Soalan Penduduk Dan Sumber Alam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

5 (a) Kesan kemerosotan daya tampung sumber alam

terhadap alam sekitar manusia di sesuatu kawasan


ialah wujudnya masalah kemerosotan sumber
makanan, wujudnya masalah kemerosotan sumber
bahan mentah, wujudnya masalah kekurangan
bekalan air bersih, pencemaran udara, berlakunya
bencana alam, kepupusan spesies flora dan fauna,
1.Masalah kemerosotan sumber makanan
Keadaan ini akan berlaku jika sumber semula jadi
yang menjadi sumber makanan mengalami
kepupusan atau kemusnahan disebabkan oleh aktiviti
manusia secara berlebihan. Sebagai contoh,
kemerosotan penangkapan secara berlebihan telah
menjejaskan bekalan protein kepada penduduk.
2.Wujudnya masalah kemerosotan sumber bahan
mentah
Kekurangan sumber bahan mentah sama ada sumber
yang tidak boleh diperbaharui mahupun boleh
diperbaharui. Sumber bahan mentah amat diperlukan
oleh sektor perindustrian bagi menghasilkan barang
pengguna yang diperlukan oleh penduduk. Selain
itu, bahan mentah juga boleh dijadikan sumber
tenaga untuk menggerakkan jentera kilang.

3.Wujudnya masalah kekurangan bekalan air bersih


Masalah bekalan air yang semakin berkurangan
berpunca daripada kemusnahan kawasan tadahan air
disebabkan oleh aktiviti pembalakan secara
berleluasa. Selain itu kekurangan air berpunca
daripada pencemaran sungai. Hal ini menyebabkan
penduduk terpaksa mengalami catuan air yang
banyak justeru menyusahkan penduduk untuk
menjalankan aktiviti harian dan aktiviti ekonomi
mereka.
4.Pencemaran udara
Aktiviti manusia secara tidak terkawal seperti
pelepasan asap dari kilang telah menyebabkan
pencemaran udara. Pencemaran udara telah
mendatangkan pelbagai jenis penyakit kepada
manusia seperti batuk dan penyakit kulit serta sakit
mata. Akhirnya, kualiti hidup penduduk akan
merosot akibat kemerosotan sumber alam.
5.Berlakunya bencana alam
Kejadian bencana alam sekitar kebanyakannya
berpunca daripada aktiviti manusia yang tidak
bertanggungjawab. Banjir yang melanda negara pada
Disember 2014 telah membawa banyak kemusnahan
yang mengorbankan harta benda dan juga telah
meragut nyawa. Kemusnahan itu berpunca daripada
aktiviti manusia yang tidak terkawal seperti
pembalakan dan pertanian serta petempatan di
kawasan tanah tinggi yang sepatutnya merupakan
kawasan tadahan air.
6.Kepupusan spesies fauna dan flora
Aktiviti pembalakan merupakan aktiviti yang boleh
menyebabkan kepupusan spesies fauna dan flora
serta menyebabkan kejadian banjir yang akan
menenggelamkan habitat fauna dan flora. Sepatutnya
spesies flora dan fauna ini perlu dilindungi dan
dipelihara supaya tidak musnah dan pupus untuk
generasi akan datang. [13]
(b) Cara untuk mengekalkan keseimbangan daya
tampung sumber alam dengan aras penduduk ialah
melalui pembangunan lestari, menguatkuasa
undang-undang, melaksanakan kempen,
memberikan pendidikan, melalui program
mengurangkan kadar kelahiran penduduk, dan
melalui penggunaan tenaga alternatif.
1.Pembangunan lestari
Melalui program pembangunan lestari yang
dilaksanakan dijangka boleh mengekalkan sumber
alam yang sedia ada. Kerana setiap usaha
pembangunan yang dijalankan disertai dengan usaha
memelihara dan memulihara alam sekitar. Diharap
dengan pembangunan yang terkawal dan usaha-
usaha memelihara dan memulihara yang dijalankan
pada masa ini menyebabkan generasi yang akan
datang dapat menikmati kualiti hidup yang lebih
baik dan berkekalan.
2.Menguat kuasa undang-undang
Penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada
perlu dilaksanakan setepat dan setelus mungkin
tanpa sebarang keistemewaan terhadap pihak yang
mempunyai kepentingan, Oleh itu perlaksanaan
hukuman seperti denda dan kompaun serta menyita
premis yang melanggar peraturan perlu dilaksanakan
dengan lebih telus. Contohnya, pihak-pihak yang
mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan,
boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3)
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak
melebihi RM100000 atau penjara untuk tempoh
tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya
sekali.
3.Melaksanakan kempen
Melalui kempen yang dijalankan diharapkan dapat
menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat
akan kepentingan penjagaan alam sekitar yang ada
supaya tidak musnah. Kempen ini boleh
dilaksanakan oleh pihak kerajaan, badan NGO, dan
individu yang mempunyai kesedaran serta mencintai
alam sekitar. Kempen tentang alam sekitar ini boleh
di uar-uarkan
melalui media massa sama ada bercetak atau
elektronik.
4.Pendidikan
Menerusi pendidikan dapat memupuk rasa
tanggungjawab dan mencintai alam sekitar sejak di
bangku sekolah. Dengan adanya pendidikan di
sekolah diharap dapat melahirkan generasi yang tahu
menghargai dan mencintai alam sekitar yang ada.
Pendidikan boleh diberikan melalui mata pelajaran
yang diajar di sekolah seperti mata pelajaran
Geografi, Bahasa Melayu, dan Pendidikan Islam
yang mempunyai nilai-nilai penjagaan alam sekitar
di dalamnya.
5.Program mengurangkan kadar kelahiran penduduk
Amalan perancangan keluarga boleh dilaksanakan
secara lebih meluas. Penggunaan kaedah tertentu
seperti amalan pil perancang, penggunaan alat IUCD
dan kondom boleh mengurangkan kadar
pertumbuhan penduduk apabila bilangan bayi yang
lahir semakin berkurangan. Oleh itu kelahiran bayi
dapat dikawal supaya tidak melebihi daya tamping
sumber alam yang sedia ada.
6.Penggunaan tenaga alternatif
Melalui penyelidikan dan pembangunan telah
menghasilkan sumber tenaga yang baharu seperti
solar, hibrid, dan biodiesel. Penggunaan tenaga
alternatif ini boleh menjimatkan dan mesra alam
serta tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber
tenaga yang hampir habis. Sumber tenaga ini
mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.
[12]

You might also like