Kertas Kerja Aksesori Pakaian Perempuan Mac 2017

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KERTAS KERJA PERMOHONAN AKSESORI PAKAIAN DAN

KHEMAH KOR KADET POLIS

1.0 UNIT BERUNIFORM


Pasukan Kor Kadet Polis SMK Seri Pagi, Seremban

2.0 TUJUAN PERMOHONAN


Antara objektif utama permohonan aksesori pakaian bagi pasukan Kor Kadet
Polis ialah :
i) Melengkapkan tatacara berpakaian Kor Kadet Polis
ii) Menjalankan aktiviti perkhemahan di dalam dan di luar sekolah

3.0 LATAR BELAKANG


Pasukan Kor Kadet Polis SMK Seri Pagi telah ditubuhkan pada Januari 2004.
Antara matlamat penubuhannya ialah :
i) Membantu pihak sekolah menangani masalah salah laku
dikalangan remaja melalui berbagai aktiviti meningkatkan
disiplin diri
ii) Membina semangat berpasukan dan patriotisme dikalangan
pelajar
iii) Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kerjaya
dalam bidang kepolisan

4.0 PERALATAN AKSESORI PAKAIAN

Perkara Harga seunit


Mafla Biru RM 6.00
Sarung Tangan Putih RM 5.00
Lambang Berry Besi RM 6.00
Lambang Salaman RM 7.00
Tali Pinggang Putih RM 20.00

5.0 KATEGORI ANGGOTA KOR KADET POLIS


Permohonan aksesori pakaian Kor Kadet Polis adalah bagi melengkapkan
anggota kor kadet polis perempuan iaitu seramai 35 orang.
6.0 SUMBER PERUNTUKAN DAN ANGGARAN KOS

Harga
Perkara Kuantiti Jumlah (RM)
(seunit)
Mafla Biru RM 6.00 11 66.00
Sarung Tangan Putih RM 5.00 19 95.00
Lambang Berry Besi RM 6.00 31 186.00
Lambang Salaman RM 7.00 31 217.00
Tali Pinggang Putih RM 20.00 13 260.00
Jumlah 824.00

7.0 PELAKSANAAAN
Permohonan aksesori pakaian Kor Kadet Polis perempuan ini adalah
bertujuan untuk pasukan Kor Kadet Polis :
i) Menyertai sambutan kejohanan sukan dan olahraga peringkat
sekolah
ii) Pasukan kawalan kehormat sempena lawatan / menyambut
kehadiran Menteri atau Yang Berhormat
iii) Pertandingan kawat kaki badan beruniform peringkat sekolah
dan daerah serta negeri
iv) Membuat persembahan kawat formasi sempena menyambut
hari Kemerdekaan peringkat sekolah

8.0 PENUTUP
Pihak kami amat berharap agar pihak sekolah akan mempertimbangkan
kertas kerja ini agar Pasukan Kor Kadet Polis akan terus maju dan dapat
melaksanakan segala aktiviti dengan jayanya demi kecemerlangan sekolah.

Disediakan oleh :

--------------------------------
(MUHD ZAKI ASAHAR)
Guru Penasihat Kor Kadet Polis ,
SMK Seri Pagi, Seremban

You might also like