Contoh Soalan GKB

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

CONTOH SOALAN GKB

BAHAGIAN A (10 markah)


1. Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di
samping membentuk sikap. Sehubungan itu, seseorang pelajar yang ingin
berjaya perlu memiliki sikap ingin belajar dan menguasai kaedah belajar agar
pengetahuan dan kemahiran dapat diperolehi melalui pembelajaran kendiri.

a. Huraikan secara ringkas konsep kemahiran belajar?


b. Bincangkan dengan jelas bagaimana pengurusan pembelajaran yang
berkesan dapat membantu proses pembelajaran seseorang pelajar.

2. Kemahiran membaca merupakan elemen penting bagi pelajar untuk


memperolehi sesuatu maklumat, pengetahuan dan fakta. Selain itu pelajar juga
perlu memiliki kemahiran memproses maklumat agar penghasilan tugasan
bertulis dapat dilakukan dengan baik.

a. Jelaskan bagaimana teknik kemahiran membaca secara skimming dapat


membantu pembelajaran seseorang pelajar.
b. Bincangkan kesan positif yang diperolehi oleh seorang pelajar dari
keberkesanan penggunaan kemahiran pemprosesan maklumat dalam
menghasilkan tugasan bertulis.

3. Sistem Pengurusan Pembelajaran atau Learning Management System (LMS)


merupakan satu projek hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dan MAMPU. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif
Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS).

a. Kemukakan kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning


Management System).
b. Tunjukkan impak perkongsian maklumat maya kepada siswa pendidik
Institut Pendidikan Guru Malaysia.

4. Pembelajaran regulasi kendiri merupakan aspek penting dalam pencapaian


akademik pelajar.

a. Jelaskan maksud pembelajaran regulasi kendiri.


b. Huraikan beserta contoh elemen aspek pembelajaran daripada rangsangan
emosional yang mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar oleh Dun dan
Dun (1978).

5. a) Teknik membaca perlahan digunakan untuk meneroka sesuatu perkara


yang dibaca secara mendalam. Ia berguna untuk menilai dan menganalisis
sesuatu penulisan.
Terangkan secara ringkas teknik membaca perlahan yang boleh membantu
seseorang pelajar untuk mengingat maklumat dengan lebih berkesan.
b) Pelajar yang dapat menguruskan maklumat dengan efisien ialah mereka
yang telah didedahkan dengan pemikiran tentang maklumat.
Perincikan teknik yang boleh digunakan untuk menilai kesahihan maklumat
dalam proses pembelajaran pelajar.
6. a) Perisian aplikasi dibangunkan untuk memenuhi kehendak pengguna
bagi menyelesaikan tugas-tugas tertentu.
Nyatakan fungsi perisian hamparan alektronik.
b) Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri
sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan
kelemahan diri sendiri.
Huraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk memperbaiki kemahiran
intrapersonal seseorang pelajar.

7. Penguasaan terhadap kemahiran belajar ini memberi kesan yang besar


terhadap pencapaian akademik pelajar.

a. Jelaskan konsep kemahiran belajar.


b. Bincangkan kepentingan pengurusan pembelajaran kepada pelajar.

8. a) Terangkan secara ringkas dua teknik membaca cepat yang boleh


membantu seseorang pelajar memperolehi maklumat dengan berkesan.
b) Jelaskan kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan untuk
memproses maklumat dalam penulisan esei.
9. a) Jelaskan kegunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning
Management System/LMS) yang merupakan suatu mekanisma untuk
mengurus pembelajaran pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi termasuk di
Institut Pendidikan Guru.

b) Prestasi dan pencapaian pelajar diuji melalui pelbagai bentuk ujian


mengikut objekti dan kesesuaiannya menggunakan prosedur tertentu melalui
arahan tugasan kumpulan atau individu.

Bina satu jadual atau carta yang menunjukkan perbezaan antara kriteria
tugasan individu dengan tugasan kumpulan.

BAHAGIAN B (20 markah)


1. Kebolehan individu mengurus maklumat dan pengetahuan dari semasa ke
semasa dengan kebijaksanaan menguasai pelbagai kemahiran dan kaedah
memperolehi maklumat dapat menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan.

Perincikan bagaimana pengurusan maklumat yang diperolehi dapat membantu


anda dalam meningkatan penguasaan pembelajaran.
2. Membuat nota merupakan satu kemahiran yang penting dalam proses
pembelajaran. Nota yang lengkap dan tersusun dapat membantu sistem
pendidikan menguasai sesuatu kemahiran denga lebih jelas serta
mengekalkanya dalam ingatan mereka dengan lebih lama.

Bincangkan keupayaan pengurusan grafik dan peta pemikiran dalam


membantu siswa pendidik meningkatkan kemahiran belajar secara berkesan.

3. Masyarakat Malaysia menggunakan media baru seperti facebook, laman web,


blog dan media konvensional seperti radio, televisyan, telefon dan lain-lain jenis
alat komunikasi untuk mengakses maklumat dengan selamat dan pantas.
Maklumat dapat dihantar dan diperolehi dengan mudah.

Bincangkan dan berikan justifikasi kepentingan kemahiran perolehan dan


pengurusan maklumat yang dapat dimanafaatkan oleh pelajar bagi membantu
proses pembelajaran.

4. Kemahiran membuat nota merupakan salah satu kemahiran belajar. Membuat


nota bukan sahaja menulis catatan yang dibuat, dilihat atau didengar; tetapi
juga melibatkan kaedah nota dibuat, dari segi susunannua, membuat ringkasan
dan mungkin bersifat infrografik.
Cadangkan strategi yang sesuai dan boleh digunakan secara berkesan untuk
membuat nota selepas kuliah.
5. Pencarian maklumat melalui pelayaran internet membantu pelajar Institut
Pendidikan Guru Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini daripada
pelbagai sumber dengan mudah tanpa batasan masa dan lokasi.

Bincangkan kelebihan dan kelemahan pemerolehan maklumat daripda sumber


internet berbanding buku teks dengan memberikan dua contoh enjin pencarian
maklumat yang sering digunakan.

6. Peta minda dan pengurusan grafik merupakan alat yang lazimnya digunakan
oleh guru untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Keberkesanan
penggunaan alat ini membantu murid untuk mengukuh dan mengekalkan
kemahiran yang dipelajari.

Banding beza fungsi peta minda dengan pengurusan grafik dalam


pembelajaran.

You might also like