Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERLING

MINIT MESYUARAT PROGRAM PEMULIHAN KHAS BIL 1/2020

Tarikh : 9 Januari 2020

Masa : 12.10-1.10

Tempat : Bilik Pemulihan Khas

Pengerusi : Zamri bin ABD Wahab (Guru Besar)

Kehadiran(Bilangan) :

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran Guru Besar dan
guru-guru.
1.2 Mengharapkan kerjasama yang erat untuk memastikan program pemulihan
dapat dilaksanakan sebaiknya.
1.3 Tugas guru pemulihan khas dalam meningkatkan tahap pencapaian murid
pemulihan.

2 UCAPAN GURU BESAR


2.1 Ucapan terima kasih di atas kehadiran guru dalam mesyuarat kali pertama untuk
2020.
2.2 Meminta guru pemulihan, guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik
sentiasa memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi terhadap program yang
dirancangkan.
2.3 Guru perlu menjalankan kajian tindakan dalam mencari penyelesaian terbaik
bagi setiap masalah yang dihadapi disamping menggunakan pelbagai teknik
pengajaran yang dapat menarik murid belajar.

3 PENUBUHAN JAWATANKUASA PROGRAM PEMULIHAN KHAS SKTP


3.1 Pembentangan Ahli Jawatankuasa panitia Pemulihan Khas peringkat sekolah.
3.2 Berikut senarai jawatankuasa Program Pemulihan Khas SKTP 2020

Pengerusi : En. Zamri bin Abd Wahab

N. Pengerusi : Pn. Rohana binti Mustaffa

Penyelaras : Cik. Shalini Naidu a/p Vdivelu

Setiausaha : En. Mohd Fakharuddin bin Abdullah

Ahli Jawatankuasa : Penyelaras Bahasa Melayu dan Matematik


4 PERKARA BERBANGKIT:
4.1 Guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik memohon bantuan guru
pemulihan untuk membantu murid yang masih lemah di tahun 1,2,3.

Makluman:
Guru Pemulihan / Guru m/p

5 PERBINCANGAN ISU SEMASA :


5.1. PROGRAM KELAS PEMULIHAN KHAS
5.1.1 Guru pemulihan menerangkan peranan guru pemuihan khas.
5.1.2 Murid yang gagal dalam menguasai semua konstruk adalah
murid pemulihan khas.
5.1.3 Penghantaran maklumat dibuat mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
5.1.4 Jumlah masa bagi kelas pemulihan adalah seperti berikut:
Bahasa malaysia (Tahun 3) 6 x 30minit = 180 minit
Bahasa malaysia (Tahun 2) 6 x 30minit = 180 minit
Bahasa malaysia (Tahun 1) 8 x 30minit = 240 minit
Matematik (Tahun 3) 3 x 30minit = 90 minit
Matematik (Tahun 2) 4 x 30minit = 120 minit
Matematik (Tahun 1) 4 x 30minit = 120 minit
Keseluruhan = 930 minit

Makluman:
Guru Pemulihan

5.2 PENERANGAN BUKU GARIS PANDUAN PEMULIHAN KHAS 2012


5.2.1 Guru pemulihan menerangkan tentang garis panduan pemulihan khas 2012
yang telah dikeluarkan oleh bahagian pendidikan khas, KPM
5.2.2 Guru pemulihan khas mengharapkan pihak pentadbiran dapat memahami
senarai tugasan guru pemulihan khas yang telah ditetapkan dalam buku
tersebut
5.2.3 Buku garis panduan pemulihan khas ini adalah diletakkan dalam bilik
pemulihan khas
Makluman:
Guru Pemulihan
6 HAL-HAL LAIN
6.1 Guru penolong kanan 1 meminta agar Kelas Tambahan dijalankan selama 30
minit.
6.2 GPK 1 meminta guru kelas pemulihan khas sentiasa berhubung dengan
ibubapa
murid pemulihan untuk membincangkan masalah anak mereka.
6.3 Guru mengharapkan kerjasama daripada guru pemulihan agar dapat membantu
menyediakan bahan bantu mengajar dan lembaran kerja tambahan bagi murid
pemulihan.
Makluman:
Guru Pemulihan dan Semua guru

PENUTUP
a) Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan dan
mengharapkan kerjasama ini diteruskan supaya segala usaha atau perancangan
yang
dibuat dapat dijalankan sebaiknya.
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.10 petang.

Disediakan oleh,

………………………………………………
(SHALINI NAIDU A/P VADIVELU)
PENYELARAS PEMULIHAN
TARIKH: 9 JANUARI 2020

You might also like