Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 2019

Sekolah Kebangsaan Kampong Serdang telah mengadakan Majlis Graduasi Tahun


6 seperti butiran berikut:
Tarikh : 13 November 2019
Hari : Rabu
Masa : 2.15 ptg
Tempat : Dewan SK Sungai Machang

Pada 13 November 2016 telah berlangsung Hari Graduasi untuk murid


Tahun 6 bertempat di Dewan SK Sungai Machang dengan jayanya. Seramai 28 orang
murid Tahun 6 telah hadir pada majlis tersebut. Majlis bermula jam 2.15 pagi dan
tamat pada jam 5.00 petang.

Acara ini diadakan untuk memberi pengalaman pertama kepada murid-murid yang
akan menamatkan persekolahan di sekolah rendah. Acara ini telah dirasmikan oleh
Ketua Kampung Sungai Machang Hilir, En Sapie bin Damin.

Tujuan majlis graduasi ini diadakan :


1- Sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan atas kejayaan para pelajar Tahun
6, lebih-lebih lagi dalam arus perdana pendidikan hari ini yang semakin berdaya
saing .
2- Untuk menggalakkan murid lebih berusaha untuk belajar dengan lebih gigih dan
sekaligus mengharumkan nama sekolah.
3- Majlis perpisahan dari alam sekolah rendah ke sekolah menengah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairul Nizam bin Mustafa. Selesai
bacaan doa adalah ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis En Rosli Khan bin Illadad
Khan. Seterusnya ucapan daripada Ketua Kampung Sungai Machang Hilir, En. Sapie
bin Damin. Dalam ucapannya, Encik Sapie memberikan penghargaan kepada pihak
sekolah dan dan semua guru yang bertungkus lumus dalam usaha mendidik dan
mencurahkan segala ilmu untuk memastikan semua murid mendapat pendiidikan
yang sewajarnya. Beliau juga berharap murid-murid bersedia untuk melangkah ke
sekolah menengah.

Sejurus itu, ialah ucapan daripada Guru Besar SK Sungai Machang, Encik Mohd
Aniza bin Mohd Yunus. Dalam ucapannnya, Tuan Guru Besar mengingatkan bahawa
diri kita sebenarnya melambangkan imej diri kita sendiri, guru-guru dan ibu bapa dan
sekolah. Asas pendidikan adalah diterima di sekolah.Murid-murid mestilah bersedia
membalas budi semua guru yang mengajar dari tahun 1 hingga tahun 6. Membalas
budi bukan diminta dari segi wang ringgit, tetapi dari segi kejayaan dan khidmat bantu
yang akan diberikan oleh mereka apabila keluar daripada sekolah ini. Terima kasih
diucapkan kepada semua guru yang bertungkus lumus dalam usaha menjayakan
majlis Graduasi Tahun 6 pada tahun ini. Dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim Tuan
Guru Besar merasmikan Majlis Graduasi Tahun 6 2019.

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan dikir barat oleh murid-
murid Tahun 6.
Acara kemuncak ialah penyampaian sijil kepada para graduan tahun 6 2019
yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar bagi sesi pertama dan Encik Sapie bin
Damin Ketua Kampung Sungai Machang Hilir bagi sesi kedua. Majlis ini berjalan
dengan lancar dan penuh kemeriahan. Semua murid berasa teruja dengan majlis yang
diadakan untuk mereka. Selesai majlis ialah acara sesi fotografi para graduan
bersama guru-guru dan pihak pentadbiran.

Sejurus semuanya selesai, semua murid dan guru-guru-guru dan tetamu


jemputan disajikan dengan jamuan perpisahan oleh murid-murid Tahun 6.

SEKIAN TERIMA KASIH

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________________ ____________________________
(NOORHAYATI BT AHMAD) (SITI ZUBAIDAH BT AHMAD DON)
Penyelaras Program Transisi Tahun Satu GPK Pentadbiran
SK Sungai Machang SK Sungai Machang

Disahkan oleh:

_________________________________
(MOHD ANIZA BIN MOHD YUNUS)
Guru Besar
SK Sungai Machang
LAPORAN BERGAMBAR:

You might also like