Penyakitgolonganwanita Apm2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Abstrak

PENYAKIT WANITA DAN KAEDAH RAWATAN TRADISIONAL


Prof.Madya Dr.Ab.Razak Ab.Karim
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
abrazak@um.edu.my

Masyarakat Melayu memang terkenal dengan pelbagai ilmu tradisional dan salah satu
daripada ilmu tersebut ialah ilmu perubatan Melayu. Ilmu ini tercatat dalam banyak manuskrip
yang dinamakan sebagai kitab tib dan bertebaran di merata ceruk rantau. Kitab tib banyak
memperkatakan pelbagai penyakit sama ada bagi golongan lelaki, perempuan, kanak-kanak
atau umum, iaitu tanpa mengira jantina.

Dalam makalah ini akan dibincangkan jenis-jenis penyakit golongan wanita sahaja
berdasarkan beberapa buah kitab Tib, iaitu kitab tib koleksi Universiti Malaya dengan nom
MS115, kitab tib Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia MSS2219 dan kitab tib di Buton
dengan nombornya MLZ 62. Ketiga-tiga kitab tib ini ada memperkatakan penyakit golongan
wanita dan kaedah-kaedah rawatan yang digunakan. Berdasarkan kitab-kitab ini akan
dihuraikan jenis-jenis penyakit yang dialami oleh golongan wanita serta kaedah-kaedah serta
ramuan-ramuan tradisional untuk merawat penyakit-penyakit tersebut. Antara penyakit wanita
yang akan dibincangkan ialah penyakit meroyan, penyakit senggugut, penyakit busung,
penyakit perempuan terlalu sundal dan lain-lain penyakit. Di samping itu, akan dibincangkan
bahan-bahan serta ramuan yang digunakan untuk merawat penyakit-penyakit ini seperti
lempoyang, halia padi, limau nipis, bawang merah dan bahan-bahan lain.

1
PENYAKIT WANITA DAN KAEDAH RAWATAN TRADISIONAL
Prof.Madya Dr.Ab.Razak Ab.Karim
Universiti Malaya
abrazak@um.edu.my
drz.jambul@gmail.com

1.0 Pendahuluan: Dalam kalangan masyarakat Melayu, perubatan tradisional tidak

asing lagi dan telah digunakan sejak turun temurun sabagai kaedah rawatan pelbagai

penyakit yang dialami oleh anggota masayarakat pada waktu itu. Dalam hal ini,

bomoh, pawang ataupun pengamal perubatan tradisional menjadi rujukan pesakit dan

mereka menjadi rujukan utama pada waktu itu. Ilmu yang mereka miliki adalah dalam

bentuk ingatan dan kemudiannya ditulis agar ilmu yang mereka miliki tidak hilang

atau lupa.

Kedatangan Islam ke alam Melayu telah memberikan sumbangan yang amat

besar bukan sahaja dalam bentuk ajaran Islam tetapi budaya tulisan yang dibawa

menyebabkan masyarakat telah boleh membaca dan menulis. Ini menyebabkan ilmu

perubatan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya ditulis dalam

bentuk naskhah agar ilmu yang dimiliki tidak hilang begitu sahaja. Akibatnya ribuan

kitab perubatan Melayu atau lebih dikenali sebagai Kitab Tib bertebaran di

kepuluan Melayu yang kini dapat dimanfaatkan oleh generasi kini.

Perpustakaan Negara Malaysia mempunyai koleksi kitab tib terbesar di

rantau ini dan banyak kajian telah dilakukan dari pelbagai sudut sama ada dari sudut

perubatan, amalan sosial ataupun aspek kemasyarakatan. Dalam kajian yang

dilakukan beberapa buah naskhah kitab perubatan akan digunakan, antaranya kitab

tib Koleksi Universiti Malaya dengan nombor rujukan MS 115, kitab tib koleksi

Perpustakaan Negara Malaysia MSS 2115, Kitab tib yang ditemui di Buton, Sulawesi

2
Tenggara dengan rujukan MLS 62 kitab Tib di Surau Calau, Padang CL.SJJ.2011 62

dan Kitab tib Pontianak dengan nombor rujukan MSS 2219. Perbincangan akan

berfokus pada penyakit golongan wanita sahaja kerana banyak perbincangan telah

dilakukan tentang penyakit golongan lelaki dan kurang pengkaji yang mahu

membincangkan penyakit golongan wanita.

2.0 DISKRIPSI NASKHAH:

Naskhah-naskhah yang berkaitan dengan perubatan Melayu cukup banyak

sama ada dalam bentuk khusus ataupun dalam bentuk catatan-catatan pendek

berbentu naskhah di alam Melayu,. Beberapa tahun kajian yang dilakukan telah

menunjukkan bahawa beberapa buah naskhah lengkap akan digunakan dalam

perbincangan ini , iaitu kitab tib Koleksi Universiti Malaya dengan nombor rujukan

MS 115. Setakat kajian ini dilakukan naskhah ini belum pernah dibuat kajian oleh

sesiapa pun. Naskah ini ditulis dalam kertas laid Eropah dengan ketebalan 164

halaman. Tulisannya masih terang dan mudah dibaca walaupun penulisnya tidak

konsisten dalam pengejaan kata-kata tertentu dan terdapat beberapa halaman .yang

gaka kabur Selain itu, terserlah banyak kesalahan pada kata tertentu dengan

beberapa huruf tertinggal dalam penulisan naskhah ini. Naskhah ini tersimpan di

Perpustakaan Universiti Malaya1.

Naskah kedua yang dirujuk ialah Kitab tib yang ditemui di Bau-bau, Buton,

Sulawesi Tenggara dengan rujukan MLS 622. Naskhah ini tidak tebal dan ditulis di

1
Lihat Lampiran salinan naskhah koleksi Universiti Malaya ini.
2
MLS ialah rujukan yang digunakan untuk naskhah ini. Naskhah ini ditemui sewaktu kajian dan pemuliharaan
naskhah Buton yang dilakukan dengan kerjasama Universiti Dayanu Ikhsanuddin, Bau-bau pada Julai 2016. Pemilik
naskhah ini bernama La Ode Zainu

3
atas kertas daluang dengan ketebalan 45 halaman. Naskhah ini ditulis dalam jumlah

21-26 baris dalam setiap halaman dan jarak antara baris lebih kurang 0.5 sm

manakala lebar teks ialah 11 sm. Naskhah yang ditulis di atas kertas daluang ini

mempunyai kepanjangan 23 sm dan lebar 15.5 sm.

Naskhah kitab Tib di Surau Calau, Padang menggunakan nombor rujukan

CL.SJJ.2011 623. Ketebalan naskhah ini ialah 74 halaman dan ada halaman tertentu

yang ditulis hanya sebahagian halaman sahaja. Naskhah ini bercampur dengan ajaran

tasauf pada beberapa halaman tertentu.

Kitab tib Pontianak dengan nombor rujukan MSS 2219 merupakan naskhah

yang lengkap dan berada dalam simpanan Perpustakaan Negara Malaysia. Naskhah

ini berketebalan 40 halaman dan ditulis di atas kertas laid Eropah dan berwarna

putih kekuningan. Menurut catatan pada naskhah ini, ia dimiliki oleh Al-Haji Ismail

bin al-Haji Mustafa yang menetap di Kampung Tembalan, Pontianak, Kalimantan

Barat, Indonesia.

3.0 Penyakit Golongan Wanita

Lumrahnya, apabila disebut sahaja kitab tib, ramai yang akan tersenyum

kerana rata-rata kitab ini membicarakan penyakit golongan lelaki namun ramai yang

tidak menyedari bahawa penyakit bagi golongan wanita juga tidak kurang pentingnya.

Kajian yang dilakukan terhadap naskhah-naskhah kitab tib menunjukkan bahawa

penyakit golongan wanita tidak kurang pentingnya dan setiap penyakit wanita yang

dibincangkan adalah berdasarkan pengalaman bomoh atau pawang mengubati wanita

3
Naskhah ini ditemui di sebuah surau yang bernama surau tua , iaitu Surau Calau, di Sijunjung Padang, Sumatera
Barat Indonesia.

4
yang mengalami penyakit tertentu. Ada sesetengah naskhah tidak menyatakan

gender pesakit manakala sesetengahnya pula menjelaskan secara terperinci wanita

yang mengalami penyakit-penyakit tertentu.

Dalam kitab-kitab tib yang dikaji, terdapat beberapa penyakit bagi golongan

wanita, antara penyakit yang popular ialah penyakit:

i) Senggugut
ii) Busung darah
iii) meroyan
iv) Perempuan terlalu sundal
v) Wanita mandul
vi) Wanita kurang seri

2.1 Penyakit senggugut

Dalam kebanyakan kitab tib penyakit ini sering dinyatakan tetapi kaedah
rawatannya berbeza antara satu kitab tib dengan kitab tib yang lain. Dalam kitab
tib MS2219 penyakit golongan wanita ini dibincangkan dengan panjang lebar sekali4.
Penulis kitab ini menyatakan bahawa seseorang yang mengalami penyakit ini
mempunyai tanda-tanda seperti kembung perut, terlalu dahaga, badan kurus, tiada
selera makan dan makan sedikit tetapi terasa kenyang. Tanda-tanda ini memberi
pandaun kepada pesakit bahawa sekiranya salah satu daripada tanda-tanda tersebut
wujud, seseorang itu besar kemungkinan mengalami senggugut. Penyakit senggugut
dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu:

a) Senggugut bunga
b) Senggugut bangkai
c) Senggugut lintah

Ketiga-tiga jenis penyakit senggugut ini mempunyai perbezaan yang cukup


jelas antara satu dengan yang lainnya dan dihuraikan dengan terperinci.
4
Kitab tib yang lain hanya menyatakan rawatan penyakit ini sahaja tanpa penjelasan lanjut.

5
Pembahagian yang dibuat adalah berdasarkan bau darah yang keluar. Tanda-tanda
penyakit ini adalah seperti yang berikut:

@ senggugut bunga - darahnya berbau harum


@ senggugut bangkai - darahnya berbau busuk
@ senggugut lintah - darahnya berbau hanyir

Untuk mengubati penyakit golongan wanita ini terdapat beberapa pilihan yang
diberikan antaranya:

Senggugut bangkai
Ramuan:
– setelunjuk umbi pandan (belum berbunga)
- bunga cempaka (belum kembang)
- segenggam daun selasih
- tiga biji mengkudu mengkal
- abu roman padi

Senggugut lintah
Ramuan:
- daun benalu segenggam
- lada sulah tiga biji
- bawang putih sebuku

Senggugut bunga
Ramuan:
- bunga pekan segenggam
- daun kumuk segenggam
- ujung atap
- halia padi
- lada hitam tujuh biji
- beras

6
Dalam kitab tib MS115 dinyatakan bahawa ramuan yang digunakan adalah
untuk membunuh penyakit senggugut supaya penyakit ini tidak datang lagi. Juga
dinyatakan sekiranya pesakit mengalami senggugut dan tiada beranak (mandul)
ramuan yang digunakan mampu mengubatai penyakit dua serangkai ini.

Sebagai lagi ubat mebunuh penyakit senggugut supaya jangan


datang lagi jika tiada beranak jadi beranak. Ambil daun benalu
api segenggam harat dan lada sulah 7 biji dan bawang merah
sebuah. Maka pipis airnya juga minum 3 pagi yang lebih dimakan
itu sapukan pada perut pula insyaallah (MS115:72-73)

2.2 Penyakit busung darah


Wanita yang mengalami penyakit ini akan menyebabkan perut pesakit
membesar sama ada dipenuhi air ataupun angin. Penyakit ini dikatakan berlaku
kerana seseorang perempuan itu tidak datang haid atau datang bulan. Busung jenis
ini dikatakan busung darah kerana pesakit akan mengeluarkan darah tanpa henti.

Bagi pesakit yang mengalami penyakit ini mempunyai pantang larang, iaitu
pesakit dilarang sama sekali daripada mengambil minuman sejuk sebaliknya
dikehendaki mengambil minuman panas sahaja. Untuk mengubati penyakit ini
beberapa bahan ramuan diperlukan seperti berikut:

- tepung pulut hitam


- lada sulah 7 biji
- lempoyang padi
- buah pala
- halia padi
- limau nipis

Menurut kitab tib ini rawatan penyakit ini adalah seperti yang berikut:

7
Ubat busung darah ambil pulut hitam maka perbuat tepung dan lada
sulah tujuh biji dan lempoyang padi dan buah pala dan halia padi
semuanya itu dipipis lumat-lumat airnya limau nipis. Maka untal tiga
pagi atau tujuh pagi dan tatkala minum itu airnya panas selama minum
ubat itu. Jangan minum air sejuk hingga air panas juga ( MS2219: 12)

2.3 Perempuan meroyan


Meroyan ialah penyakit wanita selepas melahirkan anak atau bersalin.
Sesetengah orang mentakrifkan penyakit ini sebagai penyakit perempuan yang
merana atau selalu sakit-sakit sesudah beranak. Dengan erti kata lain meroyan ialah
penyakit yang dihidapi oleh golongan wanita pada bahagian-bahagian badan tertentu
setelah melahirkan anak.

Dalam kitab tib MS 2219 ini menyatakan bahawa meroyan mempunyai dua
tanda yang cukup jelas, iaitu pesakit akan mengalami muntah-muntah dan menyucuk-
nyucuk di bahagian kepala. Bagi yang mengalami penyakit ini tanda muntah dan
kepala seperti dicucuk-cucuk benda tajam adalah tanda utama untuk mengenal pasti
penyakit ini. Bagi yang mengalaminya, ramuan khusus diperlukan untuk merawat
penyakit ini. Bagi perempuan yang meroyan dan menunjukkan tanda muntah-muntah,
ramuan yang dicadangkan ialah:

- bawang merah
- jintan hitam

Bahan-bahan ini dimakan dengan sirih pinang kemudian disemburkan dari bahagian
dada hingga ke bahagian ari-ari pesakit. Bagi kes yang kedua pula pesakit boleh
diubati dengan cara menggunakan bahan-bahan yang berikut:

- daun ruku-ruku
- akar ruku-ruku
- bawang putih 3 ulas

8
Bahan-bahan ini kemudiannya dipipis lumat-lumat dan air pipisan tersebut
dibedakkan di bahagian perut pesakit. Rawatan ini perlu dilakukan selama 3 hari
berturut-turut.

2.4 Perempuan terlalu sundal


Penyakit ini agak kasar namanya tetapi ia merujuk pada penyakit bagi golongan
wanita yang mempunyai nafsu terlalu kuat atau penyakit nafsu buas. Punca penyakit
ini tidak dinyatakan tetapi diberikan ramuan khusus untuk mengubati penyakit ini.
Ramuan yang diperlukan ialah:

- buah limau purut sebiji


- bawang merah sebutir
- lada 7 biji
- lengkuas 7 hiris
- halia 7 hiris

Bahan-bahan ini perlu digiling hingga lumat dan hancur kemudiannya dicampur air
panas dan diminum selama tiga pagi. Pantangnya ialah wanita tersebut tidak boleh
bersetubuhan (tidak dinyatakan jangka waktunya dan kemungkinan sewaktu
pengambilan ubat tersebut). Menurut kitab ini:

Ubat perempuan yang terlalu sundal ambil limau purut sebuah dan
bawang merah sebuku dan lada tujuh butir dan lengkuas tujuh hiris dan
halia tujuh hiris giling lumat-lumat hancurkan dengan air panas dan
minum tiga pagi. Jangan setubuh dengan lelali insya-Allah taala
kuranglah nafsunya. (hlm 17-18)

3.0 Rumusan
Banyak lagi penyakit golongan wanita yang dinyatakan dalam kitab ini dan dalam
waktu yang terlalu singkat ini hanya dinyatakan empat penyakit sahaja. Untuk
mendapatkan maklumat terperinci, lihat naskhah ini dengan nombor rujukannya MSS
2219. Banyak penyakit lain yang dinyatakan walaupun naskhah ini hanya 40 halaman
sahaja tetapi banyak manfaat yang kita akan dapat setelah membaca naskhah ini.

9
BIBLIOGRAFI

1. Ab.Razak Ab.Karim, 2006. Analisis Bahasa dalam Kitab Tib Pontianak. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
2. -----------------------, 2000. “Kitab Tib Pontianak: Jenis-jenis Penyakit dan
Bahan-bahan yang Digunakan untuk Perubatan” dlm. Jurnal Filologi Melayu,
Jilid 8, hlm, 99-110.
3. Azahari Ibrahim, 2000. Ubat-ubatan Tradisional Arab-Melayu. Kuala Lumpur:
Darul Nu’man
4. ---------------------, 2001. Ubat-ubatan Tradisional Melayu. Kuala Lumpur:
Darul Nu’man.
5. Bhagwan Dash, 1997. Ayurvedic Cures for Common Diseases. New Delhi
(India): Hind Pocket Books.
6. Gimlette, J.D., 1923. Malay Poisons and Charm Cures. London: J.&A. Churchill.
7. H. Mahmud Yunus, 1979. Tafsir Quran Karim. Jakarta: P.T. Hidakarya Agung.
8. Kamus Dewan Edisi Baru, 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
9. Manuskrip MSS 2215, Perpustakaan Negara Malaysia.
10. Manuskrip MSS 2219, Perpustakaan Negara Malaysia.
11. Muhammad Abdullah, 2000. “Wirid, Hizib, dan Wifiq dalam Tradisi Naskhah
Pasantren”. Kertas kerja dalam Musyawarah Nasional II dan Simposium
Antarabangsa IV – Masyarakat Pernaskhahan Nusantara, Pekan Baru, Riau,
18-20 Julai.
12. Muhd. Abd. Ghani, 1992. Hajat untuk Rawatan, Perlindungan dan Doa. Kuala
Lumpur: Darul Na’im.
13. Redaksi Trubus, 2002. Seri Pengalaman Obat Tradisional Sembuhkan
Mereka. Jakarta: Penerbit Majalah Trubus.
14. Supriadi et al., 2001. Tumbuhan Obat Indonesia: Penggunaan dan Khasiat.
Jakarta: Pustaka Populer Obor.
15. Tariq Tantawi, 2001. Ubat & Rawatan Cara Nabi SAW. Kuala Lumpur: Darul
Nu’man.
16. Unus Suriawaria, H., 2002. 10 Tanaman Berkhasiat Sebagai Obat. Jakarta:
Papas Sinar Sinanti.
17. Wilkinson, R.J., 1955. A Malay-English Dictionary. London: Macmillan & Co.
Ltd.
18. -------------------, 1959. A Malay-English Dictionary. London: Macmillan & Co.
Ltd.

10
19. Zabidi H.Nawi, 1998. Perubatan Nabawi dan Perubatan Tabii’ie. Ipoh: Pustaka
Muda.

11

You might also like