Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA PERTANDINGAN INOVASI IPG

1.1 PENGENALAN
Dalam arus perkembangan teknologi digital yang begitu pesat, proses
pembelajaran murid menjadi semakin kompleks. Guru sebagai
pemudahcara dan pendidik perlu menghasilkan pelbagai inovasi atau
bahan bantu belajar yang berupaya membantu murid-murid mencapai
pembelajaran optimal. Guru perlu merancang aktiviti komprehensif yang
memacu kemajuan dan perkembangan diri murid-murid. Walaupun pada
zaman digital, penggunaan bahan maujud sebagai bahan bantu belajar
masih dapat memainkan peranan yang penting seperti sebagai
ransangan dan penggerak penggunaan pelbagai deria. Aktiviti
pembelajaran dapat dilaksanakan serta lebih teguh ingatan murid
apabila melibatkan lebih banyak deria. Dengan itu, guru hendaklah
mempelbagaikan jenis bahan bantu belajar.

1.2 RINGKASAN EKSEKUTIF


1.2.1 Ringkasan bagi inovasi yang telah disediakan
Mobile d-Tag merupakan inovasi yang dapat membantu murid dalam
menguasai dan meningkatkan kosa kata dengan lebih mudah. Mobile d-
Tag membolehkan murid mempelajari kosa kata dengan cara yang
seronok dan menarik. Inovasi ini mudah dibawa dan mudah difahami.
Guru boleh menjadikan inovasi ini sebagai bahan bantu belajar (BBB)
semasa pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Murid boleh juga
menggunakan inovasi ini dalam pembelajaran kendiri di luar bilik darjah.

1.3 LATAR BELAKANG KUMPULAN


1.3.1 Profil ringkas kumpulan dan IPG yang diwakili
Kumpulan ini terdiri daripada tiga orang siswa pendidik semester 6
kumpulan TESL dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
(IPGKTB). IPGKTB terletak di Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau
Pinang. Nama siswa pendidik yang bertanding ialah Wan Aisyah Husna
Binti Wan Ahmad Hilmi, Nursyakirah Binti Abdul Halim dan Syarimazni
Binti Mohd Razali. Pensyarah pembimbing yang turut menyertai ialah Cik
Teo Lai Yong daripada Unit Pengajian Inggeris, Jabatan Bahasa
IPGKTB.

1.3.2 Carta organisasi kumpulan

Cik Teo Lai Yong


(Pensyarah Pembimbing)

Wan Aisyah Husna (Ketua)

Nursyakirah

Syarimazni

1
1.4 TUJUAN INOVASI
1.4.1 Rasional
Inovasi ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah proses pembelajaran
Bahasa Inggeris yang disebabkan oleh kekurangan kosa kata. Hal ini
telah menyebabkan murid kurang minat dalam PdPc Bahasa Inggeris.
Murid juga menganggap mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran yang sukar.

1.4.2 Objektif
i. Mempertingkatkan penguasaan kosa kata murid dalam Bahasa
Inggeris.
ii. Menggalakkan pembelajaran secara aktif dan konstruktif yang
berpusatkan murid.
iii. Mewujudkan satu pengantara (scaffolding) untuk murid
mengaplikasikan empat kemahiran bahasa.
iv. Menggalakkan kemahiran bersosial dan berkomunikasi yang baik.

1.5 SASARAN
1.5.1 Lokasi
Inovasi ini disasar untuk digunakan di sekolah rendah, di dalam dan di
luar bilik darjah.

1.5.2 Kumpulan sasaran


Murid sekolah rendah tahun 1 hingga tahun 6, khasnya untuk mata
pelajaran Bahasa Inggeris.

1.6 HURAIAN BUTIRAN INOVASI YANG DIHASILKAN


1.6.1 Pengenalan Mengenai Inovasi
Inovasi Mobile d-Tag dimulakan dengan program Walking Dictionary
yang telah dilaksanakan di sebuah sekolah rendah semasa amalan
profesional atau praktikum semester 5. Program ini bertujuan untuk
meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dengan
cara menambah kosa kata. Ia merupakan satu pendekatan yang berbeza dan
berlainan daripada cara konvensional yang digunakan dalam bilik darjah serta
berpusatkan murid. Empat kemahiran yang ditekankan dalam Bahasa Inggeris
iaitu listening, speaking, reading dan writing juga dapat diaplikasikan secara
langsung dan tidak langsung.

Inovasi ini selari dengan teori konstruktivisme Vygotsky di mana pembelajaran


adalah berpusatkan murid dan pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi.
Apabila wujud interaksi dalam kalangan murid, interaksi sosial membawa
kepada pemikiran aras tinggi. Dengan bimbingan guru atau rakan dan inovasi
Mobile d-Tag, maka berlaku pembinaan pengetahuan melalui teknik
scaffolding. Pada masa yang sama, disebabkan murid
bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri, maka berlaku a sense
of ownership. Kemahiran bersosial dan berkomunikasi dengan baik juga
digalakkan serta diaplikasi semasa interaksi dijalankan.

1.6.2 Tarikh mula dilaksanakan


3 September 2018
2
1.6.3 Huraian secara terperinci mengenai ciri-ciri inovasi
Inovasi Mobile d-Tag adalah senang dan murah untuk dihasilkan.
Dengan itu, berlaku penjimatan masa dan kos. Inovasi ini menarik
minat murid. Murid rasa seronok semasa memakai Mobile d-Tag.
Oleh itu murid bersemangat untuk mempelajari dan menggunakan
Bahasa Inggeris. Murid dapat mengatasi perasaan segan silu
apabila menggunakan Bahasa Inggeris. Dengan Mobile d-Tag,
tahap pengetahuan dan kefahaman Bahasa Inggeris murid dapat
diuji dan diperbaiki. Murid juga dapat meningkatkan kemahiran
“penggunaan” kamus. Pada masa yang sama, murid
meningkatkan kemahiran bersosial dan berkomunikasi semasa
interaksi dilaksanakan. Murid juga turut mengaplikasikan nilai
murni seperti tolong-menolong semasa mereka bantu-membantu
sesama sendiri.

1.6.4 Lain-lain penerangan seperti:


- butir-butir mengenai perubahan yang telah dicapai
Kajian telah dilaksanakan dengan seramai 56 orang murid tahun 5
dan memperoleh dapatan yang baik berkaitan dengan penglibatan
murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

- bagaimana inovasi dilaksanakan


i. Murid akan memakai tag dengan perkataan yang
menggambarkan mobiliti kosa kata.
ii. Setiap murid berkongsi kosa kata, makna dan contoh ayat
dengan rakan-rakan, di dalam dan di luar bilik darjah.
iii. Murid menstruktur sekurang-kurangnya satu ayat.
iv. Murid mencatat kosa kata, makna dan contoh ayat dalam
buku catatan sendiri.

- kos yang dilibatkan untuk menghasilkan satu unit alat inovasi

Perkara Kos (RM)


lanyard/tali 0.35
plastic card holder/ pemegang lencana plastik 0.47
kertas warna 0.10
(sekeping dibahagi menjadi 8 keping kad)
kos mencetak 0.10
(sekeping dibahagi menjadi 8 keping kad)
Jumlah/unit 1.02

- bahan bukti yang menyokong pelaksanaan inovasi


Sila rujuk lampiran A – F (Hasil dapatan kajian yang telah
dilaksanakan).
(print PPT 6-11)

3
1.7 NILAI TAMBAH (ADDED-VALUE)
1.7.1 Kecekapan/penjimatan kos dari inovasi yang telah dilaksanakan
Inovasi ini memerlukan kos yang amat rendah dan kad boleh
diperbanyakkan mengikut keperluan.

1.7.2 Penjimatan sumber manusia


Inovasi ini amat mudah disiapkan dan digunakan. Inovasi ini disediakan
dalam bentuk kit menyebabkan ia mudah dibawa dan dilaksanakan.
Guru atau siswa pendidik hanya perlu menjelaskan arahan sebelum
mula dilaksanakan. Peranan guru adalah sebagai fasilitator yang
memantau proses PdPc bersesuaian dengan pembelajaran abad-21.

1.7.3 Penjimatan masa


Inovasi ini dapat disediakan dalam masa yang pendek. Bahan yang
digunakan juga amat mudah didapati dan proses penyediaan juga amat
mudah. Inovasi ini menjimatkan masa pelaksanaannya dan dapat
melibatkan setiap murid pada masa yang sama. Murid juga dapat
melaksanakan pengukuhan/pengayaan/pemulihan dengan
melaksanakan pembelajaran kendiri.

1.7.4 Pengurangan proses kerja/ pusingan kerja


Guru atau siswa pendidik hanya perlu menambah pengisian untuk topik-
topik yang berlainan.

1.7.5 Peningkatan kecekapan

1.8 IMPAK INOVASI


1.8.1 Peningkatan faedah kepada warga kampus/ komuniti
Inovasi ini merupakan satu aktiviti berpusatkan murid. Inovasi ini
memberi peluang kepada guru atau siswa pendidik dalam latihan untuk
melaksanakan aktiviti berpusatkan murid yang membolehkan murid
mempraktikan empat kemahiran berbahasa dalam Bahasa Inggeris.
Aspek afektif murid diberi perhatian semasa wujud interaksi. Pada masa
yang sama EMK nilai merentas kurikulum seperti tolong-menolong dapat
dilaksanakan. Inovasi ini juga merupakan satu alternatif kepada
pembelajaran kendiri dan pengukuhan/pengayaan/pemulihan kendiri.

1.8.2 Peningkatan tahap kepuasan warga kampus/ komuniti


Inovasi ini dipersembahkan dalam bentuk kit untuk memudahkan
penggunaan oleh guru atau siswa pendidik. Dalam kit tersebut
terkandung kad kosa kata, pemegang lencana plastik, tali kad dan empat
jenis kod QR (description, instruction, list of words and exercise).

1.9 PENGIKTIRAFAN
1.9.1 Sijil / Surat penghargaan atau pengiktirafan daripada mana-mana
pihak berkaitan
Kelulusan dan pelaksanaan program oleh Sekolah Kebangsaan
4
Mohd Shah, Kampung Baharu, Tasek Gelugor, Seberang Perai
Utara, Pulau Pinang.

1.10 CIRI-CIRI KELEBIHAN INOVASI

1.10.1 Penglibatan komuniti dan Agensi Luar


Melibatkan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris sekolah.

1.10.2 Lain-lain yang berkaitan


Inovasi ini disediakan dalam bentuk kit yang lengkap (termasuk
penjelasan, arahan dll) untuk memudahkan pelaksanaan dan
penggunaannya. Teknologi terkini juga diterapkan dalam bentuk kod
QR.

1.11 RUMUSAN
(Ringkasan mengenai kelebihan ciri-ciri inovasi dan hujah-hujah
mengapa inovasi berkenaan wajar dipertimbangkan untuk memenangi
Pertandingan Inovasi IPG 2019)

Inovasi Mobile d-Tag yang dihasilkan dapat meningkatkan kecekapan


dan keberkesanan hasil pembelajaran murid. Inovasi ini dapat
merangkumi aspek menyeluruh seperti aspek kognitif, sosial dan
emosi. Hal ini kerana inovasi ini berupaya merangsang kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) murid. Murid dapat bersosial dan
berkomunikasi serta menghayati dan mengamalkan nilai murni. Pada
masa yang sama, inovasi ini menarik perhatian murid serta begitu
menyeronokkan sehingga murid hilang perasaan segan dalam aktiviti
pembelajaran. Walaupun inovasi ini dibina khas untuk mata pelajaran
Bahasa Inggeris, pengisian boleh diubah dan diganti dengan isi
kandungan yang lain. Penggunaan kod QR juga adalah selaras
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 iaitu
memperkasa kualiti pendidikan kebangsaan dan menjana generasi
baharu yang berkemahiran fikiran aras tinggi. Inovasi ini juga
disediakan dalam bentuk kit untuk memudahkan penggunaannya.
Inovasi ini wajar dipertimbangkan kerana begitu murah dan mudah
disediakan dan dilaksanakan serta ciri-ciri khas lain inovasi ini yang
telah dihuraikan.

5
6

You might also like