Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KEJOHANAN BADMINTON

MAJLIS SUKAN SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton Dunia
(BWF) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM. Namun terdapat sedikit pengubahsuaian
daripada segi sistem kiraan mata yang dinyatakan dalam Perkara 4.

2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Acara kejohanan badminton adalah seperti berikut:

2.1.1 Acara Perseorangan


1. Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun
2. Perseorangan Perempuan Bawah 12 Tahun
3. Perseorangan Lelaki Bawah 15 Tahun
4. Perseorangan Perempuan Bawah 15 Tahun
5. Perseorangan Lelaki Bawah 18 Tahun
6. Perseorangan Perempuan Bawah 18 Tahun

2.1.2 Acara Bergu


1. Bergu Lelaki Bawah 12 Tahun
2. Bergu Perempuan Bawah 12 Tahun
3. Bergu Lelaki Bawah 15 Tahun
4. Bergu Perempuan Bawah 15 Tahun
5. Bergu Lelaki Bawah 18 Tahun
6. Bergu Perempuan Bawah 18 Tahun

3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Setiap sekolah dibenarkan untuk mendaftar 2 orang peserta untuk acara
perseorangan (lelaki/perempuan) dan 2 pasang bergu (lelaki/perempuan) dalam
borang pendaftaran pasukan masing-masing mengikut kategori umur yang ditetapkan.

1
3.2 Seorang pemain boleh menyertai hanya SATU kategori pertandingan bagi setiap
kumpulan umurnya sahaja. Gantian pemain boleh dibuat sebelum pertandingan
bermula.

3.3 Semasa pendaftaran, pasukan yang bertanding perlu diiringi oleh sekurang-kurangnya
seorang Guru Pengiring. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku perkara yang
tidak diingini kepada pelajar yang tidak diiring oleh Guru Pengiring.

3.4 Setiap pasukan sekolah yang bertanding diwajibkan menghantar SEORANG pegawai
bertugas sebagai Pengadil Kejohanan. Jika terdapat pasukan yang GAGAL menghantar
guru bertugas sebagai Pengadil Kejohanan, pihak penganjur boleh mengenakan DENDA
sebanyak RM50.00 kepada pengurus pasukan.

3.5 Pasukan yang TIDAK memenuhi syarat 3.3 dan 3.4 boleh dibatalkan penyertaan.

4. SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.

4.2 Pada peringkat awal pertandingan iaitu daripada pusingan pertama sehingga pusingan
suku akhir bagi acara perseorangan dan bergu, kedua-dua belah pihak hendaklah
bertanding satu game yang mengandungi 30 mata sahaja. Mereka hendaklah menukar
petak gelanggang apabila kiraan yang terdahulu mencapai 15 mata daripada 30 mata
itu.

4.3 Jika kiraan mata menjadi 29 sama, pihak yang terdahulu mencapai 30 mata akan
diisytiharkan sebagai pemenang. Tiada tambahan ‘deuce’ dibenarkan.

4.4 Pada peringkat separuh akhir dan akhir, kiraan mata penuh mengikut kiraan mata BWF
akan digunapakai.

4.5 Tiada pertandingan bagi menentukan pemenang tempat ketiga dan keempat.
Kedudukan dikira sebagai Tempat Ketiga Bersama.

5. PAKAIAN
5.1 Semua pemain mesti berpakaian yang sesuai untuk permainan badminton dengan kasut
bertapak getah (non-marking sole)

6. BULU TANGKIS
6.1 Hanya bulu tangkis yang dibekalkan oleh pihak penganjur sahaja yang digunakan.

2
7. PERMAINAN
7.1 Pemain dan jurulatih diminta peka dengan jadual pertandingan dan berada di
gelanggang semasa pengumuman dibuat. Perlawanan dikira ‘walk over’ sekiranya
pemain tidak berada di gelanggang setelah 5 minit nama dipanggil.

7.2 Pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang semasa bermain tanpa kebenaran
pengadil.

7.3 Pemain yang didapati mengubahsuai atau mengganggu perjalanan /kelajuan biasa bulu
tangkis akan diberi amaran.

7.4 Masa kecederaan hanya 5 minit ( sekali sahaja).

7.5 Pemain tidak dibenarkan menukar bulu tangkis tanpa kebenaran pengadil.

7.6 Semasa permainan, minuman hanya boleh diminum oleh pemain dengan mendapat
kebenaran daripada pengadil.

7.7 Pada peringkat pusingan pertama sehingga suku akhir, jurulatih atau guru pengiring
dibenarkan memberi arahan kepada pemain dalam waktu rehat yang dibenarkan iaitu
selama 1 minit.

7.8 Pada peringkat separuh akhir dan akhir, jurulatih atau guru pengiring dibenarkan
memberi arahan kepada pemain pada masa rehat:
a. 2 minit antara game pertama dan kedua.
b. 2 minit antara game kedua dan game penentu.

8. BANTAHAN
8.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis kepada urusetia dengan
menyertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 selewat-lewatnya 30 minit selepas
tamat perlawanan. Wang tersebut tidak akan dikembalikan.

8.2 Perlawanan akan digantung oleh Referi Kehormat atas bantahan yang berkenaan
dengan undang-undang sahaja. Bantahan ke atas fakta tidak akan dilayan. Bantahan
tidak akan diterima sekiranya permainan diteruskan.

9. JURI RAYUAN
9.1 Keputusan Jawatankuasa Juri Rayuan adalah muktamad.

10. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan, pihak Jawatankuasa berhak membuat sebarang
pindaan dan keputusan adalah muktamad.

You might also like