Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Aktiviti

PBS
Aktiviti PBS

2. Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah

a. Lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan PdP.

b. Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber PdP dipamerkan di bilik darjah


tersebut digunakan secara berkesan.

c. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid?

d. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang


berasaskan TMK ?

e. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
aktiviti pembelajaran?

f. Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu


PELAN BILIK DARJAH 6
MERAH
Papan nots
Papan hijau

Meja guru

Meja pelajar
aan
Papan
kenyat
B. Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber PdP dipamerkan di bilik darjah tersebut
digunakan secara berkesan.

Berdasarkan permahatian saya, hampir kesemua kelas di Sekolah Kebangsaan


Saint Thomas mempunyai papan kenyataan pembelajaran. Hal ini kerana, murid-
murid kebiasaannya lebih tertarik untuk melihat sesuautu yang berwarna-warni dan
piktograf. Pendekatan seperti ini dapat membantu merangsang minda murid dengan
lebih cepat dan efektif. Setiap sudut papan kenyataan ini mempunyai bahagian-
bahagian untuk membahagi mengikut subjek teras. Hal ini memudahkan murid untuk
dalam bentuk piktograf. Ini adalah kerana ia dapat membantu merangsang minda
pelajar dengan lebih cepat daripada kebiasaan. Kelas juga turut dihiaskan dengan
gambar-gambar rajah dan juga mempunyai warna yang menarik.

C. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid?

Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh
pelajar adalah bahan yang wujud, nyata dan berada di depan mata mereka atau
dengan lebih ringkasnya bahan yang konkrit. Hal ini kerana murid dapat melihat
dengan mata mereka sendiri serta mengaplikasikan bahan tersebut di samping murid
akan berasa lebih seronok untuk turut serta semasa aktiviti dalam kelas dijalankan.
Seperti kelas-kelas yang telah saya masuk dan mengikuti pembelajaran mereka,
jenis aktiviti yang dilaksanakan oleh guru yang mengajar yang menarik perhatian
pelajar ialah yang berunsurkan permainan atau berkumpulan atau kuiz yang mana
membolehkan pelajar dapat belajar serta berfikir dan menyumbang idea secara
bebas tanpa batasan. Bahan bantu mengajar yang disediakan oleh guru juga
menambahkan lagi semangat murid dalam melakukan aktiviti yang di jalankan oleh
guru. Malah, bahan pembelajaran yang dilakukan akan dipamerkan disudut papan
kenyataan yang disediakan dibelakang kelas. Penyediaan ruang di papan notis
dibelakang kelas membolehkan murid membaca nota-nota yang ditampal oleh guru
disamping dapat membantu murid untuk mengingati apa yang mereka pelajari.
Pendekatan yang digunakan oleh guru dalam mempamerkan bahan PdP di dalam
kelas menggunakan peta I-Think secara tidak langsung dapat meningkat kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) murid.
D. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan
TMK ?

Di sekolah ini penggunaan TMK dalam PdP agak kurang memandangkan


kekurangan frasarana. Pengguna TMK semasa PdP adalah mengikut keperluan guru
matapelajaran itu sendiri. Namun melalui permerhatian saya kebanyakkan guru
kurang menggunakan pendekatan ini memandangkan tiada kemudahan seperti bilik
komputer. Namun saya yakin bahawa murid zaman kini sememangnya berpeluang
menggunakan TMK semasa berada di rumah untuk mencari maklumat. Melalui
pengamatan saya, sekolah ini menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan
projek. Hal ini sememangnya memerlukan murid untuk mencari bahan bagi
menghasilkan projek mereka.

E. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran?

Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti


pembelajaran dengan cara soal jawab ataupun komunikasi dua hala. Semasa berada
di dalam kelas guru lebih berpusatkan kepada murid. Guru bukan sahaja memberi
penerangan tetapi meminta murid-murid untuk memberi respon untuk melihat sejauh
mana kefahaman mereka mengenai topik yang dipelajari. Selain itu, guru juga
meminta pandangan daripada murid berdasarkan pengalaman sedia ada mereka.
Dalam pelaksanaan aktiviti pula, guru menyediakan bahan bantu mengajar yang
cukup agar semua murid terlibat dengan aktiviti yang di laksanakan. Penglibatan
daripada murid-murid dalam proses PdP juga sangat baik, dan guru juga dapat
mengawal suasana kelas dengan baik.
F. Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu.

Semasa pembahagian kumpulan, murid-murid dibahagikan mengikut tahap prestasi.


Menurut guru sekolah ini, murid dibahagi mengikut tahap pembelajaran murid.
Sebagai contoh, murid tahap tinggi akan dikumpulkan dalam satu kumpulan. Hal ini
kerana, murid yang lemah sering ketinggalan apabila dicampur dengan murid yang
tinggi pencapaian. Di samping itu, kepelbagaian kaum di dalam kelas juga
menyumbang kepada pembentukan kumpulan. Setiap kumpulan juga terdiri daripada
pelbagai kaum. Hal ini kerana, dapat memupuk semangat perpaduan, tolong
menolong, bertolah ansur dan menghormati antara satu sama lain dapat disemai
dalam diri murid-murid.

You might also like