Kertas Kerja Bina Dewan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN

PEMBINAAN DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG


SEKOLAH KEBANGSAAN GAMBANG KUANTAN

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Gambang Kuantan


Nama Guru Besar : Pn. Junaidah Binti Mohamed Som
Nama YDP PIBG : En. Izdihar Bin Ishak
Alamat Sekolah : SK Gambang
26300 Kuantan Pahang
No. Telefon : 01165731414

1.0 Pengenalan
Sekolah Kebangsaan Gambang Kuantan merupakan sebuah sekolah harian Kementerian
Pelajaran Malaysia. Pelbagai kemudahan fizikal dan infrastruktur disediakan termasuk
sebidang tanah di hadapan Blok A dan berada diantara Blok B dan Blok Kantin yang diberi
gelaran tapak perhimpunan.

Tapak perhimpunan ini merupakan tempat untuk semua guru dan murid berkumpul bagi
menjalani aktiviti perhimpunan mingguan dan perhimpunan harian sebelum semua murid
dibenarkan memasuki kelas menjalani aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran seperti biasa.
Aktiviti perhimpunan di tapak perhimpunan yang sedia ada ini tidak dapat dilaksanakan
ataupun terpaksa ditunda sekiranya mengalami cuaca hujan. Selain itu sekiranya pihak
sekolah ingin menjalankan sesuatu aktiviti, masa aktiviti yang hendak dijalankan amat terhad
atas faktor cuaca panas bermula sekitar jam 8.00 pagi.

Atas dasar keselesaan semua guru dan murid, maka pihak sekolah berganding bahu bersama
pihak PIBG SK Gambang begitu proaktif mengambil inisiatif membina dewan terbuka
berbumbung ini.
2.0 Rasional
Memandangkan jumlah murid bertambah seramai 530 orang murid, sekolah memerlukan
kemudahan infrastruktur untuk kemudahan murid. Antara masalah utama ialah sekolah tidak
mempunyai dewan untuk perhimpunan murid sessi petang dan tempat untuk menjalankan
aktiviti kokurikulum. Masalah ketiadaan tempat menjadi semakin rumit khususnya semasa
hujan

Aktviti kokurikulum pada hari Rabu terpaksa diadakan di kelas-kelas dan kawasan terbuka .
Dengan sebab itu, sekolah memerlukan kawasan berbumbung untuk kegiatan aktiviti
kokurikulum murid sessi pagi dan petang.

SK Gambang memerlukan sebuah dewan terbuka berbumbung yang sama taraf seperti
sekolah rendah yang lain. Matlamat yang utama ialah bertujuan untuk menampung keperluan
ruang bagi menjalankan program sekolah seperti perhimpunan mingguan, perhimpunan
harian, Mesyuarat PIBG, Majlis Anugerah Kecemerlangan pelajar, Majlis Sambutan Hari
Guru, Sambutan Hari Kanak-kanak, Majlis Sambutan Hari Raya aktiviti sukan dan permainan
dan sebagainya yang selama ini dijalankan di kelas-kelas terbuka.

3.0 Matlamat
Menjadi tempat semua murid dan guru untuk berlindung daripada cuaca panas dan hujan
sewaktu perhimpunan.

Untuk menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) murid.

Untuk menjalankan program-program atau majlis rasmi sekolah seperti Majlis Anugerah
Cemerlang, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dan lain-lain.

Untuk menjalankan kegiatan ko-kurikulum seperti sukaneka, kawad kaki, kelab dan persatuan
dan lain-lain.

Sebagai lokasi pertandingan sukan dan permainan di peringkat sekolah, peringkat zon,
peringkat daerah Kuantan mahupun negeri Pahang.
4.0 Objektif
Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) akan menjadi lebih lancar dan berkesan.

Memastikan kesihatan murid berada dalam keadaan yang baik dan tidak terjejas.

Melancarkan aktiviti program sekolah seperti yang dirancang mengikut takwim sekolah.

5.0 Tapak Cadangan


Tapak dewan terbuka berbumbung yang dicadangkan ini terletak di atas tapak perhimpunan
yang sedia ada yang mempunyai keluasan yang terhad iaitu lebih kurang 80 kaki x 80 kaki.
Kedudukannya yang strategik serta di apit oleh dua blok bangunan sekolah iaitu Blok Kantin
dan Blok B. Ianya merupakan tempat yang sesuai untuk murid berkumpul kerana tapak ini
berada di tengah-tengah kawasan sekolah.

6.0 Tarikh Pelan


Februari 2020

7.0 Anggaran Kos


RM150,000.00

8.0 Sumber Dana Pembangunan


Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Badan-Badan Korporat

Sumbangan Ibu Bapa


9.0 Sumber Tenaga
Kontraktor yang akan dipilih melalui pemilihan tender.

10.0 Perlaksanaan
Memohon Sumbangan daripada Ibu, Bapa serta penjaga murid.

Pemilihan kontraktor melalui pemilihan tender.

Perlaksanaan pembinaan.

11.0 Panel Penilai


Guru Besar SK Gambang Kuantan

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Gambang Kuantan

Ahli JawatanKuasa PIBG SK Gambang Kuantan

Di Sediakan Oleh Disahkan Oleh:

……………………………… …………………………..
Noraidah Bt Abd Manaf Izdihar Bin Ishak
(Setiausaha PIBG) (YDP PIBG)

You might also like