Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tugasan 1

1. Falasi Sebab Palsu


“Jika anda mahu makan popcorn sahaja setiap pagi, maka jangan beri anugerah Nasi
Lemak Teragung kepada saya.”

Hujah di atas merupakan falasi tidak formal jenis falasi sebab palsu. Hujah tersebut
merupakan hujah yang lemah. Peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam hujah tersebut tiada
perkaitan antara satu sama lain. Bagi susunan ayat sememangnya tidak terdapat sebarang
kesalahan namun sebab dan akibat peristiwa tersebut tidak berkaitan. Apa yang dapat kita
lihat ialah tiada kaitan antara peristiwa Jika anda mahu makan popcorn sahaja setiap pagi
dengan jangan beri anugerah Nasi Lemak Teragung kepada saya. Ini tidak bererti bahawa
jangan beri anugerah kalau tidak mahu makan popcorn tiap-tiap pagi. Jelaslah bahawa, masih
terdapat peristiwa lain yang akan mengakibatkan peristiwa tersebut berlaku.

2. Falasi Merayu kepada Perasaan Kasihan dan Simpati


“Kasihanilah saya, wahai para hakim. Saya baru sahaja diisytihar muflis kerana kerugian
melabur dalam amanah saham. Saya perlu menanggung nafkah tujuh orang anak, dua
orang isteri dan dua orang ibu bapa. Ini tidak termasuk lagi dua pasang ibu bapa mertua
saya.”

Hujah di atas merupakan hujah yang mencuba untuk merayu supaya dapat
menimbulkan rasa simpati dan kasihan. Hujah ini merupakan satu falasi tidak formal
kerana perasaan simpati dan kasihan bukan bukti yang dapat menyokong pendapat hujah
atau kesimpulan. Falasi ini juga merupakan salah satu cara untuk mengelak daripada proses
dan kaedah berhujah yang sepatutnya diikuti. Penghujah merayu kepada hakim dengan
ingin menimbulkan perasaan kasihan wujud dalam diri hakim tersebut. Penghujah
menggunakan alasan dirinya baru diisytihar muflis dan banyak tanggungan yang berada di
bawahnya perlu dititikberatkan. Ini jelas menunjukkan penghujah melakukan falasi merayu
kepada perasaan kasihan dan simpati.
3. Falasi Merayu kepada Ancaman atau Perasaan takut
“Tetapi anda mungkin tidak tahu bahawa Pak Long saya memiliki ladang buaya tidak jauh
dari sini. Sekiranya saya meninggalkan perlawanan ini dengan tangan kosong, jangan
terkejut jika adik saya, bapa saudara saya dan buaya-buayanya melawat rumah-rumah
anda!”

Hujah di atas merupakan falasi tidak formal jenis falasi merayu kepada ancaman
atau perasaan takut. Penghujah cuba untuk menukar tindakan seseorang dengan memberi
ancaman bahawa jika penghujah meninggalkan perlawanan dengan tangan kosong maka
adik dan bapa saudaranya pergi ke rumah-rumah. Ini bermaksud penghujah memberi
amaran dan ancaman supaya jangan ada sesuatu yang menyebabkan dia kalah dalam
perlawanan tersebut dan seterusnya akan mengakibatkan sesuatu yang tidak diingini
berlaku.

You might also like