Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2018-2019 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Isnin, 15 Julai 2019

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

SIARAN AKHBAR
ANGGARAN PENDUDUK SEMASA, MALAYSIA, 2018-2019

PENGENALAN

Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2019 membentangkan data anggaran penduduk pertengahan tahun di peringkat
Malaysia dan negeri bagi tahun 2018-2019. Anggaran penduduk yang disediakan adalah berasaskan data Banci Penduduk dan
Perumahan 2010 dengan mengambil kira komponen kelahiran, kematian dan migrasi.

SAIZ DAN KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK

Penduduk Malaysia pada 2019 diganggarkan 32.6 juta orang, meningkat daripada 32.4 juta orang berbanding 2018. Jumlah
penduduk merangkumi 29.4 juta orang (90.2%) Warganegara dan 3.2 juta orang (9.8%) Bukan warganegara.

Kadar pertumbuhan penduduk tahunan menurun kepada 0.6 peratus pada 2019 berbanding 1.1 peratus pada 2018. Ini
disumbangkan oleh penurunan kadar kesuburan dan migrasi Antarabangsa bersih.

PENDUDUK MENGIKUT JANTINA

Pada 2019, penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan. Penduduk lelaki meningkat daripada 16.7 juta orang (2018) kepada
16.8 juta orang. Penduduk perempuan turut meningkat daripada 15.7 juta orang (2018) kepada 15.8 juta orang bagi tempoh yang
sama.

Penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan dalam kumpulan umur muda (0–14 tahun) dan umur bekerja (15–64 tahun).
Sebaliknya, penduduk perempuan melebihi penduduk lelaki dalam kumpulan umur tua (65 tahun dan lebih) iaitu 1.13 juta orang
perempuan dan 1.06 juta orang lelaki.
NISBAH JANTINA

Secara keseluruhannya, nisbah jantina kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan sejak 2013. Walau bagaimanapun, nisbah
penduduk Bukan warganegara adalah tinggi dimana pada 2019, nisbah adalah 163 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Nisbah
jantina bagi Warganegara menurun sedikit daripada 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan (2010–2014) kepada 102 lelaki bagi
setiap 100 perempuan (2015–2019).

STRUKTUR UMUR

Komposisi penduduk berumur 0–14 tahun (umur muda) pada 2019 menurun daripada 23.8 peratus pada 2018 kepada 23.3 peratus.
Manakala penduduk berumur 15–64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.7 peratus pada 2018 kepada 70.0 peratus pada
2019. Komposisi penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) turut meningkat daripada 6.5 peratus kepada 6.7 peratus.

Peningkatan komposisi penduduk umur bekerja dan umur tua turut memberi kesan kepada peningkatan umur penengah pada
2019. Umur penengah meningkat kepada 28.9 tahun daripada 28.6 tahun pada 2018.
Dikeluarkan oleh:

DATO' SRI DR. MOHD UZIR MAHIDIN


KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
DrUzir_Mahidin Dr_Uzir

15 Julai 2019
Pegawai dihubungi:

Rohaida binti Mohamad


Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : rohaida.mohamad[at]dosm.gov.my

You might also like