Arahan Tugasan JKP 211

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

ARAHAN TUGASAN

JKP 211

Arahan
1. Sila baca dan fahami arahan tugasan ini dengan betul.

2. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan. Setiap ahli perlu memberi sumbangan masing-
masing ke arah menyempurnakan tugasan. Secara umum, setiap ahli akan memperolehi
gred tugasan yang sama.

3. Ketua kumpulan bertanggungjawab untuk memastikan sumbangan setiap ahli termasuk


Ketua kumpulan sendiri. Ketua kumpulan boleh melaporkan kepada saya jika ada ahli
yang tidak memberi sumbangan untuk menyempurnakan tugasan. Sebaliknya juga, mana-
mana ahli boleh melaporkan kepada saya sekiranya Ketua kumpulan tidak
menyempurnakan tanggungjawabnya. Saya akan memutuskan gred yang tepat untuk
setiap ahli kumpulan termasuk Ketua kumpulan dalam hal sedemikian.

4. Panjang teks esei ialah dalam lingkungan 15 – 18 muka surat tidak termasuk senarai
kandungan (table of content), abstrak, bibliografi dan lampiran.

5. Abstrak merupakan satu muka surat sinopsis tentang esei yang dikemukakan dan perlu
diletakkan selepas senarai kandungan.

6. Esei perlu ditaip, langkau dua baris (double spacing), font Times New Roman bersaiz 12
berwarna hitam dan page setup A4.

7. Semua sumber rujukan perlu dicatit mengikut format yang betul dan konsisten mengikut
gaya APA. Contoh sumber rujukan utama ialah artikel dalam jurnal, bab dalam buku,
buku dan dokumen kerajaan / syarikat seperti laporan tahunan. Keratan akhbar, bahan
daripada internet dan lain-lain boleh dimasukkan sebagai rujukan sampingan sahaja.

8. Lampirkan salinan keseluruhan artikel dalam jurnal yang dirujuk. Lampirkan juga
keseluruhan bab dalam buku yang dirujuk. Lampirkan salinan muka hadapan dan senarai
kandungan untuk buku yang dirujuk.

9. Catitkan rujukan laman web yang dirujuk dengan betul.

10. PLAGIARISME atau cedokan daripada sebarang bahan rujukan adalah satu kesalahan
besar. Markah 0 dan gred F akan diberi kepada pelajar yang melakukan kesalahan ini.

11. Sila lekatkan salinan kod bar kad matrik pelajar di kulit tugasan yang dihantar.

12. Hantarkan tugasan salinan keras (hardcopy) dan salinan lembut (softcopy) ke PPPJJ tidak
lewat dari hari Jumaat, 15 FEBRUARI 2019, jam 5.00 petang.

13. Sebarang alasan kelewatan penghantaran tugasan yang tidak munasabah tidak akan
dilayan dan gred F akan diberi kepada tugasan yang lewat sampai.

You might also like