Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

0 Pengenalan

Sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu moden menunjukkan bahawa genre drama


ialah genre sastera yang terakhir diperkenalkan, iaitu di sekitar akhir 1930-an. ’Drama’ ialah
perkataan Barat, yang sekali gus menyatakan kegiatan berdrama berasal dari Barat.
Bagaimanapun, dalam kebudayaan Melayu telah sedia ada kegiatan berdrama seperti
wayang kulit, makyung, menorah dan bangsawan, yang semuanya dikategorikan sebagai
drama atau teater tradisional (Mana Sikana, 2009).

Perkataan ‘drama’ berasal daripada perkataan Yunani iaitu dra bermaksud ‘gerak
atau sesuatu yang dilakukan (Nicol, 1976). Gerak merujuk kepada aksi yang mengandungi
unsur-unsur seni yang indah dan memberi keseronokan. Aristotle (1976) memberikan
definisi drama sebagai:

…imitate persons engaged in acting; whence also is said

that certain person call their works, dramas, because they

imitate those who are engaged in doing something..

Berdasarkan definisi di atas, drama membawa maksud gambaran hidup manusia


yang dicipta oleh pengarang melalui daya imaginasi, fantasi dan pengalaman hidup serta
proses sosialisasi dalam masyarakatnya. Sesungguhnya drama ialah karya kreatif yang
bergerak dengan dialog. Penulis sebagai individu yang hidup dalam masyarakatnya tidak
mungkin dapat melepaskan dirinya daripada suka duka masyarakat dan bangsanya. Justeru
dalam karya ciptaannya itu akan kelihatanlah pola kehidupan manusia dan masyarakat pada
zamannya.

Sebelum perkataan ‘drama’ digunakan, bentuk-bentuk teater tradisional itu dikenali


dengan perkaataan ‘main’ seperti’ ‘main wayang kulit’, ‘main makyung’, ‘main menora’ dan
seterusnya. Kemasukan pengaruh Barat menyebabkan seni lakon Melayu disebut ‘main’ itu,
menerima perubahan dari pelbagai sudut terutamanya dari segi penghasilan, pengarahan
dan teknik pementasan. Dengan perkataan lain, drama merupakan sebuah lakonan yang
dilakukan oleh pelakon tertentu (Mana Sikana, 2006). Kadang-kadang lakonan tersebut
tidak memerlukan suara seperti lakonan mimos atau gerakan seperti drama radio.

Oleh hal yang demikian, dalam penulisan ini saya akan merungkaikan sejarah
perkembangan drama di dunia dan sejarah perkembangan drama kanak-kanak di Malaysia.

1|Drama Dalam Pendidikan


2.0 Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia

Dalam meniti sejarah kelahiran drama di dunia, ianya terbahagi kepada tujuh zaman. Rajah
di bawah merupakan ringkasan sejarah perkembangan drama di dunia.

Drama Zaman Yunani

Drama Zaman Romawi

Drama Abad Pertengahan

Drama Zaman Itali

Drama Zaman Elizabeth

Drama Zaman Perancis

Drama Abad 19

Rajah 1: Sejarah perkembangan drama di dunia

Pada permulaannya, sejarah drama di dunia boleh dikatan bermula abad ke-5
berpandukan kesusasteraan, muzik dan lakonan fizikal pendidikan orang Yunani. Drama
yang terkenal di Yunani umumnya berkisarkan kisah tragedi dan komedi (Rahmah Bujang,
1991). Tokoh drama tragedi yang popular muncul seperti Aeskil (526-456 SM) dengan
karyanya seperti Trilogi Oresteia, Orang-orang Persia dan Para Pemohon. Pada masa yang
sama, tokoh drama yang terkenal dalam drama zaman Yunani Kuno adalah Aristhipanes
(445-385 SM) dengan karyanya yang terkenal seperti Para Perwira, Lysistrata dan Burung-
burung.

Seterusnya, muncul pula zaman Romawi. Pada zaman Romawi, drama mula
dipentaskan pada tahun 240 SM di kota Roma oleh seniman Yunani yang bernama Livius
Andronicus. Drama zaman Romawi menjadi penting kerana pengaruhnya pada zaman
Renaisance. Hal ini demikian kerana kebanyakkan penulis mempelajari drama-drama

2|Drama Dalam Pendidikan


Yunani saduran Romawinya, seperti tokoh William Shakespeare (Nicol, 1976). Namun
demikian, drama Romawi mengalami kemunduran setelah Republik diganti dengan
kekaisaran. Drama Romawi kemudian tidak muuncul lagi setelah penyerangan bangsa-
bangsa Barbar serta munculnya penguasaan gereja.

Selanjutnya, drama abad pertengahan berkembang antara tahun 900-1500 M


dengan mendapat pengaruh daripada gereja Katolik. Ketika gereja tidak membenarkan
pementasan drama di dalam gereja, maka drama kemudian dipentaskan di jalanan dan
lapangan. Pementasan drama seperti ini disebut moral drama kerana adanya pertarungan
abadi antara kejahatan dengan kebaikan dalam hati manusia (J. L. Styan, 1975). Di tengah
pementasan pula kebiasaannya diselitkan dengan unsur badut untuk menarik tawa
penonton kerana menyaksikan pementasan yang mengambil masa lama untuk dihabiskan.

Sehingga abad ke-17, Itali berusaha mempertahankan bentuk Commedia dell’arte


yang bersumberkan daripada komedi Yunani. Sekitar tahun 1575 bentuk ini semakin popular
di Itali. Seterusnya tersebar luad di Eropah dan mempengaruhi semua bentuk komedi yang
diciptakan pada tahum 1600. Para penulis naskah komedi terkenal pada masa ini adalah
carlo Goldoni, dengan karyanya seperti; Hamba Dua Majikan (1745), Keluarga Pedagang
Antik (1750) dan Si Pendusta (1750). Commedia dell’arte mulai merosot dan tidak popular di
Itali pada akhir abad ke-18.

Seterusnya muncul pula drama zaman Elizabeth. Pada awal pemerintahan Ratu
Elizabeth I di Inggeris, drama berkembang dengan sangat pesatnya. Pada zaman ini
munculnya gedung pementasan terbesar iaitu Globe, yang mampu menampung sehingga
3000 penonton. Globe mementaskan drama-drama karya William Shakespeare, iaitu penulis
drama terkenal yang hidup dari tahun 1564 sehingga tahun tahun 1616. Selain Romeo dan
Juliet, Shakespeare juga menulis beberapa naskah drama lain seperti The Comedy of Error,
A Midsummer Night’s Dream, The Merchant of Venice, Julius Caesar, Hamlet dan Macbeth.

Setelah itu, muncul pula drama zaman Perancis yang mementingkan pertunjukkan
dramatic, bersifat seremonial dan ritual kemasyarakatan. Drama zaman Perancis
mempunyai konsep penulisan naskah yang cenderung menggabungkan drama klasik
dengan tema sosial yang dikaitkan dengan budaya pemikiran kaum terpelajar (Nicol, 1976).
Perubahan terbesar terjadi pada tahum 1630-an iaitu ketika teori neoklasik dari Itali masuk
ke Perancis. Pada abad 18, drama di Perancis dimonopoli oleh pemerintah dengan
Comedie Francaise-nya.

Abad 19 merupakan abab baru bagi proses perkembangan drama. Perpindahan


orang-orang berkelas ke kota kerana Revolusi Industri turut menyebabkan perubahan pada
seni drama. Zaman Realisme yang lahir pada penghujung abad 19 dapat dijadikan landas

3|Drama Dalam Pendidikan


lahirnya seni drama moden di Barat (J. l. Styan, 1975). Hal ini menyebabkan lahirnya
konvensi baru dan mengubah konvensi lama yang lebih menampilkan seni drama sebagai
sebuah pertunjukkan yang memang dikhususkan untuk penonton.

2.1 Aliran Drama

Bentuk sesebuah drama dipengaruhi oleh aliran penciptaan dan aliran penerapan,dan ini
terjelma melalui faktor-faktor masa, gerakan kemasyrakatan, fungsi drama dan
perkembangan ilmu pengetahuan (Ishak Ramly, 2003). Oleh hal yang demikian lahirlah dua
jenis aliran yang boleh dipecahkan kepada dua aliran, iaitu drama aliran realisme dan drama
aliran bukan realisme.

2.1.1 Aliran Realisme

Realisme bermaksud berhampiran kepada kenyataan atau kehampiran kepada hal-hal yang
nyata terutamanya dalam hubungannya dengan penulisan sesebuah karya sastera atau
pementasan sesebuah drama pentas (Zakaria Ariffin, 1984). Pemikiran yang mendasari
bentuk drama ini ialah masalah semasa, konflik tentang kerakusan hidup di kota, dan
keharmonian hidup di desa. Bentuk pemikiran lain yang biasanya dimainkan dalam drama
aliran realisme ialah bidang pelajaran, cinta, dan budi orang-orang Melayu (Mana Sikana,
1995).

Konsep realisme menekankan seseorang penulis untuk memberi gambaran


kehidupan sebenar seperti yang benar-benar berlaku, bukannya gambaran kehidupan yang
mungkin atau bakal berlaku. Konsep pementasan drama realisme dipelopori oleh Kala
Dewata. Aliran realisme yang dianuti beliau telah membuka mata seluruh dramatis tanah air,
dan gelombang serta kegemuruhannya merebak ke seluruh negara. Hal ini demikian
kerana, aliran realisme diterima adalah kerana bersesuaian dengan kondisi Malaysia, baik
dari aspek sosialnya, mahupun politiknya (Mana Sikana, 1989).

Bentuk pementasan drama Melayu dekad 1960-an menjurus kepada gaya


pementasan realiti dan menggambarkan keadaan masyarakat sebenar. Pada tahum 1963
drama realisme hasil karya Kala Dewata telah mula dipentaskam, iaitu drama ‘Atap Genting
Atap Rumbia’. Pementasan ini menunjukkan petanda bahawa zaman pementasan drama
realisme telah bermula. Seterusnya, pementasan drama realisme yang kedua juga telah
dipentaskan pada tahun 1963 iaitu drama ‘Di Balik tabir Harapan’ juga hasil karya Kala

4|Drama Dalam Pendidikan


Dewata. Kedua-dua pementasan drama ini merupakan petanda bagi kemunculan bentuk
drama zaman realisme di Tanah Melayu (Mana Sikana, 2005).

Drama aliran realisme ialah drama yang persoalan dan pemikirannya menggarap
kehidupan sehari-hari yang kontekstual sifatnya dan representasional. Drama realisme turut
dikenal dengan nama ‘drama masyarakat’. Tegasnya, drama aliran realisme bukan sahaja
mencerminkan masyarakat, malah menjadi alat untuk sesuatu perjuangan yang berbentuk
kemasyrakatan. Drama realisme mengajar penulisnya berterus-terang, melibatkan diri,
berani dan mengubah secara tangan besi (Mana Sikana, 1989). Hal inilah dapat dibuktikan
dalam “Atap Genting dan atap Rumbia” oleh Kala Dewata dan “Tamu di Bukit Kenny”, karya
Usman Awang.

2.1.2 Aliran Bukan Realisme

Drama aliran bukan realisme amat berbeza dengan aliran realisme. Hal ini demikian kerana
drama bukan aliran realisme mendokong sifat tidak logik dan tidak masuk akal. Drama
tradisional tergolong dalam drama aliran bukan realisme. Drama jenis ini juga tidak
mempunyai struktur plot yang khusus. Drama aliran bukan realisme tidak mementingkan isi
ceritanya tetapi pemikiran, falsafah atau makna yang cuba disampaikan oleh pengarang
dalam drama. Unsur mitos, lagenda atau imej tradisi dibawakan ke dalam drama bukan
realisme sebagai pemaparan isi drama. Tambahan pula, drama aliran bukan realisme
biasanya dipenuhi dengan lambang, simbol atau citra tertentu yang dipaparkan melalui
watak, peristiwa atau isi drama (Mana Sikana, 2005).

Drama aliran bukan realisme lebih bersifat konsep drama tanpa logika, anticerita,
antiplot serta menyimpang dari konvensi drama. Dalam drama bukan realisme kerap ditemui
pertembungan di antara tradisi dan moden. Tambahan lagi, gaya pementasan turut
menggabungkan unsur-unsur nyanyian, pantun, syair, seloka, mak yong dan juga boria.
Drama bukan aliran realisme kebiasaannya dihiasi dengan penggunaan bahasa yang puitis
untuk melahirkan keindagan pengucapan dan variasi dalam drama. Para dramatis bukan
realisme berusaha mengambil inisiatif untuk membawa pembaharuan dengan mengadun
unsur tradisional dan moden dalam penskipan dan pengarahan mereka (Zakaria Ariffin,
1981). Unsur ini dapat dibuktikan dalam “Bukan Lalang Ditiup Angin” karya Noordin Hassan
yang merupakan pelopor utama aliran ini, serta “Angin Kering” oleh Johan Jaafar.

5|Drama Dalam Pendidikan


2.1 Jenis Drama

Dalam mengenal jenis-jenis drama, terdapat pelbagai pendapat yang mengemukakan


tentang adanya jenis drama berpandukan dasar-dasar yang ada pada dara (Wiyanto, 2002).
Jenis drama dapat dibahagikan kepada tiga iaitu berdasarkan penyajian kisah drama,
berdasarkan sarana dan berdasarkan keberadaan naskah drama seperti gambar rajah di
bawah:

Jenis drama

Berdasarkan
Penyajian kisah Berdasarkan
keberadaan
drama sarana
naskah
Rajah 2: Jenis drama

Drama berdasarkan penyajian kisah drama merupakan cara bagaimana para pemain
drama itu menyajikan cerita di atas panggung dan bagaimana tokoh itu berlakon (Wiyanto,
2002). Jenis drama berdasarkan penyajian kisah drama dapat dibahagikan kepada lapan
jenis iaitu tragedi, komedi, tragekomedi, opera, melodrama, farce, tablo dan sendratari.
Tragedi merupakan drama yang bercerita menegnai kesedihan. Drama jenis tragedy juga
sering dikaitkan dengan drama duka cita dan kesedihan (Dewojati, 2010). Seterusnya pula
ialah drama komedi iaitu drama yang bercerita tentang komedi yang penuh dengan
kelucuan. Drama komedi adalah berlawanan dengan drama tragedy kerana drama komedi
ini banyak menyelitkan unsur kelucuan. Sementara drama tragekomedi merupakan
perpaduan antara kisah drama tragedi dan komedi (Wiyanto, 2002). Hal ini demikian kerana
drama tragekomedi menggabungkan secara jelas unsur humor dan kesedihan.

Seterusnya, drama opera pula ialah drama yang dialognya dengan cara dinyanyikan
dan diringi muzik. Menurut Arif (2009) drama opera juga ialah drama yang mengandungi
unsur muzik dan nyanyian. Drama melodrama ialah drama yang dialognya diucapkan dan
diringi muzik. Drma melodrama berasal dari drama opera yang dikembangkan dengan genre
tersendiri iaitu para pelakonnya hanya perlu mengikuti muzik yang mengiringinya.
Sementara drama farce ialah drama yang menyerupai dagelan, namun tidak sepenuhnya
drama tersebut dagelan. Menurut Semi (2010), farce merupakan drama yang berhubungan
erat dengan komedi bertujuan untuk memancing tawa para penonton. Seterusnya drama

6|Drama Dalam Pendidikan


tablo ialah jenis drama yang lebih mengutamakan gerak, para pelakonnya tidak
mengucapkan dialog, namun dengan melakukan berbagai gerakan.

Seterusnya, jenis drama ialah drama berdasarkan dari sarana pementasnya. Sarana
ialah sebahagian dari cara bagaimana sesuatu peristiwa atau kejadian itu dapat
disampaikan kepada umum (Wiyanto, 2002). Jenis drama ini terbahagai kepada enam jenis
iaitu drama panggung, drama radio, drama televisyen, drama film, drama wayang dan
drama boneka. Drama panggung ialah drama yang sepenuhnya dimainkan dipanggung,
Penonton dapat menonton drama secara langsung serta para pelakon berada dekat dengan
pelakon. Sementara drama radio pula ialah drama yang tidak dapat dilihat tetapi hanya
dapat didengar melalui rakaman suara.

Pada dasar yang sama, drama televisiyen pula hampir sama dengan drama
panggung namun tidak dapat disentuh. Kelebihan drama televisyen ini sama seperti drama
radio iaitu dapat dimainkan pada masa yang diinginkan. Drama film ialah drama yang
menggunakan media layar serta biasanya ditayangkan di pawagam (Wiyanto, 2002). Para
penonton hanya dapat melihat pementasan drama yang hanya dipentaskan di pawagam.
Selain itu, drama wayang ialah pula drama yang mempunyai alur cerita dan drama wayang
ini dimainkan oleh dalang. Seterusnya ialah drama boneka iaitu drama yang tidak
dimainkan oleh pelakon tetapi digambarkan dengan boneka yang dimainkan oleh beberapa
orang.

Akhir sekali ialah jenis drama berdasarkan keberadaan naskhah drama iaitu
terbahagi kepada drama tradisonal dan drama moden. Drama tradisional ialah drama yang
tidak menggunakan naskah. Safian Hussain et. Al. (2006) menjelaskan bahawa drama
tradisional keseluruhannya lahir dengan sifat dan fungsi ritualistik, dan kemudiannya
beransur-ansur mencapai fungsi hiburan tanpa terpisah langsung daripada fungsi ritualnya.
Drama moden pula ialah drama yang menggunakan naskah. Mana Sikana (2006)
berpendapat bahawa Shaharom Hussain dianggap sebagai tokoh terpenting dalam
kebangkitan modenisme dalam drama Melayu dengan menghasilkan hampir 20 buah skrip
drama. Dalam drama moden, para pelakonnya memainkan peranan yang baik dalam
menjayakan sesuatu watak, baik dari segi dialog mahupun gerak gerinya.

3.0 Sejarah Perkembangan Drama Kanak-Kanak

Kewujudan drama di negara Malaysia bukanlah sesuatu yang pelik pada pengetahuan
masyarakatnya. Tambahan pula, drama yang wujud dalam negara tersebut mempunyai
pelbagai jenis dan dikategorikan mengikut peringkat umur. Terdapat pengelasan drama

7|Drama Dalam Pendidikan


yang dipanggil sebagai drama dewasa dan drama kanak-kanak. Walaupun kedua-dua
pengelasan ini drama ini dalam genre drama tetapi kedua-dua kategori ini mempunyai
identiti sendiri lazimnya drama kanak-kanak.

Drama kanak-kanak merupakan buku-buku drama untuk kanak-kanak malah ia juga


sesuai untuk dibaca dan diminati oleh golongan dewasa. Di Malaysia, drama kanak-kanak
dipercayai telah wujud pada awal abad ke-20 selepas drama-drama di Barat berkembang
meluas, drama-drama tersebut telah disadur, diterjemahkan oleh PKM (Persatuan Kanak-
kanak Malaysia) malahan turut dipentaskan serta disiarkan di kaca televisyen serta di
corong-corong radio. Namun ada juga pendapat mengatakan bahawa perkembangan drama
kanak-kanak seiring dengan zaman kegemilangan drama sandiwara (Abdul Rahman
Napiah, 1987).

Drama kanak-kanak masih mendapat perhatian walaupun telah hasilkan dengan


pelbagai tema, motif serta gaya mengikut perkembangan zaman dan tahun. Drama kanak-
kanak mula mendapat sambutan kira-kira bermula pada tahun 1960-an, 1970-an, 1980-an,
dan sehingga kini. Setelah berkembangnya drama kanak-kanak pada awal abad ke-20
maka, pada tahun 1950-an drama kanak-kanak terus lagi bernafas walaupun drama kanak-
kanak yang diterbitkan dan dibukukan adalah daripada hasil terjemahan drama Barat oleh
para penterjemah tempatan. Misalnya, pada tahun 1957 karya klasik Inggeris yang popular
bertajuk “Macbeth” oleh Shakespeare telah diterjemahkan oleh Hussien Ahmad ke dalam
bahasa Melayu penerbitan Syarikat Saudara Sinaran Berhad (Hadijah Rahmat, 2006).

Seterusnya, perkembangan drama kanak-kanak menjadi lebih mantap pada tahun


1960-an. Hal ini demikian kerana, para penulis tempatan telah mula menceburi bidang
penulisan drama kanak-kanak dan bergiat menghasilkan drama. Keadaan ini adalah
berbeza pada tahun sebelumnya kerana penghasilan sesebuah drama kanak-kanak hanya
diambil daripada drama negara lain-lain seperti England, Russia, Indonesia, Singapura dan
lain-lain. Tambahan pula, pada ketika ini terdapatnya kesedaran daripada pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk bekerjasama dalam mempertingkatkan lagi taraf drama
kanak-kanak di Malaysia. Pihak DBP telah menjadikan buku-buku drama kanak-kanak
sebagai keperluan di sekolah-sekolah rendah kerana drama-drama sedemikian dapat
membantu perkembangan pendidikan kanak-kanak.

Di samping itu, pihak DBP juga telah melancarkan program peraduan menulis drama
kanak-kanak yang terbuka kepada semua pihak. Peraduan penulisan ini dibahagikan
kepada beberapa kategori iaitu, cerita lakonan untuk kanak-kanak sekolah rendah dan cerita
lakonan untuk kanak-kanak sekolah rendah dan cerita lakonan untuk orang-orang muda
peringkat sekolah menengah. Begitu juga dengan syarikat penerbitan lain khususnya,

8|Drama Dalam Pendidikan


Syarikat Saudara Sinar yang turut serta menganjurkan peraduan tersebut seterusnya
menerbitkan untuk menjadi bahan bacaan (Hadijah Rahmat, 2006). Bahan bacaan tersebut
dapat dipasarkan atau dijadikan bahan bacaan keperluan di sekolah. Tamsilnya, drama
bertajuk “Mari Berlakon I” dan “Mari Berlakon II” merupakan hasil daripada peraduan
penulisan drama yang telah dianjurkan oleh pihak DBP.

Pada masa kini terdapat juga drama kanak-kanak yang berbentuk antologi iaitu
pengumpulan berbagai-bagai jenis drama dibukukan dalam satu buku. Buku drama sebegini
mengandungi pelbagai jenis cerita misalnya, terdapat cerita yang berunsurkan
kemanusiaan, kekeluargaan, hiburan dan lain-lain. Disebabkan terdapat pelbagai cerita
maka terdapat pelbagai tema yang diutarakan kepada para pembaca. Tamsilnya drama
kanak-kanak berbentuk antologi adalah drama “Panggong Kanak-Kanak” dalam siri pertama
adalah disesuaikan sebagai bacaan kanak-kanak berumur sepuluh tahun manakala siri
kedua dan ketiga adalah untuk kanak-kanak darjah lima dan enam (Amir Hamzah, 1967).
Berpandukan siri yang disesuaikan mengikut usia kanak-kanak adalah secara tidak
langsung drama antologi tersebut mempunyai identiti yang tersendiri.

Dalam drama “Panggong Kanak-Kanak Yang Pertama” terdapat cerita yang menarik
dan berunsur teladan sesuai dengan tajuknya seperti “Lili Kucing Suzi”, “Siapa Bercakap
Bohong I dan II”, “Buat Baik Dibalas Baik”. Dalam drama ini unsur teladan digambarkan
pada watak Yusuf yang begitu sombong dan enggan memberi sedikit makanan kepada
orang tua. Orang tua tersebut meminta bekalannya untuk pergi berkelah, namun begitu
Yusuf telah menunjukkan sikapnya yang kurang ajar dan tidak menghormati orang tua.

4.0 Rumusan

Kesimpulannya, drama di dunia telah bermula dari abad ke-5 lagi dan telah menular ke
seluruh Malaysia dengan kedatangan wayang kulit yang berasal dari Jawa. Drama
merupakan salah satu saluran untuk manusia mengeluarkan buah fikiran selain menjadi
medium hiburan. Perubahan drama dari semasa ke semasa banyak bergantung kepada
percampuran adat, budaya, agama dan kepercayaan masyarakat setempat. Secara
keseluruhannya, sejarah perkembangan drama di dunia telah melalui tujuh zaman seperti
yang telah dinyatakan di dalam penulisan ini. Drama berkembang mengikut peredaran
zaman dan juga penerimaanya masyarakat terhadap drama tersebut. Pada dasar yang
sama, drama kanak-kanak juga telah berkembang dan membawa pengaruh yang baik
kepada masyarakat. Seterusnya, drama kanak-kanak yang berkembang seiring dengan
zaman sandiwara telah mencetuskan perkembangan dalam dunia pendidikan. Oleh hal yang

9|Drama Dalam Pendidikan


demikian, drama tidak akan pernah mati sekiranya penerimaan, kelangsungan dan masa
depan drama terjamin.

5.0 RUJUKAN

Abdul Rahman Napiah. (1987). Drama Moden Malaysia: Perkembangan dan Perubahan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amir Hamzah, (1967). Panggong Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Penerbitan Federal

Aristotle. (1973). The Poetics. London: William Heinemann.

Dewojati, Cahyaningrum. 2010. Drama Sejarah, Teori, dan Penerapannya. Yogyakarta:


Gadjah Mada University Press

Hadijah Rahmat, (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak Ramly. (2003). Teknik Mengajar Sastera. Pahang: PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

J. L. Styan. (1975). Drama, Stage and Audience. Australia: Cambride University Press.

J. L. Styan. (1981). Modern Drama in Theory And Practice. Australia. Cambridge University
Press.

Fazilah husin. (2010). Teater Melayu: teks dan Eksperimentasi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kamaluddin Abd Rahman. (2007). Teater Melayu: Suatu Risalah Pemikiran Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10 | D r a m a D a l a m P e n d i d i k a n
Kamaruddin Hj Hussin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1998). Drama Dalam Pengajaran Bahasa.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohamad Nazri Ahmad. (2000). Seni Persembahan Drama Melayu Moden. Selangor.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mana Sikana. (1989). Berkenalan dengan Drama. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Mana Sikana. (2006). Drama Melayu Tradisional, Moden dan Pascamoden. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. (2009). Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden- Drama. Kuala Kumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana, (2015). Sasterawan Negara Di Takhta Keunggulan. Kuala Lumpur:

Institut Terjemahan Buku Malaysia

Margeret F. Johson. (2007). The Drama Teacher’s Survival Guide. Colorado: Meriwether
Publishing Ltd.

Nicol. (1976).World Drama. Barnes and Noble Press.

Nur Nina Zyhra. (1992). An Analysis Modern Malay Drama. Selangor: MARA Institute of
Techonology.

Rahmah Bujang. (2015). Drama Melayu Dari Skrip ke Pentas. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Raminah Sabran dan Rahim Syah, (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan.

Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Wiyanto. (2005). Kesusastraan Sekolah. Jakarta: Grasindo Anggota Ikapi.

Zakaria Ariffin, (1984). Drama Tiga Zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jurnal:
Kalam Jiwa. (2017). Perkembangan Drama Kanak-Kanak: Satu Tinjauan Ringkas. Dicapai
daripada http://nyala.ungguncreative.com/perkembangan-drama-kanak-kanak-satutin
jauan-ringkas/.

11 | D r a m a D a l a m P e n d i d i k a n
Norlizawati Md. Nor. (Februari, 2017). Selayang Pandang Perkembangan Drama Kanak-
Kanak di Malaysia. Tunas Cipta, 11-12.

Safian Hussain et.al. (2006). Sejarah Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

6.0 LAMPIRAN

12 | D r a m a D a l a m P e n d i d i k a n

You might also like