Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT

PENDIDIKAN GURU

Bab 1: Pendahuluan

Pengenalan
Kata pemeri ialah dan adalah merupakan kata tugas yang tergolong sebagai kata
prafrasa. Penggunaannya dalam ayat menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.
Hal ini dapat dikaitkan dengan pandangan Nik Safiah Karim (1995), banyak ayat dalam
bahasa Melayu tidak memerlukan kata kerja, banyak pengguna bahasa Melayu yang keliru
menggunakan ialah dan adalah sebagai terjemahan kata kerja bahasa Inggeris sedangkan
keberadaan kata kerja tidak penting dalam bahasa Melayu. Pengkaji telah menganalisis
penggunaan kata pemeri dalam ayat melalui penulisan refleksi sepanjang praktikum di
sekolah masing-masing dengan menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap
persampelan. Tujuan pengkaji adalah untuk melihat kelemahan penggunaan kata pemeri
dalam penulisan refleksi yang merupakan penulisan yang wajib ditulis oleh guru pelatih untuk
dihantar kepada pihak pentadbiran dan pensyarah pembimbing. Hasil kajian mendapati
bahawa 42% kelemahan dalam pembinaan ayat melibatkan kata pemeri. Draf panduan
kesalahan umum penggunaan bahasa dalam penulisan refleksi merupakan alternatif yang
diambil oleh pengkaji supaya dapat membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul
dalam kalangan guru pelatih.

Penyataan Masalah

Di Malaysia, kajian berkaitan kesalahan bahasa seringkali mendapat perhatian pengkaji


bahasa. Mohammed Zin Nordin (2003) menyatakan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) pernah menerbitkan Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa
Malaysia pada tahun 1981 yang berkisarkan kepada perkembangan penggunaan bahasa
Melayu dalam sektor awam dan swasta di negara ini. Laporan ini telah mendapati bahawa
penggunaan bahasa Melayu dalam sektor pentadbiran dan pendidikan masih lagi
mempunyai banyak kesalahan bahasa. Sedangkan Siti Norsyahida Mohd A. Rashid, Nor
Azuwan Yaakob dan Che Ibrahim Salleh (2015) dalam kajian mereka yang bertajuk
Penggunaan Bahasa dalam Laman Blog dari Aspek Morfologi mendapati bahawa terdapat
kesalahan dalam penggunaan morfologi pelbagai golongan kata seperti kata pemeri.
Menelusuri kajian lepas berkaitan bidang morfologi juga, pengkaji mendapati banyak
kekeliruan yang timbul berkaitan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’. Siti Baidura Kasiran dan
Nurul Jamilah Rosly (2003) mengkaji kesalahan penggunaan kata pemeri dalam kajian
mereka yang bertajuk Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Karangan
Pelajar di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam. Dalam kajian tersebut, pengkaji
mendapati terdapat penggunaan ‘ialah’ yang menyalahi struktur ayat bahasa Melayu
kerana kata adjektif disusuli oleh kata pemeri ‘ialah’ atau ‘adalah’ dan terdapat juga
kesalahan kata pemeri ‘adalah’ yang hadir di hadapan kata nama. Penggunaan ini ternyata
menyalahi hukum penggunaan kata pemeri yang betul. Idris Aman (2008) pula mendapati
bahawa ‘adalah’ dan ‘ialah’ produktif digunakan di dalam korpus. Analisis beliau juga
mendapati bahawa adalah dan ialah adalah unsur nahuan yang sangat berguna dalam
penghasilan perenggan. Selain itu, beliau mendapati bahawa ‘adalah’ turut digunakan pada
awal ayat sebagai penegas idea. Kajian ini jelas mendapati bahawa kata pemeri ‘ialah’ bukan
sahaja hadir di hadapan frasa nama, malah turut hadir di hadapan frasa kerja dan kata
tanya dan ini bertentangan dengan penggunaan mengikut Tatabahasa Dewan. Kekeliruan
yang seringkali terjadi dalam pembinaan ayat yang melibatkan penggunaan kata pemeri
ialah meletakkan ‘adalah’ di tempat ‘ialah’, ‘ialah’ di tempat ‘adalah’ dan penggunaan kata
‘adalah’ di hadapan kata kerja ataupun permulaan ayat. Hal ini menarik perhatian pengkaji
untuk melihat kekeliruan tersebut dalam konteks penggunaan e-mel di sebuah universiti
teknikal Malaysia.

Tujuan Kajian

i-Objektif kajian

 Mengenal pasti tahap penguasaan kata pemeri dalam kalangan pelajar institut
pendidikan guru.
 Menganalisis penggunaan kata pemeri dalam penulisan refleksi pelajar institut
pendidikan guru.
 Menentukan kesilapan major pada penggunaan kata pemeri dalam penulisan pelajar
institut pendidikan guru.

-2 soalan kajian
-3 hipotesis kajian
Skop & batasan kajian
Kepentingan kajian
Definisi operasional
Rumusan

Bab 2: Tinjauan Literatur


Pengenalan kpd konteks kajian
Teori/Model kajian
Dapatan kajian lalu
Kerangka konseptual
Rumusan

Bab 3: Metodologi Kajian


Pengenalan
Reka bentuk kajian
Persampelan
Instrumen Kajian
-1 kesahan
-2 kebolehpercayaan
Kajian rintis (mesti 10% drpd responden)
Prosedur pengumpulan data- KUANTITATIF
Prosedur penganalisisan data
Rumusan

You might also like