Tugasan 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TUGASAN 1

1.0 Pengenalan
Statistik merupakan himpunan fakta berangka atau data yang menerangkan
sesuatu aspek. Statistik asas pula merupakan satu teknik matematik untuk
memproses, menyusun, menganalisis dan membuat kesimpulan tentang data
yang berbentuk kuantitatif. Data yang dipungut biasanya tidak disusun dengan
teratur. Oleh itu data yang dikumpul harus direkod secara teratur dan sistematik
supaya mudah dirujuk. Dalam bidang pendidikan, statistik boleh diguna untuk
menyampaikan maklumat dalam pelbagai situasi, menguji hunbungan antara dua
pembolehubah, menguji hipotesis tertentu dan menguji perbezaan anatra dua
min atau lebih.

2.0 Pelaksanaan kajian


Kajian ini dilaksanakan di kawasan institut pendidikan guru kampus Tengku
Ampuan Afzan (IPGKTAA) Kuala Lipis, Pahang.

2.1 Pemilihan isu


Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, saya telah mengenalpasti isu
yang telah menarik perhatian untuk dijadikan bahan kajian. Saya memilih
tajuk isu yang amat berkaitan dengan pelajar di kampus iaitu “Berat dan
Ketinggian Guru Pelatih IPGKTAA” kerana ingin mengumpul data
mengenai tajuk ini dan mengenal pasti sama ada guru pelatih IPGKTAA
dikategorikan sebagai obesiti, normal atau underweight dengan
menggunakan pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI).

2.2 Objektif kajian


Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui berat dan
ketinggian para guru pelatih IPGKTAA dan mengenalpasti Indeks Jisim
Badan (BMI) para responden.

2.3 Membina Borang Soal Selidik (Borang Google)


Saya telah menggunakan borang google sebagai alat utama dalam
mengumpulkan data dan maklumat. Borang google merupakan cara yang
cepat dan mudah untuk membuat tinjauan atas talian, dengan maklum
balas yang dikumpulkan dalam hamparan atas talian. Contoh borang soal
selidik yang digunakan boleh dilihat di halaman lampiran. Borang soal
selidik tersebut merangkumi perkara-perkara berikut:
1. Umur
2. Jantina
3. Berat
4. Ketinggian

2.4 Mengumpul data


Borang soal selidik iaitu borang google telah diedarkan menggunakan
media elektronik. Tempoh masa yang diambil bagi pengumpulan respon
borang google adalah dalam lingkungan 2 hari. Borang google tersebut
telah menerima sebanyak 36 respon daripada kalangan guru pelatih
IPGKTAA. Berikut merupakan hasil kajian yang diperolehi.

2.5 Analisis kajian

1. Jantina

Jadual 1.0: Jumlah responden mengikut kelompok umur.

Jantina Bilangan Guru Pelatih


Lelaki 3
Perempuan 33

Jumlah responden mengikut jantina

Lelaki
8%

Lelaki
Perempuan

Perempuan
92%

Rajah 1: Jumlah responden mengikut jantina


Berdasarkan carta pai di atas, responden perempuan adalah lebih daripada
responden lelaki di mana responden perempuan adalah sebanyak 92% manakala
responden lelaki adalah sebanyak 8% sahaja. Melalui carta ini, kita boleh membuat
tafsiran bahawa guru pelatih di IPGKTAA majoritinya terdiri daripada perempuan.

2. Umur

Jumlah responden mengikut kelompok umur


10
B 9
i
8
l
7
a P
n e 6
g l 5
a a 4
n t 3
i 2
G h
1
u
r 0
18 19 20 21 22 23 24
u
Umur

Rajah 2: Jumlah responden mengikut kelompok umur

Pengiraan

a) Mod : 19

b) Kedudukan Median = (N+1) ÷ 2; dimana N = jumlah kekerapan

= 37÷2

= 18.5th

Median = (18th + 19th) ÷ 2

= (21 + 21) ÷ 2

= 21

∑ 𝑓𝑥
c) Min =
𝑁
(18×3)+(19×9)+(20×5)+(21×5)+(22×8)+(23×4)+(24×2)
=
36

746
=
36

= 20.7222

Graf bar di atas telah menunjukkan terdapat 3 orang responden berumur 18


tahun, 9 orang responden berumur 19 tahun, 5 orang responden berumur 20 tahun,
5 orang responden berumur 21 tahun, 8 orang responden berumur 22 tahun, 4 orang
responden berumur 23 tahun dan 2 orang responden berumur 24 tahun.
Berdasarkan bar graf di atas, kebanyakan responden berumur 19 tahun di mana
terdapat 9 orang responden yang berumur 19 tahun. Seterusnya, responden yang
berumur 24 tahun tercatat sebagai kekerapan yang terendah iaitu 2. Melalui bar graf,
kita juga boleh membuat tafsiran bahawa jumlah responden ialah sebanyak 36 orang.
Semua responden adalah berumur di antara 18 tahun hingga 24 tahun.

3. Berat badan

Jadual 1.1: Analisis data mengenai berat badan responden.

Selang Frekuensi (f) Titik fx fx2 Frekuensi


Class Tengah (x) Longgokan (F)
41 - 45 9 43 387 16641 9
46 - 50 6 48 288 13824 15
51 - 55 10 53 530 28090 25
56 - 60 8 58 464 26912 33
61 - 65 3 63 189 11907 36

∑ 𝑓 = 36 ∑ 𝑥 = 265 ∑ 𝑓𝑥 ∑ 𝑓𝑥2 =
97374
= 1858
Berat badan responden
12

K 10
e
k 8
e
r 6
a
p 4
a
n 2

0
43 48 53 58 63
Titik tengah

Rajah 3: Berat badan responden.(Histogram)


Pengiraan

a) Kelas saiz = Sempadan atas – Sempadan bawah

= 45.5 – 40.5

=5

b) Kelas Mod = 51 - 55 (Kekerapan tertinggi)

(𝑘1)
c) Mod = L + (𝑘1+𝑘2) 𝐶

L = Sempadan bawah kelas modal

K1 = Kekerapan kelas modal − kekerapan sebelum kelas modal

K2 = kekerapan kelas modal – kekerapan selepas kelas modal

C = Saiz kelas

(10−6)
Mod = 50.5 + (10−6)+(10−8) 5

= 50.5 + 3.33

= 53.83 (2 d.p.)

∑ 𝑓𝑥
d) Min, 𝑥̅ =
∑𝑓
f = kekerapan kelas

x = titik tengah kelas

∑ 𝑓𝑥
𝑥̅ = ∑𝑓

1858
= 36

=51.61 (2 d.p.)

𝑁
−𝐹
2
e) Median, m = 𝐿 + ( ) (𝐶)
𝑓𝑚

L = Sempadan bawah kelas median

N = Jumlah kekerapan

F = Kekerapan longgokan sebelum kelas median

𝑓𝑚 = Kekerapan kelas median

C = Saiz kelas median

36
−15
m = 50.5 + ( 2 ) (5)
10

3
= 50.5 + ( ) (5)
10

= 50.5 + 1.5

= 52.00 (2 d.p.)

∑ 𝑓𝑥 2
f) Varians, 𝜎 2 = − (𝑥̅ )2
∑𝑓
97374
= − 51.612
36

= 2704.83 − 2663.59
= 41.24
∑ 𝑓𝑥 2
g) Sisihan piawai, σ = √
∑𝑓
− (𝑥̅ )2

= √𝜎 2

= √41.24

= 6.42 (2 d. p. )
Berdasarkan histogram di atas, kelas mod ialah kelas yang mempunyai titik
tengah 53, dimana kekerapan kelas tersebut ialah 10 iaitu kekerapan yang tertinggi.
Kelas yang bertitik tengah 58 mencatat kekerapan kedua tertinggi dalam histogram
tersebut iaitu 8. Melalui histogram, kita juga dapat mengetahui bahawa hanya 3
orang responden yang mempunyai berat badan dalam lingkungan antara 61kg dan
65kg. Seterusnya, kita dapat mengetahui tiada responden yang mempunyai berat
badan melebihi 65kg manakala tiada responden juga yang mempunyai berat badan
kurang daripada 41kg.

4. Ketinggian

Jadual 1.2: Analisis data mengenai berat badan responden.

Selang Sempadan Frekuensi Titik fx fx2 Frekuensi


Class bawah (f) Tengah Longgokan
(x) (F)
141 - 145 140.5 0 0 0 0 0
146 - 150 145.5 3 148 444 65712 3
151 - 155 150.5 12 153 1836 280908 15
156 - 160 155.5 10 158 1580 249640 25
161 - 165 160.5 6 163 978 159414 31
166 - 170 165.5 3 168 504 84672 34
171 - 175 170.5 2 173 346 59858 36

∑ 𝑓 = 36 ∑𝑥 ∑ 𝑓𝑥 ∑ 𝑓𝑥 2 =
900204
= 963 = 5688
Ketinggian responden
40
K l 35 36
34
e o 31
30
k n
e g 25 25
r g 20
a o 15 15
p k 10
a a
5
n n 3
0 0
140.5 145.5 150.5 155.5 160.5 165.5 170.5
Sempadan Bawah

Rajah 4: Ketinggian responden. (Ogive)

Pengiraan

a) Kelas saiz = Sempadan atas – Sempadan bawah

= 145.5 – 140.5

=5

b) Kelas Mod = 151 - 155 (Kekerapan tertinggi)

(𝑘1)
c) Mod = L + (𝑘1+𝑘2) 𝐶

L = Sempadan bawah kelas modal

K1 = Kekerapan kelas modal − kekerapan sebelum kelas modal

K2 = kekerapan kelas modal – kekerapan selepas kelas modal

C = Saiz kelas

(12−3)
Mod = 150.5 + (12−3)+(12−10) 5

= 150.5 + 4.09

= 154.59 (2 d.p.)

∑ 𝑓𝑥
d) Min, 𝑥̅ =
∑𝑓
f = kekerapan kelas

x = titik tengah kelas

∑ 𝑓𝑥
𝑥̅ = ∑𝑓

5688
= 36

=158.00 (2 d.p.)

𝑁
−𝐹
2
e) Median, m = 𝐿 + ( ) (𝐶)
𝑓𝑚

L = Sempadan bawah kelas median

N = Jumlah kekerapan

F = Kekerapan longgokan sebelum kelas median

𝑓𝑚 = Kekerapan kelas median

C = Saiz kelas median

36
−15
m = 155.5 + ( 2 ) (5)
10

3
= 155.5 + ( ) (5)
10

= 155.5 + 1.5

= 157.00 (2 d.p.)

∑ 𝑓𝑥 2
f) Varians, 𝜎 2 = − (𝑥̅ )2
∑𝑓
900204
= − 1582
36

= 25005.67 − 24964
= 41.67
∑ 𝑓𝑥 2
g) Sisihan piawai, σ = √
∑𝑓
− (𝑥̅ )2

= √𝜎2

= √41.67
= 6.46 (2 d. p. )

5. Pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI)

BMI = Berat(kg) /[ Tinggi (m) x Tinggi (m)]

Rujuk Lampiran A - Jadual 5: Analisis data berkaitan dengan Indeks Jisim Tubuh
(BMI).

Kategori Indeks Jisim Badan (BMI)

Underweight Normal Overweight

6% 22%

72%

Rajah 5.1: Analisis data mengenai berat dan ketinggian responden mengikut kategori
Indeks Jisim Badan (BMI ). (carta pai)

Kategori Indeks Jisim Badan (BMI)


30
G
u 25 26
B r
20
i u
l 15
a P
n e 10
g l 8
5
a a
2
n t 0
i Underweight Normal Overweight
h Kategori

Rajah 5.2: Analisis data mengenai berat dan ketinggian responden mengikut
kategori Indeks Jisim Badan (BMI).(bar graf)
2.6 Mentafsir data dan membuat inferen.

Indeks Jisim Badan (BMI) merupakan satu formula untuk mengira dan
menilai berat badan kita yang berkadar dengan ketinggian. Dengan kata lain,
ia secara tidak langsung boleh juga digunakan untuk mengukur lemak badan
individu. Kajian ini telah mengumpul berat badan dan ketinggian para
responden bagi tujuan pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI). Rajah 5.1 dan
rajah 5.2 telah menunjukkan jumlah responden sebanyak 36 orang daripada
kalangan guru pelatih IPGKTAA telah dikategorikan kepada 3 kategori iaitu
kategori underweight, normal dan overweight. Berdasarkan rajah 5.2, 8 orang
responden merupakan kategori underweight, 26 orang responden merupakan
kategori normal dan 2 orang responden merupakan kategori overweight.
Melalui rajah 5.1, kita dapat melihat bahawa kebanyakan responden
mempunyai BMI yang normal iaitu sebanyak 72%. Responden yang
tergolong dalam kategori underweight tercatat 22% manakala responden
yang tergolong dalam kategori overweight hanyalah 6%.

3.0 Kesimpulan

Kita haruslah sentiasa mengambil berat terhadap Indeks Jisim Badan


(BMI) kita. Hal ini kerana BMI memberi petunjuk kepada kita untuk mengenal pasti
berat badan yang ideal supaya kita dapat mengawal berat badan kita. Secara tidak
langsungnya, dengan kawalan berat badan kita dapat mengurangkan risiko
menghidap penyakit seperti hipertensi, diabetes dan strok. Oleh itu, kita haruslah
sentiasa mengawal BMI dalam tahap yang normal supaya dapat mengekalkan taraf
kesihatan kita.

You might also like