Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Amali 1 EKOSISTEM TANAH– BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN

Tujuan :

Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah
yang berbeza.

Pengenalan :

Dalam sesuatu ekosistem tanah, faktor abiotik dan faktor biotik mempengaruhi dan saling
beriteraksi untuk membentuk satu ekosistem semula jadi yang seimbang dan stabil.
Ekosistem merupakan satu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan saling bergantung
antara hidupan dengan persekitarannya. Ekosistem juga merupakan satu interaksi yang
utuh antara benda samada hidupan atau bukan hidupan yang mempengaruhi antara satu
dan yang lain. Dalam sesebuah ekosistem terdapat beberapa komponen yang terlibat.
Pertama, Komponen biotik yang melibatkan komponen hidupan yang terdiri daripada
pengeluar, pengguna (konsumer) dan pengurai. Kedua, komponen abiotik yang melibatkan
komponen bukan hidupan yang terdiri daripada cahaya, suhu, udara, kelembapan, air dan
nilai pH. Sebuah ekosistem dibentuk daripada tumbuhan, haiwan dan faktor abiotik yang
saling berperanan dalam menyimpan, mengumpul dan menghasilkan tenaga. Contohnya
tumbuhan (pengeluar) mengumpul tenaga hasil dari proses fotosintesis dan menyimpan
tenaga dalam bentuk karbohidrat. Haiwan herbivor (pengguna primer) pula memperoleh
tenaganya dari memakan tumbuhan dan menyimpannya dalam bentuk lemak. Haiwan
karnivor (pengguna tertier) juga dikenali sebagai pemangsa mendapat tenaga dengan
memakan pengguna primer. Keadaan ini menyebabkan aras pertukaran tenaga semakin
berkurang apabila menaiki tangga rantaian makanan.

Hipotesis:

Lapisan horizon O tanah mempunyai bilangan makrofauna yang banyak.

Pembolehubah :

Dimanipulasi - Jenis tanah

Bergerak balas - Bilangan dan jenis makrofauna

Dimalarkan - Suhu persekitaran, teknik mengumpul makrofauna

Bahan dan radas :

Sampel tanah ,Larutan formalin, Corong tulgren, Kaki retort, Bikar ,Lampu , Corong turas ,
Kain kasa , Piring petri , Forseps , Kanta pembesar dan Mikroskop
Prosedur:

1. Dua sampel tanah iaitu Horizon O dan Horizon A daripada dua kawasan yangberlainan
telah diambil.

2. Tanah itu telah diambil di kawasan berumput, kawasan yang mempunyai tumbuh-
tumbuhan asli dan spesis pokok-pokok yang berbeza.

3. Sampel yang diambil telah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat. Beg plastikitu
dilabel dengan maklumat tempat tanah itu diambil. Jenis tanah dan ciri-ciritempat
pengambilan tanah direkodkan di dalam Jadual 1.

4. Spesimen hidup di atas tanah turut diperhatikan dan dicatat di dalam Jadual 2.

5. Tanah daripada lokasi yang sama dicampur bersama sepenuhnya.

6. Tanah dimasukkan ke dalam saluran Tulgren seperti gambar Rajah 1. Tanahtersebut


telah dibiarkan selama tiga hari.

7. Bikar yang mengandungi etanol telah dikeluarkan dan makrofauna yangterperangkap


diambil dan ciri-cirinya direkodkan dalam Jadual 3.

8. Tanah telah dimasukkan ke dalam Saluran Baermann seperti dalam Rajah 2 dandibiarkan
selama tiga hari.

9. Sebuah bikar yang mengandungi air diletakkan di bawah saluran tersebut.

10. Selepas tiga hari, saluran Baermann dibersihkan menggunakan jarum danmakrofauna
kecil yang terperangkap di dalam bikar air diperhatikan denganmenggunakan mikroskop.

11. Pemerhatian telah direkodkan dalam Jadual 4.

12. Daripada beg plastic, sampel tanah horizon O dan horizon A yang diukur jumlahnyatelah
diperhatikan di bawah mikroskop atau kanta pembesar.

13. Fauna yang dapat dijumpa telah diasingkan ke dalam piring petri yang bersih
untukdikenalpasti.

14. Organisma tersebut dikumpulkan mengikut kriteria tersendiri. Pemerhatiandirekodkan


dalam Jadual 5.

15. Keputusan daripada jadual tersebut digunakan untuk mengira kumpulan per litertanah
dan leaf litter serta bilangan individu daripada setiap kumpulan leaf litters.
Keputusan:

i) Jenis Lokasi

Ciri-ciri lokasi Lokasi 1 Lokasi 2


Jenis tanaman Pokok bunga kertas Pokok mangga
Warna tanah Hitam coklat
Kelembapan / Kekeringan Lembap berpasir Sedikit lembap
Tanah

pH tanah 5 6
Kemampatan Tanah Kurang padat padat
Tekstur Tanah Tanah pamah Tanah pamah

Jadual 1

ii) Makrofauna yang diperhatikan di Lokasi 1 dan Lokasi 2 :

Kumpulan Bilangan @ lokasi 1 Bilangan @ lokasi 2

Makrofauna besar

lipas 0 1

Cacing 0 1

Makrofauna kecil

Semut hitam 2 3

Kumbang kecil 2 0

Kutu tanah 1 1

Jadual 2
iii) Organisma yang ditemui di dalam kedua-dua jenis tanah

Kumpulan makrofauna bilangan

Cacing 2

Semut hitam 5

Kutu tanah 2

Jadual 3

iv) Kriteria makrofauna

Makrofauna Lokasi 1 Lokasi 2


Bilangan kumpulan per liter
tanah
kumbang 10 0
Cacing - 5
Semut kecil 10 15
Kutu tanah 5 5
Lipas - 5

Jadual 4

Contoh pengiraan bilangan semut per liter tanah bagi lokasi 1.

1liter = 1000g

2
x 1000 = 10
200
Soalan Perbincangan :

1. Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna


yang ditemui pada tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza? Cadangkan mengapa
adanya perbezaan tersebut? Apakah parameter tanah yang boleh diguna untuk
menjelaskan perbezaan tersebut.

Hasil keputusan yang diperolehi, sampel tanah dari Lokasi 2 mengandungi lebih
makrofauna apabila dibandingkan dengan sampel tanah Lokasi 1. Tanah Lokasi 2
diambil dari kawasan bawah akar rumput yang sedikit lembap dan berpasir manakala
tanah Lokasi 1 diambil di bawah pohon bunga raya. Kepelbagaian dalam situasi ini
adalah bilangan kumpulan dan individu yang berbeza dimana Lokasi 2 mempunyai
bilangan kumpulan dan individu lebih tinggi berbanding Lokasi 1. Perbezaan ini berlaku
kerana dalam ekosistem Lokasi 2, lantai tanah ditutupi dengan dedaun rumput, pokok-
pokok mati dan ranting-ranting kecil yang membuatkan permukaan tanah di kawasan ini
lembut dan subur. Pokok-pokok di sini hidup dengan subur, begitu juga dengan haiwan
lain yang menghuni di kawasan ini yang memperolehi banyak makanan di atas tanah.
Populasi biodiversiti, bahan organik, suhu dan kelembapan yang digunakan sebagai
parameter tanah.

2. Jelaskan peranan makrofauna di dalam tanah.

Makrofauna menguraikan tisu tumbuhan atau haiwan yang telah mati dan
mempercepatkan proses penguraian bahan organik kepada cebisan-cebisan kecil
supaya mudah untuk diuraikan. Kedua, makrofauna berperanan dalam meningkatkan
struktur tanah. Ketiga makrofauna juga terlibat dalam kitaran nutrien.

3. Berdasarkan rantai makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh :


kulat,nematode), apa yang dilakukan oleh mereka dan jelaskan bagaimana tenaga
mengalir; dimana ia bermula dan berakhir (contoh ; di bahagian atas rantai
makanan). Apa yang berlaku kepada tenaga dan nutrien apabila organism di
bahagian atas mati?
matahari

arthropo arthropod
d
nematod

tumbuhan

nematod

Binatang
pemangsa
fungi

nematod
Sisa bahan protozoa
Binatang
Bakteria pemangsa

Berdasarkan rantai makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh :


kulat,nematode), apa yang dilakukan oleh mereka dan jelaskan bagaimana tenaga mengalir;
dimana ia bermula dan berakhir (contoh ; di bahagian atas rantai makanan). Apa yang
berlaku kepada tenaga dan nutrien apabila organism di bahagian atas mati? Berdasarkan
rajah jaringan makanan di atas, tumbuhan merupakan pengeluar pertama. Tumbuhan
memerangkap tenaga daripada cahaya matahari dan menggunakannya untuk proses
fotosintesis. Hanya 1% hingga 5% tenaga solar ditukarkan kepada biomas dalam proses
penghasilan bagi tujuan tersebut.. Konsumer merupakan organisma yang bergantung
kepada pengeluar dalam memperoleh tenaga. Ia termasuklah haiwan, pengurai dan
detritivores. Dalam rajah rantaian makanan di atas, ianya merupakan kombinasi daripada
jaringan makanan parasitik dan jaringan makanan pemangsa

Tumbuhan merupakan bahan organik dimana akar tumbuhan akan dimakan oleh nematod
seperti cacing tanah. Bahan organik yang terhasil dari tumbuhan dan haiwan yang telah mati
pula dihuraikan oleh fungi dan bakteria. Pada peringkat kedua tenaga dipindahkan dari
pengurai kepada arthropod dan arthropod pemangsa. Pada peringkat terakhir tenaga,
dipindahkan dari arthropods kepada binatang pemangsa seperti burung dan tikus. Matahari
Nematod Nematod Fungi Sisa bahan Bakteria Protozoa Arthropod Nematod Binatang
pemangsa Binatang pemangsa Arthropod Tumbuhan

Apabila organisma yang berada pada bahagian atas mati seperti burung dan tikus, nutrien
dan tenaga tidak akan hilang begitu sahaja tetapi ia akan kembali semula ke tanah sebagai
sumber nutrien tanah. Dalam keadaan ini, ulat-ulat memainkan peranan sebagai pengurai
semula jadi. Organisma seperti ulat memainkan peranan sebagai pengurai semulajadi
mereka dengan memakan bangkai-bangkai haiwan yang telah mati tadi. Sepanjang proses
pemindahan tenaga dari satu tahap ke tahap yang lain 90% daripadanya terbebas ke
persekitaran dalam bentuk haba.

4. Apakah kumpulan organism yang membentuk mesofauna? Apakah kumpulan


organism yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan
ini?

Kumpulan organisma yang membentuk mesofauna terdiri daripada haiwan kecil yang
berukuran diantara 0.1mm dan 2mm. Contoh haiwan dalam kumpulan ini adalah seperti
cacing tanah, arthropods dan nematode yang besar. Ia boleh didapati di pelbagai jenis
tanah di serata tempat. Walaupun saiznya kecil dan ada yang sukar dilihat, namun ia
masih dapat dilihat oleh mata kasar ataupun dengan bantuan kanta pembesar.
Kumpulan organisma yang membentuk mikrofauna pula terdiri daripada haiwan halus
dan organisma uniselular yang berukuran kurang daripada 0.1mm. Kita dapat melihat
organisma unicelular ini dengan menggunakan bantuan mikroskop. Kebanyakkan
organisma dalam kumpulan ini juga dipanggil ‘cryptozoa’. Fungsi utama kedua-dua
kumpulan ini adalah pengurai. Ia dapat menguraikan daun-daun serta ranting-ranting
reput dan juga bahan organik yang dihasilkan melalui penghadaman bahan oleh
tumbuhan. Organisma dalam kumpulan ini juga memakan najis organisma lain dan
mereka sendiri untuk membentuk nutrien dan bahan lain untuk penerusan hidup mereka.

5. Jaringan makanan dapat menunjukkan kerumitan biologi, dan juga kesihatan tanah.
Terangkan bagaimana pengurusan tanah dapat mengekalkan kesihatan tanah.

Beberapa cara pengurusan tanah yang dapat mengekalkan kesihatan tanah. Antaranya,
pertama dengan menggunakan kawalan biologi (organisma lain) untuk mengurangkan
bilangan organisma perosak dalam ladang secara semulajadi. Kedua, menggunakan bahan-
bahan organik seperti baja untuk menambah dan mengekalkan kesuburan tanah. Ketiga,
menitikberatkan aspek kimia, biologi dan fizikal tanah untuk meningkatkan dan mengekalkan
kesuburan tanah. Dan yang keempat, membina sistem peparitan yang sesuai dengan
keperluan tanah.

5. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbangkan kepada fungsi tanah di dalam


ekosistem. Apakah kawalan ekosistem yang dilakukan?

Biota tanah adalah sekumpulan hidupan yang menjadikan tanah sebagai lingkungan
ekologi tempat untuknya hidup. Biota tanah mengekalkan proses-proses penting seperti
penyimpanan karbon, kitaran nutrient dan diversiti spesis tumbuhan. Biota tanah juga
memainkan peranan dalam menambah kesuburan tanah, pemulihan tanah dan
penyerapan nutrien oleh tumbuhan dan proses biodegrasi, pengurangan sisa
merbahaya dan juga sebagai pengawal haiwan perosak melalui kaedah kawalan biologi
secara semula jadi. Selain itu, biota tanah juga meningkatkan produktiviti dan
penghasilan tanaman melalui proses kitar semula nutrient asas yang diperlukan oleh
keseluruhan ekosistem. Biota tanah juga meningkatkan ketirisan tanah dan
mengalakkan penyusupan air yang seterusnya akan mengurangkan pengaliran air di
permukaan serta mengurangkan hakisan. Kawalan ekosistem yang dapat dilakukan
supaya tidak berlaku kehilangan biota tanah ialah dengan mengharamkan penggunaan
bahan kimia dalam bidang pertanian. Kedua, menggunakan pemangsa semulajadi
seperti burung hantu untuk mengawal haiwan perosak. Ketiga, Menggunakan tenaga
yang boleh diperbaharui supaya tidak berlaku pencemaran alam sekitar.

Kesimpulan :

Makrofauna lebih banyak terdapat dalam tanah di Lokasi 2 yang terdedah kepada cahaya
matahari berbanding di Lokasi 1 yang terlindung daripada cahaya matahari kerana terdapat
banyak bahan organik di Lokasi 2.
Rujukan:

Buku

Baker M., Wolff W.J. (1987). Biological Surveys Of Estuaries And Coast. Cambridge
University Press: Cambridge..

Eugene P. Odum. (1996). Asas Ekologi Bahagian Satu Konsep dan Prinsip Ekologi

Asas Edisi Ketiga. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Herbert dan Schraer. (1993). Biology: The Study Of Life. UK: Prentice Hall.

Jenny H. (1994). Factors Of Soil Formation: A System Of Quantitative Pedology. UK:


Dover Publications.

Miller G.T., Spoolman S. (2008). Environmental Science 8 th Edition. Kanada: Brooks/


cole Thompson learning.

Soil Science Society of America.(2008). Glossary Of Soil Science Terms. US: Soil
Science Society of America Inc.

Whalen J.K., Sampedroc L. (2009). Soil Ecology and Management. Cambridge


University Press: Cambridge.

Internet

http://en.wikipedia.org/wiki/Fauna#Mesofauna

http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/

You might also like