2 - Surat Jemputan Gov (1) - 3 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

PERSATUAN TENPIN BOWLING NEGERI SEMBILAN

No. 27A, Jalan Ainsdale 15/4,


Bandar Ainsdale, 70200 SEREMBAN.

Rujukan Kami : NSTBA/2020/015


Tarikh : 5 FEBRUARI 2020
SEPERTI DALAM SENARAI EDARAN

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN TENPIN BOLING PIALA DATO’ HAJI AMINUDDIN HARUN 2020

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Tenpin Bowling Negeri Sembilan (NSTBA) akan
menganjurkan KEJOHANAN TENPIN BOLING PIALA DATO’ HAJI AMINUDDIN HARUN 2020 yang
dijadualkan akan berlangsung pada 6 Mac 2020 sehingga 8 Mac 2020 bertempat di Ampang
Superbowl, Seremban Prima, Negeri Sembilan.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput wakil kementerian/jabatan/bahagian


/syarikat dari pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai kejohanan ini. Bersama-sama ini
dilampirkan maklumat berkaitan kejohanan serta borang penyertaan untuk perhatian YBhg.
Prof./Dr./Tuan/Puan.

4. Besar harapan kami agar pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dapat menghantar sekurang-
kurangnya dua wakil pasukan dari kementerian/jabatan/bahagian/syarikat dari pihak YBhg.
Prof./Dr./Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Pengarah Kejohanan
iaitu En. Mohd Nor Bin Mahmud di talian 017-9285117 atau emel ke alamat danadur88@gmail.com.

5. Kerjasama dan perhatian dalam perkara ini amatlah dihargai dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

YBHG. DATO’ NASARUDIN BIN MALEK


PRESIDEN
PERSATUAN TENPIN BOWLING
NEGERI SEMBILAN

s.k : Fail persatuan

You might also like