Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEMASA PRAKTIKUM

Pada 23 Februari 2020, saya bersama rakan praktikum saya Sarann Raj a/l
Somasakaran melapor diri di Sekolah Kebangsaan Maras, Kuala Terengganu. Pada pagi itu,
saya dan rakan saya menuju ke pejabat untuk berjumpa dengan guru besar Sekolah
Kebangsaan Maras, Puan Hjh. Noor Faridah binti Abdullah . Terlebih dahulu kami memberi
salam kepada guru besar sebelum masuk ke pejabat beliau dengan debaran yang tidak terkata.
Seterusnya, saya dan rakan saya menghulurkan surat lapor diri kepada guru besar sekadar
makluman dan tanda penghargaan kami kepada beliau kerana sudi menerima kami sebagai
guru pelatih di Sekolah Kebangsaan Maras. Walaupun hakikatnya, saya tahu beliau telah
dimaklumkan terlebih dahulu tentang perkabaran kami yang kami akan melaksanakan
internship di sekolahnya.

Pada hari pertama internship, saya tidak dapat Puan Guru Besar kerana beliau sibuk
dengan mesyuarat pada hari tersebut. Jadi, kami berjumpa dengan penolong kanan
pentadbiran Sekolah Kebangsaan Maras, Puan Faridah Asma. Beliau memberikan jadual waktu
kelas untuk diajar selama empat masa. Bukan itu sahaja, beliau memberikan tunjuk ajar tentang
projek inovasi kami. Beliau menasihatkan untuk bermula projek inovasi tersebut secepat
mungkin hal ini kerana masa agak singkat. Lebih-lebih lagi, beliau menyarankan untuk
membuat surat kebenaran bagi guru, ibu bapa dan murid untuk mentadbir projek inovasi dan
penyelidikan di luar waktu persekolahan. Banyak maklumat beliau kongsikan, pada masa yang
singkat ini. Hal ini membuktikan beliau merupakan seorang yang dedikasi dan berkarisma.
Segala maklumat yang beliau sampaikan menjadi platform bagi saya untuk menjayakan
internship saya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Di samping itu.,

Semasa berjumpa dengan beliau, banyak perkara dan pengalaman yang telah
dikongsikan bersama-sama kami. Antara pengalamannya ialah beliau menceritkan kisahnya
sebagai seorang guru pelatih yang tinggal jauh daripada ibu ayah beserta pengalamannya yang
berada di luar kawasan semenanjung. Saya berasa amat kagum dengan kesungguhannya
dalam melaksanakan tanggungjawab seorang guru di luar kawasan semenanjung. Beberapa
minit kemudian, datanglah guru pembimbing kami, Encik Syed Abdul Hafidz bin Syed
Mohammad dengan pengenalan yang ringkas tentang diri beliau. Saya sangat berdebar apabila
melihat raut wajah beliau yang tersangat tegas dan berkaliber. Walaubagaimanapun,
perjuangan sebagai seorang guru pelatih perlu tetap diteruskan sama ada dalam keadaan suka
ataupun duka. Antara pesanan manja yang diberi oleh guru pembimbing kami ialah RPH
hendaklah dipastikan siap setiap masa, belajar begaul dengan guru-guru di Sk Paloh, timba
pengalaman dengan guru-guru lain juga bukan hanya dalam kalangan guru opsyen Pendidikan
Islam sahaja.

Setelah beberapa minit kemudian, guru pembimbing meninggalkan kami dengan guru
besar untuk beberapa maklumat yang perlu kami tahu daripada guru besar itu sendiri. Setelah
berbual panjang dengan guru besar, sekarang tibalah masa kami masuk ke bilik guru untuk
beramah-mesra dan bertegur sapa dengan guru-guru di Sk Paloh. Antara kenalan utama yang
kami jumpa ialah Ustazah Norhayati atau dikenali sebagai Kak Ti, Puan Azma dikenali sebagai
Kak Ma dan lain-lain lagi. Mereka tersangatlah ramah dan baik hati. Setelah berkenalan dengan
beberapa guru yang lain, barulah kami berjumpa dengan penolong kanan 1 dan kokurikulum
kerana pada saat kami berjumpa dengan guru besar di pejabat, ramai guru penolong kanan
tiada. Perjumpaan paling jarang dibuat orang adalah apabila saya berjumpa dengan penolong
kanan 1 di tempat staf pembersih kawasan sekolah. Beliau tidak terlalu suka berada di bilik
yang berdingin hawa kerana beliau lebih suka bergaul dengan staf-staf sekolah seperti tukang
kebun, tukang bersih dan pengawal keselamatan sekolah.

Pada permulaan pengajaran saya di kelas-kelas, saya akan masuk ke kelas dengan
wajah singa dan lama-kelamaan, barulah wajah kucing muncul tetapi mengikut keadaan kelas
pada ketika itu. Semasa berpraktikum di sana, saya juga sempat untuk menyertai Sambutan
Hari Raya Sekolah Kebangsaan Paloh. Saya juga terlibat dalam menguruskan sambutan hari
raya tersebut. Saya sangat gembira kerana tenaga saya berjaya diinfaqkan untuk sambutan
hari raya di Sk Paloh. Antara aktivitinya ialah memberi sate ayam, menyenduk kuah,
menyenduk nasi dan sebagainya. Kami juga turut bergambar antara satu sama lain untuk
mengeratkan keterikatan hati dan ukhuwwah sesama warga sekolah.

Semasa hari kemerdekaan, saya telah dilantik menjadi juri pertandingan mewarna bagi
tahun 3 dan ajk perhiasan. Banyak pengalaman yang menarik dapat saya timba sepanjang
sambutan kemerdekaan berlangsung. Selain daripada dapat mengeratkan lagi ukhuwwah
sesama guru, saya juga dapat merasai kepeningan menjadi juri mewarna. Hal ini demikian
kerana masing-masing mempunyai kreativiti yang pelbagai dan kesenian yang tersendiri
sehingga menyebabkan saya tidak boleh memilih secara sambil lewa. Malah, saya sepatutnya
memilih dengan lebih teliti dan bersikap adila antara satu sama lain.

Justeru, kami juga bercadang untuk melakukan projek di perpustakaan bagi memberi
sumbangan tenaga dan usaha kami kepada Sk Paloh. Walaupun hakikatnya saya tahu projek
tersebut tidaklah terlalu besar jika ingin dibandingkan dengan kesudian para pentadbir sekolah
dalam menerima saya sebagai warga Sk Paloh. Antara projek yang saya cadangkan bersama
rakan praktikum saya ialah sudut bacaan. Sebelum kertas kerja disiapkan, kami berangan-
angan ingin membuatnya seperti ala-ala deco idaman. Dengan izin-Nya, dalam perancangan
kami, kami akan menyiapkan projek tersebut sebelum 2 minggu terahkir kami berada di Sk
Paloh.

Meskipun berat hati ini ingin meninggalkan Sk Paloh, kami berharap ukhuwwah yang
terbina bersama-sama guru di Sk Paloh akan kekal sehingga akhirnya. Sebelum saya terlupa,
saya juga telah membuka ID Frog Vle di Sk Paloh. Hal ini memudahkan saya untuk
menggunakan makmal yang ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan log in
yang kami buka bersama-sama murid-murid, sekurang-kurangnya kami secara tidak langsung
telah memberi sumbangan kepada pihak sekolah untuk memenuhi kehendak Jabatan
Pendidikan Malaysia tentang penggunaan teknologi maklumat untuk pembelajaran abad yang
ke-21.

Dengan sumbangan yang tidak seberapa dan kecil ini, kami berharap kami mampu
menaikkan imej Sk Paloh sedikit demi sedikit sejurus melangkau ke arah sekolah kluster
kecemerlangan, berprestij tinggi dan sebagainya. Oleh itu, moga-moga pengalaman yang saya
ada sepanjang berpraktikum di Sk Paloh ini dapat diaplikasikan ke medan lapangan sebenar.

You might also like