Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

RESEPI NASI MAQLUBAH / NASI TERBALIK

Disebabkan haritu sy share di ig story pasal iftar kami, ramai jugaklah yg dm mintak resepi nasi
maqlubah ni. Resipi ni daripada mak dan ayah saya sendiri sebab duk rajin buat dari dulu lagi..
Dan ini lah yg dikongsikan oleh mereka. Jemputlah try buat. Makan dgn family ramai2, sedap
insyaAllah.
.
.
#BAHAN-BAHANNYA:
Ayam yg digoreng terlebih dahulu
Beras basmati (ratio beras dgn air 1 :1.5)
Susu cair 1 tin
Kacang badam (optional)
Kismis
Terung (optional)
Rempah nasi beriani
.
.
BAHAN TUMIS:
*Bahan 1 (Blend)
Serai 2 batang
Bawang merah
Bawang putih
Halia
*Bahan 2
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
Kulit kayu manis
.
Rempah nasi beriani (dibancuh dgn sedikit air)
Minyak sapi
Bahan perasa (spt. garam dll)
Kiub pati ayam
Minyak masak (tumis)
.
.
#Cara-caranya ialah:-
1- Goreng ayam mcm biasa
2- Basuh & Rendam beras selama 10 minit dulu. Ada org yg rendam sampai 20 minit. Toskan.
Ikutlah, tp kami rendam 10 minit je. (kami guna 5 pot beras)
3- Tumis bahan 1 + 2, selepas naik bau masukkan rempah nasi beriani yg telah dikacau dengan
air.
.
.
#Penyediaan didlm periuk nasi:-
1- Sapukan minyak sapi dlm keseluruhan periuk supaya masa terbalikkan nasi tak melekat pd
periuk
2- Susun atur terung dulu, ayam kemudian baru nasi.
**Ratio utk nasi dan air ialah 1: 1.5 so pandai2 lah bajet kuantiti air tu. Sebab air tu termasuk
sekali dgn susu cair tau. Masa ni masukkan sekali badam, kismis & segala bahan yg ditumis tadi
dan gaulkan.
3- Biarkan nasi tu dimasak sempurna selama 1 jam setengah. Baru ayam tu nanti empuk.
4- Bila dah siap semua terbalikkan periuk nasi tu diatas dulang. Haa dah boleh dimakan dengan
gembiranya.
.
.
#TIPS
** Kalau nak sedap lagi, kismis tabur sikit last2 supaya rasa kismis tu sedap2 ja rasanya.
** Satu lagi klu nak aroma nasi tu bau wangi, masa nasi tu 3/4 masak, sapukan dalam 2 sudu
minyak sapi atas nasi tersebut supaya aromanya dapat diserap sempurna dlm nasi maqlubah tadi
nyummmss...
** Juga enak dimakan bersama air asam bagi yg kurang gemar makan nasi tanpa kuah ni
** Hasilnya kemungkinan besar berbeza seperti ddalam gambar, sebab masa penyediaan nasi
maqlubah kami ni, banyak bahan tak cukup. Rempah nasi beriani pon terlupa beli last minit baru
perasan, so kami ganti dengan rempah kurma. Terung dgn badam pon x da huhu jadi kelam
kabut tetiba. Harap memahami �Nasib baik sedap alhamdulillah.
Amacam? Simple ja kan? �
Apapun, selamat mencuba! �

You might also like