Perkembangan Dasar Awam Di Malaysia Dan PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 38

PERKEMBANGAN DASAR AWAM DI MALAYSIA DAN

PERSEPSI RAKYAT TERHADAP KEBERKESANAN PELAKSANAANNYA


Disediakan oleh:
Fatin Liyana Said, Nazatul Asifah Razali, Nor Laylah Yahya, Zaharahanum Kamarudin &
Zanariah Abdullah

PENDAHULUAN
Dye (1976) menyifatkan polisi atau dasar awam sebagai “apa yang kerajaan buat dan
apa yang sepatutnya kerajaan buat”. David Easton, seorang ahli sains politik mentafsirkan
polisi atau dasar awam sebagai nilai peruntukan pihak berkuasa bagi keseluruhan masyarakat.
Laswell dan Kaplan pula mendefinisikan dasar awam sebagai suatu program bagi nilai,
amalan dan matlamat yang telah diprojekkan. Secara umumnya dasar atau polisi awam ialah
apa jua projek, program atau rancangan daripada pihak kerajaan untuk faedah dan
kepentingan satu kelompok rakyat. (Saadon & Abd. Rahim, 2007).
Mengamalkan sistem pemisahan kuasa, Malaysia mempunyai cabang politik dan
pentadbiran yang tersusun iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. Polisi atau dasar awam
negara ini digubal oleh badan legislatif berdasarkan isu dan permasalahan yang berlaku
dalam masyarakat serta untuk memastikan pembinaan masa depan Malaysia yang cemerlang.
Sedari kemerdekaan yang dikecap pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu
ditadbir oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Perdana Menteri Malaysia yang
pertama. Di bawah pemerintahan beliau, Sabah dan Sarawak beroleh kemerdekaan melalui
penggabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang membawa kepada pembentukan
Malaysia pada 16 September 1963 (Gagasan Malaysia). Bapa kemerdekaan ini berhempas
pulas menyusun pentadbiran negara melalui Rancangan Malaya Pertama dan Rancangan
Malaya Kedua.
Selanjutnya, pada 13 Mei 1969, tercalit sejarah hitam kepada negara apabila
tercetusnya rusuhan kaum di Kuala Lumpur. Tragedi ini menyebabkan Malaysia diletakkan
di bawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Tun
Abdul Razak. Lanjutan peristiwa ini, terbentuklah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan
matlamat untuk mewujudkan perpaduan negara iaitu dengan cara mengurangkan perbezaan
ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.
Tun Hussein bin Dato’ Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga dan dikenali
sebagai “Bapa Perpaduan”. Di bawah kepimpinan beliau, agenda pembangunan diteruskan
dengan menggerakkan Dasar Ekonomi Baru seterusnya Rancangan Malaysia ke-4. Selain
1
daripada itu, beliau turut meneruskan dasar-dasar luar yang pernah diamalkan oleh
pemimpin-pemimpin sebelumnya. Antaranya ialah dasar berkecuali dalam hal ehwal politik
negara luar dan menjadikan pertubuhan ASEAN sebagai prinsip asas kepada dasar luar
Malaysia.
Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan agen perubahan terbesar Malaysia. Pada era
beliau, dasar ekonomi negara yang berasaskan pertanian diubah kepada sektor perindustrian.
Hal ini supaya Malaysia berupaya memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih tangkas dengan
nilai yang lebih banyak.
Selain daripada itu, Tun Mahathir berusaha melatih anggota perkhidmatan awam ke
arah cara kerja yang profesional dan sistematik. Melalui Dasar Pandang ke Timur, hal ini
direalisasikan dengan memperkenalkan pemakaian tanda nama, kad perakam waktu, manual
prosedur kerja, fail meja dan lain-lain. Seterusnya, Tun Mahathir memperkenalkan Wawasan
2020 yang mensasarkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Sehingga ke hari ini, dasar ini
masih diteruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.
Islam Hadhari atau Islam yang Bertamadun merupakan dasar negara yang digubal
bawah pentadbiran Tun Abdullah. Ia adalah usaha mengembalikan umat Islam kepada asas
seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis. Pendekatan Islam Hadhari ini turut
berhasrat untuk membina sebuah negara atau masyarakat madani dan umrani. Tun Abdullah
turut memperkenalkan dasar pembangunan modal insan dan Pelan Integriti Nasional yang
bertujuan membina masyarakat yang bertanggungjawab, beretika, bijaksana dan terpelihara
dalam nilai-nilai murni demi memastikan kemajuan yang diperoleh seimbang dengan
kecemerlangan sahsiah dan moral.
Pertukaran tampuk pemerintahan negara pada tahun 2009 menyaksikan pelancaran
dasar-dasar baharu kerajaan bersesuaian dengan hala tuju yang direncanakan oleh Perdana
Menteri Malaysia yang baharu. Gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Dato’ Seri Najib bin
Tun Abdul Razak bertujuan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum berteraskan kepada beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi
amalan setiap rakyat Malaysia. Selain daripada itu, beliau turut memperkenalkan Key
Performance Indicator (KPI), National Key Result Area (NKRA) dan Dasar Transformasi
Nasional yang bertujuan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan awam agar selari
dengan matlamat Wawasan 2020 dan sejajar dengan kemajuan pesat teknologi semasa.
Dari masa ke masa, perubahan kepimpinan dan kemajuan teknologi menyaksikan
pelbagai dasar digubal dan diimplementasikan untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan
dan berupaya bergerak seiring dengan negara-negara sedang membangun yang lain. Malaysia
2
juga sentiasa berusaha untuk memastikan agar negara ini berupaya berdiri di barisan hadapan
ke arah mencapai standard negara-negara maju di seluruh dunia. Kepelbagaian dasar kerajaan
inilah yang meliputi aspek sosial, ekonomi dan hubungan antarabangsa yang akan
dibincangkan melalui makalah ini. Selain daripada itu, makalah ini turut menganalisis
pendapat masyarakat awam terhadap dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan serta sejauh
mana dasar-dasar tersebut berjaya mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan.

DASAR AWAM DALAM PERSPEKTIF EKONOMI


Ekonomi merupakan tulang belakang sesebuah negara. Ini kerana ekonomi yang
stabil menjamin sumber kewangan yang stabil. Dengan sumber kewangan ini, sesebuah
negara dapat merangka rancangan dan program pertumbuhan dengan lebih baik demi
memastikan kemajuan dan kemodenan yang dicapai oleh negara tersebut dapat dinikmati
oleh segenap lapisan warganya tanpa ada perbezaan. Contoh-contoh daripada negara miskin
seperti negara-negara di benua Afrika dan Asia Tengah membuktikan bahawa ketidakstabilan
ekonomi turut membawa kepada pergolakan dalaman negara tersebut. Hal ini sangat berbeza
dengan negara-negara maju seperti Jepun, Jerman dan Britain di mana kemakmuran negara
tersebut turut dikongsi bersama rakyatnya.
Makalah ini akan membincangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Model Ekonomi
Baru (MEB), dua dasar ekonomi negara yang mempunyai sejarah yang tersendiri.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


Rusuhan kaum yang tercetus pada 13 Mei 1969, pasca Pilihan Raya Umum Ketiga
mengukir sejarah baharu kepada negara majmuk, Malaysia. Status ekonomi yang tidak
seimbang oleh tiga kaum utama ketika itu dikatakan punca utama tercetusnya rusuhan kaum
tersebut. Hal ini dibuktikan oleh dapatan bancian penduduk tahun 1970 di mana 64.8 peratus
penduduk Melayu hidup di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan bulanan sebanyak
RM172.00 sebulan. Taburan kemiskinan berdasarkan kaum adalah seperti Rajah 1 di bawah:
Pendapatan Purata Keluarga
Kaum Kadar Kemiskinan Sebulan (RM)
Melayu 64.8% 172.00
Cina 26.0% 394.00
India 39.2% 304.00
Lain-lain 44.8% 813.00
Rajah 1: Kadar Kemiskinan Mengikut Kaum
Sumber: Pejabat Perdana Menteri (t.t)

3
Sehubungan dengan itu, kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
bermula pada tahun 1971 melalui siri Rancangan Malaysia. Empat Rancangan Malaysia yang
terlibat ialah Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976 –
1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986
– 1990). Matlamat DEB adalah untuk mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira kaum
dan menyusun semula masyarakat agar ketidakseimbangan ekonomi yang wujud dapat
dikurangkan. Seterusnya dasar ini diharapkan dapat menghapuskan pengenalan kaum dengan
fungsi ekonomi (Bushra, 2007).
Beberapa strategi dirancang di bawah DEB bagi mencapai tujuan di atas. Antara
strategi tersebut ialah:
(i) Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang
menganggur.
(ii) Memodenkan kehidupan di luar bandar melalui penyediaan infrastruktur asas
seperti bekalan air, elektrik, jalan raya dan kegiatan-kegiatan masyarakat.
(iii) Meningkatkan produktiviti golongan miskin degan memberi latihan
kemahiran, mencipta peluang guna tanah dan pemberian modal.
(iv) Mewujudkan peluang perdagangan dan perindustrian dalam kalangan kaum
Melayu dan Bumiputera dengan sasaran untuk menguasai 30 peratus daripada
pegangan ekuiti ekonomi pada tahun 1990. Hal ini dijayakan dengan
kerjasama agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank
Pembangunan dan Bank Bumiputera
(v) Memajukan negeri dan kawasan mundur melalui pelbagai agensi seperti
Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) yang diwujudkan pada tahun
1971, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA - 1972), Lembaga
Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH – 1973) dan Lembaga
Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR – 1978).
(Bushra, 2007 dan Pejabat Perdana Menteri, t.t)
Pelaksanaan DEB membuahkan hasil apabila pendapatan purata Bumiputera pada
tahun 1990 meningkat kepada RM940 sebulan berbanding RM172 pada tahun 1970.
Pegangan ekuiti kaum Melayu dan Bumiputera turut meningkat iaitu daripada 2.4 peratus
pada tahun 1970 kepada 19.3 peratus pada tahun 1990. Namun demikian, peningkatan ini
jelas jauh dari sasaran awal iaitu sebanyak 30 peratus. Selain daripada itu, 28 buah bandar
baharu telah dibangunkan melalui agensi-agensi kerajaan di atas iaitu DARA, KEJORA,
KETENGAH dan KESEDAR (Hamidah, Muhammad & Norlin, 2009).
4
Namun demikian, sesetengah pihak di negara ini menganggap DEB tidak mencapai
objektif kewujudannya apabila beberapa kepincangan dan kelemahan wujud susulan
pelaksanaannya. Perkara ini pernah dibincangkan melalui Siri Pemikiran Kritis yang
dianjurkan oleh Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Nasional, Majlis Peguam (NYLC)
dengan kerjasama Youth For Change (Y4C) dan Persatuan Bahasa Tionghua Alumni
Universiti Sains Malaysia pada 6 Februari 2007. Ahli politik daripada parti kerajaan dan
pembangkang iaitu Shahrir Abdul Samad, M. Kulasegaran, Kamarudin Jaafar dan Tian Chua
merupakan panel dalam perbincangan tersebut.
Menurut M. Kulasegaran, DEB mengenepikan kaum India sehingga menyebabkan
kadar kemiskinan tinggi, kadar keciciran persekolahan juga tinggi, sukar melanjutkan
pengajian di universiti dan kurang terlibat dalam perkhidmatan awam. Hal ini nyata
bertentangan dengan matlamat utama DEB. Tian Chua pula berpendapat, pendekatan DEB
yang dilihat condong kepada satu hak istimewa bagi kaum Melayu menyebabkan peluang
ekonomi tidak dapat diagihkan secara sama rata kepada semua kaum. Seterusnya, Kamarudin
berpandangan bahawa DEB perlu membantu semua golongan yang lemah tanpa mengira
kaum. Berbeza dengan Shahrir, beliau menyatakan bahawa masyarakat antarabangsa berbeza
pendapat dengan pernyataan-pernyataan di atas (Shahrizal, 2007).

Model Ekonomi Baru (MEB)


Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan sebuah rancangan pembangunan ekonomi
berdasarkan analisis yang dijalankan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (National
Economic Advisory Council – NEAC). Model ini dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur.
Tiga prinsip MEB ke arah negara membangun sepenuhnya ialah berpendapatan
tinggi, kemapanan dan keterangkuman. Prinsip yang pertama menekankan kepada
peningkatan pendapatan tahunan per kapita iaitu daripada USD7,000 kepada USD15,000
dalam tempoh 10 tahun. Antara strategi bagi mencapai prinsip ini ialah dengan
membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi termasuk meningkatkan taraf pendidikan
tenaga kerja supaya lebih tinggi daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Prinsip kedua iaitu kemapanan pula bermaksud memenuhi keperluan semasa tanpa
menjejaskan generasi akan datang. Hal ini menumpukan kepada kesan pembangunan
ekonomi terhadap persekitaran dan sumber asli dengan fokus kepada pemuliharaan alam
sekitar.

5
Prinsip yang ketiga iaitu keterangkuman iaitu keperluan terhadap penyertaan
menyeluruh. Prinsip ini diharap dapat mengurangkan jurang ketaksamaan, membantu pihak
yang memerlukan dan melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing. Melalui prinsip ini,
semua komuniti boleh menikmati kekayaan negara sepenuhnya.
Bagi mencapai ketiga-tiga prinsip di atas, fokus utama MEB ialah golongan yang
kurang bernasib baik iaitu kumpulan isi rumah yang tergolong dalam 40 peratus terendah.
77.2 peratus daripada golongan ini merupakan penduduk rumah panjang di Sabah dan
Sarawak manakala bakinya adalah penduduk miskin di kawasan pedalaman Semenanjung
Malaysia, para nelayan, petani, peniaga kecil, Orang Asli dan penduduk berpendapatan
rendah.
MEB yang masih mengguna pakai objektif DEB akan dilaksanakan mengikut dasar
afirmatif dengan empat prinsip iaitu mesra pasaran, berdasarkan merit, telus dan
berdasasarkan keperluan. Dari satu sudut lain, MEB masih terus memberi penumpuan kepada
golongan Bumiputera yang dikatakan golongan majoriti dalam kumpulan yang mudah
terjejas.
Pelaksanaan MEB adalah berdasarkan pembangunan Program Transformasi Ekonomi
yang mengandungi Inisiatif Pembaharuan Strategik iaitu:
(i) Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
(ii) Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan
kepada pekerja asing;
(iii) Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
(iv) Memperkukuhkan sektor awam;
(v) Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
(vi) Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
(vii) Meningkatkan sumber pertumbuhan; dan
(viii) Memastikan pertumbuhan yang mapan.
Dalam membina kerjasama sektor awam dan swasta, beberapa strategi disusun agar
MEB dapat dilaksanakan dengan lebih lancar iaitu:
(i) Merangka Pelan Induk Pasaran Modal Kedua oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk
memperkukuhkan pembangunan pasaran modal;
(ii) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan melabur terhadap
lebih banyak aset di luar negara dan meningkatkan pelaburan langsung di
dalam negara;

6
(iii) Menjadikan Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) sebagai sebuah
agensi korporat supaya ia lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Antara kaedahnya ialah dengan memberikan kuasa kepada MIDA untuk
melaksanakan rundingan terus dengan pelabur. MIDA juga dilantik sebagai
agensi pusat promosi pelaburan untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan
kecuali perkhidmatan utiliti dan kewangan;
(iv) Bekerjasama dengan sektor swasta untuk membangunkan beberapa lot tanah di
sekitar Kuala Lumpur iaitu di Jalan Stonor, Jalan Ampang dan Jalan Lidcol;
(v) Bekerjasama dengan KWSP untuk membangunan 3,000 ekar tanah di Sungai
Buloh, Selangor sebagai hab baru kawasan Lembah Kelang;
(vi) Mempertimbangkan untuk menswastakan beberapa buah syarikat di bawah
Kementerian Kewangan Diperbadangkan seperti Percetakan Nasional
Malaysia Berhad, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd.
Dan Innobio Sdn. Bhd.
(BH Online, 2010)

DASAR AWAM DALAM PERSPEKTIF SOSIAL


Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam penyediaan modal insan yang
berwibawa sebagai penggerak kepada kemajuan sesebuah negara. Kerana itu, negara-negara
yang mementingkan hal ini akan memperuntukkan pecahan yang besar dalam belanjawan
negara kepada pembangunan pendidikan. Makalah ini akan membincangkan beberapa dasar
pendidikan negara, sejak merdeka hinggalah sekarang.

Laporan Razak (1956)


Ordinan 1957 atau lebih dikenali sebagai Laporan Razak, adalah asas kepada Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kepada tiga aspek dasar iaitu:-
(i) Pembentukan Sistem Pendidikan Kebangsaan;
(ii) Pengakuan matlamat akhir bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar
utama; dan
(iii) Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia
Tujuan utama Sistem Pendidikan Kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat
Malaysia yang bersikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat pendidikan
sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia. Selain
daripada itu, Laporan Razak ini juga bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta
7
pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma dan nilai-nilai setempat
atau nilai-nilai murni kehidupan masyarakat Malaysia (Yahya Don, 2005).

Laporan Rahman Talib (1960)


Laporan Rahman Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah
mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat
Sistem Pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang ini. Terdapat empat aspek penting
dalam laporan tersebut, iaitu:-
(i) Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar;
(ii) Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan
bahasa di peringkat rendah, menengah dan menengah atas;
(iii) Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk
keperluan tenaga mahir; dan
(iv) Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk
keperluan rohani sebagai teras.
(Yahya Don, 2005).

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI)
Dasar ini dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad, Perdana Menteri
Malaysia ke-4, yang berpendapat bahawa Malaysia telah jauh ketinggalan dari arus
globalisasi. Rasionalnya peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran
sains dan matematik daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris adalah atas dasar
keprihatianan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf
negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan (Awang Sariyan, 2002).
Umum juga mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi
asas dan berperanan penting dalam kemajuan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan
penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas sedangkan capaian maklumat dalam
bidang ini banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, hubungan antarabangsa juga
dapat dicapai kerana penguasaan Bahasa Inggeris sebagai komunikasi global antara negara.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa
Inggeris telah menjadi satu isu dalam pendidikan. Ada pihak yang berpendapat bahawa
program reformasi ini akan menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa
8
pengantar utama di sekolah. Sesetengah pihak pula, berpendapat PPSMI menggugat
kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Awang Sariyan, 2002).
Pelbagai pihak telah membuat kajian berkenaan isu ini, antaranya ialah
Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), Trends and International Science and
Mathematics Study (TIMSS 2007) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Seperti
mana reaksi orang awam iaitu para cendekiawan, sasterawan, budayawan, ibu bapa, guru dan
murid, hasil kajian ini menunjukkan bahawa lebih banyak kelemahan berbanding kebaikan
diperoleh kesan daripada pelaksanaan dasar ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa
pihak yang menyokong dasar PPSMI dengan menyatakan bahawa dasar ini sepatutnya tidak
dimansuhkan tetapi boleh dibuat penambahbaikan (Berita Harian, 2012).
Secara ringkasnya beberapa kelemahan PPSMI yang dicatatkan adalah seperti yang
berikut:
(i) semangat murid untuk belajar sains dan matematik menurun kerana tidak fasih
berbahasa Inggeris,
(ii) percanggahan yang jelas terhadap Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
yang menyatakan bahawa semua urusan rasmi dalam peringkat persekutuan
dan negeri perlu menggunakan bahasa rasmi,
(iii) Bahasa Melayu akan terabai,
(iv) mengurangkan peningkatan penguasaan 3M dalam kalangan murid dan
(v) anak-anak di luar bandar akan mengalami keciciran pelajaran kerana tidak
fasih berbahasa Inggeris.
Dasar ini akhirnya dimansuhkan pada tahun 2012 dan digantikan dengan Dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris


(MBMMBI)
Definisi memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia
pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan
seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Malaysia juga
merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di
peringkat nasional dan antarabangsa.

9
MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan dengan mengembalikan
peranan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains dan
matematik, meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris melalui
tambahan waktu P&P, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber
manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasikan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam P&P (Ivan Hoe Wat Sing, Rozana Mansur & Siti Zariyah Rasul, 2012).
Dasar ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010.
Semasa proses pengalihan ini, P&P sains dan matematik boleh diajar menggunakan dwi
bahasa di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, serta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
dan Cina.
Untuk melaksanakan MBMMBI, masa P&P Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di
sekolah kebangsaan dan menengah ditambah dari 30 minit ke 90 minit seminggu. Guru juga
perlu menghadiri program yang dilaksanakan kerajaan seperti program profesionalisme
pensyarah dan guru. Pakar-pakar bahasa akan menjadi mentor kepada guru-guru ini (Nik
Azis Nik Pa & Noraini Idris, 2008).
Perubahan dasar daripada PPSMI kepada MBMMBI diharap dapat memberi nafas
baru kepada perkembangan Bahasa Malaysia manakala penguasaan Bahasa Inggeris dapat
diperkukuhkan. Bahasa memainkan peranan penting dalam pembangunan negara bangsa.
Sekiranya semua rakyat boleh berkomunikasi dengan baik melalui bahasa kebangsaan dan
dapat memahami pertuturan di antara satu sama lain maka perpaduan rakyat akan menjadi
lebih kukuh. Inilah objektif MBMMBI yang ingin diterapkan dalam dasar pendidikan.
Perpaduan yang dicapai inilah yang akan menjadi formula utama untuk Malaysia menjadi
sebuah negara maju.

DASAR AWAM DALAM PERSEPEKTIF HUBUNGAN ANTARABANGSA


Dalam bidang hubungan antarabangsa, semua negara adalah saling bergantung di
antara satu dengan lain. Hubungan wujud dalam bentuk sosial, ekonomi atau politik. Negara
kecil akan bergabung dengan beberapa negara serantau untuk mewujudkan semangat
kerjasama dalam pelbagai bidang. Hubungan sesebuah negara dengan negara lain
dilaksanakan melalui satu dasar yang dikenali sebagai dasar luar negara (Institut Tadbiran
Awam Negara (INTAN, 2006).
Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam usaha mewujudkan kerjasama
pelbagai hala dengan negara-negara luar menerusi rangkaian kerjasama dan perkongsian di

10
peringkat serantau mahupun antarabangsa. Kesejagatan dalam proses pembangunan dan
kemajuan yang semakin kompleks memerlukan negara-negara di Asia Tenggara bergabung
atas dasar persetujuan bersama yang dilaksanakan melalui dasar-dasar luar. Malaysia juga
komited dalam mewujudkan kerjasama antarabangsa secara terbuka melalui peranan yang
dimainkan dalam usaha mewujudkan keamanan sejagat dan pelbagai program lain yang dapat
dimanfaatkan secara bersama. Kerjasama serantau dan antarabangsa adalah penting sebagai
satu cara memanfaatkan sumber dengan lebih cekap dan berdaya saing melalui kerjasama
antarabangsa (Ira Meilita, Chin Yee Mun, Afi Roshezry, et al 2009).

Kepentingan dan Matlamat Dasar Luar Malaysia


Beberapa kepentingan dan matlamat dasar luar Malaysia disenaraikan seperti yang
berikut:
(i) Memastikan keselamatan rakyat dan negara lebih terjamin.
(ii) Memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara agar
tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti pencerobohan pihak
luar dan lain-lain.
(iii) Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi di mana dengan
hubungan luar ini akan memastikan ianya berjalan dengan baik dan lancar.
(iv) Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
(v) Menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka dengan usaha-usaha
memupuk kesejahteraan dan keamanan dunia sejagat.
(Ira Meilita, Chin Yee Mun, Afi Roshezry, et al 2009).

Penglibatan Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)


Penyertaan Malaysia dalam sidang kemuncak di Bangkok pada 8 Ogos 1967 menjadi
titik tolak kepada bermulanya keanggotaan Malaysia dalam sebuah pertubuhan negara-negara
serantau yang dinamakan sebagai Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (Association of
Saoutheast Asian Nations – ASEAN). Negara lain yang turut sama menandatangan Deklarasi
Bangkok tersebut ialah Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura (Association of Southeast
Asian Nations, 2014).
Antara matlamat penubuhan ASEAN ialah bekerjasama dalam bidang ekonomi,
sosial, kebudayaan, teknikal, pendidikan dan lain-lain, mempromosikan keamanan dan
kestabilan serantau dengan cara mematuhi dan menghormati undang-undang serta mematuhi

11
prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu (Association of
Southeast Asian Nations, 2014).
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Abdul Razak yang juga
merangkap Menteri Pertahanan, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri telah menyampaikan ucapan yang mewakili hasrat Malaysia dalam
menganggotai ASEAN yang mana setiap negara anggota perlu menyedari tanggungjawab
bersama dalam membentuk hala tuju negara masing-masing. Campur tangan mahupun
gangguan dari negara-negara asing perlu dihindari supaya negara anggota tidak mudah
dimanipulasi. Hal ini adalah sangat penting demi mengelakkan konflik serantau (Association
of Southeast Asian Nations, 2014).

Malaysia Dipilih Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-bangsa


Bersatu (PBB)
Majlis Keselamatan PBB (United Nations Security Council – UNSC) merupakan satu
daripada enam (6) organ utama PBB yang memainkan peranan penting untuk menjayakan
salah satu fungsi utama pertubuhan ini iaitu mengekalkan keamanan dan keselamatan sejagat.
Sehubungan itu, setiap keputusan yang dibuat oleh Majlis ini perlu dipatuhi dan dilaksanakan
oleh kesemua anggoa PBB (United Nations, t.t).
China, Perancis, Russia, United Kingdom dan Amerika Syarikat merupakan lima
anggota tetap Majlis ini dan mempunyai kuasa veto manakala sepuluh anggota lagi dipilih
melalui Perhimpunan Agung bagi mewakili rantau masing-masing. Tempoh setiap negara
yang dipilih untuk menganggotai Majlis ialah selama dua tahun untuk setiap pemilihan
(United Nations, t.t).
Pada 16 Oktober 2014, sejarah tercipta bagi negara Malaysia apabila dipilih oleh
negara-negara anggota PBB untuk menganggotai Majis Keselamatan PBB sebagai anggota
tidak tetap untuk kali yang keempat. Sebanyak 187 daripada 193 undi yang diterima oleh
Malaysia menunjukkan kepercayaan yang diberikan oleh negara anggota terhadap
kewibawaan Malaysia untuk mewakili rantau Asia Pasifik bermula pada 1 Januari 2015
menggantikan penyandang sekarang iaitu Republik Korea (mStar, 2014).
Usaha Malaysia untuk menganggotai Majlis Keselamatan PBB bermula di peringkat
ASEAN pada 29 September 2013 apabila menerima perakuan daripada 10 negara anggota
dengan tema ‘Keamanan dan Keselamatan melalui Kesederhanaan’. Seterusnya, pada 29
Januari 2014, Kumpulan Serantau Asia Pasifik turut memberikan perakuannya (Utusan
Online, 2014).
12
Dengan menganggotai Majlis Keselamatan PBB, Malaysia mempunyai peluang yang
lebih cerah bagi menyuarakan pendapat dan campur tangan secara langsung terhadap isu-isu
keamanan dan keselamatan global seperti isu negara Syria, Palestin, kegiatan keganasan
meliputi militan Negara Islam (IS) dan operasi pasukan pengaman PBB (Utusan Online,
2014).

ANALISIS KAJIAN PEMBANGUNAN DASAR AWAM DI MALAYSIA


Kajian Pembangunan Dasar Awam di Malaysia dijalankan untuk menganalisis
persepsi masyarakat terhadap pembangunan dasar awam di Malaysia. Ia melihat sejauh mana
masyarakat Malaysia bersetuju dengan dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan oleh
kerajaan. 126 responden sekitar Kuala Lumpur telah terlibat dalam kajian ini.
Demografi kajian adalah seperti berikut: 56 daripada 126 responden terdiri daripada
lelaki dan bakinya ialah perempuan. 30 responden berusia antara 21 – 30 tahun, 49 responden
berusia antara 31 – 40 tahun, 26 responden berusia antara 41 – 50 tahun manakala 21
responden lagi berusia antara 51 – 60 tahun.
Dari segi komposisi kaum, 119 responden berbangsa Melayu, 1 responden berbangsa
Cina, 4 responden berbangsa India dan 2 responden lagi berbangsa lain-lain. Dari segi
pendidikan pula, 7 responden mempunyai tahap pendidikan sehinggan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP), 59 responden memiliki pendidikan
sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), 55
responden memiliki Diploma atau Ijazah manakala 5 responden lagi telah mengikuti
pengajian hingga peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (PhD).
Latar belakang responden seterusnya melihat kepada pekerjaan responden. Didapati
81 peratus responden (102) merupakan penjawat awam, 21 responden merupakan pekerja
swasta manakala hanya 3 responden yang terlibat dalam sektor selain daripada itu.
Seterusnya, 11 peratus responden (14) memperoleh pendapatan di bawah RM1,500
sebulan, 45 peratus responden (56) memperoleh pendapatan di antara RM1,501 – RM3,000
sebulan, 29 peratus (37) menerima pendapatan di antara RM3,001 – RM4,500 sebulan
manakala 15 peratus responden (19) menerima pendapatan lebih daripara RM4,501 sebulan.
Kaji selidik seterusnya meminta responden memilih satu sumber utama daripada
empat sumber yang dinyatakan berkenaan kaedah responden memperoleh maklumat
berkenaan dasar-dasar kerajaan. Empat sumber tersebut ialah akhbar arus perdana, akhbar
alternatif, media sosial dan televisyen. Didapati, peratusan terbesar responden mendapatkan
maklumat berkenaan dasar-dasar kerajaan adalah melalui akhbar arus perdana iaitu sebanyak
13
27 peratus atau 34 responden. 25 peratus responden (31) memilih media sosial sebagai
sumber maklumat. 22 peratus responden lagi (28) mendapatkan maklumat berkenaan dasar
kerajaan melalui televisyen manakala hanya 3 peratus responden yang mendapatkan
maklumat daripada akhbar alternatif. Walaupun demikian, 17 peratus responden (22)
mendapatkan maklumat berkenaan dasar-dasar kerajaan melalui lebih daripada satu sumber
yang dinyatakan di atas dan 7 responden lagi memilih untuk tidak menjawab. Demografi
responden dapat dilihat dengan lebih jelas seperti di Lampiran.
Berikutnya, kaji selidik ini meminta persepsi responden terhadap beberapa
pernyataan berkaitan dasar-dasar kerajaan. Responden diberikan beberapa soalan atau
pernyataan berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan. Responden diminta untuk menyatakan
persepsi berkenaan pelaksanaan dasar tersebut berdasarkan lima (5) pemberat iaitu:
(i) Amat Tidak Setuju – pemberat (1)
(ii) Tidak Setuju – pemberat (2)
(iii) Sederhana Setuju – pemberat (3)
(iv) Setuju – pemberat (4)
(v) Amat Setuju – pemberat (5).
Tiga skop dasar pembangunan yang dibincangkan meliputi aspek ekonomi, sosial dan
hubungan antarabangsa. Dapatan kajian adalah seperti yang berikut:

Dasar Pembangunan Ekonomi


Lima pernyataan berkenaan Dasar Pembangunan Ekonomi dibincangkan dalam kaji
selidik. Pernyataan-pernyataan tersebut ialah:
(i) BR1M berjaya mengurangkan beban rakyat;
(ii) Pengurusan kewangan negara adalah stabil;
(iii) GST perlu disokong untuk peningkatan hasil negara;
(iv) Peluang pekerjaan setaraf kelulusan semakin meningkat; dan
(v) Integriti dalam pengurusan kewangan negara adalah baik.
Tiga daripada lima pernyataan di atas telah dipilih untuk dibincangkan melalui
makalah ini.
Pernyataan yang pertama yang akan dibincangkan ialah berkaitan dengan pemberian
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) iaitu sejumlah wang tunai yang diberikan kepada ketua
isi rumah yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Pemberian BR1M bermula sejak tahun
2012. Responden diberikan pernyataan bahawa BR1M berjaya mengurangkan beban rakyat.
Hasil kaji selidik mendapat 12 responden Amat Tidak Setuju dengan pernyataan tersebut. 36
14
responden Tidak Bersetuju. 43 responden Sederhana Setuju. 28 responden Setuju dan hanya 7
responden sahaja yang memberikan pandangan Amat Setuju dengan pernyataan tersebut.
Carta 1 yang berikut menunjukan pecahan pandangan responden:

BR1M Mengurangkan Beban Rakyat


50
45 43
40 36
35
30 28
25
20
15 12
10 7
5
0
Amat tidak Tidak setuju Sederhana Setuju Amat setuju
setuju setuju

Carta 1: Persepsi responden terhadap pernyataan BR1M berjaya mengurangkan beban rakyat.

Berdasarkan Carta 1 di atas, didapati bahawa 43 daripada 126 responden iaitu


sebanyak 34 peratus daripada responden berpandangan Sederhana Setuju dengan pernyataan
tersebut. Hal ini menunjukkan 34 peratus responden tersebut memiliki pandangan yang
bercampur antara Setuju dan Tidak Setuju. Seterusnya, dapat dilihat bahawa jumlah
responden yang Tidak Setuju pula lebih tinggi daripada jumlah responden yang Setuju. Ini
bermakna lebih ramai responden yang beranggapan BR1M tidak mengurangkan beban
rakyat. Mungkin responden merasakan pemberian BR1M tidak memberikan apa-apa kesan
perubahan drastik terhadap beban ekonomi yang ditanggung oleh rakyat.
Hal ini bertepatan dengan tinjauan yang dijalankan oleh saluran televisyen swasta,
Astro Awani menerusi laman sosial Facebook miliknya. Menurutnya, lebih 90 peratus
daripada 2,676 komen di laman sosial tersebut berpendapat bahawa pemberian BR1M ini
perlu dihentikan dan disalurkan kepada rakyat melalui cara lain yang lebih menyeluruh
seperti pemberian subsidi kepada barangan tertentu atau diagihkan sebagai suntikan modal
kepada industri-industri tertentu. Selain daripada itu, bantuan berkenaan juga sepatutnya
diberikan terus kepada rakyat yang lebih memerlukan seperti warga emas dan orang kelainan
upaya (OKU) (Astroawani, t.t).

15
Pernyataan kedua yang akan dibincangkan dalam makalah ini ialah GST perlu
disokong untuk peningkatan hasil negara. GST ialah akronim kepada goods and service tax
(cukai barangan dan perkhidmatan) iaitu satu kaedah mengutip cukai oleh kerajaan terhadap
semua jenis barangan dan perkhidmatan kecuali bagi barangan atau perkhidmatan yang telah
diisytiharkan tidak dikenakan GST. GST yang akan berkuatkuasa mulai April 2015 dikatakan
sebagai cara mudah untuk kerajaan mengutip hasil daripada rakyat dan bakal meningkatkan
harga barangan dan perkhidmatan di masa hadapan.
Taburan pendapat responden diterjemahkan melalui Carta 2 yang berikut:

GST Perlu Disokong Untuk Peningkatan


Hasil Negara
60 53
50

40 33
30
20
20
12
8
10

0
Amat tidak Tidak setuju Sederhana Setuju Amat setuju
setuju setuju

Carta 2: Persepsi responden terhadap pernyataan GST perlu disokong untuk peningkatan
hasil negara.

Hasil kaji selidik mendapati, 12 responden Amat Tidak Setuju dengan pernyataan
tersebut. 20 responden Tidak Bersetuju. 53 responden Sederhana Setuju. 33 responden Setuju
dan hanya 8 responden sahaja yang memberikan pandangan Amat Setuju dengan pernyataan
tersebut.
Berbalik kepada Carta 2 di atas, didapati persepsi responden yang tertinggi ialah pada
pandangan Sederhana Setuju iaitu seramai 53 responden (42 peratus). Namun responden yang
menyatakan Setuju dengan pernyataan ini lebih tinggi daripada responden yang Tidak
Bersetuju iaitu 33 berbanding 20. Hal ini mungkin boleh dikaitkan dengan demografi
responden dari segi pekerjaan yang mana, 81 peratus responden merupakan penjawat awam.
Ada kemungkinan yang besar bahawa responden ini diberi maklumat secara langsung
berkenaan kelebihan mengguna pakai GST sebagai salah satu punca pendapatan negara.
Penjawat awam maklum bahawa di jabatan tempat mereka berkhidmat, setiap sen yang

16
digunakan merupakan dana yang diperoleh daripada kerajaan. Sejak beberapa tahun
kebelakangan ini, jabatan-jabatan tertentu mengalami sekatan-sekatan belanjawan atas alasan
kerajaan perlu mengagihkan peruntukan kepada pihak lain yang lebih memerlukan. Sekatan
belanjawan akan menyebabkan program dan projek yang dirancang bagi satu tahun
kewangan akan dipinda, ditangguh atau dibatalkan pelaksanaanya. Hal ini memberi kesan
kepada Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
penjawat awam tersebut. Justeru, adalah lebih baik sekiranya kerajaan mengamalkan kaedah
mudah untuk memperoleh pendapatan supaya wang berkenaan dapat digunakan oleh jabata-
jabatan seperti ini melaksanakan projek dan program mereka yang akhirnya memberikan
manfaat untuk sekalian rakyat.
Sebagai contoh, bagi tahun kewangan 2015, peruntukan yang diagihkan kepada
Lembaga Minyak Sawit Negara (MPOB) hanyalah sebanyak RM14.5 juta berbanding RM25
juta pada tahun 2014. Penurunan nilai peruntukan sebanyak 42 peratus ini akan menjejaskan
industri pengeluaran minyak sawit negara berikutan ia memberi kesan kepada usaha kerajaan
mempertahankan dan mempromosikan industri tersebut di peringkat antarabangsa. Malah,
pengurangan peruntukan ini dijangka akan turut memberi kesan kepada para peneroka di
seluruh negara (The Rakyat Post, 2914).
Pernyataan ketiga yang dikaji menerusi kaji selidik ini ialah integriti dalam
pengurusan kewangan negara adalah baik. Integriti merupakan rangkuman sifat-sifat mulia
seperti jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan sesuatu urusan. Sifat ini
sangat penting terutama dalam pengurusan kewangan apatah lagi kewangan negara yang
mana sumber dana ini dikutip daripada pelbagai agensi swasta dan orang awam melalui
pelbagai cukai yang dikenakan. Sehubungan itu, tadbir urus kewangan negara perlu
dijalankan secara berintegriti agar setiap sen yang dibelanjakan memberi manfaat kepada
rakyat keseluruhannya.
Dari kaji selidik yang dijalankan, didapati bahawa 9 responden Amat Tidak Setuju
dengan pernyataan tersebut. 29 responden Tidak Bersetuju. 52 responden Sederhana Setuju.
32 responden Setuju dan hanya 4 responden sahaja yang memberikan pandangan Amat
Setuju dengan pernyataan tersebut. Carta 3 yang berikut memperlihatkan hasil kaji selidik:

17
Integriti dalam Pengurusan Kewangan
Negara Adalah Baik
60
52
50
40
32
29
30
20
9
10 4
0
Amat tidak Tidak setuju Sederhana Setuju Amat setuju
setuju setuju

Carta 3: Persepsi responden terhadap pernyataan integriti dalam pengurusan kewangan


negara adalah baik.

Seperti Carta 1 dan Carta 2 sebelum ini, Carta 3 turut menunjukkan jumlah tertinggi
adalah pada pendapat Sederhana Setuju iaitu seramai 52 responden (41 peratus). Jumlah
responden yang Setuju juga lebih tinggi daripada jumlah responden yang Tidak Setuju iaitu
32 berbanding 29.
Sekali lagi, demografi responden sebagai penjawat awam berkemungkinan
mempengaruhi nilaian pendapat ini. Hal ini kerana, sejak 10 tahun yang lalu, penjawat awam
sentiasa didedahkan kepada kepentingan budaya integriti dalam menjalankan tugasan harian,
terutamanya kewangan. Penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) dan penguatkuasaan
Pelan Integriti Nasional (PIN) di semua jabatan kerajaan adalah antara langkah penting yang
diambil oleh kerajaan bagi memastikan tadbir urus kerajaan dijalankan dengan penuh integriti
demi memastikan cita-cita negara tercapai iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju menjelang tahun 2020 (Loganathan, 2014).
Terkini, setiap jabatan kerajaan diarahkan untuk mewujudkan Unit Integriti yang
bertanggungjawab kepada pendidikan dan penguatkuasaan nilai integriti kepada semua
penjawat awam. Melalui unit ini, enam fungsi terasnya iaitu tadbir urus, pengukuhan,
pengesahan dan pengesanan (salah laku jenayah), pengurusan aduan, pematuhan dan
tatatertib dapat dilaksanakan dengan lebih telus dan cepat. Unit ini juga mempunyai
hubungan erat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan
isu-isu integriti di jabatan kerajaan benar-benar ditangani mengikut landas undang-undang
(Jabatan Perkhidmatan Awam 2013).

18
Dasar Pembangunan Sosial
Dasar Pembangunan Sosial merujuk kepada dasar-dasar yang mengawal, mengawas
dan mengurus hampir keseluruhan aspek kehidupan dalam sesebuah negara. Antara aspek
tersebut adalah seperti pendidikan, kesihatan, hiburan, pelancongan, jenayah dan lain-lain.
Lima pernyataan yang terkandung dalam kaji selidik ini ialah:
(i) Kadar kemiskinan di Malaysia masih terkawal;
(ii) Konsep 1Malaysia berjaya membentuk integrasi kaum;
(iii) Jumlah kes jenayah di Malaysia dalam keadaan terkawal;
(iv) Rakyat Malaysia matang dalam menangani siu perkauman; dan
(v) Sistem pendidikan di Malaysia adalah baik.
Walau bagaimanapun, tiga pernyataan sahaja yang akan dibincangkan dalam makalah
ini. Pernyataan pertama yang akan dibincangkan ialah kadar kemiskinan di Malaysia masih
terkawal. Seperti yang disiarkan dalam laman web Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarat, Unit Perancang Ekonomi telah menetapkan Paras Garis Kemiskinan
2012 dengan nilaian yang berikut:
(i) RM520 seisi rumah – miskin tegar; dan
(ii) RM830 seisi rumah – miskin.
Hasil kaji selidik yang dijalankan, didapati bahawa 6 responden Amat Tidak Setuju
dengan pernyataan tersebut. 27 responden Tidak Bersetuju. 51 responden Sederhana Setuju.
37 responden Setuju dan hanya 3 responden sahaja yang memberikan pandangan Amat
Setuju dengan pernyataan tersebut. Carta 4 memberikan gambaran kaji seledik tersebut:

Kadar Kemiskinan di Malaysia Masih


Terkawal
60
51
50
40 37

30 27

20
10 6
3
0
Amat tidak Tidak setuju Sederhana Setuju Amat setuju
setuju setuju

Carta 4: Persepsi responden terhadap kadar kemiskinan di Malaysia masih terkawal.

19
51 daripada 126 responden (40 peratus) memberikan pandangan Sederhana Setuju
terhadap pernyataan tersebut. 37 responden (29 peratus) bersetuju manakala hanya 27
responden (21 peratus) yang tidak bersetuju. Dapatan terbaharu yang dikemukakan oleh
kerajaan mungkin mempengaruhi pendapat responden terhadap pernyataan ini. Menurut
Jabatan Perangkaan Malaysia, melalui Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah
(HIES) yang dijalankan baru-baru ini, terdapat peningkatan purata pendapatan bulanan isi
rumah sebanyak 8.4 peratus iaitu sebanyak RM5,919 sebulan berbanding hanya RM5,000
sebulan pada tahun 2012. Laporan yang dikeluarkan sempena pembentangan Bajet 2015 itu
turut mencatatkan bahawa pertumbuhan tahunan pendapatan isi rumah meningkat sebanyak
8.8 peratus kepada RM3,496 berbanding pada tahun 2009 iaitu sebanyak RM2,254 (BH
Online, 2014).
Beberapa laporan lain sebelum ini juga boleh dikatakan menyokong pandangan
responden mengenai kawalan kadar kemiskinan di Malaysia. Dalam Simposium Ekonomi
Global (GES) 2014 yang diadakan pada September 2014, Datuk Seri Abdul Wahid Omar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri melaporkan bahawa kadar kemiskinan pada tahun 2013
turun mendadak kepada 1.7 peratus berbanding pada tahun sebelumnya iaitu sebanyak 49.3
peratus. Ini adalah lambang kejayaan langkah penstrukturan ekonomi yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan (Asyila, 2014).
Begitu juga di Sarawak, dalam pertemuan dengan media di majlis pelancaran program
“Reach and Remind Friends of The Industry Seminar and Dialogue 2014”, Datuk Amar
Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi melaporkan bahawa
kadar kemiskinan di negeri itu berjaya dikurangkan daripada 40 peratus kepada hanya 3
peratus (Marlinda, 2014).
Pernyataan yang dibincangkan dalam kaji selidik ini seterusnya ialah jumlah kes
jenayah di Malaysia dalam keadaan terkawal. Pernyataan ini berkaitan dengan satu daripada
enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu ‘mengurangkan jenayah’.
Menurut dokumen Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (t.t), tiga matlamat
pelaksanaan NKRA ini ialah mengurangkan kadar jenayah, meningkatkan keyakinan orang
awam terhadap tahap keselamatan di negara ini dan meningkatkan kecemerlangan anggota
keselamatan dalam membanteras jenayah.
Hasil kaji selidik mendapati 8 responden Amat Tidak Setuju dengan pernyataan
tersebut. 46 responden Tidak Bersetuju. 48 responden Sederhana Setuju. 22 responden Setuju
dan hanya 1 responden sahaja yang memberikan pandangan Amat Setuju dengan pernyataan
tersebut. Carta dapatan kajian adalah seperti yang berikut:
20
Jumlah Kes Jenayah di Malaysia dalam
Keadaan Terkawal
60
46 48
50
40
30
22
20
8
10
1
0
Amat tidak Tidak setuju Sederhana Setuju Amat setuju
setuju setuju

Carta 5: Persepsi responden terhadap jumlah kes jenayah di Malaysia dalam keadaan
terkawal.

Daripada Carta 5 di atas, 48 daripada 126 responden iaitu sebanyak 38 peratus


responden menyatakan Sederhana Setuju dengan pernyataan tersebut manakala 46 daripada
126 responden iaitu 37 peratus daripada responden menyatakan Tidak Setuju. Jumlah ini
sangat berbeza daripada responden yang menyatakan Setuju iaitu hanya 17 peratus sahaja. Ini
bermakna, lebih ramai responden yang kurang yakin atau tidak meyakini pernyataan bahawa
jumlah kes jenayah di Malaysia dalam keadaan terkawal walaupun laporan Program
Transformasi Kerajaan (GTP) 2013 menunjukkan sebaliknya.
Menurut laporan tersebut, dalam tempoh 116 hari selepas pelancaran Operasi Cantas
Khas (Ops Cantas) pada 17 Ogos 2013, sebanyak 49,059 kes jenayah sahaja yang dilaporkan
berbanding 52,320 kes (penurunan sebanyak 6 peratus) dalam tempoh yang sama sebelum
pelancaran operasi tersebut. Laporan berkenaan turut menyatakan bahawa tahap kepuasan
orang awam terhadap prestasi polis mencapi 85.7 peratus berbanding sasaran awal sebanyak
79 peratus (Bernama, 2014).
Namun demikian, data yang dibentangkan di atas tidak meyakinkan responden. Hal
ini mungkin berkaitan dengan data-data yang dibentangkan selepas pembentangan laporan di
atas. Antaranya, dalam persidangan Parlimen 2014, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,
Menteri Dalam Negeri melaporkan bahawa 9,496 daripada 85,029 kes jenayah yang
direkodkan dari Januari hingga Ogos 2014 melibatkan warga asing. 76 peratus daripada
jenayah tersebut merupakan jenayah harta benda iaitu 1,871 kes melibatkan jenayah curi, 568
kes melibatkan jenayah curi kereta, 1,252 kes merupakan jenayah curi motosikal, 78 kes

21
merupakan jenayah curi jentera berat, 318 kes ragut dan 3,103 kes pecah rumah (mStar,
2014). Statistik ini jelas menimbulkan kebimbangan kepada responden kerana hampir setiap
pelusuk Kuala Lumpur (kawasan kajian ini dijalankan) turut sama dihuni oleh warga asing
dari pelbagai negara. Apatah lagi dapatan anggaran Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan
sejumlah 6.7 juta pekerja asing berada di Malaysia dengan hanya 2.1 juta sahaja dalam
kalangan mereka yang mempunyai permit bekerja yang sah (Hakimi, 2014). Sehubungan itu,
wajarlah responden merasa sangsi akan kejujuran mereka (warga asing) dan keselamatan diri
dan keluarga.
Pernyataan berkaitan dasar pembangunan sosial yang seterusnya yang akan
dibincangkan menerusi makalah ini ialah sistem pendidikan di Malaysia adalah baik. Sistem
pendidikan ini merangkumi pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan pengajian tinggi.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sehingga 31 Januari 2014, terdapat 5,943
buah prasekolah di seluruh Malaysia, 7,751 buah sekolah rendah dan 2,366 buah sekolah
menengah (jumlah ini tidak termasuk sekolah-sekolah persendirian dan lain-lain agensi).
Data tersebut turut menunjukkan bilangan murid bagi prasekolah ialah seramai 194,225
orang, 2,698,883 orang bagi sekolah rendah dan 2,234,621 pelajar sedang menduduki sekolah
menengah. Selain daripada itu, terdapat 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 13 Kolej
Matrikulasi dan 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di seluruh negara.
Kaji selidik yang dijalankan memberikan dapatan yang berikut: 7 responden Amat
Tidak Setuju, 13 responden Tidak Bersetuju, 49 responden Sederhana Setuju, 49 responden
Setuju dan hanya 6 responden sahaja yang memberikan pandangan Amat Setuju. Carta 6
yang berikut memperlihatkan taburan data kaji selidik ini.

Sistem Pendidikan di Malaysia Adalah


Baik
60
49 49
50
40
30
20 13
10 7 6

0
Amat tidak Tidak setuju Sederhana Setuju Amat setuju
setuju setuju

Carta 6: Persepsi responden terhadap sistem pendidikan di Malaysia adalah baik.

22
Daripada cerapan Carta 6 di atas, jelas kelihatan bahawa jumlah responden yang
Sederhana Setuju dan Setuju dengan pernyataan tersebut adalah sama banyak iaitu 49
responden atau 39 peratus. Sekiranya latar belakang responden diambil kira bagi melihat
pengaruhnya terhadap data ini, didapati 94 peratus responden telah menamatkan pengajian di
peringkat SPM/STPM dan 44 peratus daripada keseluruhan responden telah menamatkan
pengajian di peringkat Diploma/Ijazah. Oleh kerana itu, adalah logik untuk menyatakan
bahawa responden bersetuju dengan pernyataan ini kerana mempunyai pengalaman
pendidikan yang baik di negara ini.
Kembali kepada data yang dikeluarkan oleh KPM, laporan tersebut menyatakan kadar
celik huruf bagi tahun 2013 ialah 94.68 peratus berbanding 94.58 peratus pada tahun 2011.
Hal ini sejajar dengan peratusan pelajar yang menduduki sekolah rendah berbanding populasi
bagi tahun 2013 iaitu 94.37 peratus, 85.40 peratus pelajar (lingkungan usia 12 ke 14 tahun)
menduduki sekolah menengah rendah dan 77.96 peratus pelajar berusia antara 15 dan 16
tahun sedang bersekolah di sekolah menengah atas.
Bagi memastikan pelajar-pelajar ini menerima pendidikan yang sempurna, seramai
420,854 orang guru telah ditugaskan untuk berkhidmat di prasekolah, sekolah rendah dan
sekolah menengah di bawah pentadbiran KPM di seluruh negara. Kerajaan juga sentiasa
memastikan terdapat peruntukan belanjawan yang mencukupi bagi keperluan pendidikan ini
di mana 20.67 peratus daripada belanjawan negara telah diperuntukkan bagi tahun kewangan
2014 berbanding hanya 15.63 peratus bagi tahun kewangan 2012.
Walau bagaimanapun, 39 peratus responden yang memberi pandangan Sederhana
Setuju mungkin memikirkan beberapa isu pendidikan yang tidak pernah sepi dari pandangan
masyarakat malah masih belum diselesaikan. Antara isu berkenaan ialah dasar Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pemansuhan
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), bantahan guru-guru terhadap Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS), kebocoran kertas Bahasa Inggeris,
Sains, Bahasa Tamil dan Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Dasar Hubungan Antarabangsa


Beberapa isu menarik berkenaan dasar yang dipegang oleh Malaysia terhadap
hubungan antarabangsa turut dibincangkan di dalam kaji selidik ini. Lima isu yang
dibincangkan adalah seperti beriku:
(i) Malaysia memandang serius isu pencerobohan Israel;
23
(ii) Malaysia berusaha sedaya mungkin dalam pencarian MH370;
(iii) Malaysia menangani isu PATI secara serius;
(iv) Malaysia menangani isu serantau secara matang; dan
(v) Malaysia sering menjadi panduan masyarakat antarabangsa.
Makalah ini akan membincangkan dapatan kaji selidik terhadap tiga daripada lima isu
di atas.
Isu pertama yang akan dibincangkan ialah pernyataan Malaysia memandang serius isu
pencerobohan Israel. Isu ini sebenarnya menumpukan kepada serangan demi serangan yang
dilakukan oleh pihak Israel ke atas warga Palestin di bumi mereka sendiri. Kedua-dua pihak:
Israel – Palestin saling menyerang antara satu sama lain berikutan tindakan penduduk Yahudi
menceroboh tanah milik Palestin untuk membangunkan perkampungan mereka sendiri. Hari
demi hari, kawasan yang diceroboh semakin besar. Apa yang menjadi kemarahan masyarakat
antarabangsa ialah, Israel menggunakan pasukan tenteranya untuk menyuraikan orang awam
Palestin yang memberontak. Peperangan antara senjata di pihak Israel dan batu-batu jalanan
di pihak Palestin bukanlah satu peperangan yang adil di dunia. Selain daripada itu, Israel juga
menggunakan taktik kotor apabila menyekat hubungan Palestin dengan negara luar yang
menyebabkan negara Islam itu mengalami kekurangan (malah kadang kala terputus) bekalan
makanan, perubatan, pembinaan dan lain-lain.
Hasil kaji selidik mendapati, 1 responden Amat Tidak Setuju dengan pernyataan
tersebut. 7 responden Tidak Bersetuju. 23 responden Sederhana Setuju. 65 responden Setuju
dan 30 responden menyatakan pandangan Amat Setuju dengan pernyataan tersebut.

Malaysia Memandang Serius Isu


Pencerobohan Israel
70 65
60
50
40
30
30 23
20
10 7
1
0
Amat tidak Tidak setuju Sederhana Setuju Amat setuju
setuju setuju

Carta 7: Persepsi responden terhadap Malaysia memandang serius isu pencerobohan Israel.

24
Berbanding enam carta sebelum ini, Carta 7 menunjukkan, jumlah responden yang
Setuju dan Amat Setuju dengan pernyataan berkenaan sangat menggalakkan. 65 daripada 126
responden (52 peratus) menyatakan persetujuan dengan pendapat tersebut manakala 24
responden lagi amat bersetuju.
Pernyataan-pernyataan di atas menunjukkan responden merasakan kerajaan telah
memainkan peranan dengan sesungguhnya dalam memberi tindak balas terhadap apa yang
berlaku di Palestin. Hal ini diperlihat sejak beberapa tahun kebelakangan ini di mana usaha
membantu rakyat Palestin mendapat liputan meluas media Malaysia dan turut disokong oleh
beberapa ikon selibriti.
Responden tentu masih lagi mengingati tragedi yang menimpa armada antarabangsa
dalam misi Talian Hayat untuk Gaza (Lifeline for Gaza – LLG4). Kapal induk yang
mengetuai misi tersebut, Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan tentera Israel untuk
menghalang bantuan kemanusian disampaikan kepada penduduk Gaza. 12 sukarelawan
Malaysia yang menyertai misi tersebut telah ditahan oleh tentera Israel bersama-sama
peserta-peserta misi yang lain. Apa yang membanggakan, kerajaan telah mengiktiraf usaha
sukarelawan Malaysia ini dalam sebuah keraiaan di rumah Perdana Menteri dengan
menggelarkan mereka sebagai Wira Negara (Saifulizam, 2010).
Usaha kemanusian berkenaan tidak terhenti di situ apabila baru-baru ini Kelab Putera
1Malaysia (KP1M) bersama-sama Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam
Malaysia telah melancarkan gerakan penghantaran bekalan kemanusiaan. Lebih 80
sukarelawan Malaysia menyertai misi yang digerakkan mulai Julai 2014 melalui jalan darat
ini. Namun, pada 18 Ogos 2014, hanya tiga sukarelawan yang dibenarkan memasuki Palestin
manakala sukarelawan yang lain diarah untuk kembali ke Kaherah berikutan situasi
keselamatan yang tidak mengizinkan (Kerajaan Negeri Kedah, 2014).
Selain daripada usaha-usaha yang digerakkan oleh pertubuhan sukarela seperti di atas,
Kerajaan Malaysia juga pernah bersuara di peringkat antarabangsa mengenai isu
pencerobohan Israel ke atas Palestin. Dalam Mesyuarat Tergempar mengenai keadaan di
Timur Tengah termasuk soal Palestin yang diadakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Malaysia menggesa pertubuhan ini untuk
meletakkan Palestin di bawah sistem perlindungan (myMetro Ahad, 2014).
Pernyataan kedua yang akan dibincangkan menerusi makalah ini ialah Malaysia
berusaha sedaya mungkin dalam pencarian MH370. Pernyataan ini merujuk kepada peristiwa
yang menggemparkan seluruh dunia apabila Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 tidak
25
dapat dikesan sejak terputus hubungan radar pada 8 Mac 2014. Pesawat yang sepatutnya tiba
jam 6.30 pagi di Beijing itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Sebahagian besar
penumpang MH370 merupakan warganegara China.
Data kaji selidik yang diperoleh adalah seperti yang berikut: 1 responden Amat Tidak
Setuju, 8 responden Tidak Bersetuju, 35 responden Sederhana Setuju, 60 responden Setuju
manakala 22 responden memberikan pandangan Amat Setuju. Carta 8 yang berikut
memperlihatkan data kaji selidik ini:

Malaysia Berusaha Sedaya Mungkin


Dalam Pencarian MH370
70
60
60
50
40 35
30 22
20
8
10
1
0
Amat tidak Tidak setuju Sederhana Setuju Amat setuju
setuju setuju

Carta 8: Persepsi responden terhadap Malaysia berusaha sedaya mungkin dalam pencarian
MH370

Seperti mana pernyataan berkenaan pencerobohan Israel, pernyataan ‘Malaysia


berusaha sedaya mungkin dalam pencarian MH370’ turut mendapat maklum balas yang
positif daripada responden. Ini kerana 60 daripada 126 responden (48 peratus) bersetuju
dengan pernyataan ini berbanding hanya 35 responden (28 peratus) yang sederhana setuju.
Malah 22 responden (17 peratus) juga amat bersetuju dengan pendapat ini.
Hal ini berikutan, kerajaan dilihat memainkan peranan sepenuhnya dalam menangani
isu antarabangsa ini. Apatah lagi, sidang media yang pertama dan seterusnya sentiasa dihadiri
oleh Pemangku Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Antara usaha kerajaan yang dilaporkan ialah kerajaan telah mengerahkan pasukan beruniform
di negara ini untuk menggembleng tenaga bagi mencari pesawat tersebut. 22 pesawat dan 40
kapal milik Tentera Udara Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikerahkan membantu. Selain
daripada itu, kerajaan turut menubuhkan Jawtankuas Waris, Jawatankuasa Teknikal dan

26
Jawatankuasa Penempatan Aset bagi memastikan kes kehilangan MH370 ini ditangani
dengan cekap dan lancar. Kerajaan seterusnya bekerjasama erat dengan negara Vietnam,
China, Singapura, Amerika Syarikat dan Australia (1Klik, 2014).
Baru-baru ini, pada Oktober 2014, kerajaan telah menyewa kapal Go Pheonix dan
kenderaan sonar pengesan dalam air, ProSAS untuk membantu mempertingkatkan usaha
pencarian MH370. Kos penyewaan kedua-dua kenderaan tersebut yang berjumlah USD21
juta (RM67 juta) bagi tempoh enam bulan (sehingga Februari 2015), dibiaya sepenuhnya oleh
Petronas (Astro Awani, 2014). Usaha ini sudah pasti menunjukkan kerajaan benar-benar
serius dan berusaha sepenuhnya bagi mencari pesawat MAS yang hilang hampir sembilan
bulan.
Pernyataan terakhir yang dipilih untuk dibincangkan dalam makalah ini ialah
Malaysia sering menjadi panduan masyarakat antarabangsa. Pernyataan umum ini tidak
mengkhusus kepada subjek atau perihalan tertentu. Ia bermaksud, Malaysia boleh jadi dirujuk
dalam hal keselamatan, pendidikan, kesihatan, kawalan penyakit atau lain-lain.
Data kaji selidik bagi pernyataan ini menunjukkan 3 responden Amat Tidak Setuju,
15 responden Tidak Bersetuju, 88 responden Sederhana Setuju, 12 responden Setuju
manakala 8 responden lagi memberikan pandangan Amat Setuju. Data ini merupakan data
yang unik berbanding data-data sebelum ini kerana 70 peratus (88 responden) daripada 126
responden soal selidik ini berpandangan sederhana setuju iaitu tidak tidak memihak kepada
pemberat setuju atau tidak setuju. Cerapan data ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui
Carta 9 yang berikut:

Malaysia Sering Menjadi Panduan


Masyarakat Antarabangsa
100 88
80

60

40

20 15 12 8
3
0
Amat tidak Tidak setuju Sederhana Setuju Amat setuju
setuju setuju

Carta 9: Persepsi responden terhadap Malaysia sering menjadi panduan masyarakat


antarabangsa.

27
Seperti mana yang ditunjukkan melalui Carta 9, sebahagian besar daripada responden
tidak pasti sama ada Malaysia dirujuk atau tidak di peringat antarabangsa. Tidak dapat
dipastikan sama ada kekurangan maklumat berkaitan hal ini menyebabkan responden
berpendapa demikian. Juga ada kemungkinan, responden berpendapat Malaysia belum cukup
menyerlah di peringkat antarabangsa untuk menjadi panduan negara-negara yang lain. Walau
bagaimanapun, beberapa maklumat yang berikut mungkin boleh membuka mata masyarakat
bahawa Malaysia turut dirujuk oleh negara-negara luar dalam bidang-bidang tertentu.
Pada tahun 2012, sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-21, Kazakhastan
mengumumkan kerjasama berterusan dengan Malaysia terutama dalam bidang pembangunan
ekonomi. Menurut Menteri Luarnya, Erlan Idissov, sejak era pemerintahan Tun Dr. Mahathir
Mohamad, Malaysia telah dijadikan rujukan dalam melaksanakan program-program ekonomi
negaranya. Kerjasama mulai tahun 1991 itu membantu Kazakhstan mencapai kadar
pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 7.5 peratus (Siti Mariam,
2012).
Selain daripada itu, pada April 2014, Ketua Pegawai Eksekutif Halal Industry
Development Corporation (HDC) Datuk Seri Jamil Bidin telah mengumumkan bahawa
Malaysia telah terpilih untuk mengetuai rundingan yang melibatkan negara-negara Islam bagi
membincangkan standard halal universal. Pemilihan ini mengiktiraf penglibatan Malaysia
dalam industri pembangunan dan pensijilan halal sejak lebih 40 tahun lalu (Mahanum &
Zuraidah, 2014).
Berikutnya, pada Jun 2014, Malaysia terus diberi kepercayaan oleh Negara Brunei
Darusssalam untuk menjadi contoh dan panduan dalam hal berkaitan menangani isu rasuah.
Kerjasama terbaharu ini adalah bagi mempelajari secara mendalam Teknik Pengurusan
Penyiasatan Berpasukan (MTI). Sejak menjalinkan kerjasama dua hala sebaik-baik selepas
Mesyuarat Tahunan Kerjasama Dua Hala kali yang pertama pada Julai 2002, kerjasama
kedua-dua negara ini telah diiktiraf oleh Laporan Penilaian Pejabat Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu Berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC) (Utusan Online, 2014).
Baru-baru ini, koperasi sekolah di seluruh negara pula yang menjadi panduan
masyarakat antarabangsa. Hal ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Sambutan Hari Koperasi Sekolah Peringkat
Kebangaan 2014. Menurut beliau, antara negara yang berminat menjadikan sistem koperasi
sekolah di Malasia sebagai rujukan ialah India, Thailand dan Fiji (Utusan Online, 2014).

28
Keempat-empat peristiwa di atas menunjukkan Malaysia dipandang tinggi oleh
masyarakat antarabangsa dalam beberapa hal tertentu. Mungkin hal yang dirujuk tidak
melibatkan perubahan mendadak kepada sesuatu sistem. Walau bagaimanapun, perhatian
negara luar terhadap Malaysia tetap perlu diiktiraf.

Persepsi Keberkesanan Pelaksanaan Dasar Kerajaan


Kaji selidik Kajian Pembangunan Dasar Awam di Malaysia seterusnya mendapatkan
pandangan responden untuk melihat kejayaan setiap dasar secara keseluruhan. Responden
ditanya sama ada setiap kumpulan dasar iaitu Dasar Ekonomi, Dasar Sosial dan Dasar
Hubungan Antarabangsa yang dilaksanakan oleh kerajaan secara keseluruhannya berjaya atau
tidak. Pandangan responden ini diterjemahkan melalui Carta 10, Carta 11 dan Carta 12.

70
68
68
66
64
62
60
58 57
56
54
52
50
Berjaya Tidak

Carta 10: Persepsi responden terhadap Dasar Ekonomi

Daripada Carta 10 yang di atas, didapati 68 daripada 126 responden (54 peratus)
menyatakan bahawa Dasar Ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan secara keseluruhannya
adalah berjaya (1 responden tidak menyatkaan pendapat). Sekiranya dibandingkan dengan
kaji selidik Dasar Ekonomi melalui beberapa pernyataan yng dinyatakan sebelum ini
responden cenderung untuk berpendapat sederhana setuju dengan dasar-dasar ekonomi
kerajaan. Namun, secara keseluruhannya, responden menganggap dasar-dasar Ekonomi
tersebut, telah berjaya.
Carta seterusnya memperlihatkan pandangan responden berkenaan Dasar Sosial.

29
65
64 Dasar Sosial
64

63

62

61
60
60

59

58
Berjaya Tidak

Carta 11: Persepsi responden terhadap Dasar Sosial

Daripada Carta 11, didapati, 64 responden (51 peratus) menyatakan bahawa Dasar
Sosial yang dijalankan oleh kerajaan secara keseluruhannya adalah berjaya. Baki 60
responden lagi (48 peratus) menyatakan tidak berjaya manakala 2 responden lagi (tiada dalam
carta) tidak memberikan pendapat.
Sekiranya dibandingkan dapatan dalam carta ini dan pendapat berkenaan pernyataan-
pernyataan berhubung Dasar Sosial yang dibincangkan sebelum ini, sekali lagi terdapat
sedikit perbezaan. Dalam perbincangan sebelum ini, pandangan responden bercampur-
campur bergantung kepada pernyataan yang dikemukakan. Ia bermaksud, dalam sesetangah
perkara, responden menganggap dasar yang dikemukakan oleh kerajaan berjaya manakala
bagi sesetengah isu yang lain, dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan kurang berjaya. Namun
demikian, secara keseluruhan, responden tetap optimis dan bersetuju bahawa Dasar Sosial
kerajaan adalah berjaya.
Seterusnya, bagi Dasar Hubungan Antarabangsa, dapatan kaji selidik adalah seperti di
carta yang berikut:

30
100
90
90 Dasar Hubungan Antarabangsa

80
70
60
50
40 34
30
20
10
0
Berjaya Tidak

Carta 12: Persepsi responden terhadap Dasar Hubungan Antarabangsa

Melalui carta 12 di atas, perbezaan pendapat responden jelas kelihatan. 90 responden


(71 peratus) berpendapat bahawa Dasar Hubungan Antarabangsa yang dilaksanakan oleh
kerajaan adalah berjaya. 27 peratus lagi (34 responden) menganggap dasar kerajaan tidak
berjaya manakala 2 responden lagi tidak memberikan pendapat.
Majoriti responden berpendapat Dasar Hubungan Antarabangsa oleh kerajaan telah
berjaya bertepatan dengan dapatan dalam pernyataan-pernyataan yang dibincangkan sebelum
ini. Hal ini boleh disimpulkan bahawa majoriti responden bersetuju dan berpuas hati dengan
usaha-usaha kerajaan dalam melaksanakan Dasar Hubungan Antarabangsa.

RUMUSAN
Sejak lebih lima dekad, Malaysia membangun dari sebuah negara bekas jajahan
berbilang kuasa kepada sebuah negara yang mempunyai jati diri sendiri. Membentuk sebuah
negara yang dihuni oleh pelbagai kaum dari latar belakang berbeza memerlukan daya
pemikiran yang tinggi dan daya taakulan yang tajam. Dasar-dasar kerajaan digubal mengikut
acuan tersendiri, bersesuaian dengan resam hidup masyarakat tempatan serta nilai-nilai murni
yang ingin diketengahkan dan diamalkan bersama.
Sehubungan itu, adalah penting bagi seseorang pemimpin serta angkatan
kepimpinannya, memahami secara tulus kehendak dan keperluan rakyat secara keseluruhan
dari setiap peringkat dan latar belakang. Kehendak dan keperluan yang dilunaskan bukan
pula untuk melampiaskan keinginan sesetengah pihak tetapi harus bermatlamatkan
kesejahteran rakyat dan negara pada masa semasa dan masa-masa yang akan datang.

31
Bagi pihak masyarakat pula, adalah penting untuk masyarakat bertindak bijak iaitu
sejak pemilihan pemimpin dan angkatannya seterusnya ketika pelaksanaan satu-satu dasar
yang dibentangkan. Rakyat perlu memahami seterusnya mempertimbangkan setiap satu dasar
yang sedang/akan dilaksanakan bukan berdasarkan kepentingan sendiri semata-mata tetapi
juga untuk kepentingan masyarakat, negara dan generasi akan datang. Hal ini kerana
kesejahteraan hari ini belum tentu menjamin kesejahteraan hari esok.
Melihat kepada hasil kaji selidik yang dijalankan, boleh dikatakan, dalam hampir
kesemua isu yang diutarakan, responden masih berbelah bahagi sama ada untuk menyokong
atau tidak menyokong dasar-dasar kerajaan. Perlu difahami bahawa 81 peratus responden
adalah penjawat awam. Kerana itu, responden boleh dikatakan terikat kepada pendapat sama
ada setuju atau tidak lalu mengambil jalan tengah iaitu untuk menyakatan pendapat
‘sederhana setuju’ dalam hampir kesemua pernyataan yang dibincangkan.
Pendapat ‘sederhana setuju’ tersebut jelas menunjukkan responden masih lagi ragu-
ragu dengan dasar-dasar kerajaan. Sebagai penjawat awam, responden perlu menyokong
dasar kerajaan sepenuhnya tetapi sebagai rakyat Malaysia, masih ada kelompangan tertentu
dalam dasar-dasar tersebut yang perlu dibaiki, diperhalusi dan dipertimbangkan semula
pelaksanaan dan penerusannya di masa-masa akan datang.
Daripada kaji selidik yang dijalankan, nyata, Malaysia cukup gah di persada
antarabangsa namun dalam membangunkan ekonomi dan sosial rakyatnya, masih banyak
yang perlu dilakukan oleh kepimpinan kerajaan. Usahlah nanti peribahasa ‘kera di hutan
disusukan, anak di rumah mati kelaparan’ menjadi nyata dalam mengurus tadbir rakyat
Malaysia secara keseluruhannya.

32
Bilangan

100
120
140

0
20
40
60
80
56
Lelaki
LAMPIRAN

70
Perempuan

30
21 - 30

49
31 - 40
41 - 50

26 21
51 - 60

Melayu
119

Cina
India

1 4 2
Lain-lain
7
PMR/SRP
SPM/STPM
59 55

DIP/IJAZAH
5

SARJANA/PHD

Kerajaan
102

21

Swasta
Demografi Kajian

Lain-lain
14

Bawah 1500
56

1501 - 3000
37

3001 - 4500
19

4501 ke atas
34

Akhbar arus perdana


4

Akhbar alternatif
Media sosial
31 28

Televisyen
22

Lebih drp satu


7

Tidak memilih

33
RUJUKAN
1Klik. (10 Mac 2014). Kronologi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Dicapai daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/info-terkini/17047-
kronologi-kehilangan-pesawat-malaysia-airlines-mas-mh370.html
Adli Shahar. (11 April 2012). MBMMBI pilihan terbaik. BH Online. Dicapai daripada
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/MBMMBIpilihanterbaik/Article
Ahmad Nizam & Fatihah Saleh. (2011). Dasar teras enam Perdana Menteri. Kuala Lumpur:
Penerbit Sinar Cemerlang.
Alimuddin Mohd Dom. (2 November 2011). Perubahan MBMMBI atau kekal PPSMI?
Utusan Online. Dicapai daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Rencana&pg=re_07.htm
Association of Southeast Asian Nations. (2014). History: the founding of ASEAN. Dicapai
daripada http://www.asean.org/asean/about-asean/history
Astroawani. (t.t). Bajet 2015: tidak sampai 10 peratus pembaca Astro Awani mahu BR1M
diteruskan. Malaysia News. Dicapai daripada http://malaysianews.info/bajet-2015-
tidak-sampai-10-peratus-pembaca-astro-awani-mahu-br1m-diteruskan/
Astro Awani. (22 Oktober 2014). Malaysia optimis usaha kesan lokasi MH370. Dicapai
daripada http://www.astroawani.com/news/show/malaysia-optimis-usaha-kesan-
lokasi-mh370-46751
Asyila Kamaludin. (7 September 2014). GES 2014: Malaysia kongsi pengalaman, model
ekonomi. Dicapai daripada http://www.astroawani.com/news/show/ges-2014-
malaysia-kongsi-pengalaman-model-ekonomi-43488
Awang Sariyan. (2002). Penggunaan Bahasa Inggeris untuk matapelajaran sains dan
matematik – mengapa perlu ditolakkan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bernama. (12 Mei 2014). Ops cantas berjaya kurangkan jenayah kekerasan senjata api. BH
Online. Dicapai daripada
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/OpsCantasberjayakurangkanjenayahkek
erasansenjataapi/Article/index_html
BH Online. (10 Oktober 2014). Pendapatan isi rumah 2014 tunjuk corak positif. Dicapai
daripada http://www.bharian.com.my/node/10801

34
BH Online. (30 Mac 2010). Teks ucapan pembentangan MEB oleh PM. Dicapai daripada
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/TeksucapanpembentanganMEBolehPM
/Article
Bushra Haji Yusuf. (2007). Dasar-dasar utama Kerajaan Malaysia: Dasar Ekonomi Baru.
Kuala Lumpur: A. S. Noordeen.
Hakimi Ismail (12 November 2014). Kebanjiran pekerja asing di Malaysia sangat serius.
Utusan Online. Dicapai daripada
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kebanjiran-pekerja-asing-8232-di-
malaysia-sangat-serius-1.23718
Hamidah binti Ab Rahman, Muhammad bin Daud & Norlin binti Ahmad. (2009).
Pembangunan ekonomi dalam hubungan etnik. Hubungan etnik di Malaysia:
perspektif teori dan praktik. Dicapai daripada
http://eprints.utm.my/14760/1/HamidahAbdulRahman2009_PembangunanEkonomida
lamHubunganEtnik.pdf
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (2006). Pentadbiran dan pengurusan awam
Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Malaysia.
Ira Meilita Ibrahim, Chin Yee Mun, Afi Roshezry Abu Bakar et al. (2009). Pengajian
Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall Pearson Sdn. Bhd.
Ivan Hoe Wat Sing, Rozana Mansor & Siti Zariyah Rasul. (2012). Transformasi pendidikan –
pelengkap agenda transformasi negara. Puchong: Navision (M) Sdn. Bhd.
Jabatan Perkhidmatan Awam. (24 Julai 2013). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun
2013: Penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam. Dicapai daripada
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp062013.pdf
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (13 Februari 2014). Definisi
Miskin Tegar. Dicapai daripada http://www.kpwkm.gov.my/nkra/definisi
Kementerian Pendidikan Malaysia. (Julai 2014). Quick facts 2014: Malaysian Educational
Statistics. Dicapai daripada
http://emisportal.moe.gov.my/emis/emis2/emisportal2/doc/fckeditor/File/Quickfacts_
2014/Buku%20Quick%20Facts%202014.pdf?PHPSESSID=00e805295132cb1095437
22faf5cac27
Kementerian Pendidikan Malaysia. (t.t). Soalan lazim. Dicapai daripada
http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=150&keyword=&

35
Kerajaan Negeri Kedah. (2014). Tiga wakil Kelab Putera 1Malaysia memasuki Gaza.
Dicapai daripada http://portal.kedah.gov.my/index.php/ms/rss/580-tiga-wakil-kelab-
putera-1malaysia-memasuki-gaza
Loganathan Veerasamy. (23 April 2014). Perjalanan merakyatkan integriti. Utusan Online.
Dicapai daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140423/re_01/Perjalanan-merakyatkan-
integriti
Mahanum Ab Aziz & Zuraidah Mohamed. (10 April 2014). Malaysia pusat rujukan halal. BH
Online. Dicapai daripada
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Malaysiapusatrujukanhalal/Article
Marlinda Mardzuki. (11 Februari 2014). Kadar kemiskinan menurun. Utusan Sarawak.
Dicapai daripada http://www.utusansarawakonline.com/news/11168/Kadar-
kemiskinan-menurun/
Mohamad Saleeh Rahamad. (2014). Oksidentalisme dalam sastera Melayu: sebelum merdeka
hingga Era Mahathir Mohamad. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku
Malaysia Berhad.
mStar. (13 November 2014). Lebih 9,000 kes jenayah libatkan warga asing sejak Januari.
Dicapai daripada http://www.mstar.com.my/berita/berita-
jenayah/2014/11/13/jenayah-warga-asing/
mStar. (16 Oktober 2014). Malaysia dipilih anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB.
Dicapai daripada http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/10/16/pbb/
myMetro Ahad. (23 Julai 2014). Gaza: Malaysia sokong agar Palestin bawah sistem
perlindungan PBB. Dicapai daripada
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/GAZA_MalaysiasokongagarPalestinb
awahsistemperlindunganPBB/MA/Article/index_html
Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di
Malaysia: pengalaman 50 tahun merdeka. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Nurul Ula Noor Aaisa. (2013). Tokoh yang membina Malaysia. Kuala Lumpur: Edumark
Distributors.
Pejabat Perdana Menteri. (t.t). Bab 6: Mencegah jenayah. Pelan hala tuju program
transformasi kerajaan. Dicapai daripada
http://www.pmo.gov.my/GTP/documents/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP/Pelan%20
Hala%20Tuju%20GTP_Bab06.pdf
36
Pejabat Perdana Menteri. (t.t). Dasar Ekonomi Baru. Dasar-Dasar Malaysia. Dicapai
daripada
http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf
Saadon Awang & Abd. Rahim Romle. (2007). Isu-isu kontemporari pengurusan awam.
Kuala Lumpur: Prentice Hall, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Saifulizam Mohamad. (7 Jun 2010). 12 diiktiraf wira negara. Utusan Malaysia. Dicapai
daripada
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2004&y=2010&dt=0607&pub
=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Shahrizal bin Mohd Zin. (8 Februari 2007). Siri Pemikiran Kritis (segmen pertama), sesi ke-
4. The Malaysian Bar. Dicapai daripada
http://www.malaysianbar.org.my/national_young_lawyers/siri_pemikiran_kritis_segm
en_pertama_sessi_ke_4.html
Siti Mariam Md Zain. (16 Disember 2012). Malaysia rujukan terbaik Kazakhstan dalam
aspek kemajuan ekonomi. Utusan Online. Dicapai daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121216/dn_06/Malaysia-rujukan-
terbaik-Kazakhstan-dalam-aspek-kemajuan-ekonomi
The Rakyat Post. (18 November 2014). PR pertikai bajet industri kelapa sawit dipotong.
Dicapai daripada http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/18/pr-pertikai-bajet-
industri-kelapa-sawit-dipotong/
United Nations. (t.t). United Nations Security Council. Dipetik daripada
http://www.un.org/en/sc/
Utusan Online. (17 Oktober 2014). Malaysia dipilih anggota tidak tetap UNSC. Dicapai
daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141017/dn_02/Malaysia-dipilih-
anggota-tidak-tetap-UNSC
Utusan Online. (20 Jun 2014). Brunei berminat pelajari cara SPRM perangi rasuah. Dicapai
daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140620/dn_15/Brunei-
berminat-%20pelajari-cara-SPRM-perangi-rasuah
Utusan Online. (23 September 2014). Koperasi sekolah yang sistematik jadi rujukan negara
luar. Dicapai daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140923/dn_30/Koperasi-sekolah-
yang-sistematik-jadi-rujukan-negara-luar---Muhyiddin

37
Yahya Don. (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Profesional
Sdn. Bhd.

38

You might also like