Surat Memohon Sumbangan Set Baju Nasyid

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LINTANG,

81900 KOTA TINGGI,


JOHOR DARUL TAKZIM
KOD SEKOLAH : JBA 3003 Tel : 07- 8821446

Ruj. Kami: JBA 3003/700-5/1/4(01)


Tarikh: Mac 2020

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,


Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang,
Kota Tinggi,
Johor.

Kepada :
YDP PIBG,
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang,
Kota Tinggi,
JOHOR.

Melalui dan Salinan:


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang,
Kota Tinggi,
Johor.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MEMBELI SET BAJU MELAYU PASUKAN NASYID


SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Adalah dimaklumkan bahawa pasukan nasyid Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang


akan menyertai Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Kota Tinggi yang akan diadakan pada
3 Mac 2020. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan daripada
pihak tuan untuk mendapatkan satu set baju melayu untuk keperluan tersebut.

3. Kos untuk membeli satu set baju melayu untuk sebuah pasukan dianggarkan sebanyak
RM 730.

4. Untuk makluman pihak tuan, baju yang kami miliki sudah lama dan tidak mencukupi.
Oleh itu, diharapkan pihak tuan dapat membuat pertimbangan kerana pihak kami amat
memerlukan memandangkan tarikh pertandingan semakin hampir iaitu sekitar awal bulan
Mac 2020.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………
(ROSLAN BIN BONGSU@BABA)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang
Kota Tinggi, Johor

You might also like