Taska Kepentingan Dan Aktiviti Yang Rele

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

1.0 PENGENALAN TASKA.

TASKA atau taman asuhan kanak-kanak merupakan tempat untuk menjaga kanak-kanak
diantara umur 0 hingga 4 tahun. TASKA mengunapakai kurikulum bersepadu dalam
melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak. Bagi cara pengajaran, TASKA telah
menyediakan suasana pengajaran yang berorientasikan “belajar melalui bermain” bagi
merangsang perkembangan personaliti dan minda kanak-kanak.

TASKA ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak agar mereka mampu untuk bersosial dan
berinteraksi di antara satu sama lain sama ada dengan kawan-kawannya atau dengan orang
dewasa disekelilingnya di awal usia kanak-kanak lagi. TASKA juga ingin melahirkan kanak-
kanak yang mempunyai sahsiah mulia ke arah membina generasi cemerlang di masa hadapan
selaras dengan pembentukan modal insan yang berkualiti.

2.0 DEFINISI TASKA


Dibawah Seksyen 2, Akta 308 “ taman asuhan kanak-kanak” atau dikenali sebagai TASKA
adalah mana-mana premis yang menerima masuk empat orang atau lebih kanak-kanak di
bawah umur empat tahun lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan
upah.

National Association For The Education Of Young Children (2002) mencadangkan supaya ibu
bapa yang berhantar anak-anak ke taman asuhan (TASKA) atau taman didikan kanak-kanak
(TADIKA) mempastikan anak mereka berada dalam kelas yang ‘baik”. Antara aspek yang
menggambarkan perkhidmatan jagaan yang cemerlang ialah:-
Kanak-kanak menghabiskan banyak masa bermain dan bekerja dengan bahan atau
kanak-kanak lain. Kanak-kanak tidak berkeliaran tanpa tujuan. Mereka juga tidak
duduk diam untuk jangka masa yang lain.
Kanak-kanak berpeluaang terlibat dengan pelbagai jenis permainan sepanjang waktu di
pusat jagaan. Pastikan terdapat bahan-bahan seperti blok binaan, buku bergambar,
bahan seni lukis, alat permainan seperti puzzles dan alatan mainan olok-olok. Tiada
semua kanak-kanak perlu melakukan aktiviti yang serupa pada masa yang sama.
Guru berinteraksi dengan kanak-kanak secara individu, kumpulan kecil dan kumpulan
besar pada masa yang berbeza. Guru tidak hanya menumpukan masa untuk berinteraksi
secara kumpulan besar.

1|Page
TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

Ruang TASKA atau TADIKA dihiasi dengan hasilan kerja kanak-kanak.


Kanak-kanak belajar huruf dan nombor dalam konteks pengalaman harian. Taman
tanaman dan haiwan dan aktif seperti memasak adalah asas kepada akiviti
pembelajaran.
Kanak-kanak menyiapakan sesuatu projek dan menggunakan sekurang-kurangnya satu
jam daripada masa untuk meneroka dan bermain.
Kanak-kanak berpeluang bermain di luar bilik darjah.
Guru membaca buku kepada kanak-kanak.kurikulum diadaptasi untuk kanak-kanak
yang cemerlang dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan.
Kanak-kanak gembira untuk ke TASKA dan TADIKA.

3.0 KEPENTINGAN PENJAGAAN DAN PENGASUHAN TERHADAP KANAK-


KANAK DARI USIA SELEPAS LAHIR HINGGA 4 TAHUN

TASKA mempunyai kesan tertentu terhadap perkembangan kanak-kanak, keluarga dan


komuniti. Kesan terhadap kanak-kanak diteliti kerana kebimbangan bahawa perpisahan dengan
ibu terutamanya di peringkat bayi boleh menjejaskan bon diantara ibu dan anak yang
seterusnya boleh menyebabkan pelbagai masalah sosial dan intelektual. Kanak-kanak yang
pernah mengikuti kelas TASKA didapati mempunyai kompetensi sosial (yakin, asertif, ceria,
kurang takut) yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak berpengalaman menghadiri
program di TASKA.

 Kanak-kanak dapat belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran yang ramai.


Kanak-kanak belajar bergaul, berinteraksi dan berkomunikasi sesama rakan sebaya. Ini dapat
mengurangkan rasa takut sesetengah kanak-kanak untuk berhadapan dengan orang ramai
contohnya dikampung apabila bersama sanak saudara.

Mengikut Etaugh (1980) dan Watkins dan Bradford (1984), secara umumnya kanak-kanak
yang berada di TASKA lebih mudah menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi berbanding
dengan kanak-kanak yang dibesarkan di rumah mereka sendiri. Semakin lama masa kanak-
kanak di TASKA semakin banyak masa ia berinteraksi dengan rakan sebaya dan bersifat lebih
aktif.

2|Page
TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

Kebolehan berinteraksi kanak-kanak bergantung kepada perkembangan sosial mereka. Jika


perkembangan sosial seseorang kanak-kanak itu berkembang dengan baik, maka kanak-kanak
tersebut tidak mempunyai masalah dalam kebolehan mereka berinteraksi dengan orang
disekelilingnya. Menurut Sunarto dan Hartono (1999), hubungan sosial merupakan hubungan
antara manusia yang saling memerlukan. Hubungan sosial dimulai dari tingkat sederhana dan
terbatas, yang didasari oleh keperluan yang sederhana. Semakin dewasa dan bertambah umur,
keperluan manusia menjadi kompleks dan dengan demikian tingkat hubungan sosial juga
berkembang secara kompleks. Oleh sebab itu, tidak hairan jika masih ada kanak-kanak yang
kurang berinteraksi atau tidak berinteraksi dengan orang lain walau pun pada zaman yang serba
moden ini.

 Kanak-kanak belajar berdikari


Ketiadaan ibu bapa untuk seketika akan memaksa kanak-kanak berdikari secara tidak sedar.
Kanak-kanak lebih terdorong melakukan sesuatu dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan
orang rapat dengannya seperti ibu bapa.

Selain itu juga, ibu bapa untuk menggalakan anak-anak mereka menjalani kehidupan secara
berdikari dan pada masa yang sama mereka tidak dibebani dengan rasa risau tantang anak-anak
mereka. Menunjukkan kepercayaan kepada kemampuan anak-anak mereka. Ibu bapa tidak
seharus terlalu mengawal dan menganggap anak mereka masih kecil dan masih perlukan
pengawasan. Ini boleh menyebabkan hilang keyakinan terhdapa kemampuan kendiri dan
seterusnya terus bergantung kepada ibu bapa.

 Kanak-kanak menerima input pembelajaran lebih sistematik


Di TASKA, kanak-kanak akan belajar, berehat dan bermain mengikut jadual yang telah
ditetapkan. TASKA juga sering mengutamakan pendidikan kepada kanak-kanak yang sesuai
dengan tahap umur mereka berdasarkan silibus.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Clarke-Stewart dan Fein, 1983 dan Mc Cartney et al.,
1985 menyatakan bahawa kanak-kanak yang berada di TASKA didapati memperolehi skor
yang lebih tinggi dalam ujian IQ, kebolehan menyelesaikan masalah, kreativiti, perkembangan
bahasa dan kemahiran matematik.

3|Page
TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

TASKA yang berkualiti tinggi akan mendatangkan kesan-kesan yang positif terhadap
kemahiran kognitif kanak-kanak. Ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa kanak-kanak
daripada TASKA yang teratur, tersusun dan mempunyai peralatan yang sesuai akan melahirkan
kanak-kanak yang lebih baik daripada segala aspek perkembangan kognitif.

 Kanak-kanak membina karakter.


Kanak-kanak akan memahami erti tanggungjawab mereka akan diterapkan budaya disiplin.
Kanak-kanak akan patuh kepada jadual serta arahan dan ini sangat penting dalam membantu
dalam perkembangan mental dan emosi. Ia juga akan membantu dalam menggalakkan
pertumbuhan rohani dan jasmani.

Field (1991) dalam kajiannya telah membandingkan 71 orang kanak-kanak prasekolah yang
menjalani TASKA sebelum 6 bulan dengan berada di TASKA selepas 6 bulan. Beliau
mendapati bahawa mereka yang lama berada di TASKA bermain berkumpulan, lebih aktif,
bekerjasama, beremosi positif dan lebih berinteraksi dengan rakan sebaya berbanding dengan
mereka yang kurang

4.0 AKTIVITI-AKTIVITI PENJAGAAN– PENGASUHAN YANG RELEVAN UNTUK


DIPRAKTIKAKAN DI TASKA NEGARA INI.

4.1 Aktiviti belajar sambil bermain

Komponen perkembangan sosioemosi menekankan kepada aspek penguasaan kanak-kanak


dalam kemahiran sosial dan emosi dalam kehidpuan mereka. Perkembangan sosioemosi sangat
penting dan dapat mempengaruhi kejayaan kanak-kanak dalam pembelajaran mereka pada
masa akan datang. Malah perkembangan sosioemosi juga kaan membentuk personaliti kanak-
kanak sehingga dewasa. Kemahiran sosial sangat penting untuk menjaga kualiti hidup setiap
individu agar kanak-kanak dapat mengamalkan kemahiran sosial yang positif apabila bersama
dengan kanak-kanak lain(Kaili & Bulock, 2004).

Salah satu cara dalam mengalakkan perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak melalui
bermain. Bermain adalah fitrah atau sifat semula jadi kanak-kanak dan dapat meningkatkan
perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai aspek. Bermain dapat memberikan pengalaman
pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam pendidikan awal kanak-kanak(Moyles, 2005) tidak

4|Page
TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

kira daripada aspek kognitif, fizikal dan sosioemosi. Melalui bermain, kanak-kanak dapat
mempelajari tentang perkara yang berada di persekitaran mereka termasuklah cara untuk
bersosial dengan kanak-kanak lain dan guru-guru.

Pendekatan belajar melalui bermain patut diaplikasikan dalam semua pusat pendidikan awal
yang menyediakan pendidikan awal kanak-kanak supaya mereka dapat belajar tanpa tekanan
daripada guru dan ibu bapa. Ibu bapa dan guru-guru tidak boleh merampas hak kanak-kanak
untuk bermain. Malah, melalui bermain kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai benda yang
ada di sekeliling mereka. Terdapat kajian lepas menyatakan bahawa belajar melalui bermain
adalah cara paling bersesuaian dengan cara pembelajaran kanak-kanak dan kanak- kanak dapat
mengingati perkara yang dipelajari dalam tempoh masa lebih lama dan kanak-kanak
menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajaran tersebut (Nor Azan, 2005).

Semasa kanak-kanak bermain, mereka berinteraksi dan bersosial dengan rakan sebaya seperti
bertanya, berkongsi atau meminjam barang permainan walaupun mereka tidak bermain
bersama. Apabila kanak-kanak berinteraksi antara antara satu sama lain semasa bermain,
kanak-kanak akan belajar untuk bersosial seperti bertolak ansur, bekerjasama dan berkongsi
permainan (Smidt,2010)

Awal kanak-kanak adalah peringkat yang penting dalam pembentukan kemahiran sosial supaya
mereka dapat menghadapi situasi yang melibatkan pelbagai komuniti tidak kira dalam
keluarga, TASKA dan sekolah. Kemahiran sosial adalah sangat penting kepada kanak-kanak
terutamanya apabila mereka berinteraksi dengan rakan sebaya. Tahap penguasaan kanak-kanak
dalam menguasai kemahiran sosial akan menggambarkan kepada hubungan interpersonal
mereka apabila mereka meningkat dewasa (Hay,Payne & Chadwick, 2004).

Menurut Blair et al 20017, kemahiran sosial adalah bukan sahaja penting dalam membina dan
mengekalkan hubungan positif serta menghalang daripada masalah tingkah laku yang lain
tetapi juga lemah kemahiran sosial juga akan mempengaruhi pencapaian akademik. Kanak-
kanak yang mempunyai masalah dalam kemahiran sosial juga akan susah untuk diajar kerana
mereka mempunyai sikap suka mengganggu, tidak memberikan kerjasama dan kurang
interaksi yang positif dengan guru-guru dan rakan sebaya.

5|Page
TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

Walaupun pada masa kini telah banyak kajian yang menujukkan bahawa aktiviti bermain dapat
memberikan manfaat dan faedah kepada kanak-kanak namun masih ada segelintir ibu bapa
tidak mahu menerima hakikat tersebut. Menurut Miller & Almon 2009, aktiviti bermain telah
dipinggirkan dalam pendidikan prasekolah di Amerika sejak dua dekad yang lalu dan dianggap
tidak relevan. Malaysia juga turut mengalami masalah yang sama apabila ibu bapa mahukan
pihak TASKA dan TADIKA untuk mengadakan ujian bagi mengetahui prestasi anak-anak
mereka malah kajian telah menunjukkan pengajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak di
Malaysia juga lebih kepada pendekatan formal (Husin, 1996)

4.2 Aktiviti pendekatan projek

Kanak-kanak dilahirkan dengan sifat ingin tahu yang tinggi. Mereka mempunyai sifat semula
jadi untuk meneroka sesuatu dan mempelajari perkara baru dalam hidup mereka agar
berkembang menjadi individu yang mempunyai kognitif yang memberangsangkan. Kanak-
kanak akan sentiasa mempunyai pelbagai soalan dan cenderung memenuhi semula jadi kanak-
kanak dan mengembangkan tahap kongnitif kanak-kanak maka pembelajaran yang bersesuaian
perlu diberikan kepada mereka.

Pendekatan projek menekankan penyelidikan dan penerokaan berasaskan keinginan kanak-


kanak dalam pembelajaran. Pelbagai konsep dan kemahiran akan dikuasai oleh kanak-kanak
melalui pendekatan ini dalam membina jaringan pengetahuan dan memberikan pengalaman
pembelajaran yang berharga kepada kanak-kanak.

Menurut Bustam Kamri et.al (2006) pendekatan projek boleh dijadikan sebagai satu medium
dalam membantu pembelajaran kanak-kanak. Hal ini kerana melalui pendekatan ini memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka sendiri dan membuat penyiasatan secara
langsung supaya dapat memberikan pengalaman secara langsung kepada kanak-kanak.
Pengalaman ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka
serta menggalakkan penglibatan secara aktif dalam proses pembelajaran.

Pendekatan projek ini boleh dijalankan melalui pelaksanaan dalam jangka masa pendek atau
jangka masa panjang. Jangka masa yang digunakan bergantung kepada perkara yang ingin
dikaji. Guru boleh memberhentikan aktiviti pembelajaran dan menyambung kembali dalam
waktu pembelajaran yang lain untuk tempoh tertentu. Melalui pendekatan ini, guru bertindak

6|Page
TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

sebagai pembimbing atau pemudah cara bagi kanak-kanak untuk meneroka sendiri persekitaran
dan mengawal tempoh waktu penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran tersebut.
Hal ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meningkatkan perkembangan
intelektual melalui dalam melakukan pemerhatian dan penyiasatan untuk pengalaman dan
persekitaran mereka (Katz Dan Chard, 2000).

Guru yang menjalankan pendekatan pengajaran dapat memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang mereka perolehi daripada pengajaran
secara langsung dan mengabungkan dalam pendekatan projek. Apabila kanak-kanak
menjalankan pemerhatian melalui kerja yang dijalankan, kanak-kanak mempunyai peluang
untuk menggunakan kemahiran literasi dan numerasi dalam projek yang diikuiti.

Pendekatan projek memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mengembangkan


kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan alam sekeliling. Hal ini juga dapata membantu
guru dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan disamping
dapat menggunakan sifat semula jadi kanak-kanak untuk meneroka sesuatu dengan sendirinya
dan memberikan pengalaman yang berharga serta memberikan impak yang positif kepada
pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak termasuklah hubungan sosial, fizikal, kognitif,
emosi, bahasa dan sahsiah.

4.3 Aktiviti Penceritaan.

Penceritaan merupakan satu cabang seni yang berbentuk kontrit dan abstrak dimana pembaca
boleh mendapat maklumat tersurat dan tersirat di sebalik sesebuah kisah. Teknik penceritaan
mempunyai banyak hubungan diantara sosioemosi dan kognitif. Setiap cerita mempunyai
peminat yang tersendiri dari pelbagai peringkat umur seawal bayi lagi. Cerita dogeng seperti
Bawang Putih Bawang Merah, Snow White And The Seven Dwarfs dan Rapunzel menjadi
pilihan utama kanak-kanak perempuan kerana setiap kisah ini mempunyai pengakhiran yang
menggembirkan dan pihak yang baik akan berjaya. Pada kebiasaannya, kanak-kanak
merupakan peminat utama yang tidak pernah jemu untuk menyukai setiap kisah yang
diterbitkan.

Penceritaan boleh didefinisikan sebagai membaca kisah yang direka ataupun kisah dari ingatan
lampau kepada pendengar terutamanya kanak-kanak sebagai hiburan mahupun pengajaran.

7|Page
TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

Namun, apa yang berlaku masa kini, ibu bapa dilihat kurang meluangkan masa bersama anak-
anak kerana tuntutan kerjaya yang menyebabkan kanak-kanak tiada masa berharga bersama
keluarga. Ibu bapa tidak mengetahui kepentingan dan kandungan tersirat yang boleh kanak-
kanak perolehi berdasarkan buku cerita dan mana-mana bentuk penceritaan. Sementara kanak-
kanak pula mempelajari perkara baru dan membesar melalui kisah baru yang diperdengarkan
setiap perkara baru yang diketahui akan dimanfaatkan dengan meneroka dan serta mencuba
apa sahaja bagi mendapatkan kepastian kepada setiap persoalan.

Pelbagai bentuk definisi yang boleh diberikan bagi memberi makna sebenar bercerita. Pada
masa kini, teori pendidikan dan pengkaji menjuruskan kepada beberapa persamaan dalam
menghakimi asas elemen bercerita. Dalam aspek pendidikan, sesi bercerita di datangi dalam
pelbagai bentuk seperti teks bertulis, penceritaan secara oral dan media. Bercerita juga boleh
dipersembahakan melalui bahan kajian dan simulasi. Tidak kurang juga terdapat pengkaji yang
merumuskan bercerita kepada aspek tertentu secara spesifik. Majlis Kebangsaan Guru Bahasa
Inggeris (The National Council Of Teachers of English, 2005) mendefinisikan bercerita
sebagai perkataan cerita kepada satu ataupun lebih pendengar dan focus bukan hanya terletak
pada melakonkan drama atau membaca teks, tetapi membentuk menatal menggunakan elemen
cerita iaitu suara dan gerak badan. Ahli teori lain berpendapat bahawa bercerita sinomin dengan
perspektif naratif sama ada secara bertulis mahupun oral (Denning, 2005;Heo 2003,
Rossiter,2002).

Terdapat perbezaan diantara membaca dan bercerita. Membaca menunjukkan situasi yang
lebih teliti seperti proses pembelajaran, manakala bercerita pula memerlukan emosi dan plot
yang menarik bagi menarik minat pembaca. Penceritaan jelas merangsang imaginasi kanak-
kanak dan membawa mereka ke satu tahap kognitif yang lebih tinggi apabila kanak-kanak
memberi tindak balas terhadap cerita (George and Schaer, 1986). Disamping itu, Alparaque
(1988) menjelaskan bahawa kuasa sebenar bercerita terletak pada perhatian yang diberikan dan
hubungkaitkan diantara dunia sebenar dan dunia fantasi.
Guru jangan lupa bahawa komunikasi secara langsung dan hubungan dia antara pencerita dan
pendengar dan ini merupakan komponen penting dalam bercerita. Secara am, penceritaan
interaktif mampu merangsang penglibatan kanak-kanak. Kesan ini dapat dilihat apabila kanak-
kanak melahirkan perasaan gembira dan teruja serta perhatian tidak teralih. Jika guru merasa
seronok, maka kanak-kanak juga turut merasakannya. Guru tidak perlu terikat dengan teks
yang tersedia. Penerangan ilustrasi dan apa saja yang boleh dilihat dan dibincangkan bersama

8|Page
TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

kanak-kanak mampu memberi pengetahuan secara tidak langsung. Sebagai contoh, jika guru
membaca buku cerita kanak-kanak berusia 5-6 tahun(prasekolah), penerangan dari kulit ke
kulit mampu merangsang kongnitif kanak-kanak.

Seperti yang dinyatakan Geisler, kanak-kanak memerlukan cerita yang menarik bagi mendapat
perhatian mereka seterusnya melibatkan diri dalam aktiviti bercerita dengan membaca semula
cerita tersebut. Pengulangan semestinya dapat membantu daya ingatan kanak-kanak agar
memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas kerana menurut Fisher (1985), bercerita adalah
seni yang menghiburkan dan tidak membatasi budaya. Oleh itu, cerita yang menghiburkan
mampu membuat kanak-kanak teruja dengan pengulangan cerita yang sama sehingga mereka
memahami konsep sebenar cerita tersebut dan memahami makna perkataan yang dipelajari.

4.4 Aktiviti Melukis

Melukis merupakan satu perkara yang sangat disukai oleh kanak-kanak malahan ada yang
meneruskan minat ini sehingga mereka dewasa. Setiap orang dikurniakan dengan bakat
melukis. Garisan atau titik-titik sahaja sudah menunjukkan seni lukisan. Melukis dan lukisan
adalah dua perkara yang berbeza. “Melukis” merujuk kepada aktiviti seseorang individu yang
sedang melakar suatu bentuk pada kertas, papan, kain atau lain-lain manakala “lukisan” adalah
aktiviti melukis yang menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan kesan bentuk, rupa
pada suatu permukaan. Betti dan Sale 19997 menyatakan umumnya lukisan mempunyai empat
kepentingan iaitu sebagai tujuan penyelidikan dan kajian untuk melihat suatu peristiwa yang
sebenar, tujuan untuk merakam suatu peristiwa, tujuan sebagai alat komunikasi dalam mencari
idea yang terbaik dan seterusnya sebagai data yang menyimpan pelbagai memori kepada
pelukis untuk menghasikan karya yang terbaik.

Aktiviti melukis dapat memperkembangakan kemahiran fizikal kanak-kanak. Proses melukis


bentuk atau gambar mempunyai hubungan dengan perkembangan motor halus kanak-kanak.
Hal ini kerana kanak-kanak menggunakan jari tangan untuk melukis. Sekiranya seseorang
kanak-kanak itu mempuunyai pengawalan yang baik dalam penggunaan jarinya maka ia akan
membantu kanak-kanak menulis dan melukis sesuatu gambar dengan lancar, betul dan cantik.

Melukis juga dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak. Aktiviti seni yang
tersusun dan mempunyai perancangan yang baik akan melahirkan kanak-kanak yang berupaya

9|Page
TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian bijak. Secara tidak langsung aktiviti
seni akan menggalakkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir bagi menghasilkan karya
seni yang baik dan cantik. Perkembangan kognitif kanak-kanak dapat dilihat semasa proses
melukis sesuatu bentuk lukisan kerana ketika itu mereka akan berfikir dari segi bentuk lukisan,
aplikasi ruang , bahan dan warna yang diperlukan, bilangan garisan dan sebagainya.

Aktiviti melukis ini dapat meningkatkan tahap kognitif dan sosial apabila berlaku komunikasi
dan interaksi antara guru dan kanak-kanak ataupun sesama kanak-kanak. Mereka akan
berbincang dan semasa sesi bimbangan oleh guru akan berlaku komunikasi dua hala.
Perkembangan kognitif kanak-kanak akan menggalakkan perkembangan lain iaitu kemahiran
menjana idea dan berfikir secara kreatif, manakala aspek sosial dikembangkan melalui
pergaulan, sikap dan kerjasama ketika aktiviti melukis dijalankan.

Aktiviti melukis juga akan mengcungkil bakat kreativiti dalam diri individu dan bakat ini boleh
dimulakan sejak umur kanak-kanak lagi. Mengikut Torance(1979), kreativiti dapat
diperkembangkan melalui aspek kelancaran, fleksibiliti, kejelasan dan keaslian. Aspek-aspek
ini boleh diaplikasikan semasa aktiviti melukis dan hasilnya dapat diteliti secara jelas.
Kreativiti ini akan membawa impak positif kepada semua golongan masyarakat seperti kanak-
kanak, ibu bapa, guru dan masyarakat dalam menjana potensi maksima.

Perkembangan emosi turut terlibat apabila adanya aktiviti melukis. Kanak-kanak akan cuba
menterjemahkan atau mengekspresikan emosi mereka melalui lukisan. Terdapat kanak-kanak
yang sangat meminat aktiviti melukis kerana golongan ini akan berasa sangat gembira dengan
aktiviti tersebut. Perkembangan emosi kanak-kanak akan berlaku dengan sihat melalui aktiviti
melukis.
Lowenfeld dan Britain (1982) menyatakan bahawa terdapat enam tahap perkembangan lukisan
kanak-kanak bermula peringkat umur 2 hingga 14 tahun.
 Peringkat scribbling (contengan)
Peringkat ini dikenalpasti berlaku pada kanak-kanak berumur antara 2 hingga 4
tahun iaitu dimana mereka baru mula belajar memegang pensil. Pada peringkat ini
mereka akan membuat contengan rawak yang tidak terkawal pada mana-mana
permukaan sahaja. Proses contengan ini akan memupuk minat kanak-kanak
terhadap lukisan. Disamping itu, peringkat ini membantu meningkatkan koordinasi

10 | P a g e
TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

mata-tangan atau motor halus. Penguasaan aspek ini akan menggalakkan minat
melukis dari peringkat contengan kepada garisan lurus, melintang dan melengkung.
 Peringkat preschematic
Pada peringkat ini, merangkumi kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun. Kanak-
kanak mula melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan putus-
putus atau bimbingan. Peringkat ini adalah lanjutan daripada peringkat scribbling.
 Peringkat schematic
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula melukis bentuk objek secara nyata kerana
mereka mula terpengaruh untuk menghasilkan imej lukisan seperti yang
sebenarnya. Kanak-kanak yang berumur antara 7-9 tahun akan menghasilkan
lukisan yang skema dan terikat dengan konsep yang dilihat.
 Peringkat dawing realism
Kanak-kanak akan terikat untuk melukis tanpa mengubah konsep dan skema objek
tersebut. Tetapi pada peringkat ini iaitu antara umur 9 hingga 12 tahun mula
berubah apabila kanak-kanak melukis imej secara teliti dan realistik. Mereka juga
akan menterjemahkan seni kreativiti mereka dalam bentuk lukisan. Kanak-kanak
peringkat ini akan mula membandingkan lukisan mereka dengan rakan-rakannya.
Maka mereka akan bersaing menghasilkan lukisan yang cantik dan mula
menunjukkan sifat teliti dengan hasil seni mereka.
 Peringkat pseudonaturalistic/reasoning
Perkembangan lukisan pada peringkat ini adalah meliputi kanak-kanak yang
berumur antara 12 hingga 14 tahun. Kanak-kanak akan melukis dengan
mementingkan konsep realistik semasa menghasilkan lukisan. Mereka akan
melukis dengan mengambil kira aspek saiz, kedudukan, warna dan rasional objek
yang dilulis. Kanak-kanak pada peringkat ini lebih menyukai melukis dengan
mengaplikasikan konsep peniruan. Mereka akan lebih cepat melukis apabila objek
sebenar berada di hadapan mata. Pada peringkat ini kanak-kanak tidak akan
berkongsi hasil seni mereka dengan orang lain kerana mempunyai keyakinan yang
rendah.
 Peringkat adolescent art.
Pada peringakt ini kanak-kanak mula mementingkan aspek sepanjang
menghasilkan karya seni. Hal ini kerena mereka sudah tergolong dalam lingkungan
awal remaja iaitu 14 hingga 17 tahun. Setiap karya seni mereka akan melambangkan

11 | P a g e
TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

kematangan dan cara pemikiran pelukis. Mereka akan menunjukkan kemahiran


memilih bahan bersesuaian dengan kerja seni yang akan dihasilkan.

Aktiviti melukis sangat bermakna kepada kanak-kanak dan membantu guru, ibu bapa dan
masyarakat sekeliling mendapat pendedahan berkaitan salah satu hobi kanak-kanak iaitu
melukis. Sebelum melukis adalah lebih baik sekiranya kanak-kanak itu didedahkan dengan
cara memegang pensil terlebih dahulu supaya kanak-kanak dapat membiasakan diri dengan
proses kawalan tangan untuk melukis. Proses melukis ini juga merupakan satu aktiviti yang
dapat meningkatkan motor halus kanak-kanak dan seterusnya membawa kesan kepda
keseluruhan perkembangan kanak-kanak secara langsung. Sesetangah kanak-kanak mula
melukis dengan contengan pada kertas. Walaupun sekadar contengan, ibu bapa atau guru perlu
memberi perhatian dan bimbangan kepada hasil lukisan kanak-kanak tersebut dan
membantunya membentuk rupa dan gambaran suatu objek.

4.5 Aktiviti teknologi visual.

Teknologi merupakan sebahagian daripada keperluan kehidupan manusia pelbagai lapisan


masyarakat. Kanak-kanak pada masa kini juga turut didedahkan dengan kepelbagaian
teknologi yang mengandungi visual dalam penyampaian mesej. Sehubungan dengan itu,
tekonologi visual memberi pengaruh yang kuat dalam diri kanak-kanak kursusnya visual yang
digunkan. Pengaruh terhadap teknologi ini menjadikaan kanak-kanak leka dan tiada proses
pempelajaran berlaku. Sehubungan dengan itu, kaedah pendekatan yang berkesan adalah perlu
bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasan mereka dalam perkembangan bahasa dan
literasi kanak-kanak. Menurut petikan kajian Carolyn P dan Linda M. (2001) kanak-kanak
mempunyai keinginan yang kuat untuk menggunakan semua alat komunikasi budaya yang
keluarga mereka tawarkan dan mereka mahu melakukan semua perkara seperti orang yang
mereka kagumi lakukan termasuk bercakap, melukis, menulis, mengguankan komputer dan
berkongsi idea-idea, kenangan, jenaka dan perasaan. Kanak-kanak juga tidak hanya berminat
dengan alam semulajadi malah teknologi yang digunakan dalam kehidupan dan berkembangan
dan tidak terbatas, tiada statik dan tidak ada penghujungnya. Situasi ini sama dengan
peningkatan teknologi yang makin berkembangan mengikut arus permodenan tanpa batas.
Oleh itu, setiap kegunaan teknologi juga boleh dijadikan sebagai proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa dan literasi kanak-kanak.

12 | P a g e
TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

Video dan program televisyen menggunakan bentuk yang lebih kurang sama dimana video dan
televisyen menggunakan visual yang tetap atau bergerak. Kaedah ini boleh menjadi permulaan
yang baik untuk seseteangah guru yang mungkin tidak mempunyai akses kepada teknolgi.
Pada masa kini pelbagai dvd pembelajaran yang boleh didapati serta dapat membantu kanak-
kanak dari segi bahasa dan literasi mereka. Selain dari visual yang dapat menarik perhatian
terdapat lagi yang mudah diikuti oleh kanak- kanak. Guru juga boleh menggunakan imej visual
dari program filem/TV kegemaran untuk membangunkan frasa nama.

Kanak-kanak haruslah dikawal serta dipantau mengenai media digital dan menggunakan
kearah yang bermanfaat. Penyelidikan dalam bidang berkaitan peranan teknologi komputer
dapat membantu kanak-kanak mengasah kemahiran literasi kini yang semakin berkembang.
Perisian seperti kidpad sebagai contoh, telah dibangunkan bagi membolehkan mereka
bekerjasama dengan menggunakan hyperlinks pada skrin. Kemudian objek yang dilukis
memerlukan mereka menceritakan kaitan dan jalan cerita yang mereka hasilkan sendiri.

Sebagai seorang guru, penyesuaian kaedah pembelajaran dengan minat kanak-kanak dan perlu
dikaitakan supaya kanak-kanak tidak merasa bosan dan lebih berminat apabila mempelajari
sesuatu yang diketahuinya. Seperti prinsip dari teori naturalisma dimana orang dewasa perlu
menyediakan pelbagai bahan supaya dapat memperkayakan perkembangan kanak-kanak.
Bahan–bahan ini perlu disesuaikan dengan minat dan peringkat perkembangan kanak-kanak.
Contohnya permainan komputer ialah angry bird yang menjadi perhatian kanak-kanak.
Melalui visual imej yang digunakan sangat mudah serta warna yang ceria bukan sahaja mampu
menarik minat malah dapat memperkembangkan bahasa dan literasi melalui perkongsian dan
pergaulan sesama mereka. Menurut kajian Izam Sham (2007) dalam kajinya menyatakan
bahawa perisian-perisian permainan pada masa kini sering direka untuk menghibur dan
dijadikan sebagai satu bentuk rekreasi terutama kepada kanak-kanak. Walaubagaimana pun,
perisian untuk tujuan pendidikan amat kecil bilangan terutama untuk pelajaran yang kurang
popular.

Keberkesanan pelaksanaan teknologi visual dalam kemahiran literasi visual sangat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Pengintegrasian teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan prestasi dan berkesanan pengajaran
yang meliputi pelbagai aspek kehidupan (Azwan, 2005). Selain itu, membantu di dalam kelas.
Menurut Linda Knight (2013), menggunakan literasi visual dalam bilik darjah boleh

13 | P a g e
TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

membantu guru dan pelajar memahami serta membantu guru dan pelajar memahami kerumitan
dunia moden dan membantu merapatkan jurang generasi budaya antara guru, yang mungkin
telah dilatih dalam budaya kontemporari.

Kajian dari Gardner (1993) menunjukkan kegunaan teknologi visual dalam pembelajaran dan
pengajaran lebih berkesan dalam bahasa dan literasi kanak dalam mengenal makna yang
tersirat. Teknologi visual juga merupakan bahan kukuh dalam proses pengajaran serta lebih
efektif kepada kanak-kanak kerana pendedahan yang meluas. Jensen(2001) menyatakan
penggunaan visual atau seni dapat meningkatkan deria melihat, menyentuh dan mendengar
seperti objek, video, filem dan televisyen boleh memberikan maklumat dalam mengumpul
maklumat dan meningkatkan literasi. Dari pernyataan ini, menunjukkan teknologi memberikan
kesan positif dalam perkembangan literasi kanak-kanak.

5.0 KESIMPULAN

Kanak-kanak merupakan anggota masyarakat yang seharusnya tidak diketepikan kerana


mereka merupakan aset penting bagi negara pada masa depan. Kita sedia maklum bahawa
institusi keluarga merupakan dunia sosial yang pertama yang banyak mempengaruhi
perkembangan diri seseorang individu itu. Dengan erti kata lain, kanak-kanak kecil masih
memerlukan asuhan dan penjagaan daripada ibu bapa mereka.

Namun kepesatan pembangunan negara pada masa kini, telah memberi kesan impak yang mana
ibu bapa perlu keluar bekerja dan anak-anak mereka yang berada di peringkat kanak-kanak
terpaksa dijaga, diasuh dan dididik oleh orang lain. Oleh yang demikian, telah menyebabkan
TASKA tumbuh seperti cendawan selepas hujan bagi mengambil alih tugas ibu bapa ketika
keluar bekerja.

TASKA memikul tanggungjawab yang besar sebagai ibu bapa gantian dalam mengasuh,
melayan dan menjaga kanak-kanak yang masih belum lagi dapat berdikari. Pengisian yang
ditawarkan oleh pihak TASKA sebenarnya memberi implikasi yang besar bukan sahaja
terhadap perkembangan bahkan corak kehidupan anak-anaknya.

6.0 RUJUKAN.

14 | P a g e
TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

1. Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak. (PERMATA). (2013). Kurikulum Permata


Negara. Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak 0-4 tahun (Cetakan Ketiga)
Cyberjaya, Selangor: Jabatan Perdana Menteri.
2. Rohani Abdullah. (2001) Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio.
Sedang, Selangor : Universiti Putra Malaysia.
3. Jas Laile Suzana Jaafar.(2002). Psikologi Kanak-kanak & Remaja( Cetakan Ketiga).
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
4. Rozumah Baharudin, Siti Nor Yaacob, Jayaletchumi. (___).PEM 3105 Keluarga,
Komuniti Dan Kanak-kanak. Serdang, Selangor :Universiti Putra Malaysia.
5. Mohammad Shuhmy Shuib Awaludin Bakar. (2014) Konsep Taska Dan Kurikulum
Permata Jabatan Pendidikan Kemahiran Hidup (UPSI) Fakulti Teknik Dan Vokasiinal
Universiti Pendidikan Sultan Idris 20 Oktober 2010.
http://bimbingandankaunseling.blogspot.my/2014/09/konsep-taska-dan-kurikulum-
permata.html
6. Badariah Binti Khalid. (8 Jun). Peranan Ibubapa Dalam Pembinaan Sahsiah Kanak-
kanak. http://www.kpakk.edu.my/artikel/peranan-ibubapa-dalam-pembinaan-sahsiah-
kanak-kanak/
7. Siti Nur Nadirah Ibrahim. (1 Mac ). Konsep Belajar Sambil Bermain.
http://www.kpakk.edu.my/artikel/konsep-belajar-sambil-bermain/
8. Normazita Binti Hashim.(11 May). Kaedah Belajar Sambil Bermain Untuk Kanak-
kanak. http://www.kpakk.edu.my/artikel/perkembangan-kemahiran-sosial-melalui-
belajar-sambil-bermain/
9. Norhafizi Mohd Arof. (30 Mac). Pemilihan Bacaan Kanak-kanak.
http://www.kpakk.edu.my/artikel/konsep-belajar-sambil-bermain-2/
10. Norsyahida Binti Mat Nazir.( 7 September). Pendekatan Teknologi Visual Dalam
Literasi Visual Kanak-kanak. http://www.kpakk.edu.my/artikel/pendekatan-teknologi-
visual-dalam-literasi-visual-kanak-kanak/
11. Noorfarahin Binti Muhamad Fadzil. (27 April). Lukisan Meningkatkan Tahap Holistik
Kanak-kanak. http://www.kpakk.edu.my/artikel/lukisan-meningkatkan-tahap-holistik-
kanak-kanak/
12. Siti Aisyah Binti Rosli. (22 April). Kesan positif Kaedah Penceritaan terhadap kanak-
kanak. http://www.kpakk.edu.my/artikel/penggunaan-kaedah-penceritaan-bagi-
membantu-pemahaman-kanak-kanak-pra-sekolah/

15 | P a g e
TASKA- KEPENTINGAN DAN AKTIVITI YANG RELEVAN PADA MASA KINI SK/PI1M REDONG

13. Normazita Hashim. (11 Mei ).Faedah Pendekatan Projek Untuk Kanak-kanak Di
Taska. http://www.kpakk.edu.my/artikel/faedah-pendekatan-projek-untuk-kanak-
kanak-di-taska/
14. ______.(_______) Dasar asuhan dan didikan awal kanak-kanak kebangsaaan.
http://www.programpermata.my/resources/resource/Dasar_Asuhan_dan_Didikan_Aw
al_Kanak-Kanak_Kebangsaan.compressed.pdf

16 | P a g e

You might also like