Professional Documents
Culture Documents
Contoh Soalan Jawi
Contoh Soalan Jawi
Contoh Soalan Jawi
2. Huruf Jawi mempunyai 36 huruf, iaitu 20 huruf daripadanya mempunyai padanan satu
lawan satu dengan huruf Rumi. Huruf Jawi juga dapat digolongkan dalam 3 kelompok
iaitu huruf pemutus, huruf perangkai dan huruf perumah.
1. Bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Inggeris merupakan tiga bahasa yang sangat
besar pengaruhnya dalam proses peminjaman kosa kata kepada bahasa Melayu.
Huraikan setakat manakah pengaruh bahasa-bahasa berkenaan sehingga berlakunya
peminjaman kosa kata oleh bahasa Melayu. Huraian anda hendaklah berdasarkan faktor-
faktor yang menyebabkan berlakunya peminjaman kosa kata dengan disertakan
beberapa contoh kata pinjaman daripada ketiga-tiga bahasa tersebut.
[20 markah]
2.
Gambar rajah 1
Berdasarkan Gambar rajah 1 di atas, tuliskan satu karangan menggunakan tulisan Jawi
yang panjangnya tidak kurang 100 patah perkataan.
[20 markah]
3. Arus pemodenan dalam pendidikan sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada
penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid-murid. Kebanyakan daripada mereka
tidak berminat dan sukar untuk menguasai dalam pembacaan dan penulisan Jawi.
Sebagai seorang bakal guru bahasa, cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil
untuk mengembalikan minat dan penguasaan murid terhadap tulisan Jawi di sekolah.
[20 markah]