Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

HALA TUJU SENI SERAMIK DI MALAYSIA DALAM ERA

KONTEMPORARI

Mandy Bin Che Manah

HI{ Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian


4695. (Seni Halus)
B68
A256 2007
2007
l

t'ulla l m a mat lYIaKlUmal AKaaelTl1


UNlVERSlTI MALAYSIA SARAWAII
P.KHIOMAT MAKLUMAT AKAOEMIK
Q4100 KOla SamarahaD
UNIMAS

'11111111"'1111
1000166833
III" III
till
HALA TUJU SENI SERAMIK DI MALAYSIA DALAM

ERA KONTEMPORARI

AFANDY BIN CHE MANAH

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

Seni Halus

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif


UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
2007

I
UNNESITI MALAYSIA SARAW AK

- BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN

JUDUL: HALA TUm SENI SERAMIK DI MALAYSIA DALAM


ERA KONTEMPORARI

SESI PENGAJIAN : 2006/2007

Saya: AF ANDY BIN CHE MANAH

mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat


Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesisl Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak


2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesisl laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi
5. *sila tandakan

D SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau


kepentingan seperti termaktub di dalam AKT A RAHSIA
RASMI1972)
r--I TERHAD
(mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh

~ Organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)

D TIDAK TERHAD Disahkan

......._
II _ I -+-X~~~·~_~_
~___~_~_

1;l'}daQhnds Tandatangan Penyelia


T arikh: 'f IS-I ~ Tarikh: ::LGfOi!:YVW
Alamat T etap:

PT 2465, Taman Desa Johan, Lubok Jong

17000, Pasir Mas,

Kelantan.

Catatan: *Tesis I Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
*Jika Tesisl Laporan ini SULIT atau Terhad, siJa lampirkan surat daripada pihak berkuasalorganisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau Terhad.
PENGHARGAAN

Pertama sekali saya mengucapkan setinggi syukur kepada Allah SWT,


Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kumianya saya telah beIjaya
menyiapkan penilisan ini dengan sempuma.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada Encik Awangko' Hamdan selaku penyelia saya yang telah banyak
memberi tunjuk ajar, tidak lupa juga kepada Encik Yakup Mohd Rafee diatas
bimbingan serta dorongan yang beliau curahkan. Tidak ketinggalan kepada Encik
Zulkalnain, Encik Anuar Ayob dan Encik Wan Jamarul Imran yang turut sarna
menyumbang idea dalam menjayakan penulisan ini.
Ucapan terima kasih ini juga ingin saya tujukan kepada rakan-rakan
sepeIjuangan yang sentiasa membakar semangat dalam mengharungi peIjuangan dan
menempuh suka duka sebagai seorang anak seni terutamanya kepada Cikgu Din,
Suhana, Faridah, Zabri, Wawa, Meha, Mahiza, serta buat semua rakan-rakan
daripada program Seni Halus. Kenangan manis kau dan aku tak akan terhapus.
Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tak terhinggajuga diucapakan kepada
ayah dan bonda tercinta, Che Manah B Che Awang dan Fatimah Bt Zakaria yang
sentiasa mendoakan kejayaan saya. Tidak lupa juga kepada adik dan abang yang
selalu diingati, Mohd Rahim dan Shah Anuar serta semua keluarga yang sentiasa
memberikan dorongan dan menyokong saya untuk terus berjaya. Jasa dan budi
kalian akan sentiasa kusimpan rapi di sudut hatiku.

Afandy Bin Che Manah


l

TANDATANGAN PENYELIA

Disertai diakui "HALA TUm SENI SERAMIK DI MALAYSIA DALAM ERA


KONTEMPORARI" disediakan dan dikemukakan oleh Afandy Bin Che Manah dan
telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif sebagai memenuhi syarat
untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Seni Halus.

Diterima dan diperiksa oleh :

(Encik Awangko' Hamdan B Awang Arshad)

Tarikh :.... . . .. ..... .. .... . .... . . .. .

11
ABSTRAK

Karya ini mengkaji tentang aktiviti memasak di dalam kawah yang sering diadakan

ketika majlis kenduri atau keramaian di kampung-kampung terutamanya oleh

masyarakat Melayu. Aktiviti memasak di dalam kawah selalunya akan dilakukan

secara begotong-royong oleh penduduk kampung. Karya bertajuk Kawah ini

merupakan satu simbolik yang dapat membentuk perpaduan di kalangan masyarakat

di sebalik kegunaan kawah.

III
ABSTARCT

This research is an artwork which is about a huge cooking lltensillisedfor cooking

plllposes in a Malay village feast. The artwork entitle Kawah is produced to signifY

the great unity sense happened during the communal activity.

IV
,...

·u.'a ... atM.' l" mat AKaoenUi


VER r , I\LAYSIA SARAWA¥
(j() I r'\

lSI KANDUNGAN

Penghargaan

Tandatangan Penyelia II

Abstrak III

Abstract IV

Dab 1. Pendahuluan.

1.1 Pengertian kontemporari

1.2 Objektifkajian 2

1.3 Penyataan masalah 3

1.4 Sejarah seramik di Malaysia 4

1.5 Perkembangan seni seramik dunia 4

1.6 Hipotesis 5

1.7 Kepentingan kajian 6

1.8 Skop kajian 7

Dab 2. Metodologi penyelidikan 8

2.1 Pengenalan 8

2.2 Kaedah kajian 8

2.3 Definisi seramik 9

2.4 Definisi seni 11

2.5 Hala tuju seni seramik Malaysia 12

I
,..

2.6 Kenyataan artis seramik mengenai seni seramik di Malaysia 16

2.7 Contoh-contoh karya seni seramik kontemporari Malaysia 21

Bab 3. Karya peribadi 23

3.1 Kegunaan kawah dalam masyarakat Melayu 23

3.2 Pengertian budaya 26

3.3 Kaitan unsur budaya dengan karya 27

3.4 Proses penghasilan karya 31

Bab 4. Kesimpulan 35

Bibliografi 37

Vl

!I

I
,...

Bab 1

HALA TUJU SENI SERAMIK DI MALAYSIA

DALAM ERA KONTEMPORARI

Pendahuluan

1.1 Pengertian kontemporari

Melalui rujukan daripada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kontemporari

merupakan perkataan yang berasal dari Eropah yang berrnaksud pada masa yang

sarna, semasa atau sesarna (dengan seseorang atau sesuatu), pada masa kini.

Fenomena seni rupa kontemporer Malaysia merupakan ekspresi karya-karya

yang menyuarakan berbagai bentuk konfrontasi, kali ini bukan untuk berhadapan

langsung dengan kolonialisasi seperti dialami pada masa silamnya, tetapi berbagai

perrnasalahan genting setempat yang merupakan tindakbalas dari fenomena

globalisasi.

Bagi orang seni, istilah itu masih dikatakan belum ada suatu difinasi yang

tunggal untuk dimegertikan. Rentetan dari itu, menjadi penyebab berlakunya proses

pencariannya hingga kini. Apakah disebabkan seni itu universal sifatnya atau seni

semamangnya suatu yang intangible dan subjektif? Yang jelas makna dan maksud

seni itu sendiri masih diperdebatkan yang bukan hanya membabitkan penteori tetapi

pembuat seni itu sekali. Pecahan seni juga begitu banyak. Ada seni yang begitu

berpengaruh, popular dan tidak kurang hanya hidup terhadap pengkarya saja.
1.2 Obj ektif kajian

Tajuk ini cuba membincangkan tentang bagaimanakah sasaran serta

kedudukan yang ingin dicapai oleh seni seramik di Malaysia dalam era yang serba

canggih iaitu era teknologi.

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perubahan hasil karya

penggiat-penggiat seni dahulu dan kini, adakah ia telah berubah atau masih sarna

dari segi hasil karyanya.

Pengkaji juga ingin mengkaji sarna ada seni serarnik di Malaysia semng

dengan perkembangan seni serarnik di barat at au adakah ia jauh ketinggalan.

Kajian ini juga dilakukan untuk mengetengahkan bentuk-bentuk baru seramik

seperti karya yang berbentuk area, instalasi, konseptual, hybrid atau mix media yang

lebih bersifat kontemporari .

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji adakah seni seramik ini

mampu menarik minat golongan-golongan muda pada zaman yang serba canggih ini

kerana kebanyakan mereka lebih gemar dengan seni yang melibatkan kecanggihan

seni elektronik seperti seni video, seni cahaya dan sebagainya yang banyak

meggunakan kecanggihan teknologi.

Pengkaji cuba mengkaji sejauhmanakah kemudahan peralatan yang

menggunakan teknologi yang canggih telah dieksploitasi di dalarn penghasilan karya

serarnik khususnya di Malaysia.

1.3 Penyataan masalah

Masalah utama yang dihadapi oleh pengkaji ialah kekurangan sumber

rujukan seperti buku-buku atau artikel terkini yang berkaiatan seramik bagi

mendapatkan maklumat. Kebanyakan sumber rujukan tersebut masih di tahap yang

kurang serta mempunyai isi kandungan yang belum menepati kehendak sepenuhnya

di samping huraian-huraian yang serba ringkas. Keadaan yang sedemikaian

menyebabkan amat sukar untuk pengkarya mencari maklumat dengan tepat dan

relevan sebagai intipati kajian.

Permasalahan juga timbu l kerana pengkaji agak sukar untuk mendapatkan

komen atau penjelasan daripada artis yang terlibat dengan seni seramik di Malaysia.

Di samping itu , artis-artis di Malaysia juga tidak ramai yang menceburkan diri

dengan bidang seramik menyebabkan pengkaji agak sukar untuk membuat rujukan

terhadap karya-karya mereka. Namun, masalah ini dapat diatasi oleh pengkaji

dengan menghantar emel kepada artis-artis seramik bagi mendapatkan penjelasan

daripada mereka tentang kajian yang dijalankan.

Kebanyakan penggiat seni seramik di Malaysia pada hari ini tidak terlibat

secara sepenuh masa dengan seni seramik sebagai keIjaya. Mereka lebih melibatkan

diri denagn aktiviti lain seperti manjadi pensyarah di universiti-universiti tempatan

kerana keIjaya sebagai penggiat seni seramik tidak menjanjikan pulangan yang

begitu baik.

Selain itu, penerimaan masyarakat terhadap seni seramik yang kurang juga

menjadi satu masalah kepada pengkaji kerana masyarakat kini masih lagi

menganggap seramik sebagai objek kegunaan yang bersifat tradisional sahaja.

1.4 Sejarah seramik di Malaysia

Peribahasa Melayu ada mengatakan ditetak belah dipalu belah, tembikar

juga akan jadinya yang membawa erti walau bagaimanapun diseksa atau disakiti,

kesudahannya jadi mayat juga. Melalui peribahasa Melayu, kit a dapat membuat

kesimpulan bahawa tembikar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan

orang Melayu pada masa dahulu sebagai alat untuk kegunaan harian. Hal ini juga

memberi gambaran bahawa barangan tembikar tradisional mengutamakan ciri

functional dari ciri perhiasan.

Di negara kita, kegunaan tembikar telah wujud sejak beribu-ribu tahun

dahulu. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan serpihan-serpihan tembikar di Bukit

Tanjung Lembu, Perlis, di Gua Cha, Kelantan dan Ulu Tembeling, Pahang, Gua

Niah dan Gua Mulu, Sarawak dan Gua Tempurung di Perak.

1.5 Perkembangan seni seramik dunia

Seni seramik dunia pada ketika ini telah mengalami pelbagai perubahan yang

begitu pesat. Seni seramik di Eropah contohnya telah lama berkembang dengan

adanya kalya-karya yang berbentuk kontemporari seperti hybrid seramik (mix

media), area, karya yang berbentuk non fimctional, instalasi, konseptual, dan

sebagainya. Karya-karya seperti ini lebih bersifat kontemporari dan tidak lagi

membataskan seramik kepada bentuk-bentuk tradisional sahaja. Seni seramik di

barat kini lebih menekankan kepada eksplorasi terhadap bahan yang boleh

,... ,...

dieksploitasi dengan karya-karya seni seramik. Selain itu, seni seramik di barat juga

banyak mengeksploitasi teknik-teknik peghasilan karya seramik seperti teknik

pembuatan, pembakaran dan juga teknik dekorasi atau hiasan di atas pelmukaan

karya seramik iaitu dengan menggunakan gerlis. Di antara nama-nama altis seni

seramik barat yang banyak mengembangkan idea dan membuat eksplorasi terhadap

penghasilan karya seramik adalah seperti Susan Peterson, Peter Lane, Edmund de

Waal, David Jones dan sebagainya.

1.6 Hipotesis

Melalui penyelidikan ini penyelidik mengandaikan bahawa hala tuju

perusahaan seni seramik di Malaysia ketika ini tidak mengalami banyak perubahan

dari zaman sebelumnya kerana perkembanagannya masih tidak terlalu ketara.

Penyelidik juga menjangkakan sem seramik di Malaysia masih lagi

ketinggalan jika dibandingkan dengan seni seramik di barat yang mempunyal

banyak pembaharuan terutamanya dari segi reka bentuk dan teknik penghasilan seni

seramiknya.

Selain itu, pengkaji juga mengandaikan bahawa penenmaan masyarakat

terhadap seni seramik kontemporari masih kurang. Mereka lebih mengenali seramik

sebagai barangan untuk memenuhi keperluan seharian sahaja. Mereka masih belum

dapat menerima perubahan yang ketara terhadap seni seramik terutamanya dari segi

idea penghasilan seperti mana yang telah dilakukan oleh penggiat-penggiat seni

barat.

~ ____ ~~ l______________________________________________________________ ~
1.7 Kepentingan kajian

Kepentingan kepada penyelidik :

Melalui kajian tnl penyelidik dapat mengetahui sejauhmanakah

perkembangan seni seramik di Malaysia yang kini telah memasuki era teknologi.

Selain itu, penyelidik juga akan dapat mengetahui perubahan hasil-hasil

karya berkaitan seramik yang dihasilkan oleh pengkarya terdahulu dan pengkarya

sekarang.

Kepentingan kepada masyarakat :

Penyelidikan yang dijalankan akan membantu masyarakat untuk mengetahui

ten tang masa depan perusahaan seramik di negara ini dalam mengharungi era pasca

modenisme. Kajian ini juga akan mendedahkan masyarakat kepada perubahan hasil­

hasil karya seramik moden yang telah dihasilkan oleh artis-artis baru.

Kepentingan akademik:

Melalui kajian ini juga, pengkaji mengharapkan agar hasil kajian ini akan

menjadi sumber rujukan akademik kepada pengkaji-pengkaji yang seterusnya serta

dapat membuka minda masyarakat untuk terus membuat kajian-kajian lainberkaitan

eni seramik di Malaysia.

1.8 Skop kajian

Dalam kajian ini, skop kajian yang akan dijalankan hanya tertumpu terhadap

seni seramik di Malaysia sahaja.

Kajian hanya merangkumi sekitar tahun 1980-an hingga kini bagi melihat

situasi yang berlaku terhadap seni seramik di dalam era yang dikaitkan dengan

perkembangan teknologi.

Bab2

METODOLOGI PENYELIDlKAN

2.1 Pengenalan

Metodologi adalah kaedah atau cara yang digunakan untuk mendapatkan

maklumat dan keputusan kajian. Dalam penyelidikan ini, terdapat dua kaedah yang

digunakan. Antara kaedah yang digunakan ialah melalui rujukan sumber primer dan

sekunder daripada buku-buku rujukan dan sumber dari internet berkaitan seni

seramik. Kaedah kedua yang digunakan adalah daripaada rujukan karya artis

terdahulu yang berkaitan dengan seni seramik di Malaysia.

2.2 Kaedah kajian

Dalam kajian yang dibuat, kaedah pertama yang digunakan adalah melalui

rujukan sumber primer dan sekunder daripada buku-buku dan sumber intemet

berkaitan dengan seni seramik. Antara sumber-sumber rujukan yang dirujuk

termasuklah buku-buku yang berkaitan dengan seni kontemporari di Malaysia,

katalog-katalog dari Balai Seni Lukis dan katalog Bakat Seni Muda Sezaman,

kaedah persampelan, temuramah, manakala bagi bahan rujukan yang diambil dari

sumber internet pula berupa sumber dari httpllwww.E-artonline.com dan banyak lagi.

Sebagai satu kaedah di dalam penyelidikan juga, pengkaji akan meminta

penjelasan daripada pensyarah Seni Halus, En Awangko' Hamdan yang mempunyai

banyak pengalaman ten tang bidang seramik bagi mendapatkan maklumat tambahan.

Se1ain itu penyelidik juga memperolehi maklumat untuk kajian ini melalui rujukan

terhadap kajian-kajian yang telah lepas daripada artis, pensyarah, dan pelajar.

8
2.3 Definisi seramik

Perkataan seramik diambil dari perkataan bahasa Inggeris ( ceramic) berasal

dari Yunani, dan secara harafiahnya merujuk kepada kepada semua bentuk tanah liat.

Bagaimanapun, penggunaan istilah moden meluaskan penggunaannya untuk

merangkumi bah an bukan logam bukan organik. Sehingga tahun 1950an, tanah liat

yang paling penting adalah tanah liat traditional yang dijadikan barangan tembikar

( pottery ), batu bata, tile, dan seumpamanya, bersama dengan simen dan kaca.

Secara sejarah, barangan seramik adalah keras, poros, dan mudah pecah. Kajian

mengenai seramik sebahagian besarnya bertujuan untuk mengurangkan masalah

tersebut dan meningkatkan kekuatan bahan seramik. Sumber diperolehi dari laman

web www.wikipedia.com.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula, seramik bermaksud

ke enian membuat barang-barang daripada tanah liat atau tembikar dan bW'ang

yang dibuat daripada tanah liat atau tembikar.

Laman web http//www.Encyclopedia.com pula mendefinisikan seramik

sebagai:.... materials made of nonmetallic minerals that have been permanently

hardened by firing at a high temperature. or objects made of such materials. Most

ceramics resist heat and chemicals and are poor conductors of heat and electricity.

Traditional ceramics are made ofclay and other natural occurring materials. while

modern high-tech ceramics use silicon carbide, alumina, and other specially

pllr~fied or synthetic raw materials. Ceramic materials are used in all forms of

pottery. from cntde earthenware to the finest porcelain, and in industrial and

engineering products. Ceramic products include cookware and dinnerware; art

objects, such as figurines; building materials, such as brick; abrasives, such as

alumina, and specialized cutting tools; electrical equipment, such as insulators in

spark plugs; refractories, such as firebrick and the heat shield on the space shuttle ;

and artificial bones and medical devices. The oldest known fired ceramics date from

the Paleolithic period some 27,000 years ago.

Contoh bahan seramik:

• Silikon nitride (ShN4), yang digunakan sebagai serbuk pengkakis.

• Boron karbide (B4C), yang digunakan dalam perisai helikopter dan kereta

kebal.

• Silikon carbide (SiC), yang digunakan sebagai ( succeptor ) dalam ketuhar

microwave dan sebagai bahan pembalikan.

• Magnesium diboride (MgB 2), yang merupakan superkonduktor luar biasa.

• Zink oksida (ZnO), yang merupakan semikonduktor dan digunakan dalam

penghasilan ( varistor).

• Ferrite (Fe304), yang merupakan ferrimagnetism dan digunakan sebagai teras

transformer elektrik dan ingatan teras magnetik ( magnetic core memolY ).

• Steatite digunakan sebagai penebat elektrik.

• B atu bata (kebanyakannya adalah aluminum silikat), digunakan dalam

pembinaan.

• Uranium oksida (U02), digunakan dalam reaktor nuklear.

• yttrium barium kuprum oksida (YBa2Cu307-x), superkonduktor bersuhu

tinggi.

10

2.4 Definisi seni

Menurut definisi yang dinyatakan oleh Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,

pengertian mengenai "seni" adalah berbagai-bagai dan ia juga memberi maksud

karya yang meliputi sajak, lukisan, muzik dan lain-lain yang diciptakan dengan

bakat hasil daripada sesuatu ciptaan. Selain itu, "seni" juga merupakan suatu yang

kompleks dan sangat subjektif. Ia mempunyai nilai estetika yang tersendiri dan perlu

ditafsir secara subjektif yang mana ia perlu dihurai dengan seberapa jelas yang

mungkin. "Seni" juga berbentuk abstrak. Ia tidak terhad kepada satu sudut sahaja

tetapi merangkumi pelbagai bidang yang lain.

Dalam memperkatakan tentang kesenian, banyak definisi yang dapat diberi.

Namun begitu, kebanyakan takrif seni lebih menekan dan menjurus mengenai

keinginan manusia untuk menghasilkan sesuatu aktiviti. Menurut Herbert Read, seni

adalah usaha untuk menciptakan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Leo Tolstoy

dalam bukunya 'What is Art?' (1896) pula menyatakan seni adalah hasil pengalaman

dan perasaan yang tercema melalui garis, wama, gerak, bunyi, kata-kata, bahasa dan

rupa bentuk yang dikongsi bersama orang lain. Bidang kesenian dianggap sebagai

cel11linan sesuatu nilai dan simbol dalam sesebuah tamadun, bangsa, dan

kebudayaan. Seni adalah satu manifestasi dan pancaran rasa keindahan, pemikiran,

kesenangan, dan perasaan yang lahir daripada seniman . Wujud atau lahimya

sesebuah karya seni atau objek seni adalah hasil dari idea-idea para seniman yang

berlandaskan daya imaginasi, pengetahuan, pendidikan, inspirasi, dan tenaga

seniman . (Sifoo.com)

II

2.5 Bala tuju seni seramik Malaysia

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan perkataan "hala"

bennaksud arah tuju manakala perkataan "tuju" pula membawa maksud arah, hala,

jurusan : ke mana. Iajuga bermaksud tujuan maksud, kehendak, dan sasaran.

Hala tuju merujuk kepada arah atau sasaran yang ingin dieapai pada masa

hadapan. Ini bermakna hala tuju lebih menjurus kepada perubahan kerana

semestinya arah at au sasaran yang ingin kita eapai adalah ke arah yang lebih baik.

Arus perubahan masa yang sentiasa membawa perubahan dalam semua bidang akan

mendorong sesuatu supaya turut mengalami perubahan. Bidang seni eontohnya telah

membawa banyak perubahan dari segi penciptaan, penerokaan, dan penghasilah

karya yang sememannya tidak pernah diduga oleh manusia. Pelbagai bentuk karya

seni dari semua bidang seperti eatan, seni eetakan, fotografi, area, dan seni

elektronik telah tampil dengan gaya dan bentuk yang barn. Teknik penghasilan juga

menjadi lebih eanggih dengan adanya bantuan daripada peralatan moden yang

terdapat dalam era teknologi ini.

Seramik telah wujud sejak zaman Neolitik lagi. Zaman Neolitik merupakan

Zaman Batu Barn di Malaysia bermula kira-kira 7000 tahun dahulu. Zaman ini

merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar; dan

tanah liat telah digunakan untuk membuat tembikar. Objek tembikar yang telah

dieipta adalah seperti bekas air, periuk, dan belanga. Seramik terawal yang dijumpai

dan digali adalah dari bahagian barat mulut Gua Niah. Seramik-seramik ini berupa

tempayan atau bekas yang tidak berukir, botol, dan bekas yang berbentuk bundar.

Kesemua barangan tembikar ini kasar buatannya, diperbuat menggunakan tangan,

keras, dan dibakar dengan api sederhana. Kebanyakan bekas seramik ini ada kaitan

12

dengan upacara pengebumian pada zaman Neolitik iaitu sebagai bekas untuk

pembakaran mayat ataupun sebagai cendera mata pengebumian.

Penghasilan seramik di Malaysia kemudiannya telah menerima pengaruh

Dongson dan diikuti pengaruh dari China ekoran daripada aktiviti perdagangan yang

dijalankan dengan negara China. Ia juga turut dipengaruhi oleh seramik India dan

kemudiannya pengaruh seramik Islam dari negara Arab yang juga disebabkan oleh

faktor perdagangan pada suatu ketika dahulu.

Pada era penjajahan British, seramik di Malaysia telah menerima pengaruh

seramik: dari barat khususnya dari Britain. Teknik-teknik penghasilan seramik yang

diperkenalkan oleh barat itu juga telah diguna pakai oleh pengusaha seramik di

Malaysia. Perkembangan ini agak positif tetapi ia telah membantutkan amalan dan

perkembangan seramik yang melambangkan identiti kita sendiri. Penghasilah

seramik pada ketika itu banyak menggunakan teknik-teknik luar sedangkan

penggunaan teknik-teknik tempatan pula semakin merosot.

Pada peringkat awalnya, penghasilan seramik di Malaysia hanya

menggunakan corak-corak biasa seperti corak berdiri, melintang, beIjalur, selang­

seli dan sebagainya dengan motif organik dan motif geometrik. Motif organik

merupakan motif yang berunsurkan alam semula jadi seperti awan larat, tumbuh­

tumbuhan. serta bunga-bungaan yang dapat dilihat pada hasil seramik tradisional

Melayu seperti tempayan, tembikar, belanga, pinggan mangkuk, dan sebagainya.

Namun, pada zaman penjajahan British, bentuk-bentuk seramik yang dihasilkan juga

pelbagai dan tidak hanya terikat dengan bentuk-bentuk seramik tradisional Melayu.

Penggunaan gerlis yang diperkenalkan oleh negara barat itu mula mempengaruhi

13

masyarakat tempatan dan objek-objek seramik Melayu juga mula menggunakan

gerlis sebagai dekorasi pada permukaan seramik.

Selapas kemerdekaan, UiTM Shah Alam merupakan institusi pertama di

Malaysia yang telah memeperkenalkan seni seramik yang bersifat kontemporari

kepada masyarakat khususnya di bawah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Pelbagai

pendedehan telah deberikan kepada masyarakat tentang seni seramik moden dan

bukan lagi seramik yang berbentuk kraf seperti yang dihasilkan oleh generasi­

generasi terdahulu . Kewujudan seni seramik yang bersifat kontemporari ini telah

menolak tanggapan masyarakat yang menganggap seramik di Malaysia hanya

bersifat kegunaan sahaja. Ramai art is seramik terkenal yang telah dikeluarkan oleh

UiTM terutamanya dari kalangan bumiputera bagi meneruskan perjuangan seni

tempatan seperti Ham Rabeah Kamarun, Faridah Yussof, Abdul Manan lohan,

Awangko' Hamdan, Shamsu Mohamad, Zainal Zakaria dan ramai lagi. Sehingga

kini, mereka masih lagi mempetjuangkan seni seramik kontemporari di negara kita.

Kini, secara keseluruhannya penenmaan terhadap sem seramik

kontemporari masih lagi selektif tetapi semakin meningkat. Hanya para pelajar dan

para penggiat seni sahaja yang memahami ten tang perkembangan seni seramik

tempatan. Kebanyakan masyarakat di luar masih lagi menganggap seramik sebagai

bahan yang hanya bersifat kegunaan sahaja. Seni seramik di Malaysia sebenarnya

telah berubah sifatnya dan tidak lagi terikat dengan fungsi atau kegunaannya. Seni

seramik ketika ini lebih berbentuk komersil.

Pengkaji berpendapat bahawa seni seramik di Malaysia ketika ini perlu

berkembang dengan penerokaan bentuk-bentuk barn dalam penghasilan karya-karya

seramik. Galeri-galeri tempatan kini sedang menunggu hasil perkembangan seni

14

seramik tempatan sedangkan hasil-hasl seni seramik masih lagi kurang. Masyarakat

pada hari ini juga harns peka dengan perkembangan dunia seni sekarang. Mentaliti

masyarakat yang masih menganggap seramik sebagai kraf tradisional yang bersifat

kegunaan semata-mata perlu dikikis kerana seni seramik pada ketika ini sudah

berubah fungsinya.

Jika dibandingkan dengan seni-seni yang lain, seni seramik dilihat jauh

ketinggalan. Kita perlu berani mencuba sesuatu yang barn terntamanya dalam

penghasilan karya seni seramik barnlah ia setanding dengan bentuk seni yang lain.

Popularitinya semakin meningkat dan tidak mustahil suatu hari nanti seni seramik

juga akan menjadi seni yang amat diminati.

Seni seramik di Malaysia sebenarnya turut menenma perubahan seiring

dengan peredaran zaman walaupun ia agak malap. Pelbagai bentuk karya seramik

seperti area, instalasi, hybrid seramik telah lama diperkenalkan oleh artis seperti

Bayu Utomo Radjikin, Abu Bakar Sabran, Hamdzun Haron, Wan Ahmad Mohamad,

Syed Mohd Syed Shahidin, Lim Nan Seng, dan ramai lagi. Dewasa ini, usaha-usaha

ini sedang diteruskan oleh artis-artis barn seperti Tajul Shuhaimin Said, Tan Bee Hin,

Cindy Koh, Mohd Rizal Ismail, dan Rozana Musa.(Rujukan daripada katalog

Pameran Terbuka 2006, Galeri Shah Alam)

15

You might also like