Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Cadangkan dan Contoh, Cara Guru Dapat Meningkatkan Kesedaran Kepelbagaian

Sosiobudaya (10m)

Antara cara guru dapat meningkatkan kesedaran kepelbagaian sosiobudaya ialah guru
perlu memberikan peneriman dan layanan adil terhadap semua murid. Guru tidak seharusnya
melayani murid sebagai satu kelompok individu, kelompok kelas sosial atau kelompok mengikut
etnik tetapi sebagai individu yang mempunyai pelbagai keunikan. Oleh sebab itu, guru perlu
memberikan layanan yang adil mengikut keperluan individu murid. Guru juga perlu mengenali
latar belakang murid dan tidak menggunakannya untuk mengesahkan generalisasi dan pelabelan
yang dibuat ke atas murid. Guru seharusnya menggunakan maklumat latar keluarga murid untuk
memahami tingkah laku dan luahan perasaan murid yang dipengaruhi oleh persekitaran.
Misalnya, guru dapat mengenali taraf sosioeknomi murid yang mempengaruhi penglibatan aktif
murid di dalam bilik darjah.

Selain itu, guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran koperatif. Melalui struktur
pembelajaran koperatif, murid dalam kumpulan pelbagai dapat berkongsi pengetahuan dan
pengalaman, belajar bersama-sama, saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan
pencapaian kumpulan. Murid yang mempunyai pelbagai latar belakang, etnik, taraf sosial dan
pencapaian dapat saling belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran
budaya mikro kumpula etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan
mewujudkan sifat toleransi dalam masyarakat majmuk.

Di samping itu, guru perlu memilih bahan sumber pengajaran yang sesuai dengan
pengetahuan dan budaya murid. Sesebuah kelas yang terdiri daripada kaum dominan dan etnik
minority mungkin berasa tidak dihargai disebabkan tiada unsur budaya etnik dalam sumber
pembelajaran. Oleh hal yang demikian, motivasi murid akan meningkat dan pembelajaran
menjadi lebih berkesan kerana contoh yang digunakan berkaitan dengan pengalaman sedia ada
murid. Antara aspek kebudayaan dalam pemilihan bahan sumber seperti nama-nama watak,
tempat, makanan dan jenis pekerjaan daripada pelbagai kaum etnik. Guru juga perlu memastikan
bahan sumber pengajaran tidak memiliki unsur negative dan sensitiviti perkauman bagi
menghormati adat resam dan kepercayaan pelbagai etnik di Malaysia. Penggunaan bahasa
dalam sumber pengajaran juga haruslah sesuai dan diterima ramai bagi mengelakkan sifat bias
dan prejudis kepada kepelbagaian murid di dalam bilik darjah.

Seterusnya, guru perlu membuat pengurusan bilik darjah dan pengurusan hubungan
antara murid pelbagai etnik di dalam bilik darjah. Sebagai satu komuniti kecil di dalam bilik darjah,
kawalan tingkah laku dianjurkan melalui peraturan dan rutin bilik darjah. Pematuhan peraturan
menjadi satu keperluan untuk mewujudkan suasana yang terkawal. Dari segi pengurusan
hubungan, guru boleh menggunakan kajian sosiometri untuk mengkaji hubungan antara murid di
dalam bilik darjah. Hasil kajian ini dapat digunakan untuk membina hubungan dan penerimaan
antara murid. Misalnya, berdasarkan sosiogram guru perlu meletakkan pelajar singkiran dan
pengasing dalam kumpulan murid bintang supaya mereka diterima dan disedari.

You might also like