Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SIAPA YANG MENANG?

ISNIN 3 FEBRUARI 2020

Oleh: Anis Suhana Suhaimi

MELAKA- Telah berlangsungnya Pilihan Raya Kampus di Dewan Srikandi IPG Kampus
Perempuan Melayu bermula seawall 8 pagi sehingga 1.30 petang. Seramai 47 calon telah
dipertandingkan dan 21 calon sahaja akan dipilih. Sebanyak 7 kerusi bagi Ahli Majlis Tertinggi
(AMT) dan 14 kerusi bagi Ahli Majlis Mesyuarat (AMM) yang telah diperuntukkan. Jabatan
Sains Teknologi dan Matematik (STeM) dilantik sebagai pengelola Sekretriat Pilihanraya
Kampus pada tahun ini. 21 ahli Sekretariat Pilihan Raya (SPR) Kampus yang terlibat dalam
menguruskan Pilihan Raya Kampus dan mereka merupakan mantan Ahli Majlis Tertinggi bagi
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Pusat Islam Saiyidah Aisyah sesi 2019/2020.

Setiap pengundi perlu memilih 7 daripada


9 orang calon bagi kerusi AMT dan 14
daripada 38 orang calon yang
dipertandingkan. Kerusi AMM terdiri daripada
Biro Akademik, Biro Kerohanian, Moral
Disiplin, Biro Kesenian dan Kebudayaan, Biro
Barisan ahli jawatankuasa Sekretariat Pilihanraya Perhubungan Domestik dan Antarabangsa,
Kampus bagi sesi 2020.
Biro Sukan dan Rekreasi, Biro Sosial dan
Kebajikan, Biro Kolej Kediaman serta Biro Teknologi Maklumat, Penerbitan dan Informasi.
Kerusi Bendahari Agung Kehormat, Naib Bendahari Agung Kehormat, Setiausaha Agung
Kehormat, Naib Setiausaha Agung Kehormat, Naib Yang Dipertua I dan II dan Yang Dipertua
telah dipertandingkan bagi kerusi AMT.

Pilihan raya kali ini tidak sama seperti


musim yang lepas. Kebiasaannya, pengundi
akan membuang undian di atas talian dengan
menggunakan kod QR yang khas. Tetapi, pada
tahun ini, cara pembuangan undi
menggunakan kertas seperti biasa. Jadi,
proses pembuangan undi mengambil masa
yang lama. Bukan itu sahaja, pembahagian
Proses pembuangan undi
saluran turut berbeza. Pembahagian saluran
pada tahun ini bercampur aduk sama ada bagi pengundi yang muda atau tua. Sedikit
sebanyak kelainan dan perubahan yang dibuat telah memberi kesan kepada proses
kelancaran Pilihan Raya pada tahun ini.

Dr Fauziah binti Yahya selaku pengerusi


SPRK telah mengumumkan statistik dan
bilangan pelajar yang telah turun mengundi.
Jumlah keseluruhan pengundi pada tahun ini
seramai 650 orang pelajar tetapi hanya 648
pelajar berjaya membuang undi kerana 2
orang pelajar mempunyai masalah kesihatan
pada hari tersebut. Seterusnya, beliau
Sesi pengiraan undi
mengumumkan nama calon yang
memenangi kerusi dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Berdasarkan keputusan yang diumumkan oleh Dr


Fauziah, Biro Keusahawan dan Biro Kolej Kediaman telah
menang tanpa bertanding. Hal ini kerana, hanya 3 orang calon
yang bertanding dan mereka tidak mempunyai pihak lawan
yang ramai berbanding biro-biro yang lain. “Pilihan raya pada
tahun ini ada sedikit kelainan kerana kami mengikut kepada
garis panduan yang telah ditetapkan oleh IPGM. Kami hanya
menjalankan tugas kami sebaik mungkin dan sekiranya
terdapat kekurangan sepanjang pengendalian PRK kali ini, Pengumuman hasil
pembuangan undi
saya minta maaf dan kami akan perbaiki pada tahun
mendatang”. Ulas beliau ketika memberi ucapan selepas pengumuman nama calon yang
menang bertanding dibuat.

You might also like