Petrology of Mantle Rocks

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

5.

0 MODEL SEKITARAN TEKTONIK

Di jujukan ofiolit, dunit berlaku dalam pelbagai siri pembentukan. Siri pertama ialah
dunit dijumpai melalui tektonik mantel, ditengah-tengah siri peridot yang kaya dengan
kandungan piroksen. Siri yang kedua ialah dimana dunit wujud sebagai vein dan dike yang
mempunyai beberapa meter ketebalan. Keberangkalian untuk mempunyai kandungan piroksen
atau kromit juga wujud. Siri yang ketiga ialah dunit wujud dengan bentuk lensa dimana ia
selalu bersentuhan dengan hos mereka iaitu peridotit. Siri keempat ialah dunit wujud
disekeliling kromit yang berbentuk pod (oval). Siri kelima dunit selalu terhasil di zon transisi
diantara tektonik mantel dan urutan plutonik (pemisah teras bumi dan mantel).

Rajah 5.1: Jenis-jenis batuan peridotit yang wujud (Sumber:


https://geology.com/rocks/pictures/types-of-peridotite.jpg)

Zon transisi dunit selalunya mempunyai ketebalan dari puluhan hingga ke ratusan
meter, menunjukkan ‘sharp contact’ dengan mantel harzburgite. Dunit juga mempunyai tanda
persentuhan atas (upper contacts marked) dengan penambahan kandungan plagioklas di
lapisan trokolit (troctolite) dan olivin gabro di kerak bumi. Dike dunit didalam klinopiroksen
harzburgite biasanya mempunyai lebar yang berjulat diantara 20 ke 50 centimeter dan
selalunya wujud di induk peridotit pada beberapa julat sentimeter ke beberapa puluh
sentimeter.

Dunit yang terdapat didalam mantel menunjukkan bukti geokimia dan mineralogi dari
pembentukan pencairan batuan di mantel atas di persekitaran zon suprasubduksi. Klinopiroksen
harzburgite yang dibentuk secara semula jadi dari pencairan separa di banjaran tengah lautan
(BTL) dapat diubah suai dengan hidrous pencairan boninitik. Jauh kedalam siri tersebut, dike
dunit terbentuk secara relatif di perubahan klinopiroksen harzburgite yang cair dan melalui
pencairan boninit yang pantas. Dikawasan yang lebih tinggi, pod kromit dan dunit wujud
dimana aliran mantel berubah dari mencacak ke sub-mengiring dan dimana pengekstrakkan
pencairan adalah kurang efisyen. Pencairan ‘ponded’ telah bertindak balas dengan induk
peridotit dimana kandungan silika oksida (SiO2) telah meningkat, menyebabkan pemendakan
kromonit berbentuk pod. Cecair yang berlebihan akan terus bergerak keatas ke sempadan
kerak-mantel dimana penyerapan pencairan batuan berlaku untuk membentuk zon transisi
dunit secara besar-besaran. Pada semua peringkat proses ini, aktiviti pencairan batuan telah
berinteraksi dalam melarutkan palladium (Pd) dan platinum (Pt) sulfide dari induk harzburgite
dan akhirnya membentuk dunit.
Rajah 5.1: Zon transisi (Sumber: http://media.springernature.com/m685/nature-
static/assets/v1/image-assets/nature01918-f1.2.jpg)

Kawasan Banjaran Tengah Lautan (BTL) adalah kawasan atau tempat kenaikan magma
bagi membentuk lapisan kerak lautan yang baharu. Kenaikan magma ini adalah disebabkan
oleh penambahan magma secara berperingkat ke permukaan melalui proses leburan atau
pencairan separa. Proses ini berlaku di bahagian mantel yang merupakan sumber utama
magma atau pencairan batuan punca (BP). (Omangetc, 2016)

Rajah 5.2: Model pembentukan dunit di zon transisi (Sumber: REE and PGE Geochemical
Constraints on the Formation of Dunites in the Luobusa Ophiolite, Southern Tibet)

Klinopiroksen harzburgite terbentuk di tengah pembukan kerak lautan dimana ia


terperangkap didalam mantel diatas zon subduksi. Cecair telah terbebas dari penurunan slab
(downgoing slab) telah menyebabkan pembentukan pencairan boninitik di hadapan arka.
Laluan cecair ini telah melalui harzburgite dan menyebabkan pencairan piroksen untuk
menghilangkan kandungan harzburgite di bahagian atas kawasan tersebut. Perubahan arah
aliran mantel dari mencacak ke mengiring telah menyebabkan reaksi diantara batuan ekstensi
cair dan pengekstrakkan kromit yang berbentuk pod yang disekelilingi oleh dunit. Cecair yang
terangkat secara berterusan akan menyebabkan kandungan piroksen didalam harzburgite akan
hilang sepenuhnya dan pembentukan zon transisi dunit juga turut menghilang. Pembahagian
sisa-sisa cecair di kerak dapur magma mungkin akan membentuk dunit dipermukaan zon
transisi tersebut.

Rujukan:

Shariff AK Omang dan Wan Azmona Wan Mohamed, (2016). Asas Petrologi Igneus. Muka surat
68

You might also like