Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DATOK

KERAMAT (2)

KERTAS KERJA PROGRAM


GURU PENYAYANG
SAMBUTAN HARI LAHIR MURID
JAN-MAC
SK. DATOK KERAMAT (2)

TARIKH : 07 MAC 2018


HARI : RABU
MASA : 10.00-11.00PG
KERTAS KERJA PROGRAM GURU PENYAYANG
SAMBUTAN HARI LAHIR MURID JAN-MAC
SK. DATOK KERAMAT (2)

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Majlis Sambutan Hari Lahir murid Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 2
merupakan salah satu aktiviti yang diadakan bagi meraikan hari lahir setiap
orang murid. Pendedahan dan pengalaman ini bertujuan memberi galakan
dan rangsangan kepada murid mengingati hari lahir sendiri dalam suasana
yang menyeronokkan bersama rakan-rakan serta merasai dan menghargai
rakan semasa menyambut kelahiran mereka.

2.0 MATLAMAT

2.1 Menambahkan pengetahuan dan boleh diaplikasi dalam pembelajaran


matematik seperti mengenal nombor, bulan dan tahun. Selain itu, ia
memberi keseronokan dan kegembiraan kepada murid, di samping menanam
sikap menghargai dan menyayangi diri, rakan serta guru dalam
pembelajaran sosial yang terancang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membantu meningkatkan kendiri dalam bersosial antara rakan.

3.2 Memberi peneguhan kepada murid agar berasa seronok serta gembira
untuk ke sekolah.

3.3 Satu aktiviti guru kepada murid dalam menunjukkan keprihatinan guru
penyayang dalam kalangan murid.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 07 Mac 2018 (RABU)

5.0 TEMPAT

5.1 Kelas Prasekolah

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1 Semua murid SKDK seramai 25 Orang Murid

- Prasekolah = 25 Orang Murid

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN.

8.1 Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk aktiviti sambutan


hari lahir murid ialah;-

BIL. PERKARA HARGA KUANTITI JUMLAH


SEUNIT
1 Kek Hari Jadi RM80.00 2 biji RM160.00

JUMLAH RM160.00

8.0 SUMBER KEWANGAN.

9.1 Sumber kewangan adalah dari duit bantuan pcg makan.

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar majlis sambutan Sambutan Hari Lahir murid prasekolah
ini dapat memberi makna dalam peningkatan kendiri murid di samping dapat
meningkatkan nilai-nilai murni dan norma norma yang bersesuaian dengan
objektif Program Guru Penyayang dan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.

Disediakan Oleh ; Disemak oleh;

------------------------- -------------------------

(PN. NURUL NADIRAH BT RAMLI) (PN SITI ARNEDA BT.


MUHAMMAD)

Guru Prasekolah Guru Penolong Kanan HEM


SK Datok Keramat (2) SK Datok Keramat (2)

Disahkan oleh;

-------------------------

(EN HALIM B KHAMIS)

Guru Besar
SK Datok Keramat (2)

You might also like