Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

1.0 Konsep Pengurusan Bilik Darjah........................................................ 2

2.0 Isu-isu Berkaitan Tingkah Laku Bermasalah Di Dalam Bilik Darjah 2

3.0 Konsep Model Pengurusan Disiplin Asertif Canter .......................... 3

3.0 Kekuatan Model Disiplin Asertif Canter ............................................. 8

5.0 Kesimpulan............................................................................................. 10

6.0 Rujukan ................................................................................................... 11

1
1.0 Konsep Pengurusan Bilik Darjah
Dalam mengurus bilik darjah dengan berkesan demi merangsang
pembelajaran pelajar, guru perlu memberi perhatian kepada proses mengurus
tingkah laku pelajar dan bilik darjah (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar, 2009).
Melihat kepada suasana persekitaran pembelajaran hari ini yang tidak
mampu dalam menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam
proses pengajaran dan pemebelajaran di sekolah disebabkan segelintir
pelajar akan membuat masalah disiplin seperti keluar daripada bilik darjah.

Kajian psikologi menunjukkan persekitaran memberi kesan terhadap


perlakuan seseorang, dimana iklim sekolah akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang bermotivasi dan seterusnya membantu pelajar
memperoleh pencapaian yang lebih baik dan guru-guru lebih puas untuk
bekerja (Ahmad Zabidi, 2006).

2.0 Isu-isu Berkaitan Tingkah Laku Bermasalah Di Dalam Bilik


Darjah
Antara masalah yang sering timbul dalam kalangan murid ketika berada di
bilik darjah :

1. Tidak memberikan tumpuan kepada pengajaran yang disampaikan,


sebaliknya cenderung berbual dengan rakan lain ataupun
berkomunikasi secara tidak lisan (Choong Lean Keow, 2009).
2. Murid malas membuat tugasan, tidak membawa buku ke sekolah, serta
menunjukkan sifat yang kurang sopan kepada guru dan murid lain.
3. Pelajar yang mempunyai masalah emosi ini akan mencari peluang
unntuk memboloskan diri seperti ponteng kelas.

Pengurusan bilik darjah akan lemah tanpa kewujudan hubungan positif antara
guru dan pelajar. Pelajar akan mematuhi segala arahan guru dan peraturan
bilik darjah dengan suka rela jika hubungan guru-pelajar adalah baik (Mok
Soon Sang, 2011). Hubungan yang baik antara guru dan pelajar dapat
membantu mengurangkan kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar

2
kerana teguran yang diberikan oleh guru bagi memperbaiki disiplin pelajar
dapat diterima dengan mudah dan terbuka sekiranya hubungan antara guru
dan pelajar adalah baik (Shoba, 2007).

3.0 Konsep Model Pengurusan Disiplin Asertif Canter


Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang memberi
peneguhan terhadap tingkah laku murid yang diingini dan penerimaan murid
terhadap perbuatan tingkah laku yang dilakukan. Canter berpendapat bahawa
peraturan-peraturan dalam bilik darjah ditentukan oleh guru sendiri
seterusnya memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan. Model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan
peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut
dengan tegas .

Model ini menekankan hubungan yang positif antara guru dan pelajar.
Di mana guru menerangkan kehendak dan peraturan yang diingini kepada
pelajar. Penerangan ini penting kerana setiap tingkah laku pelajar ada
memberi kesan sama ada positif atau negatif. Dengan kata lain model ini
mengutamakan kepentingan disiplin di dalam bilik darjah. Matlamat utama
model ini adalah berlandaskan kepentingan pematuhan pelajar di dalam bilik
darjah supaya dapat membentuk satu suasana belajar yang kondusif serta
berkesan untuk pembelajaran. Aspek pengurusan bilik darjah perlu dilakukan
secara asertif (berkeyakinan dan tegas) oleh itu guru perlu bertindak menjadi
guru asertif.

Terdapat beberapa cara pelaksanaan Model Disiplin Asertif Canter :

1. Guru hendaklah memberi ganjaran atau dendaan pada masa tingkah


laku tersebut ditunjukkan oleh murid.
2. Guru membentuk Pelan & Peraturan Bilik Darjah.
3. Guru mengamalkan prosedur tindakan pembetulan dengan tenang
secara konsisten kepada murid yang melakukan kesalahan yang
sama.
4. Guru rapat dengan dengan murid dan memberikan peluang kepada
mereka untuk meluahkan perasaan.

3
5. Guru mengawal disiplin murid dengan membuat hierarki disiplin
mengikut keutamaan bersertakan tindakan pembetulan yang akan
dikenakan ke atas tingkah laku.

Tiga Jenis Guru

Guru Asertif
Guru Agresif Guru Tidak Asertif Jelas dengan matlamat
Lebih bersifat autokratik, Menggunakan pendekatan pengurusan, yakin dan tegas
menunjukkan kuasa dan pasif, tidak konsisten dan dalam menetapkan
tidak bertolak ansur mengelirukan peraturan serta berlaku adil
kepada semua murid

Rajah 1

Canter berpendirian bahawa seorang guru yang asertif mudah


mengendalikan disiplin di dalam bilik darjah berbanding dengan guru yang
tidak asertif dan agresif. Justeru, guru perlu menyedari untuk menjadi seorang
guru asertif, beliau sepatutnya berkredibiliti dalam membina hubungan saling
mempercayai dengan murid, jelas, yakin dan tegas menyatakan arahan serta
membimbing murid.

Model pengurusan disiplin yang dicadangkan bagi mengatasi masalah


disiplin yang sering berlaku ialah Model Disiplin Asertif Canter. Apabila
peraturan tingkah laku telah ditetapkan, guru hendaklah memastikan murid-
murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Melaksanakannya secara
konsisten dan adil membawa maksud guru tersebut hendaklah memberi
ganjaran atau dendaan pada masa tingkah laku tersebut ditunjukkan oleh
murid. Hal ini bermakna, sekiranya murid menunjukkan tingkah laku yang
diingini atau sebaliknya, guru sebolehnya melakukan peneguhan positif atau
peneguhan negatif (James Ang, 2012). Peneguhan-peneguhan ini secara
eksplisitnya akan menjadi rangsangan kepada tingkah laku seterusnya dan

4
mengurangkan masalah tingkah laku di dalam bilik darjah. Contoh peneguhan
positif guru memberi hadiah atau memuji murid tersebut setelah berjaya
menjawab soalan dengan betul. Contoh peneguhan negatif pula, guru boleh
memberi teguran asertif seperti “Shan, ini adalah amaran atas perbuatan
anda bersandar kerusi atas dua kaki. Letakkan kerusi pada keadaan asal,
jikalau tidak anda tidak dibenarkan keluar rehat bersama rakan-rakan lain.”
Kesannya, peneguhan seperti ini akan memberi motivasi ekstrinsit kepada
perubahan tingkah laku mereka yang baik.

Seterusnya adalah menggarispandukan peraturan dan rutin bilik darjah


(Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin, 2015). Ini kerana
menggarispanduankan peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik akan
mudah membentuk perkembangan disiplin seseorang murid. Guru yang
merancang untuk membentuk suatu peraturan bilik darjah perlulah selaras
dengan perkembangan murid. Ini bermaksud, penerimaan murid terhadap
peraturan yang ditetapkan diterima dan mampu dilakukan oleh mereka. Pun
begitu, guru perlu diingatkan pelanggaran peraturan akan dilangsai dengan
memberi nasihat, amaran dan tindakan terhadap kesalahan mereka. Sebagai
contoh, seseorang murid perlu menghormati guru dan rakan lain, menjaga
kebersihan kelas manakala rutin pula adalah seperti menghadiri perhimpunan
setiap pagi sebelum masuk ke kelas, beratur di luar kelas sebelum bergerak
ke suatu tempat seterusnya dilarang membawa sebarang makanan atau
minuman masuk ke dalam bilik darjah melainkan dengan kebenaran. Bagi
membentuk disiplin murid yang berkesan dengan kaedah ini, peraturan yang
ditetapkan ini perlu dijalankan sepanjang waktu persekolahan berlangsung.

Selain itu, Model Canter juga menyarankan guru untuk mengamalkan


prosedur tindakan pembetulan dengan tenang dengan konsisten kepada
murid yang melakukan kesalahan yang sama. Lantas, guru perlu memberi
penguhan ke atas tingkah laku seperti kata-kata pujian, kata-kata peransang,
hadiah bagi memperkukuh pencapaian ataupun tingkah laku yang diingini.
Sesuatu peneguhan positif hendaklah dilakukan dengan tekal dan konsisten
bagi menjamin berulangnya tingkah laku yang diingini itu. Namun pemberian
hadiah perlulah dikurangkan dan dihapuskan apabila tingkah laku yang
diingini itu telah berjaya dikuasai oleh murid tersebut secara konsisten.
5
Manakala bagi tingkah laku yang tidak diingini pula, ia boleh dihapuskan atau
dikurangkan melalui proses penghapusan. Sebagai contoh murid yang suka
memberikan jawapan tanpa mengangkat tangan tidak harus dilayan dan
mengurangkan kontak mata terhadap mereka. Tindakan ini perlu dilakukan
berulang kali sehingga amalan mereka itu akan terhenti dengan sendirinya.

Di samping itu, dapat diperhatikan rata-rata di sekolah murid akan lebih


mudah mendekati dan menghormati dengan seseorang guru yang mesra,
bertimbang rasa dan memahami keadaan murid. Bezanya pula dengan guru
yang garang, kasar dan tidak mesra terhadap muridnya. Pun begitu, Model
Canter juga menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang
tidak asertif dan guru yang asertif. Canter berpendirian bahawa seorang guru
yang asertif mudah mengendalikan disiplin di dalam bilik darjah berbanding
dengan guru yang tidak asertif dan agresif. Jadi guru sepatutnya berkredibiliti
dalam membina hubungan dengan murid, saling mempercayai mereka, jelas, yakin
dan tegas menyatakan arahan serta membimbing mereka. Contohnya guru perlu
memberikan peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan yang selama
ini guru menganggap perkara itu tidaklah begitu serius untuk diambil enteng.
Hal ini dapat meningkatkan lagi motivasi intrinsik dalam diri murid tersebut
untuk terus aktif dalam pembelajaran (Noriati A. Rashid, Pong Ying Boon &
Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009). Dalam pada masa sama, kesannya
guru dapat mengenal pasti sebab dan tekanan yang mendorong murid
menunjukkan tingkah laku yang tidak baik lantas guru mampu merancang
strategi untuk menyelesaikannya.

Yang terakhir, komponen lain yang boleh dimanfaatkan oleh guru


menerusi model Canter adalah agresif iaitu mengawal disiplin murid-murid
dengan membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan bersertakan tindakan
pembetulan yang akan dikenakan ke atas tingkah laku tersebut. Guru yang
profesional perlu menampilkan diri sebagai seorang yang tegas terhadap
disiplin dengan merancang strategi dalam memberi teguran secara langsung
kepada murid-murid. Jika guru tegas dan konsisten dalam melaksanakannya,
tingkah laku yang tidak diingini dapat dielak dengan mudah. Dalam hierarki ini
juga menunjukkan perubahan yang ketara dengan wujudnya tindakan
pembetulan yang dikenakan ke atas murid-murid. Oleh sebab itu, murid akan

6
lebih berhati-hati supaya mereka tidak mengulangi tingkah laku yang tidak
diingini oleh guru.

Hierarki disiplin dapat diaplikasikan adalah seperti berikut :

Contohnya murid tidak membawa buku latihan .

Kali pertama : Diberi amaran

Kali kedua : Lima minit di Sudut Senyap dan menulis karangan

meminta maaf.

Kali ketiga : Sepuluh minit di Sudut Senyap dan menulis menulis

karangan meminta maaf.

Kali keempat : Lima belas minit di Sudut Senyap dan menulis karangan

meminta maaf dan ibu bapa dihubungi

Kali kelima : Berjumpa terus dengan guru besar

Jika berlaku kes serius seperti pergaduhan antara murid. Murid tersebut
dibawa dengan guru besar

7
3.0 Kekuatan Model Disiplin Asertif Canter

Antara kelebihan mengaplikasikan Model Pengurusan Disiplin Canter adalah


memudahkan guru khususnya yang baru masuk untuk mengajar dengan
adanya pelan & peraturan bilik darjah yang mantap. Dengan adanya pelan
disiplin yang dibentuk dan telah diluluskan oleh pihak tertinggi sekolah, guru
tidak perlu fikirkan bagaimana untuk menangani tingkahlaku bermasalah yang
timbul dalam kalangan murid kerana sudah mempunyai satu rujukan sedia
ada. Dengan rujukan tersedia, guru dapat mengambil tindakan yang tepat dan
wajar. Jadi, murid akan menerima hukuman yang setimpal seperti mana yang
telah dipersetujui di dalam peraturan yang telah dibentuk bersama-sama
dengan murid. Kesannya, penerimaan mereka terhadap hukuman yang telah
ditetapkan dapat mengubah persepsi tingkah laku mereka kepada lebih baik.

Selain itu, peraturan-peraturan yang ditetapkan ini merupakan tindakan


ke atas tingkahlaku murid yang dilakukan oleh murid itu sendiri dan bukan
daripada watak atau latar belakangnya. Apabila peraturan bilik darjah
dilanggar walaupun sudah beberapa kali diberi teguran, guru akan
menguatkuasakan konsekuen yang setimpal tanpa sikap subjektif berhubung
peribadi murid yang berkenaan. Jadi murid dapat mengenal pasti bahawa,
hukuman yang diberi terhadapnya adalah hanya disebabkan tingkah lakunya
yang tidak baik dan mereka akan cuba untuk tidak dimengulangi perbuatan
tersebut lagi. Konsekuen yang setimpal dan adil ini diberikan kepada murid
yang mengulangi tingkah laku negatif dan tanpa mengira sesiapa, agama dan
bangsa.

Seterusnya, Pengurusan bilik darjah akan lemah tanpa kewujudan


hubungan positif antara guru dan pelajar. Pelajar akan mudah mematuhi
peraturan yang guru tetapkan secara sukarela jika hubungan guru dan murid
adalah baik. (Mok Soon Sang, 2011). Jadi dengan hubungan yang erat
dengan pelajar, kesannya guru dapat mengenalpasti kelemahan pelajar
secara langsung seterusnya membina strategi penyelesaian terhadap
masalah tersebut dengan mudah. Oleh itu, guru perlu berusaha mewujudkan
perhubungan yang mesra dengan pelajar kerana perhubungan yang mesra

8
menggalakkan komunikasi antara pelajar dan guru (Abdullah Sani, 2006).
Hubungan yang baik antara guru dan pelajar dapat membantu mengurangkan
kemerosotan disiplin dalam kalangan murid.

Yang terakhir adalah, model pengurusan Disiplin Canter lebih


memenuhi keperluan motivasi ekstriksit murid. Contohnya, guru merangka
sistem ganjaran dan dendaan serta bersifat asertif bagi mengawal bilik darjah.
Dalam pengajaran pemulihan atau sebarang subjek yang diajarkan di
sekolah, penghargaan bukan hanya diberi kepada murid yang cemerlang
dalam akademik sahaja malah dari segi sahsiah dan sosial mereka ketika di
dalam kelas. Murid akan berasa semakin bersemangat kerana setiap kali
membuat sesuatu tugasan di sekolah, murid berkenaan akan menerima
penghargaan seperti hadiah dan pujian. Manakala dendaan pula dikenakan
terhadap murid yang ingkar dan melanggar peraturan. Bentuk dendaan
mestilah wajar dan tidak mendatangkan mudarat kepada murid itu sendiri.
Sebagai contoh murid yang tidak membawa buku latihan akan diminta untuk
berdiri di kawasan penalti untuk beberapa minit. Jadi sebaik-baiknya dendaan
yang dikenakan mestilah dapat memberi motivasi kepada murid agar tidak
mengulangi kesilapan di masa akan datang.

9
4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, guru perlu memberi sepenuh komitmen sepanjang


keberadaan mereka di dalam bilik darjah. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran seharusnya lancar arahan yang diberikan juga perlu jelas dan
aktiviti yang dijalankan juga perlu menarik perhatian murid. Lantas, terdapat
segelintir guru yang menjalankan aktiviti tanpa sebarang pengisian yang
berguna kepada murid hanya untuk memberi keseronokan. Sikap guru yang
sebegitu rupa menyebabkan murid mencari alternatif lain untuk melakukan
perkara di luar aktiviti yang telah ditetapkan. Masalah salah laku di dalam bilik
darjah sudah tentu dapat diatasi apabila guru menyediakan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan.

10
6.0 Rujukan

Haliza, H., & Samuel, J. N. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.

Shah Alam. Publishing : Oxford Fajar.

Ahmad, Z. A. R. (2006). Jurnal Pendidikan (UKM) Ciri iklim sekolah berkesan:

Implikasinya terhadap motivasi pembelajaran. Kuala Lumpur.

Choong, L. K. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku: Untuk

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan


Budiman.

Mok, S. S. (2011). Pedagogi untuk pengajaran-pembelajaran. Puchong,

Selangor: Penerbitan Multimedia.

Noriati, A. R., Boon, P. Y., & Sharifah, F. S. A. (2009). Murid dan alam belajar.

Shah Alam: Oxford Fajar.

11
12

You might also like