Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PAVLOV, WATSON, SKINNER DAN THORNDIKE DI DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Teori Behavioris adalah berasaskan kepada pendekatan tindakan yang meknikal. Tingkah
laku manusia dilihat sebagai objek yang mempunyai gerak balas tertentu. Gerak balas ini bergantung
kepada suatu rangsangan yang boleh mempengaruhi tingkah laku manusia. Terdapat dua prinsip
yang dikemukakan dalam teori behvioris iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman operan.

Di bawah teori pelaziman klasik, Ivan Pavlov berpendapat bahawa setiap rangsangan yang
diterima akan menimbulkan gerak balas. Kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh
dikukuhkan melalui latihan. Ivan Pavlov telah menggunakan seekor anjing sebagai peralatan
eksperimennya. Seekor anjing yang melihat bekas dengan makanan akan mengeluarkan air liur. Ini
memberi kesimpulan bahawa ajing tersebut telah mengetahui bahawa bekas makanan yang dilihat
dengan makanan yang akan diberikan kelak. Hipotesisnya sesuatu organisma boleh diajar bertindak
dengan pemberian sesuatu rangsangan.

Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian setiap kali, murid membuat hasil kerja yang
baik maka gerak balas tersebut akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian guru. Guru juga boleh
memotivasikan pelajar dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata semangat untuk membentuk
tingkah laku yang diingini. Dengan ini, guru-guru dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas
yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Watson turut juga menjalankan pembelajaran
berasaskan emosi manusia. Menurut beliau emosi manusia tiga jenis iaitu marah, takut dan kasih
sayang. Beliau telah menggunakan seorang bayi dan seekor tikus putih. Pada mulanya, bayi tersebut
tidak menunjukkan perasaan takut. Selepas tikus tersebut mengeluarkan bunyi yang kuat maka bayi
itu mula berasa takut. Akhirnya, bayi tersebut berasa takut juga walaupun tikus putih itu tidak
mengeluarkan bunyi.

Sama seperti Pavlov, teori Watson juga menggalakkan rangsangan yang baik bagi
mewujudkan tingkah laku positif. Sebagai guru, kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah
menimbulkan perasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Guru
juga haruslah memotivasikan murid seperti mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kata
dengan bahan pengajaran supaya murid-murid berminat untuk belajar.

Seterusnya, di bawah pelaziman operan, Thorndike menjalankan berbagai eksperimen


dengan menggunakan suatu alat yang direka bentuk iaitu ‘puzzle box’. Dia mengurung seekor kucing
yang lapar dalam puzzle box yang mempunyai kunci. Jika kucing itu cuba dan berjaya menekan kunci
peti, pintu akan terbuka dan kucing itu dapat keluar kea rah makanan yang disediakan.
Pembelajaran ini dikenali sebagai ‘cuba jaya’.

Thorndike memperkenalkan tiga hukum iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum
Kesan. Hukum Kesediaan ialah kesediaan dari segi psikomotor, efektif, kognitif sebelum boleh
belajar. Kesediaan murid amat penting kerana jika mereka bersedia maka gerak balas yang positif
akan dihasilkan. Guru boleh menggunakan motivasi yang sesuai untuk meningkatakan kesediaan
murid untuk belajar. Tambahan pula, latihan yang diulang-ulang untuk tingkatkan kemahiran ialah
hukum latihan. Perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika
latihan diberikan. Sebagai contoh, jika seseorang murid diberi latihan Matematik yang banyak, murid
itu akan menjadi semakin mahir dan tempoh masa untuk menyelesaikan soalan matematik tersebut
semakin singkat. Ini juga akan mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran serta ingatan mereka.

Di samping itu juga, Hukum Kesan iaitu kesan yang menyeronokkan meningkatkan pertalian
antara rangsangan dan gerak balas. Guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang
menyeronokkan dengan memberi ganjaran, motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata
untuk semua murid supaya mereka terdorong untuk belajar. Guru juga perlu memastikan tugasan
yang diberi tidak terlalu tinggi supaya mereka dapat menyelesaikkannya dengan perasaan puas hati
seterusnya dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar.

Kesimpulannya, teori behavioris menekankan peranan persekitaran dalam proses


pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan dan perhubungan antara suatu
rangsangan dengan gerak balas. Guru perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang
menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas.

You might also like