabila berhadapan dengan B S
perkara yang menyakitkan
25 Saya perlu belajar untuk mengawal kemarahan saya kerana ianya B S
menimbulkan banyak masalah kepada saya
JUMLAH BETUL

Terima Kasih Kerana Menjawab Dengan Jujur

27
PENSKORAN DAN INTERPRETASI TAHAP KEMARAHAN INDIVIDU

JUMLAH PENTAFSIRAN
SKOR
Kurang Anda merupakan individu yang biasa dan normal. Namun begitu anda masih
daripada 5 perlu mempelajari serba sedikit tentang teknik pengurusan kemarahan yang
boleh membantu anda menjadi lebih ceria dan berupaya untuk memelihara
hubungan anda dengan orang lain.
5–9 Anda merupakan individu yang mempunyai tahap kemarahan yang sederhana.
Kegagalan mengawal kemarahan akan menyebabkan anda mempunyai
masalah dengan individu di persekitaran anda. Anda masih boleh mengawal
tahap kemarahan anda melalui bantuan dan bimbingan daripada individu yang
anda percayai seperti seorang kaunselor. Pengetahuan tentang teknik
pengurusan kemarahan membantu anda mengawal kemarahan dan
memelihara hubungan anda dengan orang lain.
10 - 19 Anda sememangnya mempunyai tahap kemarahan yang serius. Adakalanya
kemarahan anda ini menyebabkan anda sukar mengawal diri dan emosi anda.
Hubungan anda dengan orang sekeliling anda mungkin berada di bawah
tekanan atau akan musnah. Anda amat memerlukan bantuan segera dari
individu yang mahir dalam mengawal kemarahan seperti seorang kaunselor.
Perubahan tingkah laku diri sendiri adalah merupakan kaedah penyelesaian
yang terbaik.
20 – 25 Jika anda menjawab BETUL dalam semua empat soalan terakhir, bermakna
Hilang kawalan kemarahan anda telah mencapai tahap bahaya. Anda tidak mampu lagi
mengawal kemarahan anda dan anda perlu mendapatkan sesi kaunseling
dengan kadar segera.

28
INVENTORI 7:
SARINGAN STATUS KESIHATAN MENTAL (SSKM)

PENGENALAN

Saringan Status Kesihatan Mental (SSKM) adalah sebuah alat saringan kesihatan mental. Ia tidak
membolehkan diagnos khusus psikiatri dibuat berdasarkan inventori ini. Walau bagaimanapun,
pencapaian mata yang melebihi piawai yang ditetapkan membawa implikasi bahawa seseorang
individu itu mungkin mempunyai masalah kecelaruan mental. Proses pembangunan SSKM ini
telah menunjukkan kebolehannya untuk mengesan kes-kes masalah emosi, kebimbangan dan
gangguan psikosis.

29
SOALSELIDIK SARINGAN KESIHATAN MENTAL
(SSKM)

Nama Tarikh
Jantina Umur
Pekerjaan No. Tel

Arahan: Bagi setiap soalan, sila pilih jawapan yang menggambarkan pengalaman atau
perasaan anda yang paling tepat. Sila tandakan (√) di dalam kotak yang disediakan berdasarkan
pilihan skala berikut:

0 = Tiada 1 = Kadang-kadang 2 = Kerap 3 = Sentiasa


(Tiada pengalaman/ (Kekerapan pengalaman/ (Kekerapan pengalaman/ (Mempunyai pengalaman/
perasaan tersebut dalam perasaan kurang 50% perasaan lebih 50% perasaan tersebut sepanjang
jangkamasa satu bulan dalam jangkamasa dalam jangkamasa masa dalam jangkamasa satu
yang lepas) sebulan yang lepas) sebulan yang lepas) bulan yang lepas)

Berdasarkan tempoh satu bulan yang lepas, pernahkah anda mempunyai pengalaman atau
perasaan yang berikut?

BIL PERNYATAAN 0 1 2 3
1. Sedih (atau susah hati) 0 1 2 3
2. Mudah marah 0 1 2 3
3. Tidak minat bercakap 0 1 2 3
4. Kerap terjaga dari tidur 0 1 2 3
5. Sakit-sakit badan/ sendi 0 1 2 3
6. Hilang minat pada perkara yang biasa diminati 0 1 2 3
7. Menangis atau rasa hendak menangis 0 1 2 3
8. Rasa sunyi 0 1 2 3
9. Takut terhadap sesuatu objek atau keadaaan 0 1 2 3
10. Badan lemah, lesu atau tidak bertenaga 0 1 2 3
11. Tidak suka bercampur dengan orang lain (menyendiri) 0 1 2 3
12. Perasaan ingin mati 0 1 2 3
13. Kurang daya ingatan atau mudah terlupa 0 1 2 3
14. Otot tegang 0 1 2 3
15. Keyakinan pada diri sendiri yang berlebihan 0 1 2 3
16. Buah fikiran yang pantas, seolah berlumba-lumba 0 1 2 3
17. Kurang yakin pada diri sendiri 0 1 2 3
18. Rasa tiada jalan keluar 0 1 2 3
19. Perasaan terlalu seronok 0 1 2 3
20. Susah hendak menyesuaikan diri dengan keadaan 0 1 2 3

JUMLAH

Terima Kasih Kerana Menjawab Dengan Jujur


30
PENSKORAN DAN INTERPRETASI SSKM

Jumlah Markah Keseluruhan


(Jumlah markah keseluruhan ialah julat 0
hingga 60. Jika, responden mendapat mata
14 atau ke atas, beliau memerlukan
penilaian yang lanjut)

Ulasan Psikologis/ Kaunselor/ Fasilitator:

31

You might also like