Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS,

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Nama Pelajar : AIMAN DARWISY WOK BIN AZMAN

Angka Giliran : 2019172340091

No Kad Pengenalan : 000604100193

Kumpulan/Unit : G 1.1

Kod Kursus : PKUK 3052

Nama Kursus : SENI DALAM PENDIDIKAN

Nama Pensyarah : DATIN SITI MUHIBAH BINTI HAJI NOR

Tarikh Hantar :

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:
KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0 PENGENALAN

Menurut Herbert Read (1997), seni adalah penghasilan rupa bentuk yang
menimbulkan keceriaan, keseronokkan dan kesenangan estetik. Seni Dalam Pendidikan
(SDP) merupakan sesuatu yang baharu dan ianya merupakan program yang bersistem dan
mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas. SDP merupakan gabungan tiga komponen
utama iaitu seni muzik, seni visual dan seni pergerakkan. SDP adalah komponen yang
penting dalam melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan
kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan berjati diri tinggi. Integrasi seni visual, seni
muzik dan seni pergerakkan dapat membantu pembentukan insan yang bersifat holistik.
Murid diberi peluang menjalani aktiviti penerokaan, mengekspresi dan mengalami citarasa
menerusi pancaindera. Walaupun setiap pelajar mempunyai perbezaan latar belakang,
bakat dan kebolehan, namun mereka berhak menerima pemahaman dan pendidikan yang
seimbang dan menyeluruh. Oleh hal demikian, SDP merupakan satu kaedah pembelajaran
baharu yang boleh diaplikasikan dalam semua subjek agar pembelajaran dapat berlangsung
secara aktif dan menyeronokkan.

2.0 KEPENTINGAN SENI DALAM PENDIDIKAN

2.1. Proses Pengajaran Dan Pemudah cara (PdPc) Lebih Menyeronokkan

Antara kepentingan SDP yang terdapat dalam tayangan video yang bertajuk ‘Art is
the Root’ yang berdurasi 11:48 minit, ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan
pemudah cara (PdPc) lebih menyeronokkan. PdPc yang berkesan, menarik dan seronok
dapat menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah dengan penuh semangat. Berdasarkan
analisis video tersebut, pada durasi ke 02:02 saat, seorang guru bahasa mengajar dalam
kelas dengan menggunakan unsur nyanyian semasa beliau menerangkan perkara yang
perlu ada dalam sesuatu ayat iaitu subjek dan predikat. Contohnya “there’s the subject,
there’s the predicate, that’s how you make a sentence”. Situasi ini telah mendapat reaksi
positif daripada murid-murid kerana kesemua telah terhibur dengan aktiviti nyanyian dan alat
muzik yang dibawa oleh gurun mereka. Menurut Lestari (2012), kaedah yang kreatif dan
inovatif adalah menggunakan nyanyian kerana nyanyian adalah sebahagian daripada
kehidupan kanak-kanak selain bermain. Kajian-kajian menujukkan bahawa pendekatan
pengajaran yang informal dan fleksibel iaitu pengajaran yang tidak dikongkong oleh skema
dan jadual waktu umumnya lebih efektif (Dhanapal, 2013). Dalam konteks ini, murid-murid
telah menunjukkan kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan muzik kerana mereka mampu
mengubah ayat-ayat menjadi sebuah lagu. Howard Gardner (1983) telah memperkenalkan
Teori Kecerdasan Pelbagai yang terdiri daripada lapan jenis kecerdasan untuk mewujudkan
suasana kolaboratif dalam kelas serta meningkatkan kualiti diri. Oleh yang demikian, guru
seharusnya mengenalpasti kecerdasan murid-muridnya terlebih dahulu untuk memudahkan
proses pembelajaran berkesan berlangsung. Sekiranya majoriti murid-murid mempunyai
kecerdasan kinestetik, maka aktiviti yang dilakukan haruslah melibatkan pergerakkan bagi
menarik minat murid-murid. Namun, prinsip perbezaan individu juga harus diambil kira juga
kerana setiap murid mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza-beza.

2.2 Meningkatkan Kreativiti Murid

Seterusnya, kepentingan SDP ialah dapat meningkatkan kreativiti murid.


Kebanyakkan murid-murid di sekolah tidak mampu mengawal emosi semasa mengikuti
proses pembelajaran dek kerana perasaan rendah diri, sikap anti belajar yang melampau
dan masalah lain seperti Disleksia. Perkara ini jelas mengganggu perkembangan kognitif
dari segi daya pemikiran dan kreativiti murid-murid. Oleh hal yang demikian, berdasarkan
Teori Hoka-Hoki, otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan penyuburan untuk
membentuk insan yang seimbang. Setiap insan dilahirkan dengan sekurang-kurangnya tujuh
kecerdasan otak yang perlu dipupuk dan dipotensikan mengikut tumbesarannya (Edward,
2013). Gaya pemikiran otak kanan lebih bebas dan rawak manakala otak kiri pula lebih
menjurus kepada logik, rasional, dan kebanyakkan sistem pendidikan di dunia adalah lebih
berpusatkan kepada aliran pemikiran otak kiri yang memerlukan logik dan akal dalam
membuat keputusan. Hasilnya, konsep ‘think out of the box’ tidak dapat diterapkan. Oleh itu,
melalui seni dalam pendidikan ini, ianya dapat membantu guru untuk mempelbagaikan
aktiviti dalam bilik darjah dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk
mencungkil dan meningkatkan kreativiti serta inovasi murid. Buktinya, berdasarkan video
pada durasi ke 06:44 saat, menyatakan bahawa “extensive research has demonstrated that
arts education engages students in learning contributes to higher test scores”. Maka, hal ini
jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menguasai otak kanan mempunyai daya
kreativiti yang tinggi yang seterusnya mampu membantu kanak-kanak mencapai prestasi
akademik yang lebih cemerlang.
2.3 Memupuk Nilai Kerjasama

Di samping itu, SDP juga mampu memupuk nilai kerjasama. Berdasarkan Teori
Konstruktivism, konsep pembelajaran kanak-kanak dapat dibina melalui aktiviti-aktiviti Seni
Dalam Pendidikan. Contohnya adalah seperti penerokaan, manipulasi bahan, inkuiri
penemuan, dan juga pengamatan (Hazril Mukhid, 2013). Pembelajaran yang berpusatkan
guru serta akur terhadap piawaian ujian kurikulum skrip semata-mata hakikatnya mampu
mewujudkan suasana PdPc menjadi tidak bermakna dan membosankan. Namun,
berdasarkan analisis video pada durasi ke 01:08 saat, Mariah Rankine-Landers menyatakan
aktiviti yang berunsurkan seni dalam pengajarannya seperti menari, menyanyi, dan melukis,
dapat memberi keseronokkan dan peluang kepada murid-murid untuk mencuba dan
meneroka perkara yang baru. Oleh yang demikian, murid-murid akan terlibat secara aktif
kerana mereka digalakkan untuk mencari idea, membuat kajian dan menyelesaikan masalah
secara koperatif dengan bantuan guru yang bertindak sebagai fasilitator. Kaedah
pengajaran seperti ini lebih dikenali sebagai aktiviti ‘hands-on’ iaitu aktiviti praktik, aktiviti
manipulatif, dan aktiviti berpusatkan bahan (Doran, 1990). Tuntasnya, guru haruslah
mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid-murid agar dapat menjadi pereka bentuk
bahan pengajaran yang berkesan dan menarik.

3.0 KESIMPULAN

Pelbagai teori telah diperkenalkan seperti Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard
Gardner, Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky serta Teori Hoka Hoki, mempunyai
hubungkait dengan Seni Dalam Pendidikan. Justeru itu, terdapat pelbagai langkah untuk
menerapkan elemen Seni Dalam Pendidikan dalam PdPc. Antaranya ialah, pihak sekolah
dan ibu bapa perlu mengadakan satu mesyuarat seperti PIBG bagi membincangkan hal-hal
berkaitan murid-murid dan pendidikan. Seterusnya, sumbangan daripada pelbagai pihak
juga amat penting agar pihak sekolah dapat merancang aktiviti-aktiviti yang berteraskan
Seni Dalam Pendidikan. Selain itu, Ibu bapa yang berkemahiran seperti melukis, menyanyi
dan menari bolehlah menjadi sukarelawan di dalam kelas. Akhir sekali, undangan artis dan
seniman jemputan juga merupakan satu pendekatan yang terbaik untuk menarik lebih minat
murid-murid terhadap pembelajaran. Justeru itu, diharapkan agar semua guru mampu
meningkatkan kualiti PdPc agar objektif dan matlamat Seni Dalam Pendidikan iaitu
membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai estetika yang
tinggi, imaginatif, kristis, inovatif dan inventif dapat dicapai oleh semua sekolah (Edward
Loduni, 2013).
Sebagai menggulung semua yang telah diperkatakan diatas, bidang pendidikan
merupakan perkara yang penting kerana ia akan menentukan kemajuan sesebuah negara.
Oleh hal yang demikian, setiap lapisan masyarakat seharusnya memberi penekanan yang
serius terhadap sistem pendidikan kita. Hal ini mampu membolehkan murid-murid menerima
proses pembelajaran yang efektif, seterusnya meneraju masa depan negara dengan lebih
baik. Tamsilnya, Seni Dalam Pendidikan merupakan platform yang terbaik untuk membentuk
pembentukkan insan yang seimbang dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
RUJUKAN

Edward Laduni, Patricia Nirmala Daniel, Toh L. C., Ghazali Abdul Ghani et.al (2013). Modul
Seni Dalam Pendidikan: Institut Pendidikan Guru.

Gardner, H. (1983). Frames of mind. The theory of multiple intelligences. New York: Basic
Books.

Read, H. (1997). Meaning of Arts. London: Faber & Faber.

Rini Lestari. 2012. Nyanyian Sebagai Metode Pendidikan Karakter Pada Anak. Prosiding
Seminar Nasional PsikologiIslami. Surakarta.131-136.

Doran (1990). Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-On Membantu Meningkatkan


Minat Dan Penglibatan Murid-murid: SCRBD :
https://www.scribd.com/doc/70204845/Pengaplikasian-Pembelajaran-Secara-Hands-
On-Membantu-Meningkatkan-Minat-Dan-Penglibatan-Murid -Dalam-Pembelajaran/

Dhanapal (2013). GURU BERKESAN- SATU PANDANGAN PERIBADI : Blog Pendididikan:


Malaysia : https://dhanapalblog.wordpress.com/2013/03/10/guru-berkesan-satu-
pandangan-peribadi/

Mukhid H. (2013). TEORI KONSTRUKTIVISME : SCRIBD . Retrieved from


https://www.scribd.com/doc/142578343/TEORI-KONSTRUKTIVISME

Rapt, (2014, September 10), Arts is the Root (Why Arts in Schools Matter) [Video file].
Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=CRkusFzVVAU&t=394s

You might also like