Kuiz KPD

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KPD 3016

PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1

KUIZ

Tarik hantar (13/11/2019)

NAMA : NUR SYAHIDA BINTI SOOED

NO MATRIK : D20172080348

GROUP : AT14A

PENSYARAH : DR. FARIDAH HANIM BINTI YAHYA


Nyatakan perbezaan di antara Taksonomi Bloom dan Revised Taksonomi Bloom (250
patah perkataan).

Taksonomi Bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Teori ini
mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu
kognitif, afektif dan psikomotor. Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran
intelektual berdasarkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi.
Domain kognitif dibahagikan kepada 6 aras. Domain afektif pula digunakan untuk mengukur
kemahiran generik yang telah diterapkan kepada murid melalui penglibatan murid dalam
persatuan dan pelbagai seperti perbincangan secara berkumpulan. Domain psikomotor pula
bertujuan untuk mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui
proses latihan industri, uji kaji makmal dan lawatan teknikal.
Dalam Revised Taksonomi Bloom pula, ia diperkenalkan oleh Lorin Anderson. Pada
tahun 1994, beliau telah menambah baik teori Taksonomi Bloom agar sesuai dengan kemajuan
zaman. Hasilnya pada tahun 2001 Anderson telah membuat perubahan pada domain kognitif.
Terdapat dua perbezaan antara Taksonomi Bloom dan Revised Taksonomi Bloom mengenai
domain kognitif. Perbezaan yang pertama adalah perubahan penggunaan kata kunci iaitu
daripada kata nama kepada kata kerja. Contohnya, penilaian kepada menilai, sintesis kepada
mereka bentuk, analisis kepada menganalisis, aplikasi kepada mengaplikasi, kefahaman kepada
memahami dan pengetahuan kepada mengingat. Kata kerja digunakan adalah untuk
membolehkan hasil pembelajaran diukur, diperhati dan spesifik.
Perbezaan seterusnya adalah perubahan pada susunan aras. Dalam Taksonomi Bloom,
sintesis dan penilaian berada pada aras 5 dan 6. Manakala dalam Revised Taksonomi Bloom,
menilai berada pada aras 5 dan aras 6 adalah mencipta atau mereka bentuk. Hal ini kerana,
mengikut pandangan Anderson, tiga aras pertama (terendah) merupakan Lower Order Thinking
(LOT) iaitu aras 1: mengingat, aras 2: memahami dan aras 3: mengaplikasi. Manakala tiga aras
berikutnya (tertinggi) adalah Higher Order Thinking (HOT) iaitu aras 4: menganalisis, aras 5:
menilai dan aras 6: mencipta atau mereka bentuk.
Berdasarkan Revised Taksonomi Bloom dapatlah dijelaskan bahawa sebelum kita
memahami sesebuah konsep kita harus mengingatnya terlebih dahulu. Sebelum kita
mengaplikasi kita harus memahaminya terlebih dahulu. Sebelum kita menilai kita perlu
menganalisis dahulu. Sebelum kita mencipta atau mereka bentuk kita haruslah mengingat,
memahami, menganalisis, mengaplikasi dan menilainya terlebih dahulu
Kesimpulannya, kedua – dua teori ini iaitu Taksonomi Bloom dan Revised Taksonomi
Bloom sangat membantu dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana ia melibatkan penggunaan 3
domain utama iaitu domain kognitif, dimana ia digunakan untuk menguji daya pemikiran dan
kreativiti para pelajar. Domain yang kedua pula adalah domain afektif yang menerapkan nilai-
nilai murni seperti kerjasama antara ahli kumpulan, keyakinan dan sebagainya. Domain yang
terakhir adalah domain psikomotor, domain ini sangat penting dalam membantu para pelajar
untuk membina kemahiran kendiri.

You might also like