Ulasan Tayangan Filem Patriotik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BHBU111-22

ULASAN TAYANGAN FILEM

NAMA STUDENT ID
MUHAMMAD DANIAL HAIKAL 2019415234
BIN SAIFULAMRAN
NURUL AMIRAH BINTI AZLAN 2019892654
SITI KHADIJAH BINTI ZAKARIA 2019405904
NURUL FATIHAH BINTI 2019415672
HUSSEN
SITI AMNI MUSLIHAH BINTI 2019207462
HASSHIM
NURUL AIN BINTI MUHAMMAD 2019405652
NURUL FARHANIE BINTI 2019208218
AZMAN
NUR DIYANA BINTI KHAIRUL 2019207268
BADRI
NUR NAZIFAH BINTI MOHD 2019252976
SAIPUDIN

1. 5 nilai murni yang terdapat di dalam filem yang ditayangkan.


Melalui tayangan filem Ola Bola pada 23 November 2019 yang lalu, terdapat
pelbagai unsur nilai murni yang berjaya disampaikan melalui filem ini. Nilai murni
perdana yang akan saya kupas adalah nilai kerajinan. Nilai ini jelas ditunjukkan
oleh Chow Kwok Keong atau lebih mesra dikenali dengan nama samaran beliau iaitu
Tauke. Tauke sangat rajin bekerja bagi menambah sumber pendapatan walaupun
beliau merupakan salah seorang pemain dari kesebelasan utama pasukan bola
sepak negara. Di samping memilih untuk bermain bola sepak sebagai profesion
utama beliau, Tauke juga bekerja di sebuah pejabat pada waktu siang dan di
sebuah “fun fair” apabila hari sudah mengenjak malam.. Maka, sifat kerajinan yang
ditunjukkan oleh Chow Kwok Keong ini wajar dicontohi oleh semua masyarakat agar
lebih rajin untuk bekerja .

Melihat dari sudut yang berbeza pula, nilai murni yang turut digambarkan di
dalam tayangan filem Ola Bola ini adalah nilai persahabatan. Nilai ini dapat
dihuraikan melalui keakraban pemain-pemain bola sepak negara dimana Tauke
menemani Muthu ke hospital sejurus habis perlawanan persahabatan untuk melawat
adiknya di hospital yang cedera akibat kemalangan jalan raya. Tauke juga telah
meminjam kereta dari kawannya demi membawa Muthu ke hospital. Beliau sanggup
meminjam kereta daripada orang lain demi membantu sahabatnya itu.

Selain itu, nilai murni berfikiran positif turut diselitkan di dalam fiem ini. Nilai ini
dapat dilihat Ah Cai yang merupakan contoh terbaik antara kesemua karakter di
dalam filem ini. Ah Cai sentiasa berfikiran positif walaupun sering kali di usik sebagai
pemain simpanan sahaja oleh rakannya Abu. Walaupun selalu di sindir, Ah Cai tetap
percaya pada dirinya bahawa suatu hari nanti dia pasti akan dapat menyertai
kesebelasan utama dan cita-citanya itu menjadi kenyataan pada hari paling
bersejarah dalam sukan bola sepak Malaysia iaitu pada perlawanan akhir
kelayakkan ke Sukan Olimpik Moscow.
Dalam pada itu, nilai kasih sayang turut digambarkan di dalam jalan cerita filem
ini. Contohnya sokongan yang diberikan oleh ahli keluarga terhadap pemain pemain
negara. Ibu Tauke sangat sayang akan anaknya dan sentiasa menyokong segala
keputusan yang diambil oleh anaknya itu meskipun skuad negara tidak beraksi
dengan baik dan pendapatannya sebagai pemain bola sepak negara tidak begitu
menguntungkan pada ketika itu.

Akhir sekali, nilai lain yang turut diselit di dalam filem ini adalah kegigihan.
Pasukan negara sentiasa gigih berusaha walaupun sering kali ditimpa kekalahan.
Mereka tetap menjalani latihan secara bersungguh-sungguh tidak mengira waktu
sama ada di pagi hari mahupun di malam hari. Menjelang perlawanan akhir
kelayakkan ke Sukan Olimpik Mosocow, mereka berusaha dengan lebih lagi dan
tidak pernah berputus asa walaupun mendapat berita bahawa Malaysia telah
memboikot Rusia pada separuh masa pertama perlawanan tersebut. Mereka tetap
menunjukkan aksi yang terbaik walaupun mereka sudah tahu bahawa mereka tidak
akan berpelung ke Rusia.

2. 5 unsur patriotism di dalam filem yang ditayangkan.


Unsur patriotisme perdana dalam filem ini ialah perpaduan. Melalui filem Ola
Bola ini, dapat kita dilihat bahawa semua warganegara tidak mengira bangsa dan
kaum, hidup dalam perpaduan dan harmoni. Walaupun berbeza warna kulit, mereka
saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan tidak pernah ada unsur
perkauman yang ditunjukkan. Sebagai contoh, sewaktu perlawanan berlangsung
seluruh warganegara tidak mengira bangsa akan berusaha mencari siaran untuk
mengetahui perkembangan terkini tentang perlawanan tersebut. Mereka turut duduk
bersama-sama tanpa sebarang konflik yang mampu mencetuskan pergaduhan dan
apabila skuad negara berjaya menjaringkan gol atau muncul sebagai juara
perlawanan mereka akan meraikan kemenangan itu bersama sama. Dengan itu,
benarlah ungkapan “Sukan Menyatukan Rakyat” yang sering kita dengar di segala
platform hebahan maklumat termasuklah di dada akhbar negara.

Seterusnya, unsur patriotisme lain yang ditunjukkan dalam filem ini ialah
semangat cinta akan negara. Semangat cinta akan negara jelas tersemai di hati
pemain pasukan negara. Hal ini kerana mereka terus berusaha walaupun sesuatu
perbuatan mereka itu tidak memberi pulangan yang baik buat mereka sewaktu di
dalam bilik persalinan pemainan di mana mereka baru mendapat tahu bahawa
Malaysia telah memboikot Rusia sebagai protes terhadap pencerobohan Kesatuan
Soviet ke atas Afghanistan. Walau bagaimanapun, skuad negara tetap meneruskan
perlawanan kerana mereka cinta akan negara dan berterima kasih kepada kesemua
warganegara yang menyokong mereka tanpa henti sehingga mereka layak ke
perlawanan final.

Di samping itu, pemain-pemain negara juga telah menunjukkan disiplin yang


baik sepanjang kerjaya mereka. Walaupun ada segelintir mereka yang tidak
berpuas hati dengan keputusan yang diambil oleh pihak atasan, mereka tetap akur
kerana mereka tahu itu bukan untuk mereka tetapi untuk tanah air tercinta, Malaysia.
Contohnya,sewaktu mereka menerima jurulatih baharu iaitu Coach Harry dan
sewaktu Malaysia memboikot Rusia. Mereka akhirnya tetap akur dengan segala
arahan dan tidak memprotes.

Unsur patriotisme seterusnya ialah berusaha dan produktif. Nilai ini wujud apabila
seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh bukan sahaja demi kebaikan individual
tetapi untuk kebaiakan ramai. Contohnya, pada waktu malam di mana pemain diberi
masa untuk berehat namun Muthu tidak melepaskan peluang itu untuk berlatih
sehingga kemahirannya menjadi mantap dan memuaskan. Muthu juga ada
menyatakan bahawa beliau melakukan sedemikian untuk menang dan
mengharumkan nama negara. Benarlah bahawa kejayaan sesuatu negara itu turut
bergantung kepada rakyatnya bak mutiara kata

Akhir sekali, sikap bangga akan negara juga tergolong dalam unsur
patriotisme. Contoh yang jelas lagi nyata ialah apabila para penonton tidak
ketinggalan menghadiri perlawanan akhir Malaysia menentang Korea sehinggakan
masih ramai yang tidak dapat masuk ke stadium kerana kesemua tiket telah habis
dijual. Sokongan ini jelas menunjukkan perasaan cinta akan negara mereka
terhadap Malaysia .

3. hala tuju anda dalam menerajui negara sebagai pemimpin muda.


Menerusi era globalisasi ini, negara sering dihadapkan dengan pelbagai masalah
yang menjadi penyekat kepada pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, seorang
pemimpin yang berkaliber adalah sangat diperlukan bagi membantu menyelesaikan
segala permasalahan yang muncul.

Hala tuju utama saya sebagai seorang pemimpin muda adalah untuk
memperbaiki diri saya dahulu. Hal ini kerana, seorang pemimpin tidaklah
seharusnya menjadi insan yang sempurna namun mereka seharusnya menjadi
contoh yang baik kepada rakyat di bawah pimpinan mereka. Pemimpin akan
dijadikan contoh oleh rakyat mereka jadi mereka sewajanya memiliki personaliti
yang baik. Bagi menjadi seorang pemimpin yang baik, saya seharusnya bersedia
untuk menerima kritikan yang diberikan oleh rakyat kerana dari kritikan itu saya
mampu membaiki diri ke arah yang lebih baik.

Di samping itu, saya mestilah menepati janji. Saya sewajarnya melaksanakan


segala janji saya seperti yang dinyatakan semasa kempen sebelum perlantikan. Hal
in kerana, perlantikan saya menjadi harapan rakyat ke arah perubahan yang lebih
baik. Undian mereka adalah tanggungjawab yang perlu digalas kerana mereka
percaya akan kebolehan kita untuk membawa perubahan kepada masyarakat di
negara ini. Oleh itu, saya tidak seharusnya mensia-siakan harapan mereka dengan
tidak berbuat apa-apa kepada rakyat sebagai pulangan.

Akhir sekali, sebagai pemimpin muda yang bakal menerajui negara pada era
globalisasi yang penuh onak dan duri ini, saya seharusnya memiliki daya fikiran
yang tinggi setanding pemimpin hebat dari dalam negara mahupun dari luar negara.
Keupayaan untuk berfikiran jauh adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin
bagi memastikan kemajuan negara akan sentiasa tercapai. Tambahan pula,
pemimpin yang berhemah dengan setiap hujahnya akan dapat menyakinkan lagi
rakyatnya untuk terus menyokong segala usaha yang dirancangkan demi masa
depan negara.

You might also like