Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

A] Mengalu-alukan kedatangan rombongan pihak lelaki

1. Bertanya khabar, yang tua dimuliakan & dihormati, yang muda-muda diberi galakan bersama
dalam majlis (bukan duduk di luar sahaja).

[B] Memulakan majlis pertunangan secara rasmi

1. Mulakan majlis rasmi dengan bismillah dan ucapan syukur ...


Disertakan koleksi pantun-pantun yang boleh membantu menyerikan majlis. Berpantun merupakan
seni Melayu dalam memperkatakan hajat hati secara halus.
Berdasarkan pengalaman saya sebagai wakil pihak perempuan, sekiranya wakil pihak perempuan
memulakan pantun dan tidak dibalas dengan pantun oleh wakil pihak lelaki, adalah baik dan lebih
bijak kiranya wakil pihak perempuan tidak meneruskan seni permainan pantun atas dasar
menghormati tetamu pihak lelaki. Cukuplah dengan kata-kata biasa sahaja.

Kapal dagang dari seberang,


Bawa muatan kayu meranti.
Dari jauh tuan puan datang,
Kami disini sedia menanti.

Batu kecubung berwarna biru,


Ditatah berlian batu bermutu.
Adab kami menyambut tetamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu.

Perahu kolek ke hilir tanjung,


Sarat bermuat tali temali.
Salam tersusun sirih junjung,
Apa hajat sampai ke mari?

2. Bila wakil pihak lelaki memberi tepak sirih,

Tepak sirih dibawa bersama,


Sirih datang dari kota.
Orang memberi kami menerima,
Syariah Islam pegangan kita.

Selepas itu bolehlah bincang apa-apa ketetapan diantara kedua-dua pihak seperti hantaran, tarikh
kahwin dan sebagainya. Kebiasaannya perkara teknikal sebegini sudah di persetujui sebelum ini,
oleh itu wakil kedua-dua pihak boleh memberi penyataan umum sebagaimana yang telah ditentukan
oleh kedua-dua pihak.

3. Bila wakil pihak lelaki menunjukkan dan memberikan cincin pertunangan, wakil pihak perempuan
digalakkan membelek seketika dan bergurau memuji kecantikan tanda pertunangan itu dan
memberikan kepada bapa pihak perempuan.
Kemudian lafazkan akad pertunangan,
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya mewakili keluarga pihak perempuan, bersaksikan
semua yang hadir disini menerima pinangan ini, mudah-mudahan Allah swt memberi keberkatan
kepada kita semua.
Kemudian biarlah ibu atau wakil perempuan pihak lelaki pergi ke bilik menyarung cincin pertunangan.
Selepas itu, jemputlah pihak perempuan untuk keluar dan turut serta dalam majlis rasmi. Bawalah
bersama balasan hantaran dari pihak perempuan keluar untuk diletak bersebelahan hantaran dari
pihak lelaki. Beri masa kepada semua untuk mengambil gambar dan sebagainya.

Tanam pinang rapat rapat,


Biar senang puyuh berlari.
Budi tuan kami ingat,
Akan dikenang sehingga mati.

[C] Menjamu selera


Setelah tamat majlis rasmi bertunang, maka jemputlah rombongan pihak lelaki untuk mejamu selera.
Hah...

Nujum Pak Belalang diberi nama,


P Ramlee pelakon utama.
Hantaran di bawa kami dah terima,
Jom lah teruskan ke agenda seterusnya.
TEKS KHUTBAH MAJLIS PERTUNANGAN
Assalamualaikum… Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan
danampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-dirikami dan
kejahatan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beripetunjuk, maka tidak ada yang
dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat
memberinya petunjuk selain Dia.
Aku bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah
semata, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad shallallaahu
‘alaihi wa sallam adalah hamba dan Rasul-Nya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengansebenar-benar taqwa
kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.” [Ali ‘Imran : 102]
Yang dihormati tuan rumah seisi keluarga, rombongan pihak lelaki, tuan-tuan dan puan-
puan yang dihormati sekalian. Pertamanya marilah kita mengucapkan rasa syukur kehadrat
Allah swt kerana dengan izinya kita berkumpul disini dalam usaha memenuhi tuntuan salah
satu dari syariat Islam disamping memperkukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama kita,
kerana Allah mengingatkan kita :”sesungguhnya orang-orang beriman itu adalahh
bersaudara”
Untuk memulakan bicara kita pada hari ini, saya persilakan wakil pihak lelaki untuk
menyatakan hajat yang tersirat dan tersurat untuk kita realisasikan bersama.
( Ucapan pihak lelaki dan perbincanagan dimulakan )
Alhamdulillah kita sudah mendengar dan memahami hajat dan tujuan yang dinyatakan oleh
wakil pihak lelaki dan kami pihak sebelah perempuan bersetuju diatas kehendak dan hasrat
dari pihak lelaki yang dinyatakan sebentar tadi dan saya rasa bahawa segala keputusan
yang dibuat itu telahpun dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak dan pada hari ini
kita hanya mahu mengistiharkan ikatan dan perjanjian tersebut iaitu
1. Pertunangan diantara …………………. dengan ……..telah diterima
2. Nilai hantaran dan belanja nya ialah RM…….
3. Maskahwin sebanyak RM…..
4. Hadiah iringan sebanyak ……….. dulang.
5. Tempoh pertunangan selama……
6. Tarikh akad nikah ditetapkan pada…….
Tuan / puan yang dihormati. Setelah segala keputusan telah dipersetujui bersama marilah
kita doakan agar pertunan yang di ikat antara ……. dengan ……. akan berkekalan sehingga
tarikh akad nikah dilangsungkan seterusnya kita mendoakan agar mereka dapat bersatu
sebagai pasangan suami-isteri kekal sehingga akhir hayat mereka serta dikurniakan anak
dan cucu yanag soleh dari lelaki dan perempuan dan dikurniakan rezeki yang melimpah
ruah hendaknya. Insyaallah.
Saya juga suka mengingatkan kepada semua pihak agar segala perjanjian yang telah
dipersetujui sebantar tadi dapat ditunaikan sebaik mungkin sehinggalah terlaksananya hajat
keduanya kerana Allah mengingatkan kita dengan firmanya yang bermaksud : "Wahai
orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan
yang benar, nis-caya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan meng-ampuni dosa-
dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia menang
dengan kemenangan yang besar.”
Tuan / puan. Pertunangan ini sebenarnya adalah salah satu dari tuntutan terhadap sesuatu
perkahwinan kerana dengan pertunangan ini membataskan orang lain dari meresik dan
meminang seseorang perempuan yang telah dipinang. Kerana itulah majlis ini juga sama
pentingnya dengan majlis akad nikah kerana tujuanya untuk mengistiharkan kepada umum
bahawa …… dengan …… telah sah bertunang.
Namun begitu pertunangan bukanlah lesin mutlak bagi keduanya untuk bebas bergaul tanpa
sempadan kerana ia belum melayakan pergaulan yang intim. Saya juga berharap agar
kedua mereka dapat menjaga tatasusila dan akhlak sebagai orang yang beriman, bersabar
diatas segala ujian dan dugaan dalam tempoh pertunangan ini kerana segalanya mungkin
boleh berlaku.
Akhirmya marilah kita mendengar gesaan Allah kepada kita untuk diambil perhatian melalui
firmanNya :
"Wahai manusia! Bertaqwalah kepada tuhan mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang
satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari
keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.
Bertaqwalah kepada Allah yang dengan Nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah)
hubungan kekeluargaan. Sesungguh-nya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” [An-
Nisaa' : 1]
Saya bagi pihak tuan rumah seisi keluarga memohon ampun dan maaf sari hujung rambut
hingga hujung jari zahir dan batin diatas segala kekurangan yang berlaku dalam majlis ini
samada disedari atau tidak dan diharapkan kita akan bertemu lagi pada majlis besar kita
pada masa akan datang insyaallah.

You might also like