Buku Peraturan Disiplin 2019 Cetak 2 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 88

PERATURAN-PERATURAN

SEKOLAH/ASRAMA
Kata Aluan Pengetua 1
Rujunegara, FalsafahPendidikan 2
Visi Dan Misi Sekolah 2
Hala Tuju Sekolah 3
Lagu Negaraku. Terengganu 4
KANDUNGAN
Pembahagian mengikiut fasal

Lagu Pendidikan Terengganu 5


Ikrar Pelajar 6
Lencana dan Bendera Sekolah 7
Lagu Sekolah 9
Sejarah Sekolah Sepintas Lalu 10
Senarai Pengetua 13

PERATURAN SEKOLAH

Fasal 1 : Tujuan Peraturan Sekolah 14


Fasal 2 : Tujuan Hukuman 15
Fasal 3 : Masa Persekolahan 16
Fasal 4 : Kehadiran Ke Sekolah 17
Fasal 5 : Pakaian Seragam 18
Fasal 6 : Potongan Rambut 25
Fasal 7 : Pelajar Yang Tidak Hadir Ke Sekolah 27
Fasal 8 : Perhimpunan 29
Fasal 9 : Keluar Dari Kawasan Sekolah 30
Fasal 10 : Kenderaan 31
Fasal 11 : Harta Benda Sekolah 32
Fasal 12 : Ujian/Peperiksaan 34
Fasal 13 : Kantin Sekolah 35
Fasal 14 : Keselamatan Sekolah/Di Sekolah 36
Fasal 15 : Lawatan Dan Pelawat-Pelawat 38
Fasal 16 : Surat-Menyurat 39
Fasal 17 : Sosial 39
Fasal 18 : Tatatertib 40
Fasal 19 : Kebersihan 41
Fasal 20 : Kegiatan Kokurikulum 42
Fasal 21 : Peraturan-Peraturan Khusus 43
Fasal 22 : Kesalahan-Kesalahan Berat 44
Fasal 23 : Perbuatan Yang Dilarang Secara Nyata 46
Fasal 24 : Kesalahan-Kesalahan Lain dan 48
Peraturan
Fasal 25 : Kawasan-Kawasan Larangan 50
Fasal 26 : Hukuman 51
Fasal 27 : Tambahan dan Pindaan 52
Fasal 28 : Peraturan-Peraturan Asrama 53
PERATURAN ASRAMA

1.0 Peraturan Am 53
2.0 Peraturan Khusus 53
2.1 Pakaian 53
2.2 Pakaian Pelajar Lelaki 54
2.3 Pakaian Pelajar Perempuan 54
3.0 Kelas Persediaan 55
4.0 Perhimpunan 56
5.0 Makanan 56
6.0 Kiriman Bungkusan Makanan 58
7.0 Pemeriksaan Kamar/Asrama 58
8.0 Kawasan dan Bilik Asrama 59
9.0 Bilik Air dan Bilik Mandi 60
10.0 Bilik Rehat 60
11.0 Barang Persedirian 61
12.0 Barang Larangan 61
13.0 Kawasan Larangan 62
14.0 Majalah dan Penulisan 62
15.0 Surat Menyurat 63
16.0 Keluar Masuk 63
17.0 Kad Keluar Pelajar 64
18.0 Balik Kampung 65
19.0 Melawat 65
20..0 Kecemasan/Sakit 66
21.0 Pelanggaran Peraturan Asrama 66
22.0 Tafsiran Kesalahan 67

Lampiran A - Senarai Amalan Baik 68


Lampiran B - Senarai Kesalahan/Kes Khas 69
Lampiran C - Jenis Salah Laku dan Tindakan 72
Lampiran D - Contoh Pakaian Seragam 76

Akuan Menerima Taklimat Peraturan Sekolah 77


Borang Pengakuan Ibubapa/Penjaga 78
Surat Akur Janji Pelajar 79
T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

KATA-KATA ALUAN
PENGETUA
INFO

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada Jawatankuasa Disiplin
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan
Zaharah kerana berjaya menyusun sebuah buku kecil
Panduan Peraturan Sekolah.

Pihak Hal Ehwal Murid didorong kuat oleh kesedaran bahawa masalah
disiplin sekolah tidak mungkin dapat diatasi dengan berkesan tanpa
penglibatan menyeluruh ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah.

Semoga buku kecil ini dapat digunakan sebagai rujukan pelajar, guru-
guru dan ibu bapa demi untuk meningkatkan prestasi pelajar, khasnya
bagi mengurangkan kes-kes salahlaku dalam kalangan pelajar. Dengan
ini para ibu bapa/penjaga juga dapat mengetahui secara mudah akan
peraturan sekolah. Para pelajar dapat memahami betapa pentingnya
disiplin yang tinggi lagi murni.

Insya Allah dengan adanya kerjasama dan penglibatan ibu


bapa/penjaga, saya yakin iklim dan budaya sekolah akan sentiasa
terpelihara.

Sekian, mudah-mudahan kita semua akan memperolehi kejayaan dan


kebaikan. Semoga Allah memberkati dan memberi hidayat kepada kita
semua.

MOHD KAMARI BIN IBRAHIM


Pengetua
SMK. Tengku Intan Zaharah
23000 Dungun, Terengganu

1 Januari 2019

1 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

RUKUNEGARA

Maka Kami, Rakyat Malaysia


Berikrar Akan Menumpukan
Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami
Untuk Mencapai Cita-Cita Tersebut Berdasarkan

INFO
Prinsip-Prinsip Berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan


Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu dan mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu


pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti. Insan Terdidik. Negara Sejahtera.

MISI SEKOLAH

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk


membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi
negara.

2 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

HALA TUJU SEKOLAH

1
BERMULA 2018
MEMPERKASAKAN KECEMERLANGAN
INFO

2 Akidah
dan
Agama 3 Akademik

1 Akhlak
& Sahsiah
4 Akal
& Budi

7A
7 Amalan
Budaya
Menarik 5 Aktiviti
Kokurikulum

6 Amalan
Inovasi

SENTIASA NOMBOR SATU

3 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

LAGU NEGARAKU

INFO
Negaraku
Tanah Tumpahnya Darahku,
Rakyat Hidup
Bersatu Dan Maju,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan, Raja Kita
Selamat Bertakhta,

Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan. Raja Kita
Selamat Bertakhta

LAGU NEGERI TERENGGANU

Allah Daulatkan Tuanku Sultan


Terengganu Darul Iman

Allah peliharakan Tuanku Sultan


Sejahtera Sepanjang Zaman

Allah rahmatkan Tuanku Sultan


Memerintah Rakyat Aman

4 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

LAGU PENDIDIKAN
INFO

NEGERI TERENGGANU

Pendidikan Obor Kehidupan


Pendidikan Kandil Perjuangan
Pendidikan Jamong Kemenangan
Pendidikan Pelita Kejayaan

Pendidikan Asas Jati Diri


Pendidikan Cermin Akal Budi
Pendidikan Warisan Abadi
Pendidikan Terengganu Bestari

Iqra’
Bacalah Dengan Nama Tuhanmu

Ayuh
Bangkitlah Memburu Ilmu

Pendidikan Itu Dedikasi


Pendidikan Itu Motivasi
Pendidikan Itu Prestasi
Pendidikan Itu Transformasi

Pendidikan Asas Jati Diri


Pendidikan Cermin Akal Budi
Pendidikan Warisan Abadi
Pendidikan Terengganu Bestari (3x)

5 Buku Peraturan Disiplin


INFO T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

IKRAR PELAJAR
Bahawasanya kami
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan
Zaharah berikrar dan berjanji
pada setiap masa untuk

akur kepada kuasa Tuhan dan para ibu bapa,


pemimpin negara, memuliakan dan
menghormati para guru dan orang yang lebih tua

mematuhi peraturan sekolah


dan undang-undang Negara

mendukung moto sekolah kami


“pengetahuan nilai bangsa” sebagai pedoman dan
pembelajaran sahsiah dan aktiviti kokurikulum

menjadi warga yang bertanggungjawab


kepada masyarakat, negara dan dunia.

6 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

LENCANA

INFO
Perisai
Benteng dan pertahanan untuk seluruh warga sekolah yang
perlu diperjuangkan

Skrol
Melambangkan peringkat tertinggi bidang keilmuan
akademik dengan mendapat ijazah yang diingini oleh setiap
pelajar.

Bunga Raya
Bunga Kebangsaan - Melahirkan pelajar-pelajar yang berani
dan menyemarak jasa dan budi ke seluruh pelusuk negara.

Obor
Pengetahuan dan ilmu yang diperolehi akan dipergunakan
bagi menerangi kemajuan seluruh sekolah.

Gelung pada Obor


Menunjukkan keaktifan dalam tiga bidang
Kokurikulum. (unit beruniform, kelab dan persatuan,
permainan)

Warna Kuning
Naugan Diraja

Warna Merah
Berani dan Setia Warna Putih

7 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

Warna Putih
Bersih, Jujur dan ikhlas.

Jalur Merah dan Putih


Di bawah naugan Malaysia yang berdaulat
INFO

Moto
PENGETAHUAN NILAI BANGSA
Menunjukkan semua perlambangan di atas adalah didasari
oleh ilmu sebagai asas ketinggian maruah dan harga diri
sesuatu bangsa.

BENDERA

:
Warna kuning di bahagian atas melambangkan ketinggian ilmu
yang dituntut dan warna putih di bahagian bawah
melambangkan kesucian jiwa dan bersih hati penuntutnya.
Lencana Sekolah di tengah-tengah melambangkan pemusatan
atau fokus untuk mencapai misi dan visi sekolah.

8 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

LAGU SMKTIZ
Hasrat Kejayaan

Berdiri megah nan indah

INFO
SMKTIZ
Lambang kemegahan
Bangsa dan negara
Pengetahuan nilai bangsa

Semarak Rukunegara,
Panduan kita semua,
Negara aman, maju dan bahagia,
Semoga tercapai cita-cita

Wadah ilmu negara membagun,


Kemegahan masyarakat Dungun,
Berdisiplin berakhlak,
Takhta disanjung,
Kejayaan hasrat yang dijunjung,

Intan gemilang

Penulis Lirik & Melodi : Elias bin Senik


Che Ku Mohamad Rafee Bin Che Ku Ali

MOTTO

Pengetahuan Nilai Bangsa

SLOGAN

Intan Gemilang

9 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

SEJARAH SEKOLAH
SEPINTAS LALU

1963 - Penubuhan kelas aliran Melayu di SM Sultan Omar


1965 - Ditukar kepada Sekolah Menengah Dungun dan

INFO
menggunakan bangunan SM Sultan Omar di sebelah
petang.
1967 - Berpindah ke bangunan sendiri di kampung Balai
Besar (17 bilik darjah, 1 bilik pejabat, 1 bilik
Pengetua, 2 makmal sains, sebuah kantin, 33 orang
guru serta 738 orang pelajar)
1968 - Pembukaan rasmi oleh YB. Encik Mohd Khir bin
Johari, Menteri Pelajaran Malaysia.
1970 - Pembinaan 3 makmal sains, sebuah perpustakaan
dan 10 buah bilik darjah.
1972 - Pembinaan asrama dan lima unit rumah guru.
1976 - Kelas Tingkatan Enam Sastera dimulakan
1978 - Bermula Tingkatan Enam Aliran Sains (1 kelas)
1979 - Pembinaan Surau Sekolah (menampung sehingga
2000 orang Jemaah)
1990 - Penubuhkan Gabungan Penyair Remaja Intan
(GAPRI)
1991 - GAPRI apabila telah dinobat sebagai Naib Juara
Pertandingan Pesta Pantun Kebangsaan
1992 - Tempat keempat Pesta Pantun Kebangsaan.
- Juara Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan
peringkat negeri Terengganu
- Juara Sayembara Puisi Kenyir Pantai Timur
1993 - Tempat ke-3 Pesta Pantun Kebangsaan
2001 - Pembinaan Makmal Komputer
2002 - Pembinaan 3 blok tambahan sekolah
2003 - Pembinaan kiorsk Kelab Usahawan oleh
Kementerian Pembangunan dengan kerjasama
PMINT dan JPN.
- Permulaan sekolah satu sesi (September 2003)
2004 - Pengubahsuaian blok kilat kepada kantin sekolah.
- Sekolah diwartakan sebagai sekolah Elit Daerah
Dungun
10 Buku Peraturan Disiplin
T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

2005 - Sekolah diwartakan Sekolah Premier Negeri


Terengganu.
2005 - Anugerah Saguhati Pertandingan Akhir Maxis
Cbyberlink Peringkat Kebangsaan (Kelab Komputer)
INFO

2006 - Penubuhan Galeri Intan dan Bilik Akses


- Anugerah Makmal Komputer Terbaik Negeri
Terengganu
- Anugerah kualiti koperasi sekolah asrama harian.
2007 - Perasmian Surau baru Intan Sakinah oleh Pengarah
Pelajaran Terengganu Tn. Hj. Draman bin Muda
pada 24 Februari 2007
- Brass Band di tubuhkan di bawah pimpinan En. Elias
- Sekali lagi mendapat Anugerah Makmal Komputer
Terbaik Negeri Terengganu
2009 - Naib Johan PSS Peringkat Kebangsaan kategori
Sekolah Menengah bandar.
2010 - Johan konvensyen pembudayaan keusahawanan
koperasi sekolah peringkat Negeri Terengganu.
2012 - Perasmian Kedai Koperasi Ko-Intan oleh Pengarah
SKM Encik Osman.
- Anugerah Koperasi Terbaik sempena Karnival
Pendidikan Terengganu.
2013 - Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan
- Tempat keempat Pertandingan SPBT Peringkat
Kebangsaan.
- Johan tokoh nilam BM peringkat negeri
2014 - Tempat pertama program All About Youth Petronas
- Johan Surau Imarah Peringkat Negeri dan tempat
keempat kebangsaan
- johan tokoh nilam BI peringkat negeri
- tempat ke 4 BI peringkat kebangsaan
- Perasmian Sabirin Chess Centre.
2015 - Anugerah Emas Johan program Reka Cipta dan
Inovasi melibatkan Satu Malaysia (Thermonater).

11 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

2015 - Imran Zaki (Team Group) dinobatkan pereka cipta


termuda.
- Anugerah Berlian di Educational Project of Innovation
Competition (EPIC)

INFO
- Gold Award Pertandingan Robotik 8th FIRA Malaysia
Cup 2015
- Perasmian Taratak Fatimah
2016 - Anugerah tempat kedua pertandingan penciptaan
produk yang unik.
- Merangkul Pingat Perak dan Gangsa dalam
International Festival Innovation On Green
Technology.
- Anugerah Emas (Rakaat Tracker) dalam International
Innovation Invention And Design Exposition 2016
- Johan Surau Peringkat Negeri dan tempat keempat
peringkat kebangsaan
2017 - Gold Award Educational Project Of Innovation
Cempetition Epic 2017 (Flora Pandan)
- Anugerah Inovasi Negara Ain2017
(Pereskia Gel For Eye Treatment)
- Anugerah projek Terbaik YESS peringkat negeri
Terengganu dan Saguhati peringkat Kebangsaan.
- Gold Medal Flora Pandan An Internatinal Innovation
and Design Competition and Conference (ICON)
- Gold Medal Bein Theraphy Epic.
2018 - Perasmian Dataran Intan
- Sekolah Model KBAT daerah Dungun
- Gold Award International Festival Innovation On
Green Technology I Finog 2018 (‘Tdp Pot’)
- Naib Johan Peringkat Kebangsaan Y Biz SME Bank
Challenge 2018 (‘Cat Booster’)
- tempat ke 3 BI peringkat negeri
2019 - Sekolah Model #SUMUR daerah Dungun

12 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

SENARAI PENGETUA
INFO

1965 - 1968 - Encik Ismail Bin Abdul Manap


1968 - 1969 - Encik Ali Bin Jabar
1969 - 1971 - Encik Rashid bin Ngah
1971 - 1973 - Encik Abdul Halim Bin Ngah
1973 - 1982 - Encik Abdul Rahim bin Tahir
1982 - 1984 - Tuan Haji Mohd Omar Bin Abdul Rahman
1984 - 1990 - Encik Zawawi Bin Daud
1990 - (Feb–Mei) - Cik Ho Nyok Nyin
1990 - 1991 - Encik Hashim Bin Abdul Rahman
1991 - 1993 - Tuan Haji Abdul Moein Skymmar
B. Abdul Wahab
1993 - 1998 - Tuan Haji Abdul Shary bin Cheek
1998 - 2000 - Tuan Haji Daud Bin Jusoh
2000 - 2004 - Tuan Haji Wan Ismail Bin Wan Embong
2004 - 2007 - Encik Zakariah bin Ali
2007 - 2012 - Tuan Haji Md Zain bin Muda
2013 - Tuan Haji Bakar bin Jusoh
2013 - 2014 - Puan Hajah Fatimah Mat Jusoh
2015 - 2017 - Tuan Haji Fauzi Ismail
2018 - - Encik Mohd Kamari Ibrahim

“Tidak hebat orang yang baharu


tanpa yang lama”

13 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

PERATURAN - PERATURAN
SEKOLAH
FASAL 1 : TUJUAN PERATURAN SEKOLAH
1
1.1 Membentuk kesempurnaan peribadi pelajar-pelajar baik
dari segi intelek, mahupun rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.2 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

PERATURAN
SEKOLAH
baik agar pelajar-pelajar dapat menimba ilmu
pengetahuan tanpa gangguan.

1.3 Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai semangat


tolong-menolong, hormat menghormati, tolak ansur dan
kerjasama dalam kalangan pelajar.

1.4 Melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan,


berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya
mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
sekolah, masyarakat dan negara.

1.5 Melahirkan generasi yang berdisplin dalam sekolah dan di


luar sekolah.

1.6 Memberi layanan dan hak yang sama rata kepada semua
pelajar.

1.7 Membantu Pengetua, guru-guru, pengawas dan ketua


darjah menjaga keamanan, ketenteraman dan kelicinan
perjalanan sekolah.

1.8 Menentukan bahawa mereka yang bersalah menerima


hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

14 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 2 : TUJUAN HUKUMAN

2.1 Mencegah dan memberikan pengajaran


kepada pelajar yang bersalah dari mengulangi
2
kesalahannya.

2.2 Mencegah pelajar-pelajar lain dari melakukan kesalahan


yang sama.

2.3 Menjauhkan pelajar-pelajar yang 'berbahaya' atau yang


bermasalah dari mempengaruhi pelajar lain.
PERATURAN
SEKOLAH

2.4 Memberikan balasan yang setimpal dengan kesalahan


yang telah dilakukan setelah terbukti kesalahannya.

2.5 Menyedarkan dan menginsafkan pelajar-pelajar yang


bersalah.

“Jangan sekali-kali kita meremehkan


sesuatu perbuatan yang baik walaupun
hanya sekadar senyuman”

15 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 3 : MASA PERSEKOLAHAN

3.1 Waktu persekolahan adalah seperti berikut: 3


Sidang pagi (Tingkatan 1 – 3)

7.30 - 7.40 Bacaan Al Quran Di Surau


/Himpunan di Dewan Ali Jabar
7.40 - 8.20
8.20 - 9.00
9.00 - 9.40

PERATURAN
9.40 - 10.20

SEKOLAH
10.20 - 10.50 Rehat
10.50 - 11.30
11.30 - 12.10
12.10 - 12.50
12.50 - 1.30
1.30 - 2.10
2.10 - 2.50

Sidang Pagi (Tingkatan 4 – 6)

7.30 - 7.40 Bacaan Al Quran Di Surau


/Himpunan di Dewan Ali Jabar
7.40 - 8.20
8.20 - 9.00
9.00 - 9.40
9.40 - 10.20
10.20 - 11.00
11.00 - 11.30 Rehat
11.30 - 12.10
12.10 - 12.50
12.50 - 1.30
1.30 - 2.10
2.10 - 2.50

16 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 4 : KEHADIRAN KE SEKOLAH

RAJIN DAN USAHA TANGGA KEJAYAAN 4


4.1 Kehadiran pelajar-pelajar ke sekolah pada hari-hari
persekolahan adalah diwajibkan.

4.2 Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah oleh sebab-


sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui
surat oleh ibu bapa/penjaga/surat dari doktor.

4.3 Kedatangan akan diambil atau ditanda pada waktu pertama.


PERATURAN
SEKOLAH

4.4 Kelas tambahan/gantian adalah hari persekolahan biasa dan


wajib dihadiri oleh pelajar.

4.5 Pelajar-pelajar diwajibkan datang ke sekolah dan berada


dalam kawasan sekolah selewat-lewatnya pada 7.20 pagi.
Pelajar-pelajar yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan
yang munasabah boleh dikenakan denda oleh guru bertugas
atau guru disiplin. (denda yang positif)

4.6 Pelajar-pelajar hendaklah terus berkumpul di dataran


perhimpunan sabaik sahaja tiba di sekolah. Beg pelajar
diletakkan disekitar tapak perhimpunan.

4.7 Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang


sebab akuan dari doktor/ibu bapa/penjaga, akan dianggap
sebagai PONTENG SEKOLAH. Pihak sekolah akan
mengambil tindakan-tindakan seperti amaran, menggantung
persekolahan dan buang sekolah jika perlu ke atas pelajar
yang berkenaan. (SOP Kehadiran)

4.8 Pelajar yang tidak dapat hadir / mengikuti pelajaran


Pendidikan Jasmani, Sukan dan aktiviti kokurikulum
hendaklah membuktikannya dengan menyertakan 'Surat
Akuan Doktor' atau bukti-bukti yang boleh diterima kepada
Pengetua.

17 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 5 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Peraturan pakaian seragam sekolah adalah mengikut


Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut
5
Kesesuaian sekolah SMKTIZ sebagai Sekolah Premier.

5.1 Pakaian Seragam Murid Lelaki

I) Seluar
a) Seluar panjang berwarna hijau kehitaman
(dark olive)
PERATURAN

b) Berfesyen biasa, kemas dan selesa.


SEKOLAH

- Tidak ketat atau terlalu besar


- fesyen jeans tidak dibenarkan
c) kaki seluar mestilah mencecah kasut atau tidak
menampakkan stokin apabila berdiri dan
tidak menyentuh tanah.
d) Kaki seluar mestilah sederhana besarnya.
Luas khaki seluar
Saiz kecil - 25.40 cm
Saiz sedang - 38.43 cm
Saiz besar - 40.45 cm
e) Tinggi pinggang paras pusat.
f) Sekiranya seluar bertali pinggang, tali pinggang
itu mestilah:
Jenis - daripada kulit/getah/pvc sahaja.
Warna - hitam atau hijau tua
Lebar - antara 2.5 cm dan 3.0 cm
Kepala - sama besar dengan tali pinggang
tanpa hiasan dan ringan.
Tali pinggang sekolah boleh didapati
di Ko-Intan

18 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

ii) Baju

a) Baju kemeja adalah berwarna putih dan


berlengan pendek atau panjang.
b) Sekiranya memakai baju berlengan panjang,
lengan baju dipergelangan tangan hendaklah
dikancing. (boleh dilipat menghampiri siku)
c) Baju dipakai masuk ke dalam seluar.
d) Butang baju mesti dikancing mengikut
sepatutnya.
e) Baju kemeja lengan pendek tidak boleh dilipat

PERATURAN
lengan bajunya.

SEKOLAH
f) Berfesyen biasa dan kelihatan kemas.
g) Bertali leher sekolah

iii) Kasut dan Stokin

a) Kasut pvc / kulit berwarna hitam.


b) Tanpa jalur atau berbelang atau mempunyai
tulisan atau gambar.
c) Stokin berwarna hitam tidak berjalur atau
berbelang warna.
d) Kasut sukan tidak dibenarkan dipakai pada
waktu pembelajaran.

iv) Lencana

a) Dijahit di sudut kiri bahagian atas dada


b) Dipakai pada setiap hari persekolahan.
c) Tanda nama diletak di atas lencana
d) Lencana pada tali leher

19 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

5.2 Pakaian Seragam Pelajar Perempuan

i) Baju dan Kain Sarung

a) Baju kurung warna putih, potongan tradisional dan


leher teluk belanga
b) Baju dan kain sarung hendaklah kelihatan longgar,
selesa dan tidak ketat serta tidak mengghairahkan.
c) Jenis kain tetron cotton tebal sahaja atau sejenis
d) Kain sarung (berwarna biru) 'torquoise' jenis
'susun' atau 'A line'
e) Jenis kain sarung ialah teteron cotton sahaja.

PERATURAN
f) Labuh kain hendaklah menutupi mata kaki atau

SEKOLAH
mencecah kasut, tidak akan menampakkan stoking
atau pergelangan kaki apabila berdiri.
g) Semua pelajar perempuan diwajibkan memakai
'kain dalam' dan 'baju alas' (simis)

ii) Tudung/Mini Telekung

a) Pelajar-pelajar perempuan dibenarkan memakai


tudung / mini telekung dengan syarat tudung itu
hendaklah menutup bahu dan dilarang sama sekali
memakai tudung singkat yang menampakkan
tengkuk.
b) Ukuran tudung / mini telekung adalah sesuai
dengan pemakainya.
c) Diwajibkan memakai serkup kepala berwarna putih
(warna tudung yang dibenarkan)

iii) Kasut dan stokin

a) Kasut pvc / kulit hitam


b) Stokin hitam

iv) Lencana

a) Lencana khas sekolah dijahit


b) Dipakai di sudut kiri bahagian atas dada.
c) Tanda nama dipakai di atas lencana.

20 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

5.3 Pakaian Pelajar Lelaki Pra-U

Rujuk kepada Surat Perkeliling Bil 2 Tahun 2014 Etika


Berpakaian Tingkatan 6

5.4 Pakaian Pelajar Perempuan Pra-U

Rujuk kepada Surat Perkeliling Bil 2 Tahun 2014 Etika


Berpakaian Tingkatan 6

5.5 Pakaian Seragam Pengawas Lelaki


PERATURAN
SEKOLAH

i) Baju kemeja lengan panjang biru muda (cotton)


ii) Seluar panjang berwarna biru tua (slack)
iii) Kasut kulit/pvc berwarna hitam/stokin hitam
iv) Lencana sekolah/tanda nama
v) Bertali leher Pengawas

5.6 Pakaian Seragam Pengawas Perempuan

i) Baju kurung berpesak berwarna biru muda (cotton)


ii) Kain tudung berwarna biru muda dengan syarat
tudung menutup bahu dan di bahagian belakang
mencecah pinggang
iii) Kain susun berwarna biru tua (cotton)
iv) Stokin Panjang berwarna hitam
v) Kasut/pvc/kulit berwarna hitam
vi) Lencana sekolah/tanda nama

21 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

5.7 Pakaian Seragam Pengawas Perpustakaan & Pusat


Sumber sekolah Lelaki

i) Baju kemeja lengan panjang ungu


ii) Seluar panjang hitam
iii) Kasut kulit/pvc/stokin hitam
iv) Lencana sekolah/tanda nama
v) Bertali leher pengawas perpustakaan
/Pusat Sumber sekolah

5.8 Pengawas Perpustakaan & Pusat Sumber Sekolah

PERATURAN
Perempuan

SEKOLAH
i) Baju kurung berpesak berwarna ungu muda
ii) Kain tudung berwarna ungu muda
iii) Kain susun berwarna ungu tua
iv) Stokin panjang berwarna putih/hitam
v) Kasut pvc/kulit berwarna hitam
vi) Lencana sekolah/tanda nama.

“Dalam keredahan hati,


ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta,
ada kekayaan jiwa”

22 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

Catatan
a) Pelajar-pelajar yang tidak memakai pakaian mengikut
peraturan sekolah tidak dibenarkan berada dalam
kawasan sekolah.
b) Pelajar-pelajar dilarang sama sekali memakai barang-
barang kemas seperti emas, intan berlian, mutiara dan
sebagainya di tangan/lengan, kaki atau leher (kecuali
subang kecil untuk mengelakkan lubang tindik daripada
tertutup)
c) Pelajar-pelajar juga ditegah memakai 'make up' yang tebal
'eye shadow', celak mata, tangkal azimat dan perhiasan
PERATURAN

tiruan.
SEKOLAH

d) Pelajar-pelajar juga dilarang menyimpan kuku panjang,


menginai atau meletakkan cat kuku.
e) Pelajar-pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai gelang di
tangan sama ada gelang getah, plastik, logam dan ditegah
memakai subang di telinga, atau rantai dileher.
f) Mulai 1999
- Semua pelajar dikehendaki memakai lencana
sekolah jenis tampal/lekat
- Semua pelajar lelaki dikehendaki memakai tali leher

5.9 Pakaian Pendidikan Jasmani Pelajar Lelaki

i) Baju
a) Kemeja T tangan pendek berwarna putih/baju
rumah sukan/baju TIZTOP
b) Berleher bulat atau V atau berkolar

ii) Seluar
a) Seluar panjang trek
b) Berwarna hitam/biru tua

iii) Kasut
a) Kasut sukan/PJ

23 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

5.10 Pakaian Pendidikan Jasmani Pelajar Perempuan

i) Baju
a) Kemeja T putih atau kemeja putih lengan
panjang/baju rumah sukan
b) Labuh baju hendaklah menutupi punggung dan
longgar.

ii) Seluar
a) Seluar panjang khas pendidikan Jasmani
/Trek Bottom
b) Berwarna hitam/biru tua

PERATURAN
c) Lega dan selesa

SEKOLAH
iii) Kain Tudung
a) Kain tudung jenis pancung tiga segi
b) Berwarna hitam sahaja tanpa aksesori

iv) Kasut
a) Kasut sukan / PJ

Catatan:
a) Pelajar-pelajar lelaki hendaklah sentiasa
memakai pakaian Pendidikan Jasmani ini pada
setiap masa latihan sukan / permainan
b) PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH adalah
dilarang sama sekali digunakan untuk latihan
sukan/permainan
c) Pakaian semasa bersukan hendaklah yang
menutup aurat

5.11 Pakaian Unit Beruniform

i) Wajib dipakai setiap hari Selasa/semasa aktiviti


kokurikulum
ii) Baju uniform lengkap mengikut unit masing-masing.
iii) Pelajar perempuan dikehendaki memakai tudung
berjahit mengikut warna uniform masing-masing.

24 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

PASAL 6 : POTONGAN RAMBUT

6.1 Pelajar lelaki tidak boleh dan dilarang berambut


panjang.
6
Istilah berambut panjang adalah

1. Di bahagian belakang : rambut jatuh melebihi


garisan bawah cuping
telinga.
2. Di bahagian hadapan : Rambut menutupi
PERATURAN

garisan tengah dahi.


SEKOLAH

3. Di bahagian tepi/sisi : rambut menutupi kedua-


dua telinga atau telinga
atau sebahagian
daripadanya dan 'sideburn'
yang melebihi garisan
tengah hidung.

(Rujukan : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976)

25 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

6.2 Pelajar-pelajar tidak dibebaskan memakai/menyambung


rambut palsu, mewarnakan rambut atau menyimpan ekor
rambut.

6.3 Pelajar-pelajar adalah ditegah dan dilarang meniru 'style'


atau fesyen rambut mana-mana kumpulan atau identiti
sesuatu kumpulan.

6.4 Pelajar-pelajar lelaki sekolah tidak dibenarkan menyimpan


misai atau jambang atau kedua-duanya.

PERATURAN
6.5 Rambut pelajar-pelajar hendaklah sentiasa kelihatan

SEKOLAH
kemas dan rapi serta bersikat.

6.6 Rambut, telinga dan leher pelajar-pelajar perempuan


(Islam) hendaklah sentiasa tertutup dan tidak dibenarkan
terdedah di mana-mana bahagian.

* Rujuk makluman yang dipersetujui oleh PIBG

“Orang
yang
paling
perkasa
adalah
orang yang
dapat menguasai
dirinya sendiri”

26 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 7 : PELAJAR YANG TIDAK HADIR


KE SEKOLAH

7.1 Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah


7
hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat
oleh ibu bapa/penjaga masing-masing

7.2 Surat-surat yang dihantar hendaklah dialamatkan kepada


Guru Tingkatan. Guru Tingkatan hendaklah menyimpan
surat-surat tersebut di dalam fail khas kedatangan untuk
semakan Badan Disiplin dan Hal Ehwal Murid.
PERATURAN
SEKOLAH

7.3 Pelajar-pelajar yang tidak hadir kerana sakit hendaklah


menyerahkan surat cuti dan perakuan doktor kepada guru
tingkatan masing-masing.

7.4 Jika pelajar-pelajar gagal memberi bukti dan surat


kenyataan sebab, ketidakhadiran adalah dikira ponteng
sekolah.

7.5 Guru tingkatan hendaklah tandakan '0' bagi pelajar-pelajar


yang ponteng atau tidak hadir tanpa sebab atau tidak
hadir kerana malas. 'S' bagi pelajar-pelajar yang sakit, 'C'
bagi pelajar-pelajar yang cuti (dengan
kebenaran/bersebab) dan 'L' bagi pelajarpelajar yang
lewat (dalam tanda 'O' pada Jadual Kedatangan.)

7.6 Guru-guru tingkatan hendaklah menghantar surat kepada


ibu bapa/penjaga apabila seseorang pelajar tidak hadir ke
sekolah TIGA HARI BERTURUT-TURUT tanpa sebab
(semata-mata malas). Surat seperti ini hendaklah diulang
sekiranya pelajar tersebut didapati masih tidak hadir.

27 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

7.7 Guru-guru tingkatan hendaklah menghantar surat kepada


ibu bapa/penjaga tidak hadir sejumlah TUJUH HARI (7
hari) secara kumulatif/bertokok tanpa sebab, dengan
menggunakan borang khas dan disediakan dalam 3
salinan, satu salinan untuk fail khas kedatangan (fail
sekolah) dan satu salinan untuk fail guru tingkatan.

7.8 Semua surat menyurat tentang kehadiran pelajar-pelajar


hendaklah menggunakan borang khas yang terdapat di
Pejabat Sekolah dan disediakan dalam 3 salinan.

PERATURAN
SEKOLAH
7.9 Guru-guru tingkatan hendaklah menghantar SURAT
AMARAN PENGGANTUNGAN SEKOLAH setelah 3 kali
surat sebelumnya dihantar kepada pelajar-pelajar yang
tidak hadir tanpa apa-apa sebab melebihi 21 hari. (7 hari
ponteng : surat pertama, 14 hari ponteng: surat kedua
dan 21 hari ponteng: surat ketiga iaitu amaran
penggantungan). Surat amaran penggantungan
hendaklah ditandatangani sama ada oleh Penolong Kanan
HEM atau Penolong Kanan Pentadbiran ataupun Tuan
Pengetua.

7.10 Pelajar-pelajar yang akan dibuang sekolah hendaklah


terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada pihak
Pengetua.

Catatan
Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab
melebihi 30 hari dalam setahun adalah tidak layak dicatat
berkelakuan baik di dalam SIJIL BERHENTI SEKOLAH.

* SOP Kehadiran

28 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 8 : PERHIMPUNAN

8.1 Perhimpunan Rasmi diadakan pada hari Ahad atau


pada masa-masa yang difikirkan perlu oleh
8
Pengetua. Perhimpunan bermula jam 7.30 pagi.

8.2 Semua guru dan pelajar adalah wajib menghadiri


perhimpunan rasmi sekolah.

8.3 Semua pelajar hendaklah berada di tempat perhimpunan


20 minit sebelum perhimpunan bermula.
PERATURAN
SEKOLAH

8.4 Barisan pelajar-pelajar hendaklah mengikut tingkatan dan


diawasi oleh ketua tingkatan masing-masing.

8.5 Pengawas-pengawas hendaklah berada dan kelihatan


mengawas di antara barisan-barisan pelajar.

8.6 Guru-guru bertugas adalah bertanggungjawab


mengendalikan perhimpunan dan mengawasi disiplin
pelajar sewaktu berada di dalam dewan dan keluar dari
dewan.

8.7 Barisan pelajar hendaklah sentiasa dalam keadaan lurus


dan diam sepanjang perhimpunan.

8.8 Bila perhimpunan selesai pelajar-pelajar hendaklah


bergerak atau beredar dalam barisan yang sempurna.

* Pelajar dikendaki sentiasa membawa buku catatan

29 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 9 : KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH

9.1 Semua pelajar dikehendaki berada di dalam kelas


masing-masing sepanjang masa pelajaran sedang
9
berjalan. Pelajar-pelajar yang hendak keluar ke tandas
atau lain-lain destinasi dalam kawasan sekolah hendaklah
mendapatkan kad kebenaran keluar kelas daripada guru
yang sedang mengajar pada waktu itu.

9.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan


sekolah waktu belajar atau rehat kecuali diarah oleh

PERATURAN
Pengetua, Penolong Kanan, Pen. Kanan HEM atau guru

SEKOLAH
disiplin atau dengan kebenaran bertulis kerana tugas-
tugas tertentu atau urusanurusan sakit dan kecemasan.

9.3 Pelajar-pelajar yang hendak ke klinik atau hospital


hendaklah berjumpa dan mengambil surat rawatan
daripada guru bertugas serta mendapat kebenaran
bertulis dari Pengetua. Hanya pelajar-pelajar yang ada
temu janji sahaja dibenarkan. Pelajar berkenaan
hendaklah pulang segera ke sekolah setelah menerima
rawatan dan menyerahkan surat yang telah
ditandatangani oleh Pegawai Perubatan kepada guru
bertugas. Pelajar-pelajar lain hendaklah pergi di luar masa
belajar.

9.4 Pelajar-pelajar yang gagal menunjukkan surat kebenaran


bertulis kepada mana-mana guru bila ditahan diluar
kawasan sekolah adalah dianggap ponteng dan
melanggar peraturan sekolah.

Catatan
Contoh
1. Surat Kebenaran Keluar Kawasan Sekolah
2. Surat Rawatan Perubatan
3. Surat Melepasi Jaga Sekolah

30 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 10 : KENDERAAN

10.1 Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tempat


yang dikhaskan dan disusun dengan rapi.
10
10.2 Kenderaan itu hendaklah dikunci.

10.3 Pelajar-pelajar yang menaiki bas hendaklah beratur


semasa menaiki bas, jangan berebut-rebut dan jangan
sekali-kali berdiri di atas tangga sewaktu bas berjalan.
PERATURAN

10.4 Pelajar-pelajar yang bermotosikal hendaklah mematuhi


SEKOLAH

peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh JPJ.


Kenderaan yang digunakan hendaklah dalam keadaan
yang sempurna mengikut peraturan JPJ. Pelajar-pelajar
dan kenderaan yang tidak mematuhi syarat adalah
dilarang memasuki kawasan sekolah.

10.5 Pelajar-pelajar yang menggunakan basikal/motorsikal


untuk datang ke sekolah hendaklah mempastikan basikal
yang digunakan:
a. dalam keadaan yang sempurna
b. mempunyai brek
c. mempunyai kunci
d. lesen (motorsikal/kereta)
e. topi keledar (motorsikal)

31 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 11 : HARTA BENDA SEKOLAH

11.1 HARTA BENDA SEKOLAH 11


11.1.1 Harta benda sekolah ialah segala kepunyaan
sekolah.

11.1.2 Semua guru, kakitangan sekolah dan pelajar


bertanggungjawab di atas keselamatan harta
benda sekolah.

PERATURAN
11.1.3 Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan

SEKOLAH
sama ada sengaja atau tidak sengaja, pelajar
atau kumpulan terlibat hendaklah
menggantikannya atau dikenakan hukuman yang
setimpal.

11.1.4 Semua harta benda sekolah tidak boleh diambil


atau digunakan tanpa kebenaran pihak sekolah.

11.1.5 Semua harta benda sekolah yang dipinjam


hendaklah ditandatangani di dalam buku rekod
sewaktu memulangkannya di dalam buku rekod.

11.1.6 Harta benda sekolah hendaklah berada dalam


keadaan baik dan selamat.

11.2 BUKU TEKS (SPBT)

11.2.1 Buku-buku teks adalah kepunyaan Kementerian


Pendidikan yang dipinjamkan kepada pelajar-
pelajar yang layak.

11.2.2 Adalah menjadi tanggungjawab pelajar-pelajar


menjaga kebersihan dan keselamatan buku-buku
tersebut.

32 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

11.2.3 Pelajar-pelajar diwajibkan


menyampul/membalut buku-buku tersebut. Pihak
sekolah berhak mengambil balik atau merampas
buku-buku yang tidak disampul dan tidak dijaga
dengan baik.

11.2.4 Pelajar-pelajar dilarang menulis, menconteng


atau mengotorkan buku-buku teks. Juga menjadi
kesalahan jika buku-buku dirosakkan seperti
digunting atau dikoyakkan gambar-gambar atau
mana-mana bahagian dalam buku itu.
PERATURAN
SEKOLAH

11.2.5 Pelajar-pelajar dilarang meninggalkan buku teks


di dalam bilik darjah atau di mana-mana tempat
di sekolah setelah tamat tempoh waktu belajar
pada hari itu.

11.2.6 Jika didapati pelajar-pelajar merosakkan,


mengotori atau mengabaikan keselamatan buku-
buku tersebut pihak sekolah berhak merampas
atau meminta ganti sama ada dengan buku yang
lain atau membayar harga buku tersebut.

11.2.7 Pelajar-pelajar hendaklah menyerahkan semua


buku-buku yang telah dipinjamkan itu apabila
diarahkan berbuat demikian oleh
Pengetua/Wakilnya.

11.2.8 Pelajar-pelajar yang gagal menyerahkan buku


teks di masa yang telah ditetapkan, pihak
sekolah berhak mengambil tindakan ke atas
pelajar tersebut.
Di antara tindakan/hukumannya:
a) Memerintahkan pelajar tersebut membayar dengan
wang harga buku-buku tersebut.
b) Tidak dipertimbangkan untuk diberi pinjaman buku teks
pada tahun berikutnya jika pelajar ini masih lagi belajar di
sekolah ini.

33 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAl 12 : UJIAN/PEPERIKSAAN

Peperiksaan mengukur keberkesanan pembelajaran. 12


12.1 Kehadiran dalam semua peperiksaan/ujian adalah WAJIB.

12.2 Pelajar-pelajar yang mempersendakan peperiksaan dalam


apa bentuk sekalipun akan didenda menurut budi bicara
Pengetua dan badan Disiplin.

12.3 Pelajar-pelajar hendaklah menjauhkan sebarang

PERATURAN
penyelewengan atau ketidakjujuran dalam peperiksaan.

SEKOLAH
12.4 Untuk Pentaksiran Bertulis PT3, SPM dan STPM pelajar-
pelajar hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan atau Majlis Peperiksaan Malaysia.

12.5 Memalsukan tandatangan atau markah dalam kad / buku


kemajuan sekolah adalah kesalahan berat.

“Mengetahui perkara yang betul


tidak memadai, jika tidak melakukan
perkara yang betul”

34 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 13 : KANTIN SEKOLAH

13.1 Bangunan kantin adalah di bawah jagaan dan


tanggungjawab pemajak kantin dalam tahun-tahun
13
berkenaan.

13.2 Pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah mestilah mengikut


peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah
apabila berada di kantin.

13.3 Pelajar-pelajar hendaklah beratur dan mengikut giliran


ketika membeli makanan/minuman.
PERATURAN
SEKOLAH

13.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan


minuman di luar kantin termasuk membeli makanan dari
luar.

13.5 Pelajar-pelajar hendaklah menggunakan tempat duduk


untuk makan dan minum dan dilarang sama sekali makan
sambil berdiri.

13.6 Segala pembungkus dan pembalut makanan dan minuman


hendaklah dibuang ke dalam tempat membuang sampah
yang disediakan.

13.7 Jangan buang sisa makanan/minuman di atas meja/lantai.

13.8 Pelajar hanya dibenarkan makan/minum di waktu rehat,


sebelum dan selepas tamat waktu persekolahan hari itu.

13.9 Suasana kantin hendaklah sentiasa tenang dan teratur dan


menjadi tanggungjawab semua pelajar memelihara
kebersihan dan kesempurnaan kantin.

13.10 Pelajar dilarang makan didalam kelas termasuk waktu


rehat.

“Kebersihan Adalah Amalan Hidup Kita”

35 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 14 : KESELAMATAN SEKOLAH


ATAU DI SEKOLAH

14.1 PENGGUNAAN BANGUNAN SEKOLAH


14
14.1.1 Pelajar-pelajar dan orang perseorangan tidak
dibenarkan menggunakan mana-mana bahagian
sekolah atau bangunan dan mana-mana bilik
untuk faedah perseorangan.

14.1.2 Pelajar-pelajar atau sesiapa yang ingin

PERATURAN
menggunakan mana-mana bilik atau bangunan

SEKOLAH
sekolah hendaklah mendapat kebenaran bertulis
daripada pihak sekolah.

14.2 BARANG KEMAS DAN WANG SAKU

14.2.1 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali memakai


barang-barang kemas dan sebarang perhiasan
semasa datang ke sekolah pada masa
persekolahan, kelas tambahan dan kegiatan
kokurikulum.

14.2.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa wang


yang berlebihan daripada keperluan perbelanjaan
harian melainkan atas keperluan tertentu.

14.2.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan


dompet, wang dan barang-barang berharga di
dalam kelas.

14.2.4 Sebarang kehilangan/kecurian pihak sekolah


tidak bertanggungjawab.

36 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

14.3 TELEFON BIMBIT

14.3.1 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa


masuk telefon bimbit ke dalam Kawasan sekolah.

14.3.2 Tindakan kesalahan bagi memabawa telefon


bimbit ke dalam Kawasan sekolah adalah seperti
berikut :-

a. Bagi kesalahan kali pertama :


Ibubapa/penjaga akan dimaklumkan supaya
PERATURAN

datang mengambil telefon bimbit yang


SEKOLAH

dirampas dan menandatangai surat akurjanji.

b. Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya


: Telefon yang dirampas hanya boleh
dikembalikan kepada pelajar akhir tahun
persekolahan, manakala simkad akan
dipulangkan apabila diminta oleh pelajar.

* Makluman/persetujuan dalam mesyuarat


AJK PIBG sekolah

“Jika tidak dapat apa


yang kita suka,
belajarlah menyukai
apa yang kita dapat”

37 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 15 : LAWATAN DAN PELAWAT-PELAWAT

15.1 Sesuatu lawatan di dalam/keluar negeri oleh lima


(5) orang atau lebih pelajar yang diiringi oleh
15
guru/guru-guru dianggap sebagai ketua rombongan
sekolah: Semua rombongan sekolah hendaklah terlebih
dahulu mendapat persetujuan daripada Pengetua atau
pihak berkenaan Pengarah Pelajaran Negeri)

15.2 Jika lawatan ke luar negeri, permohonan melalui


Pengetua hendaklah sampai kepada Pengarah Pelajaran

PERATURAN
Negeri enam minggu sebelum tarikh lawatan.

SEKOLAH
15.3 Sebarang lawatan atau rombongan perkhelahan
hendaklah ada dua orang guru pengawas sekurang-
kurangnya seorang guru lelaki dan seorang guru wanita.

15.4 Sebarang lawatan atau rombongan tidak dibenarkan


sekiranya ketiadaan guru-guru pengawas.

15.5 Pelajar-pelajar yang ingin menyertai lawatan atau


rombongan hendaklah mendapat kebenaran bertulis ibu
bapa dengan menggunakan borang khas.

15.6 Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa


dengan pelajar kecuali setelah mendapat kebenaran
daripada Pengetua.

15.7 Jika pelawat atau ibu bapa/penjaga yang datang itu


berhajat membawa keluar pelajar berkenaan kerana
sesuatu sebab darurat, maka kebenaran Pengetua
hendaklah didapati terlebih dahulu.

38 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 16 : SURAT MENYURAT

16.1 Semua surat-surat akan disendor terlebih dahulu sebelum


diserahkan kepada pelajar oleh Badan Disiplin.
16
PERATURAN
SEKOLAH

FASAL 17 : SOSIAL

17.1 Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa memberi salam


kepada guru-guru, kakitangan sekolah, rakan-rakan dan
17
pelawat-pelawat Islam (Ucapan Selamat Pagi / Petang
kepada yang bukan Islam) apabila bertemu sama ada di
dalam / luar kelas atau sekolah.

17.2 Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghormati,


bertanggungjawab dan sedia bekerjasama di dalam atau
di luar sekolah.

17.3 Semua guru, kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar wajib


memahami rasa tanggungjawab dan mempertahankan
nama baik sekolah, kemajuan dan kehormatan sekolah.
Kejayaan dan kehormatan sekolah adalah menjadi
kebanggaan guru-guru, ibu bapa dan masyarakat
sekeliling.

39 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 18 : TATATERTIB

18.1 Di bilik darjah pelajar-pelajar mestilah menjaga


ketenteraman semasa pengajaran/pembelajaran.
18
18.2 Pelajar-pelajar hendaklah berbaris di depan bilik darjah
apabila loceng pertama dibunyikan dan masuk dengan
teratur apabila loceng kedua dibunyikan.

18.3 Semasa hendak ke makmal/bilik pendidikan


seni/perpustakaan/bilik APD, hendaklah pergi dengan

PERATURAN
berbaris.

SEKOLAH
18.4 Waktu rehat pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di
dalam kelas dan di kawasan-kawasan larangan.

18.5 Semasa bersama guru, pelajar-pelajar hendaklah


amalkan adab pelajar terhadap guru.

18.6 Tingkah laku yang baik dan sopan hendaklah diamalkan


setiap masa.

“Orang yang mulia


menyalahkan dirinya,
orang yang bodoh
menyalahkan orang lain”

40 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 19 : KEBERSIHAN

19.1 Pelajar-pelajar dilarang meludah dan membuang


sampah di merata-rata tempat. Sampah hendaklah
19
dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
Kebersihan kelas menjadi tanggungjawab murid-murid
kelas yang berkenaan dan adalah menjadi kesalahan
bagi murid-murid yang menulis, melukis, menconteng
dan mengotorkan bangunan sekolah.

19.2 Pelajar-pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan


PERATURAN

bilik air dan tandas. Tandas yang digunakan mestilah


SEKOLAH

dialirkan airnya dan jangan memasukkan sebarang


benda yang tidak mudah hancur dan reput ke dalam
lubang tandas/singki. Paip air hendaklah sentiasa
ditutup selepas digunakan. Pelajar-pelajar dilarang
membasuh kaki di singki.

19.3 Semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah dikehendaki


mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap
kebersihan dan mencegah sebarang usaha untuk
mencemari kebersihan bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik
makmal, perpustakaan, bilik APD, bangunan dan kawasan
sekolah.

19.4 Pakaian yang bersih serta kemas dan kebersihan diri


mencerminkan peribadi dan personaliti seorang pelajar.
Oleh itu pelajar-pelajar mestilah:
a. Selalu menjaga kebersihan dan kekemasan pakaian.
b. Selalu menjaga kebersihan diri terutama rambut,
kuku, gigi dan seluruh anggota badan.
c. Selalu berusaha membersihkan jiwa dan sifat-sifat
keji seperti dengki, dendam, takabur dan sebagainya.

19.5 Petugas-petugas kebersihan hendaklah membersihkan bilik


darjah sebelum loceng pertama dibunyikan dan sebelum
balik sekolah. Petugas-petugas hendaklah menjalankan
tugas dengan ikhlas.

41 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 20 : KEGIATAN KOKURIKULUM

20.1 Kegiatan kokurikulum terbahagi kepada tiga


bahagian:
20
a. Sukan dan Olahraga/Kelab Permainan
b. Pakaian Seragam/Badan beruniform
c. Kelab/Persatuan Akademik

20.2 Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian tiga


kegiatan daripada kegiatan kokurikulum iaitu a + b + c.

PERATURAN
SEKOLAH
20.3 Kehadiran dalam setiap kegiatan adalah wajib.
Kehadiran hendaklah direkodkan dan ditandatangani
oleh guru-guru bertugas.

20.4 Pada dasarnya kegiatan adalah selang seminggu


antara Rumah Sukan/Kelab Sukan dengan persatuan
dan badan beruniform.

20.5 Guru-guru Penasihat hendaklah menghantar surat


peringatan amaran kepada ibu bapa/penjaga
sekiranya pelajar tidak hadir sehingga tiga kali.
Keahlian mereka mungkin dilucutkan dan ianya tidak
akan dicatat dalam Sijil Berhenti Sekolah.

“Orang yang tidak bahagia


adalah orang yang paling
takut kepada perubahan”

42 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 21 : PERATURAN-PERATURAN KHUSUS

Pelajar-pelajar mestilah mematuhi peraturan-peraturan


khusus untuk:
21
1. Bilik Makmal Sains
2. Bilik Sains Rumah Tangga / SRT
3. Bilik / Bengkel Kemahiran Manipulatif
4. Bilik Pendidikan Seni
5. Bilik APD
6. Bilik Perpustakaan
PERATURAN

7. Koperasi / Kedai Sekolah


SEKOLAH

8. Kantin
9. Surau
10. Asrama
11. Bilik Komputer
12. Bilik SPBT
13. Setor Sukan
14. Bilik Kaunseling
15. lain-lain peraturan khusus yang dikeluarkan oleh
sekolah.

43 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 22 : KESALAHAN-KESALAHAN BERAT

(Surat pekeliling Bil.9.1975: Perkara-perkara


Tatatertib yang dianggap Berat).
22
Senarai di bawah adalah perkara-perkara YANG TIDAK
PATUT dilakukan oleh pelajar-pelajar, melanggarnya bererti
pelajar-pelajar akan menghadapi hukuman berat iaitu; rotan
atau digantung persekolahan atau dibuang sekolah.

22.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram

PERATURAN
22.2 Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan

SEKOLAH
jahat.
22.3 Memukul Guru-Guru atau Pengetua
22.4 Mengancam Guru-Guru atau Pengetua
22.5 Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang
yang ditubuhkan oleh sekolah dan Jabatan Pelajaran.
22.6 Menulis kepada suratkhabar tanpa memberitahu pihak
yang berkuasa sekolah
22.7 Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah
22.8 Sengaja merosakan harta persendirian guru-guru atau
pelajar-pelajar.
22.9 Mencuri
22.10 Mengancam pelajar-pelajar lain – ancaman yang serius
dan merbahaya (termasuk peras ugut)
22.11 Menghisap rokok dan mengambil dadah (termasuk
gam dan vape)
22.12 Berjudi
22.13 Meminum minuman keras atau yang memabukkan
dalam kawasan sekolah.
22.14 Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah
tiga atau empat amaran.
22.15 Mewujukan sifat bongkak dan membuat penghinaan
kepada Pengetua, Guru atau Pengawas.
22.16 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif
dengan bertujuan menimbulkan kacau bilau dan
perpecahan kaum.

44 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

22.17 Melanggar peraturan tatatertib atau ‘menangkis’ yang


menurut budi bicara Pengetua sebagai pelanggaran
tatatertib yang berat.
22.18 Ponteng sekolah, kelas, kegiatan kokurikulum dan tidak
membuat kerja-kerja dan aktiviti sekolah.
22.19 Mengancam dan menggangu pengawas yang
menjalankan tugas.
22.20 Berkhalwat
22.21 Berzina
22.22 Bercinta dan bercumbu-cumbuan dalam kawasan
sekolah
PERATURAN

22.23 Berperangai tidak sopan dan melakukan sesuatu


SEKOLAH

perbuatan yang mencemarkan nama baik sekolah/PPD


/JPN.
22.24 Membawa atau memiliki buku-buku/gambar-gambar
lucah.

45 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 23 : PERBUATAN YANG DILARANG


SECARA NYATA

(Menurut Peraturan-peraturan (Disiplin Sekolah) 1959:


23
Peraturan-peraturan Sekolah (Majalah) 1958
Peraturan-peraturan Sekolah Persatuan-persatuan 1956:
Peraturan-peraturan Sekolah (Lawatan) 1957)

23.1 Pelajar-pelajar di bawah umur 21 tahun adalah


dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
pilihanraya dan politik terutamanya.

PERATURAN
SEKOLAH
a) Merayu undi bagi pihak mana-mana parti atau
pertubuhan politik, atau mana-mana calon dalam
sesuatu pilihanraya.
b) Dengan tujuan menyokong atau menentang mana-
mana parti atau pertubuhan politik, atau
pencalonan mana-mana individu menentang mana
seseorang atau beberapa orang lain dalam
sesuatu pilihanraya, berucap atau menggangu
mana-mana perjumpaan awam yang sah.
c) Menyebar atau menyebab tersebar apa-apa
penulisan politik, dokumen atau lain-lain
propanganda bagi pihak atau untuk menyokong
sesuatu parti atau pertubuhan politik atau yang ada
hubungan dengan mana-mana calon yang sedang
bertanding dalam sesuatu pilihanraya.
d) Menggangu perjalanan sesuatu perjumpaan awam
yang sah dengan cara yang mungkin menghalang
perjalanan-perjalanan urusan perjumpaan yang
diadakan itu.
e) Mengambil bahagian dalam mana-mana perarakan
atau perhimpunan yang dikelolakan atau diadakan
dengan tujuan untuk menyokong atau menentang
mana-mana parti atau pertubuhan politik atau apa-
apa pendapat politik atau mana-mana calon dalam
sesuatu pilihanraya.

46 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

23.2 Peraturan 6 (1) Peraturan-peraturan Sekolah (Majalah) 1958


menyatakan mana-mana murid:

a) yang menerbit, menyebar atau mengedar atau cuba


mengedar sebarang majalah sekolah tanpa kebenaran
terlebih dahulu dari Guru Besar (Pengetua)nya.
b) Yang menerbit, menyebar atau mengedar sebarang
majalah mengandungi sebarang perkara yang belum
diluluskan oleh Guru Besar (Pengetua) atau seorang
Penasihat mengikut Peraturan 3 (3): boleh dibuang
sekolah.

23.3 Surat-menyurat
PERATURAN
SEKOLAH

23.3.1. Pelajar-pelajar dilarang menulis surat kepada


kedutaan atau badan yang diiktiraf sebagai blok
komunis, di dalam atau luar negeri.

23.3.2 Pelajar-pelajar yang hendak menulis surat kepada


badan-badan luar hendaklah mendapat kebenaran
bertulis dari Pengetua.

23.4 Pelajar-pelajar yang ingin menjadi atau menyertai aktiviti


badan-badan luar hendaklah mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengetua.

23.5 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyertai sebarang bentuk


pertandingan ratu cantik atau pertunjukkan fesyen.

23.6 Pelajar-pelajar dilarang membeli atau menganjur loteri,


permainan untunguntungan atau sesuatu pengagihan wang
atau hadiah-hadiah dengan cara beradu nasib.

23.7 Melakukan raging / buli.

23.8 Menganjur atau mengambil bahagian dalam demonstarasi


yang boleh menjejaskan nama baik sekolah / PPD / JPN.

23.9 Lain-lain yang tidak disebut di atas yang menjadi kesalahan


dalam undangundang awam.

47 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 24 : KESALAHAN-KESALAHAN LAIN

24.1
DAN PERATURAN

Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan


24
apa-apa mesyuarat atau perjumpaan melainkan setelah
mendapat kebenaran daripada Pengetua.

24.2 Tidak boleh membawa masuk orang luar ke kawasan


sekolah yang tiada urusan mengenai persekolahan
pelajar-pelajar.

PERATURAN
24.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggunakan beg-beg

SEKOLAH
bergambar tidak senonoh.

24.4 Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa mematuhi nasihat


dan teguran guru dan pengawas.

24.5 Hendaklah sentiasa menyediakan alat-alat tulis, buku-


buku latihan dan buku-buku teks pada setiap pelajaran.

24.6 Tidak membuat bising, melaung-laung semasa berada


dalam kawasan sekolah dan jangan meludah merata-
rata terutama dari koridor bahagian atas bangunan
sekolah.

24.7 Jangan membuang sampah merata-rata dan hendaklah


sampah dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan.

24.8 Ditegah membawa rokok, pil-pil khayal, dadah, buku /


gambar, majalah dan kaset rakaman lucah ke sekolah.

24.9 Pelajar-pelajar dilarang membeli di luar sekolah atau


dari penjaja-penjaja luar.

24.10 Pelajar-pelajar dilarang bergaduh, mengancam,


memeras ugut sesama sendiri atau pelajar sekolah lain.

48 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

24.11 Pelajar-pelajar lelaki dilarang mengadakan perjumpaan


atau berbual-bual dengan pelajar-pelajar perempuan
dalam keadaan yang boleh menimbulkan keraguan..

24.12 Pelajar-pelajar dilarang menconteng atau mengoyakkan


segala iklan-iklan atau kenyataan-kenyataan yang
ditampalkan di papan-papan kenyataan atau di dalam
bilik darjah.

24.13 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan jamuan


akhir tahun, jamuan perpisahan kelas atau lain-lain
PERATURAN

jamuan anjuran kelas atau persatuan/badan beruniform


SEKOLAH

melainkan setelah mendapat kebenaran Pengetua


melalui guru tingkatan masing-masing atau guru
penasihat persatuan.

24.14 Pelajar-pelajar bukan penghuni asrama tidak dibenarkan


memasuki asrama dan kawasan asrama. Sekiranya ada
urusan dengan pelajar-pelajar asrama hendaklah
terlebih dahulu mendapat atau kebenaran daripada
guru-guru/warden asrama.

49 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 25 : KAWASAN-KAWASAN LARANGAN

Kawasan-kawasan Larangan Sepanjang Masa 25


25.1 Pelajar-pelajar dilarang dan ditegah memasuki atau
berada di tempat-tempat berikut kecuali dengan arahan
guru atau urusan penting.
1. Hadapan Bilik Pengetua/Pejabat Sekolah
2. Bengkel dan kawasan sekitarnya.
3. Bilik-Bilik Amali Sains
4. Bilik Sains Rumah Tangga (ERT)

PERATURAN
SEKOLAH
5. Pusat Sumber Sekolah (Perpustakaan dan APD)
6. Bilik Gerakan/Mesyuarat
7. Bilik Disiplin
8. Bilik Kaunseling/Bimbingan Kerjaya
9. Bilik SPBT
10. Bilik Komputer
11. Koperasi
12. Setor Sukan
13. Pondok Jaga
14. Tandas Guru
15. Dewan Sekolah
16. Bahagian dalam kantin
17. Tempat letak kenderaan/garaj
18. Bilik Pendidikan Seni
19. Taman-taman Bunga
20. Pusat Kajicuaca Sekolah.
21. Surau
22. Bilik Peperiksaan
23. Bilik Guru
24. Galeri Intan
25. Bilik Akses
26. Bilik Kokurikulum

25.2 Kawasan larangan Semasa Belajar


1. Surau Sekolah
2. Kantin
3. Asrama
4. Perpustakaan
5. Koperasi
6. Koridor-koridor bangunan

50 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

FASAL 26 : HUKUMAN

26.1 Pengertian Hukuman 26


Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan
hukuman yang menyakitkan bagi sesuatu salah laku.
Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman.

a) Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman


yang melibatkan salah laku yang sebenar atau
diandaikan berlaku. Ini merupakan aspek hukuman
PERATURAN

yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu


SEKOLAH

kesalahan yang telah dilakukan.

b) Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang


berkuasa ke atas yang dihukum

c) Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak


menyenangkan dikenakan ke atas yang bersalah, ia
boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang
menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang
disukainya.

26.2 Pelajar-pelajar yang melanggar peraturan dan tatatertib


sekolah atau didapati bersubahat melakukan kesalahan
akan diberi hukuman berdasarkan kepada jenisjenis
kesalahan yang diputuskan oleh Pengetua/PK
HEM/Badan Disiplin. Hukuman-hukuman ini adalah di atas
dasar membaiki dan memberi tunjuk ajar supaya pelajar-
pelajar itu sedar dan mematuhi Peraturan Sekolah dan
menegah dari berulangnya salah laku tersebut.

51 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

26.3 Hukuman yang boleh dikenakan.

a) Nasihat
b) Celaan
c) Amaran
d) Hukuman deraan (rotan)
e) Penahanan (detention)
f) Penggantungan daripada aktiviti
g) Pembuangan sekolah
h) Serah kepada pihak berkuasa kerajaan
i) Lain-lain hukuman yang difikirkan patut oleh Badan

PERATURAN
Disiplin atau Pengetua.

SEKOLAH
FASAL 27 : TAMBAHAN DAN PINDAAN 27
27.1 Lain-lain perkara yang tidak termaktub dalam peraturan
persekolahan ini atau perkara-perkara yang timbul di luar
peraturan ini adalah tertakluk kepada budi bicara
Pengetua.

27.2 Peraturan-peraturan persekolahan ini boleh dipinda atau


dimansuhkan sekiranya difikirkan perlu berbuat demikian
oleh pihak pentadbiran sekolah ini dan perubahan-
perubahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

52 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

PERATURAN ASRAMA

1.0 PERATURAN AM 28
1.1 Pelajar asrama adalah terikat dengan peraturan
sekolah pada setiap masa.

1.2 Pelajar asrama dikehendaki


a. menghormati dan mematuhi segala arahan
warden, HEM, Ketua asrama dan ketua-ketua
yang dilantik.
b. mengucapkan Assalamualaikum (pelajar muslim)
dan Salam Sejahtera (pelajar bukan muslim)
apabila bertemu dengan para guru, warden,
kakitangan sekolah, kawan-kawan dan para
tetamu yang hadir.
c. mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan
asrama serta bertanggungjawab menjaga
keselamatan harta benda asrama dan sekolah.
d. menjaga nama baik dan imej diri sendiri, asrama
PERATURAN

dan juga nama baik sekolah.


ASRAMA

e. tegah membuat bising apabila berada di asrama.


f. tegah membuat hubungan dengan sesiapa
sahaja yang bukan muhrimnya samada melalui
surat menyurat, telefon dan lain-lain yang
berkaitan.

2.0 PERATURAN KHUSUS

2.1 PAKAIAN

2.1.1 Setiap pelajar dikehendaki berpakaian kemas


semasa menghadiri kelas persediaan,
pemeriksaan kamar dan menghadiri sebarang
acara rasmi asrama.

53 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

2.1.2 Setiap pelajar mesti memakai pakaian rasmi


asrama yang lengkap dan kemas apabila
keluar dari kawasan asrama seperti keluar ke
bandar, mengikuti rombongan dan pulang ke
rumah.

2.2 Pakaian Pelajar Lelaki

a. Penghuni dikehendaki memakai pakaian rasmi


sekolah pada waktu persekolahan, perjumpaan
aktiviti atau perpustakaan. Mereka juga
dikehendaki memakai pakaian asrama semasa
mewakili asrama atau semasa pulang ke rumah
masing-masing dan sebaliknya.
b. Penghuni dilarang sama sekali memakai barang
kemas dan alat-alat solek kecuali jam tangan.
c. Penghuni dikehendaki memakai pakaian yang
kemas dan sopan sepanjang masa.
d. Kegiatan badan beruniform hendaklah mengikut
peraturan-peraturan yang dikenakan oleh

PERATURAN
badan-badan tersebut.

ASRAMA
e. Jika tiada apa-apa syarat pakaian ditentukan,
pakaian bebas tetapi kemas.

2.3 Pakaian Pelajar Perempuan

a. Penghuni dikehendaki memakai pakaian rasmi


sekolah semasa waktu persekolahan.
b. Wajib memakai baju kurung atau jubah atau
sebarang fesyen yang longgar dan labuh
sepertinya.
c. Tudung diwajibkan.
d. Selipar jepun atau sejenisnya hanya untuk
kegunaan ke tandas sahaja.
e. Pelajar digalakkan memakai pakaian yang
bersopan seperti baju kurung dan jubah di
kawasan asrama.

54 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

f. Pakaian masuk asrama; Pakaian rasmi asrama,


menutup aurat (Muslim) dan tidak menjolok
mata.
g. Pakaian menutup aurat bagi muslim dan tidak
menjolok mata untuk sepanjang masa. Seluar
pendek adalah dilarang.

3.0 KELAS PERSEDIAAN

3.1 Semua pelajar diwajibkan menghadiri kelas-kelas


persediaan petang dan malam seperti yang telah
ditetapkan. Pelajar mestilah mematuhi semua
peraturan kelas persediaan
3.2 Sebarang pengecualian hendaklah mendapat
kebenaran daripada Pengetua, Ketua Warden dan
warden bertugas.
3.3 Sewaktu kelas persediaan kegiatan bukan berbentuk
akademik tidak dibenarkan.
3.4 Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan membaca
majalah, komik, menulis surat, berjalan-jalan atau
PERATURAN

berbual-bual kosong atau tidur sewaktu kelas


ASRAMA

persediaan.
3.5 Pelajar-pelajar hanya dibenarkan menjalankan kelas
persediaan di bilik yang ditetapkan sahaja.
3.6 Waktu kelas persediaan petang akan ditetapkan oleh
warden. Waktu persediaan malam ialah dari
jam 8:00 – 10:30 malam. Pada waktu ini pelajar wajib
berada di bilik yang telah diperuntukkan.
3.7 Berpakaian sebagaimana yang ditetapkan;
a. Bagi pelajar lelaki;
i. Berpakaian kemas
ii. Beseluar slack / Baju-T / Kemeja
iii. Kain pelikat / batik tidak dibenarkan
b. Bagi pelajar perempuan;
i. Berjubah / Baju Kurung / Bertudung
ii. Berpakaian kemas

55 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

3.8 Pelajar tidak dibenarkan membawa atau makan ke


dalam bilik bacaan/persediaan.
3.9 Pelajar dikhendaki menjaga tatatertib dan
ketenteraman semasa di bilik bacaan.
3.10 Semua lampu bilik mesti dipadamkan jam 11:00
malam. Pelajar mesti berada di katil masing-masing
selepas lampu padam.
3.11 Menonton TV/Video hanya dengan kebenaran
Pengetua/Guru HEM/Warden berpandukan jadual
yang telah ditetapkan.

4.0 PERHIMPUNAN

4.1 Roll Call akan diadakan setiap kali pelajar kembali ke


sekolah selepas minggu pulang bermalam atau cuti
sekolah atau pada bila-bila masa yang diarahkan
oleh Ketua Warden.
4.2 Semua pelajar dikehendaki hadir semasa
perhimpunan diadakan .
4.3 Ketua kamar hendaklah membantu warden bertugas

PERATURAN
untuk mengambil kedatangan pelajar mengikut kelas

ASRAMA
atau kamar masing-masing.
4.4 Perjumpaan blok / kamar
a. Perjumpaan blok / kamar mestilah terlebih
dahulu dimaklumkan kepada warden bertugas
b. Perjumpaan hendaklah diketuai oleh ketua
Blok/ketua kamar
c. Perjumpaan hendaklah tidak melewati jam 11.00
malam

5.0 MAKANAN

5.1 Pelajar perlu mematuhi masa makan


5.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan
dan minuman keluar dari dewan makan
5.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan
basah ke dalam kamar.

56 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

5.4 Pelajar yang mempunyai alahan terhadap makanan


tertentu mestilah memaklumkan kepada penyelia
asrama untuk tindakan.
5.5 Penghuni hendaklah berpakaian kemas dan bersih
ketika berada di dewan makan.
5.6 Makan tengah hari pada hari-hari persekolahan
dikehendaki dengan pakaian sekolah.
5.7 Penghuni hendaklah menepati masa semasa berada
di dewan makan.
5.8 Dilarang berebut-rebut semasa makan.
5.9 Dilarang bersifat tamak dan mengambil makanan
yang berlebihan.
5.10 Dilarang membuat bising seperti berteriak-teriak,
melaga-lagakan sudu dan garfu, pinggan mangkuk
dan sebagainya.
5.11 Jangan dibiarkan tulang-tulang atau sisa-sisa
makanan di atas meja. Selepas makan, sisa
makanan hendaklah dibuang ke tempat yang
disediakan.
5.12 Makanan dari dewan makan tidak dibenarkan
dibawa keluar atau dibawa ke asrama.
PERATURAN

5.13 Pelajar hendaklah mematuhi peraturan-peraturan


ASRAMA

dewan makan seperti berikut;


a. Jadual makan adalah sebagaimana di dalam
jadual harian pelajar
b. Pelajar lewat tidak dibenarkan masuk ke dewan
makan.
c. Pelajar -pelajar dilarang berkeliaran di kawasan
dewan makan selain dari waktu makan dan
dilarang juga masuk ke dapur.
d. Pelajar yang memerlukan makanan lebih
awal/lewat sebab berpuasa atau pulang dari
rombongan, hendaklah memberitahu Pengurus
Domestik/Penyelia Kantin/Tukang Masak
terlebih dahulu.
e. Pinggan, mangkuk, cawan, dulang dan lain-lain
peralatan dapur/kantin tidak dibenarkan bawa
keluar dari dewan makan.

57 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

f. Pelajar mesti beratur semasa mengambil


makanan.
g. Selepas makan, pelajar-pelajar dikehendaki
mencuci pinggan dan cawan sendiri, membersih
meja makan dan membuang lebihan makanan
ke dalam bekas yang disediakan.

6.0 KIRIMAN BUNGKUSAN MAKANAN

6.1 Bungkusan makanan boleh diterima dari rumah


masing-masing. Ibu/Bapa/Penjaga adalah
dinasihatkan supaya tidak menghantar makanan
yang mudah basi/busuk.
6.2 Makanan tidak boleh dibawa ke bilik kuliah, makmal,
musolla, kelas, bilik komputer, dewan utama dan
perpustakaan.
6.3 Penghuni dibenarkan menyimpan makanan kering
sahaja seperti biskut.
6.4 Makanan tersebut hendaklah disimpan di dalam
bekas yang baik , bagi mengelakkan semut dan lipas.

PERATURAN
6.5 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memesan/membeli

ASRAMA
makanan daripada luar.

7.0 PEMERIKSAAN KAMAR/ASRAMA

7.1 Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan


dijalankan oleh pengawas/ketua kamar sebelum
sarapan pagi untuk memastikan tempat tidur pelajar
dalam keadaan kemas dan bersih.

58 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

7.2 Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan hendaklah


dijalankan oleh warden bertugas/warden blok bagi
memastikan :
a. kebersihan kamar pelajar
b. kebersihan asrama
c. setiap pelajar mempunyai peralatan peribadi yang
lengkap
d. perkara-perkara lain yang diperlukan oleh pihak
sekolah
7.3 Pemeriksaan asrama pada hari Sabtu jam 7:00 pagi
dijalankan oleh warden dan diiringi oleh AJK tertinggi
blok. Semasa pemeriksaan semua pelajar mesti
berada di kamar masing-masing dan dalam keadaan
bersedia.
7.4 Pemeriksaan mengejut diadakan pada bila-bila masa
oleh Pengetua/Penolong Kanan HEM/Ketua warden
/Warden/Guru Disiplin/mentor atau pengawas.

8.0 KAWASAN DAN BILIK ASRAMA

8.1 Bilik-bilik tidur, tandas dan kawasan asrama hendaklah


dijaga dengan bersih. Penghuni hendaklah membuang
PERATURAN
ASRAMA

sampah sarap di tempat-tempat yang disediakan.


8.2 Kasut, pakaian, buku dan lain-lain barang kepunyaan
sendiri mestilah disimpan dan disusun dengan baik.
8.3 Tempat tidur hendaklah dikemaskan dengan rapi setiap
hari. Kain selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di
hujung katil. Kain cadar/sarung bantal berwarna merah
jambu hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas dan
bersih.
8.4 Tuala dan pakaian basah hendaklah disidai di penyidai
kain yang telah disediakan. Adalah dilarang menyidai
di tingkap, di katil dan di kaki lima bangunan.
8.5 Semua pakaian dan kasut yang hendak dibasuh,
dilarang diletakkan ataupun direndamkan di dalam
sinki.
8.6 Penghuni asrama tidak dibenarkan mengubah katil,
almari atau barang lain dan alatan asrama mengikut
sesuka hati.

59 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

8.7 Penghuni dilarang duduk atau tidur dua orang di


atas katil.
8.8 Penghuni dikehendaki berada di tempat tidur
selewat-lewatnya pada pukul 11:00 malam.
8.9 Penghuni tidak dibenarkan berbaring, berehat-rehat
atau tidur di surau asrama.
8.10 Lampu / kipas hendaklah dimatikan ketika
meninggalkan asrama kecuali jika terdapat
penghuni yang sakit.
8.11 Operasi membersih bilik hendaklah diadakan pada
tiap-tiap minggu atau pada bila-bila masa yang
diperlukan. Ketua bilik hendaklah memastikan
semua penghuni mengambil bahagian.

9.0 BILIK AIR DAN BILIK MEMBASUH

9.1 Penghuni tidak dibenarkan meninggalkan baldi di


merata-rata tempat. Baldi hendaklah disimpan di
tempat yang disediakan.
9.2 Paip-paip yang digunakan hendaklah ditutup rapat
selepas digunakan walaupun pada masa ketiadaan

PERATURAN
air.

ASRAMA
9.3 Jangan membuang pembalut sabun, sisa makanan
dan sebagainya di merata-rata tempat. Gunakan
tong sampah yang disediakan.
9.4 Tidak dibenarkan merendam pakaian di dalam sinki.
Dilarang membuang sebarang objek seperti tuala
wanita, sabun dan seumpamanya di dalam lubang
tandas. Selepas menggunakan tandas, hendaklah
dibersihkan dengan menggunakan berus tandas
yang disediakan. Pastikan tandas dan bilik asrama
sentiasa bersih.

10.0 BILIK REHAT

10.1 Semua penghuni adalah bertanggungjawab


menjaga kebersihan dan keselamatan alatan di
dalam bilik rehat.

60 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

10.2 Penghuni hendaklah menyimpan semula surat


khabar atau majalah yang dibaca ke tempat yang
telah disediakan dan dilarang membawa keluar
sama sekali.
10.3 Penghuni dilarang membawa makanan dan
minuman atau makan dalam bilik ini.
10.4 Penghuni dilarang berbaring atau duduk dengan
cara yang kurang sopan.

11.0 BARANG PERSENDIRIAN

11.1 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga barang


milik persendirian.
11.2 Buku-buku persendirian, pakaian atau apa-apa juga
barangan hak milik pelajar hendaklah ditulis nama
dan dijaga dengan cermat dan sempurna.
11.3 Wang dan barang-barang berharga tidak boleh
ditinggalkan di dalam kelas, kamar atau tempat-
tempat yang terdedah. Pelajar hanya dibenarkan
menyimpan wang sebanyak RM 10.00 pada setiap
masa. Wang selebihnya hendaklah disimpan oleh
PERATURAN

guru mentor/guru tingkatan atau warden.


ASRAMA

11.4 Sebarang wang atau benda-benda lain yang


dijumpai hendaklah diserahkan kepada pengawas,
guru disiplin, guru bertugas harian atau warden
untuk diumumkan dan dipulangkan kepada
pemiliknya.

12.0 BARANG LARANGAN

12.1 Sebarang bentuk alatan media elektronik dan apa-


apa jua jenis alat komunikasi adalah tidak
dibenarkan dibawa ke asrama dan sekolah.
12.2 Rokok, gula-gula, kuaci, minuman keras, alat solek,
barang kemas, pakaian berharga, cermin mata
hitam, pakaian menjolok mata, pakaian beraneka
fesyen, baju T ala rockers, seluar Jeans, bahan
lucah, buku cerita berbentuk hiburan,

61 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

berunsur negatif, bahan-bahan/permainan


berbahaya dan sebarang kenderaan tidak
dibenarkan dibawa ke asrama dan sekolah.
12.3. Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan,
mercun, peralatan tajam dan peralatan yang
mengancam keselamatan tidak dibenarkan dibawa
ke asrama dan sekolah.

13.0 KAWASAN LARANGAN

13.1 Semua dorm dan blok asrama menjadi kawasan


larangan kepada semua pelajar pada waktu-waktu
yang ditetapkan:
a. Hari-hari persekolahan.
b. Setiap waktu sembahyang.
c. Aktiviti persatuan/kelab/penghayatan Islam
d. Aktiviti rasmi sekolah.
13.2 Mendapat kebenaran bertulis dari Pengetua atau
Ketua Warden adalah satu kemestian kepada
pelajar-pelajar yang balik ke dorm.

PERATURAN
13.3 Pelajar dilarang berkeliaran di hadapan rumah

ASRAMA
guru/kakitangan dan warden asrama.
13.4 Pelajar dilarang masuk ke dalam makmal, bilik
komputer, perpustakaan, bengkel, pejabat
sekolah/warden, bilik sakit dan bilik audio melainkan
dengan kebenaran pengetua atau guru.
13.5 Kawasan asrama perempuan bagi pelajar lelaki
pada setiap masa.
13.6 Kawasan pelajar lelaki bagi pelajar perempuan pada
setiap masa.

14.0 MAJALAH DAN PENULISAN

14.1 Sebarang kegiatan untuk menerbitkan majalah


asrama, makalah, risalah, berita, pengumuman
dengan menggunakan surat atau bahan bercetak
mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua.

62 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

14.2 Semua tulisan yang bertujuan untuk disebar/dicetak


dan diedar hendaklah melalui guru penasihat untuk
semakan.
14.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang
kenyataan kepada pihak akhbar atau badan-badan
lain tanpa pengetahuan dan kebenaran Pengetua.
14.4 Segala perkara yang berhubung dengan penerbitan
majalah, risalah, adalah tertakluk kepada peraturan
sekolah.

15.0 SURAT MENYURAT

15.1 Semua surat yang diterima dan dikirim mesti ada


nama dan alamat pengirim.
15.2 Pihak pengurusan asrama berhak menapis semua
surat jika dirasakan perlu.
15.3 Penerima surat berdaftar mesti membawa kad
pengenalan dan mengambil surat berdaftar di
pejabat asrama selepas waktu persekolahan dan
tidak dibenarkan untuk mewakilkan orang lain untuk
PERATURAN

mengambil bagi pihak pelajar.


ASRAMA

16.0 KELUAR MASUK

16.1 Pelajar dibenarkan keluar asrama/ke bandar


mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengurusan
asrama.
16.2 Setiap pelajar mestilah menyerahkan kad
pelajar/kad kebenaran keluar di pondok
pengawal/warden sewaktu keluar dan
mengambilnya semula semasa memasuki kawasan
asrama.
16.3 Kebenaran keluar asrama pada waktu lain hanya
dibenarkan untuk rawatan pesakit, kecemasan, atau
sebab-sebab lain yang wajar sahaja.
16.4 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa
kebenaran Ketua Warden atau warden bertugas.

63 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

16.5 Permohonan untuk keluar bermalam selain daripada


tarikh yang telah ditetapkan oleh sekolah perlu
dihantar oleh ibubapa sekurang-kurangnya 3 hari
sebelum permohonan untuk dipertimbangkan oleh
Pengetua atau Ketua Warden.
16.6 Pelajar tidak dibenarkan keluar mengikut penjaga
pelajar lain kecuali dengan surat kebenaran ibu
bapa pelajar atas sebab-sebab yang dinyatakan.

17.0 KAD KELUAR PELAJAR

17.1 Setiap orang pelajar akan memiliki sekeping


kad/buku pelajar bagi kegunaan keluar/masuk
asrama.
17.2 Semasa hendak keluar meninggalkan asrama, kad
pelajar ini hendaklah ditandatangani oleh ketua
warden.
17.3 Kad / buku ini hendaklah ditinggalkan di pos
pengawal semasa meninggalkan asrama.
17.4 Bagi pelajar perempuan, hanya dibenarkan

PERATURAN
keluar/balik kampung bersama waris yang tercatat

ASRAMA
di dalam kad keluar masuk sahaja dan sekiranya
waris tersebut tidak dapat hadir, maka wakilnya
hendaklah dimaklumkan kepada pengetua/warden
secara lisan dan bertulis.
17.5 Pelajar tidak dibenarkan keluar dengan mengikut
kawan atau ibu bapa/penjaga pelajar lain kecuali
mendapat keizinan daripada pengetua dan ibu
bapa/penjaga.
17.6 Kad keluar masuk pelajar hendaklah disimpan
dengan baik dan selamat. Sebarang kehilangan
boleh didenda dengan bayaran sebanyak RM 5.00.

64 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

18.0 BALIK KAMPUNG

18.1 Pelajar dibenarkan balik kampung / bermalam di


rumah dua kali dalam sebulan (rujuk takwim sekolah)
18.2 Untuk tujuan keselamatan, ibu bapa/penjaga pelajar
(digalakkan bagi pelajar lelaki/diwajibkan bagi pelajar
perempuan) menjemput atau menghantar wakil
(yang telah direkodkan dalam kad keluar masuk) dan
menghantar kembali dengan cara yang sama, kad
lawatan/buku keluar masuk mestilah ditunjukkan
kepada warden yang bertugas.
18.3 Dilarang bermalam di rumah kawan kecuali
mendapat kebenaran penjaga.
18.4 Dalam keadaan kecemasan pelajar mestilah:
a. Mendapat kebenaran daripada Pengetua.
b. Menunjukkan surat atau bukti waris yang
menjemput pelajar. Ini adalah untuk menentukan
bahawa keadaan kecemasan itu adalah sah.

19.0 MELAWAT
PERATURAN
ASRAMA

19.1 Masa melawat adalah ditetapkan seperti berikut :-


Jumaat & Sabtu : 10:00 pagi – 6:00 petang
(Tertakluk kepada aktiviti sekolah dan asrama)
19.2 Pelawat terlebih dahulu perlu mendaftar di pos
pengawal sebelum dibenarkan untuk bertemu
dengan pelajar.
19.3 Masa kecemasan atau hal-hal lain yang mustahak,
ibu bapa atau penjaga boleh melawat dengan
kebenaran Pengetua/Ketua Warden/warden
bertugas.
19.4 Semua pelawat hendaklah dilayan di tempat yang
disediakan. Pelawat dilarang masuk ke bilik kamar
dan kawasan-kawasan larangan yang lain.
19.5 Pelajar perempuan tidak dibenarkan menerima
tetamu lelaki kecuali bapa atau saudara lelaki.

65 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

19.6 Pihak pengawal/warden berhak menahan pelawat-


pelawat yang diragui.
19.7. Pelawat tidak dibenarkan bertemu dengan pelajar
sebelum sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan
tamat.
19.8 Pada waktu persekolahan, sekiranya ada
kecemasan atau hal yang penting, pelawat mestilah
terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Pengetua.
19.9 Pelawat tidak dibenarkan pergi ke bilik belajar/kelas
untuk bertemu pelajar.
19.10 Pakaian pelawat mestilah sopan dan beradab.

20.0 KECEMASAN/SAKIT

20.l Pelajar yang sakit hendaklah dilaporkan kepada


warden bertugas.
20.2 Pelajar yang sakit kronik, demam yang kuat dan
penyakit berjangkit, dibenarkan balik ke
rumah/kampung

PERATURAN
21.0 PELANGGARAN PERATURAN ASRAMA

ASRAMA
21.1 Pelanggaran peraturan asrama adalah satu
kesalahan.
21.2 Hukuman yang akan dikenakan adalah berdasarkan
keseriusan kesalahan
21.3 Kategori hukuman adalah
a. Amaran dan kaunseling
b. Memanggil ibu bapa/penjaga
c. Gantung Asrama :
1 Minggu dan 2 Minggu
d. Buang Asrama

66 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

22.0 TAFSIRAN KESALAHAN

22.1 Klausa peraturan yang tidak jelas dan mana-mana


peraturan dan kesalahan yang tidak tercatat dalam
peraturan asrama, Lembaga Pengurusan Asrama
yang dipengerusi oleh Pengetua boleh dengan budi
bicara mentafsirkan kesalahan dan hukuman yang
akan dikenakan.
PERATURAN
ASRAMA

67 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

LAMPIRAN A

SENARAI AMALAN BAIK


(Senarai sedia ada dalam SSDM)

Kod
Amalan Baik Keterangan Amalan Baik

01 Sukarela Membantu Guru

Sukarela Melapor Kes


02 Salah Laku

Membantu Melaksanakan
03 Kerja-Kerja Landskap/Taman

Membantu Mengemas/
04 Menyusun Atur Bilik-Bilik Khas
Membersih Kawasan/
05 Bilik Khas

06 Kerja-Kerja Mengecat

Menyertai Aktiviti Luar Di Bawah


07 Bimbingan Dan Kaunseling
LAMPIRAN

Aktiviti Lain Yang Menzahirkan


08 Nilai-Nilai Murni

68 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

LAMPIRAN B

SENARAI KESALAHAN/KES KHAS


(Senarai sedia ada dalam SSDM)
LAMPIRAN

69 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

LAMPIRAN

70 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

Abdullah bin Mas’ud RA berkata,


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Mahukah kalian aku khabarkan mengenai
orang-orang yang tidak akan disentuh api neraka?
Iaitu setiap Muslim yang (qaribin) dekat
LAMPIRAN

(dengan kaum mukminin), (hayyin) tenang


dan (sahlin) mudah (lembut akhlak dan sifatnya).”
(Riwayat al-Tirmidzi dalam as-Sunan no 2488.
Al-Tirmidzi berkata: “Hasanun gharib,”
dan hadis itu dinyatakan sahih oleh Syaikh al-Albani)

71 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

LAMPIRAN C

JENIS SALAH LAKU DAN TINDAKAN


Jenis-Jenis Salahlaku Dan Tindakan-Tindakan Yang Boleh Dikenakan

LAMPIRAN

Memukul,
bergaduh dan
mencedera

72 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

Bil Tema Kesalahan/ Tindakan sekolah


perlakuan
7 Membawa 1. Senjata dirampas
senjata dan 2. Memanggil ibubapa
berniat jahat 3. Digantung persekolahan.
4. Amaran dan dilaporkan kepada polis.
8 Merosak harta 1. Membayar ganti rugi.
benda 2. Panggilibubapa
3. Digantung persekolahan.
4. Pengakuan bertulis.

9 Ahli kumpulan 1. Rujuk kepada Pek. Iktisas 9/75


haram
10 Fitnah 1. ibubapa dihubungi
2. kaunseling
3. amaran/ digantung sekolah
11 Tingkah Membaca, 1. Dirampas dan disimpan sebagai bukti.
laku lucah menunjuk dan 2. Rujuk kepada guru kaunseling
menyebar 3. Kerja amal
bahan-bahan
dan gambar
lucah.
12 Mengintai 1. Rujuk kepada guru kaunseling
muridmurid 2. Kerja amal
perempuan
13 Menulis surat 1. Amaran dan nasihat
cinta 2. Rujuk kepada guru bimbingan
3. Kerja amal
14 Bercumbu/ 1. Amaran dan nasihat
berdua-duan 2. Gantung persekolahan
dan bercinta 3. Panggil ibubapa
dalam kawasan 4. Buang sekolah
sekolah
15 Ditangkap 1. Rujuk kepada Pengarah
kerana Pendidikan.
berkhalwat dan 2. Panggil ibubapa
didenda di
mahkamah
16 Pelacuran/Zina/ 1. Panggil ibubapa
hamil/homo/ 2. Rujuk kepada Pengarah Pendidikan
lesbian/kahwin/
LAMPIRAN

nikah gantung
17 Sengaja 1. Kelas tahanan
Tingkah mengotori 2. Bayar ganti rugi
laku sekolah atau 3. Kerja amal
antisosial kelas
18 Sengaja 1. Kerja amal
mengganggu 2. Rujuk kepada guru kaunseling
ketenteraman
sekolah/kelas

73 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

LAMPIRAN

74 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H
LAMPIRAN

75 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

LAMPIRAN D

Contoh pakaian seragam


murid perempuan dan murid lelaki
(Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985)

LAMPIRAN

76 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

AKUAN MENERIMA TAKLIMAT PERATURAN SEKOLAH

Nama Pelajar : ………………………………………………………………………

Kelas : ………………………………………………………………………

No. Kad Pengenalan : ………………………………………………………………

Nama Penjaga : ………………………………………………………………………

Alamat : ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

No. Telefon : ………………………………………………………………………

Saya……………………………………………………................................................

No. K/P: ……………………………...... Kelas : ……..............……………………….


Mengaku telah menerima taklimat dan maklumat berkait dengan Peraturan
Sekolah dan Asrama SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun

daripada…………………................................................................…………………

Pada……………………………………… Di ……………………………………………

Dengan ini saya mengaku akan patuh dengan segala Peraturan Sekolah yang
sedang berkuatkuasa sekarang. Maka saya rela menerima sebarang hukuman
yang dijatuhkan kepada saya jika sabit kesalahan yang dipertuduhkan kepada
saya sekiranya saya gagal mematuhi mana-mana Peraturan Sekolah.

Tandatangan : Tandatangan Saksi :


Nama : Nama Saksi :
No. Kad Pengenalan Saksi :

Hari : …………………………………

Tarikh : …..............…………………….

77 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H
#
BORANG PENGAKUAN IBUBAPA/PENJAGA
koyak di sini

Pengetua
SMK Tengku Intan Zaharah,
23000 Dungun, Terengganu

Melalui Guru Kelas,


BUKU PERATURAN DAN TATATERTIB
SMK TENGKU INTAN ZAHARAH, DUNGUN

1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk dijadikan


sebagai rujukan dan panduan saya dan anak jagaan saya.
2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan
mematuhi sepenuhnya segala yang disuruh dan menjauhi
sepenuhnya segala yang dilarang.
3. Saya sedar, bahawa anak jagaan saya akan dikenakan tindakan
sewajarnya oleh pihak sekolah jika anak jagaan saya melanggar
disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang
setimpal.
Sila tulis nama anak tuan/puan yang masih bersekolah di SMK Tengku Intan Zaharah.

Bil Nama Anak Darjah

*sila lampirkan di lampiran lain jika ruangan ini tidak mencukupi

Pengakuan IbuBapa/Penjaga: Saya .................................................


ibu/bapa/penjaga kepada murid seperti nama yang tertulis di atas
telah membaca keseluruhan isi buku Peraturan Sekolah dan Asrama
dan memahaminya.

Tanda tangan Ibu/bapa/Penjaga : ......................................................


Nama :

Tanda tangan Guru Kelas : ......................................................

Nama :

78 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

# koyak di sini
SURAT AKU JANJI PELAJAR

Nama Pelajar :

Kelas :

Saya yang bernama seperti di atas dengan ini mengaku


bahawa saya bersetuju akan mematuhi segala peraturan
sekolah/asrama selama saya belajar di sekolah ini.

Sekiranya saya melanggar mana-mana peraturan yang


telah ditetapkan, saya sanggup dan bersedia menerima
sebarang bentuk hukuman yang berkaitan setimpal dengan
kesalahan yang saya telah lakukan.

Persetujuan ini dibuat atas kesedaran dan kerelaan hati


saya sendiri tanpa desakan atau paksaan mana-mana pihak.

Tandatangan pelajar

........................................................
Nama :

Masa :
Tarikh :

79 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

Catatan

80 Buku Peraturan Disiplin


T E A 1 0 2 9 S M K T E N G K U I N TA N Z A H A R A H

Catatan

81 Buku Peraturan Disiplin


? Channel Telegram : https://t.me/smktiz atau @smktiz
Facebook : https://web.facebook.com/smktiz.aizek
Blog : http://smktiztea1029.blogspot.com/

You might also like