Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Pengurusan majlis atau acara bermaksud sesuatu aktiviti yang dirancang dengan cara
sistematik oleh seorang individu atau beberapa orang individu tertentu seperti persembahan,
karnival, majlis, seminar, pertunjukan atau pertandingan yang terbatas fungsinya dan
diadakan bagi mencapai satu objektif yang berfaedah kepada individu tertentu atau
masyarakat. Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa Itali ‘maneggiare’
iaitu‘menangani’ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin iaitu ‘manus’ (tangan).
Perkataan bahasa Perancis ‘mesnagement’ telah banyak mempengaruhi perkembangan
maksud perkataan Bahasa Inggeris ‘management’ pada abad ke 17 dan 18. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat pengurusan ialah perihal kerja dan sebagainya dalam mengurus
sesuatu, perihal mengurus syarikat,badan perniagaan dan lain lain. Mary Parker Follet (1868
-1933) menyatakan bahawa pengurusan adalah sebagai seni untuk mencapai sesuatu melalui
orang lain. Pengetahuan dan kemahiran pengurusan majlis dan atur cara amat penting bagi
memastikan sesebuah majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Pengurusan dan
perlaksanaan majlis dengan sempurna bukan sahaja akan dapat mencapai matlamat dan
objektifnya, tetapi juga dapat mengelakkan pembaziran masa, kos dan tenaga.
2.0 BANDING BEZA ANTARA DUA LARAS BAHASA

LARAS BAHASA SASTERA LARAS BAHASA AGAMA

Definisi Definisi

Laras yang Laras yang


digunakan untuk digunakan untuk
menulis karya membincangkan
satera, sama ada ilmu agama.
dalam bentuk puisi
ataupun prosa.
dan ilmiah
berdasarkan fakta,
kajian, atau uji kaji.

Ciri ciri Ciri ciri Ciri ciri Ciri ciri


struktur mementingkan kosa kata dan banyak
ayatnya kreatif keindahan struktur ayat menggunakan
dan deskriptif kata-kata. dipengaruhi petikan dan
oleh kosa kata tamsil alQuran
bahasa Arab. dan Hadis
. .

. .

Kegelapan malam Antara orang yang


masih melingkari menjalankan kerja
alam. Hembusan kerja makruf dan
bayu yang tunduk dan patuh
menyentuh tubuhku kepada syariat Allah
terasa dingin bagai ialah mereka yang
salju. mendapat petunjuk
dan rahmat-Nya.

Contoh Contoh
PERSAMAAN ANTARA LARAS BAHASA SASTERA DAN LARAS BAHASA AGAMA

Kedua duanya merupakan laras bahasa


formal

2.1 LARAS BAHASA SASTERA

Menurut Nik Safiah Karim (1989) menyatakan bahawa pengguna bahasa Melayu perlu
mengetahui jenis laras yang terkandung dalam bahasa tersebut. Laras bahasa sastera
merupakan salah satu antara laras bahasa yang digunakan oleh masyarakat Malaysia.
Laras bahasa sastera merupakan sebuah bentuk yang terhasil daripada cetusan idea
terdiri daripada pengalaman dan imaginasi pengarang.

Laras bahasa sastera mempunyai ciri-ciri seperti menggunakan bahasa yang


indah. Gaya dan lenggok bahasa yang digunakan dalam karya sastera dapat
menyerlahkan keindahan sesebuah hasil karya itu. Keindahan bahasa dalam laras
bahasa sastera ialah seperti pengunaan bahasa kiasan dan bernada puitis. Laras
bahasa sastera juga menggunakan struktur ayat yang kreatif dan deskriptif. Ciri ini
akan membawa kepada keutuhan karya yang membawa maksud setiap bahagian dan
unsur dalam sesebuah karya sengaja dan benar benar dicipta oleh pengarang untuk
mengungkapkan isi hatinya.

Penggunaan bahasa yang imaginatif dan kreatif juga merupakan antara ciri
laras bahasa sastera. Menurut Atikaf Salleh et.al (2016) Penggabungan aspek realiti
dan imaginasi pengarang telah membentuk laras kreatif yang mantap. Perkara ini juga
akan memberi kesan yang lebih mendalam serta gambaran yang luar biasa kepada
pembaca atau pendengar.
2.2 LARAS BAHASA AGAMA

Halliday (1968) memberi pendapat beliau tentang laras bahasa sebagai variasi bahasa
yang wujud berdasarkan fungsinya. Fungsi itu dilihat dari dimensi iaitu tajuk wacana,
cara, dan gaya penyampaian. Laras bahasa agama mengungkapkan tentang hal
ehwal agama. Dalam skop yang lebih mendalam, kandungan laras agama meliputi
aspek agama, perkara berkaitan agama, dan apa-apa jenis agama.

Ciri ciri yang terdapat dalam laras bahasa agama ialah antaranya struktur ayat
dan kosa kata dipengaruhi oleh kosa kata Bahasa Arab. Contohnya penggunaan
perkataan wuduk yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab. Laras bahasa
agama juga banyak menggunakan petikan dan tamsilan daripada al Quran dan Hadis.
Sebagai contoh; Firman Allah SWT yang bermaksud “…Sesungguhnya Kami telah
menjadikan manusia itu sebaik baik kejadian…” Laras ini juga digunakan untuk
menerangkan sebarang topik yang ada kaitannya dengan agama, termasuklah
tentang akidah, fiqah, kisah-kisah Nabi dan para sahabat.
3.0 ELEMEN PENTING PROTOKOL DALAM PENGURUSAN MAJLIS DAN ATUR
CARA

Pengurusan majlis adalah pengurusan yang amat penting dalam pelaksanaan sesuatu
majlis. Melalui pengurusan yang profesional dan sistematik, sesuatu majlis itu dapat
dirancang dan diuruskan dengan lancar dan sempurna.

Sebuah majlis tidak akan lengkap tanpa elemen protokol. Menurut McCaffee
dan Innis (1977), perkataan 'protokol' dikatakan berasal daripada Bahasa Yunani iaitu,
protokollen yang menggabungkan dua kata dasar, protos dan kolla. Protos bermaksud
yang pertama manakala kola membawa maksud pelekat. Pelekat yang 'pertama'
merujuk sehelai kertas yang ditampalkan pada dokumen undang-undang untuk
membuktikan kesahihannya. Abdullah (2002) mendefinisikan protokol sebagai
peraturan dalam majlis rasmi. Protokol merupakan tatasusila dan tatacara yang perlu
dipatuhi bagi sesuatu majlis rasmi. Protokol melambangkan ketinggian budaya dan
bangsa dan negara. Terdapat banyak elemen penting protokol yang perlu dipatuhi
dalam menguruskan sebuah majlis. Antaranya ialah ahli jawatankuasa majlis, lokasi
majlis, aturcara majlis dan pakaian dalam majlis.

Ahli jawatankuasa majlis berperanan dalam menyediakan kertas kerja untuk


sesuatu cadangan pelaksanaan majlis atau acara selain daripada mengumpulkan
maklumat dan penyelarasan laporan bagi penyediaan kertas kerja.Ahli jawatankuasa
juga berperanan menjadi Urus Setia mesyuarat dan perbincangan dan mendapatkan
maklum balas daripada mesyuarat. Selain itu, lokasi majlis juga merupakan salah satu
elemen protokol dalam sesebuah majlis. Ciri ciri yang perlu diambil berat dalam
memilih lokasi majlis ialah lokasi yang diketahui oleh umum. Selain itu, parkir juga
perlulah mencukupi bagi mengelakkan kesesakan berlaku. Seterusnya, kemudahan
asas juga perlulah disediakan dan mencukupi seperti tandas, meja dan kerusi.

Elemen protokol aturcara majlis juga amatlah penting bagi memastikan majlis
tidak berlaku pertembungan antara satu acara dengan acara yang lain selain
mengelakkan masa bagi satu satu slot tidak meleret. Pengacara majlis memainkan
peranan penting bagi memastikan kelancaran majlis. Protokol pemakaian dalam majlis
juga perlulah diambil berat walaupun dilihat remeh oleh kebanyakan individu.
Sekiranya majlis yang dihadiri ialah majlis formal, pemakaian rasmi seperti kemeja dan
bertali leher dan berkasut lebih digalakkan. Bagi wanita pula, pakaian kebangsaan
atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain pakaian yang sesuai. Pakaian
mestilah tidak mencolok mata dan kemas kerana penampilan mencerminkan peribadi
seseorang.

Antara contoh majlis ialah Hari Bersama Tokoh iaitu Abdul Samad Said, ahli
sasterawan negara. Majlis tersebut cenderung untuk menggunakan laras bahasa
sastera kerana intipati majlis berkaitan dengan kesusasteraan. Dalam majlis tersebut
diadakan acara syair dan berbalas pantun yang menggunakan kata kata indah dan
bersifat imaginatif. Sehubungan dengan itu, majlis tersebut juga perlulah mematuhi
elemen protokol. Ahli jawatankuasa perlu memainkan peranan dalam menyediakan
kertas kerja bagi menjemput ahli sasterawan negara iaitu Abdul Samad Said.

4.0 KESIMPULAN

Pengurusan Majlis merupakan suatu pengurusan yang berkait rapat dengan


peraturan-peraturan yang berkaitan dengan persiapan dan persediaan awal,
keperluan-keperluan yang berkaitan dan juga cara pengendalian sesuatu majlis itu.
Kejayaan dari segi persiapan, perancangan dan pengelolaan akan menjadikan majlis
berkenaan berjalan lancar dan teratur. Protokol pula merupakan tatasusila dan
tatacara bagi sesuatu Majlis Rasmi itu dapat dijalankan dengan lebih kemas mengikuti
segala peraturan, susunan, adab tertib, kesesuaian dan dijalankan dengan penuh
kesopanan. Tanpa elemen protokol, majlis akan menjadi kucar kacir dan akan berlaku
selisih faham antara satu pihak dengan satu pihak yang lain. Oleh itu, elemen protokol
perlulah diaplikasikan dalam setiap majlis agar segala perancangan berjalan dengan
lancar dan berjaya.
5.0 RUJUKAN

BUKU

Mohammad, D. K. (2013). Bahasa Melayu Komunikatif. Kuala Lumpur: Penerbitan


Multimedia Sdn Bhd.
S.Nathesan. (2008). Laras Bahasa Ilmiah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Ke-4.(2010). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

JURNAL

Negara, I. T. (2006). Pengurusan Majlis Rasmi Kerajaan. 34.

Azli Musalleh (t.t) . Protokol dan Etiket. 60.

INTERNET

Shahida Shauki (t.t) Diakses pada 15 Mac 2019 daripada


https://www.academia.edu/13777781/BAB_4_LARAS_BAHASA

Laras Bahasa. (n.d.).Diakses pada 15 Mac 2019 daripada


https://bahanpenulisancikgunua.blogspot.com/2010/06

Mohammad Fauzi (2008) Diakses pada 14 Mac 2019 daripada


https://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi-sejarah-dan-konsep-
siri-1/

Balkhis Abdullah (2013) Diakses pada 14 Mac 2019 daripada


https://www.slideshare.net/naqibcheomar/pengurusan-majlis-dan-protokol

You might also like