Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

18.

Refleksi

Melalui pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, kelebihan yang boleh saya
dapati ialah murid dapat memahami tajuk pelajaran dengan baik. Murid dapat mengenali
tajuk imbuhan apitan selepas bimbingan dan penerangan diberi kepada mereka. Hal ini
turut dapat dilihat melalui latihan yang diberi iaitu mereka dikehendaki menyenaraikan
perkataan yang mempunyai imbuhan apitan serta kerja kumpulan di mana mereka perlu
mencari dan menampalkan perkataan berkenaan dengan tepat. Selain daripada
pemaham mereka yang baik dalam tajuk ini, mereka turut menunjukkan semangat
kerjasama yang tinggi semasa aktiviti berkumpulan dijalankan. Kebanyakan murid
melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam pengajaran dan


pembelajaran pada hari ini. Antaranya, kesediaan murid semasa kelas saya masih tidak
cukup. Hal ini berlaku kerana waktu ini merupakan waktu terakhir dalam kelas itu. Oleh
itu, mereka tidak sabar hendak balik ke rumah. Dalam hal ini, saya menghadapi cabaran
untuk menyuruh mereka untuk duduk dan mengeluarkan buku teks agar bersedia untuk
menerima pengajaran dan pembelajaran saya. Saya telah menghabiskan sedikit masa
dalam menyuruh mereka duduk balik ke tempat masing-masing serta mengeluarkan
buku teks. Selain itu, mereka juga menjadi tidak fokus semasa aktiviti membaca
dijalankan. ada sesetengah murid sahaja yang mengikut dan membaca petikan teks
sahaja manakala terdapat segelintir murid yang masih tidak menumpukan perhatian.

Dalam hal ini, tindakan yang harus saya lakukan untuk memastikan pengajaran
dan pembelajaran yang seterusnya menjadi lebih baik ialah saya boleh menarik
perhatian murid dengan menayangkan papan ganjaran kepada murid melalui Class Dojo.
Hal ini dipercayai mampu menarik perhatian mereka untuk melihat setakat berapa
ganjaran yang mereka sudah kumpulkan.

You might also like