Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Diskriminasi kaum di Malaysia

Kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa yang


telah berlaku yang menyebabkan saya tertanya-tanya,
adakah Malaysia negara yang harmoni dan aman damai
seperti yang kami belajar di dalam buku teks? Selepas
beberapa pertimbangan dibuat, saya dapat
menyimpulkan bahawa dengan sedar ataupun tidak,
diskriminasi kaum adalah wujud di dalam negara yang
berbilang kaum ini.

Antara diskriminasi yang ada terhadap kaum bukan


bumiputera seperti Cina dan India ialah kuota program
matrikulasi yang berfungsi secara berat sebelah.
Sebagai ilustrasi, kuota pengambilan pelajar ke program
kolej matrikulasi dibuat pada kadar 90 peratus untuk
bumuputera dan 10 peratus kepada pelajar bukan
bumiputera. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
majoriti rakyat Malaysia, iaitu orang Melayu
berpendapat bahawa tiada salahnya memperkenalkan
sistem kuota ini yang lebih memanfaatkan bumiputera,
tapi persoalannya, adakah ini adil

Pada awal tahun 1999, pengambilan perintis program


Matrikulasi di kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh dan
MRSM telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
dengan tujuan mengatasi masalah ketidakseimbangan kaum di
universiti dan membantu pelajar Bumiputera dalam
melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pertama dalam
bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM)
profesional. Walaubagaimanapun, konsep matrikulasi ini yang
bersikap perkauman ini menyebabkan saya tertanya-tanya,
adakah sistem kuota ini adil terhadap pelajar bukan
bumiputera?

Berdasarkan pengetahuan saya, kuota pengambilan pelajar ke


program kolej matrikulasi ditetapkan pada kadar 90 peratus
untuk bumiputera dan 10 peratus kepada pelajar bukan
bumiputera. Sedar ataupun tidak ini merupakan diskriminasi
kaum yang

Bukan nak mengata, tapi hakikatnya sistem kuota dan agama


Islam serta bangsa Melayu sering dikaitkan dan dijadikan
sebagai alat politik untuk mendapatkan sokongan daripada
sebahagian orang Melayu yang berfikiran sempit dan ekstrem.
Dasar itu, katanya, tidak perlu diubah bagi memastikan
golongan Bumiputera terus dapat menikmati peluang
melanjutkan pengajian di peringkat prauniversiti, khususnya
dalam bidang sains dan teknologi. Bukan itu sahaja, juga ada
yang berpendapat bahawa sistem kuota ini adil kerana orang
bukan bumiputera itu pendatang asing, dan mereka? Mereka
mengelarkan diri sebagai tuan tanah.

Pada pendapat saya, sistem kuota metrikulasi mesti digantikan


dengan kuota berasaskan keperluan yang menekankan
pencapaian akademik, latar belakang ekonomi dan
pertimbangan lain yang berkaitan, bukan sahaja memberi fokus
kepada bumiputera, memandangkan pelajar miskin tidak
terhad kepada mereka sahaja.

bahawa hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera lain


dilindungi dan termaktub dalam Perlembagaan - menolaknya
sama seperti mempersoalkan kesucian undang-undang
tertinggi Persekutuan Malaysia.

Katanya, isu sistem kuota matrikulasi dan sebagainya tidak


harus dibangkitkan lagi sekiranya peluang pekerjaan kepada
bumiputera masih sering dinafikan semata-matanya kerana
mereka tidak boleh berbahasa Mandarin.

Jika kita melihat isu ini dari perspektif orang bumiputera,


memang tidak dapat dinafikan bahawa mereka mahu
mempertahankan hak mereka juga, Kuota matrikulasi 90
peratus adalah sebahagian daripada hak istimewa untuk orang
Melayu dan bumiputera lain seperti yang ditetapkan dalam
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, saya
berpendapat bahawa setiap pelajar berhak mendapat hak
pendidikan tanpa diskriminasi tanpa mengira kaum mereka.
Program metrikulasi ini sepatutnya menggunakan sistem
berasaskan merit dengan mengkhususkan kuota untuk pelajar
dari keluarga berpendapatan rendah.

Selain itu, kuota berasaskan kaum itu tidak adil kerana pusat-
pusat matrikulasi dibiayai oleh pembayar cukai. Adakah orang
Melayu sahaja yang membayar cukai? Bayangkan mereka yang
berusaha dan cemerlang tidak mendapat apa-apa, sedangkan
yang mendapat 3A pula mendapat tempat, di mana keadilan.

Selain itu, sistem kuota matrikulasi tidak relevan kerana sudah


capai tujuan asal. Hal ini demikian kerana tujuan asal kuota ini,
iaitu mengimbangi agihan kaum di universiti sudah ditangani.
Hakikatnya, sistem kuota ini pada masa kini telah . Contohnya,
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui sistem
Matrikulasi memang diwujudkan untuk menjadi "pintu
belakang" buat orang Melayu memasuki institusi pengajian
tinggi awam (IPTA). Kesannya, matrikulasi menghasilkan
pelajar Melayu yang hanya bergantung kepada kuota dan
kurang kompeten. Bak kata pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara, kuota matrikulasi harus dihapuskan supaya anak-
anak muda Malaysia boleh menjadi lebih berdaya saing dalam
negara, dan seterusnya antarabangsa.

Selain itu, dengan sedar ataupun tidak sistem kuota matrikulasi


merupkan

Walaupun idealogi menghapuskan sistem kuota ini telah


Menurut bekas Menteri Pendidikan Mazlee Malik, sistem kuota
akan diteruskan sehingga kerajaan Berjaya mengatasi masalah
ketidakadilan pasaran kerja dalam pengambilan graduan
Bumiputera. Walaupun pernyataan beliau itu tepat,

Pakar pedagogi Kong Zi telah menyatakan bahawa “semua


orang berhak mendapatkan Pendidikan yang sama, tidak
dibedakan kaya atau miskin, memiliki status social tinggi atau
rendah. Semua orang mendapat hak dan kesempatan yang
sama”. Secara tuntasnya, saya menegaskan bahawa idealogi
pendidikan untuk semua orang harus diamalkan oleh rakyat
Malaysia demi kemajuan negara.

Saya faham bahawa hak-hak istimewa orang Melayu dan


bumiputera lain dilindungi dan termaktub dalam
Perlembagaan, dan menolaknya sama seperti mempersoalkan
kesucian undang-undang tertinggi Persekutuan Malaysia.

You might also like