Professional Documents
Culture Documents
PBS Bil 1 (2019)
PBS Bil 1 (2019)
PBS Bil 1 (2019)
1.1. Pengerusi, Encik Chanking Anak Jawa, mengalu-alukan kehadiran semua guru. Beliau
mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke mesyuarat PBS dan KSSR kali
pertama pada tahun 2019.
1.2 Beliau menyatakan tujuan perjumpaan diadakan bagi memastikan setiap guru sentiasa
menggerakan PBS dalam usaha meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah ini
menerusi aktiviti PdPc yang berkesan.
1.3 PBS merupakan dasar kerajaan dan piihak sekolah perlu melaksanakan PBS. PBS
hendaklah diperhalusi supaya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan diperingkat
sekolah.
Tindakan : Makluman semua guru
1
3.2 Perancangan PBS 2019 (Jadual Pengoperasian)
3.2.1 Pembentangan Jadual Pengoperasian PBS Sk Ulu Lemanak. Terdapat banyak aktiviti
yang disusun dan berharap agar semua aktiviti dapat dilaksanakan mengikut jadual
yang ditetapkan.
3.2.2 Antara aktiviti-aktivti PBS ialah mesyuarat PBS tiga kali setahun, sistem fail PBS,
pelaksanaan PBD, aktiviti penjaminan kualiti, penandaan penguasaan murid,
pelaksanaan PAJSK, PPSI, pelaporan murid, semakan fail dan sebagainya.
Tindakan : Makluman semua guru
4.1 Diketuai oleh Guru Besar. Dan dibawahnya mempunyai 3 komponen utama yang
diketuai oleh PK Pentadbiran (PBD & PP), PK HEM (Pembudayaan & PPS) dan PK
KoKurikulum (PAJSK).
4.3 Unit PPSI : Unit ini berfungsi untuk melihat kecenderungan murid yang merangkumi
pelbagai aspek.
4.4 Unit PAJSK : Unit ini berfungsi untuk mentaksir murid dari segi pendidikan jasmani,
sukan dan aktiviti kokurikulum.
4.5 Di dalam carta organisasi PBS juga terdapat ketua panitia semua subjek.
Tindakan : Makluman semua guru
2
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Guru Besar menyatakan PBD sangat dititik beratkan. Guru-guru mesti bersedia dengan
kedatangan pemantau. Borang transit atau pelaporan perlu di isi setiap kali pentaksiran
berlaku di dalam kelas. Template pelaporan terkini terdapat di laman web bpk.moe.
5.2 Puan Rani memaklumkan bahawa DSKP yang terbaru ada ruangan evidens. Dalam RPH
perlu nyatakan pentaksiran apa yang digunakan dan objektif PDP mesti jelas .Sebagai
contoh, murid dapat menjawab 6 daripada 10 soalan yang diberikan.
5.3 Guru Besar menyatakan bahawa PBD boleh dibuktikan dengan menunjukkan RPH dan
borang pentaksiran / transit. Ianya perlu sentiasa dibawa semasa mengajar di dalam kelas.
5.4 Beliau telah memberi penerangan tentang PBS kepada semua ibu bapa ketika Mesyuarat
Agong PIBG dan Perjumpaan Tiga Penjuru.
5.5 Guru Besar meminta penyelaras PBS, Pn.K.Tangkesvari untuk memastikan semua guru
menggunakan DSKP dan RPT yang terkini. Beliau turut meminta penyelaras supaya
menyimpan satu salinan DSKP dan RPT untuk semua kelas di almari PBS yang telah
disediakan.
5.6 Guru Besar mengingatkan semua guru harus membawa DSKP dan RPH setiap kali
masuk ke kelas.
5.7 Guru Besar berharap semua guru akan bersama-sama dapat membudayakan PBS sebaik
mungkin. Setiap unit dalam PBS perlu melengkapkan fail dan pemantauan dalam perlu
diadakan tiga kali setahun.
6.0 PENANGGUHAN
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.
------------------------ --------------------------
(Encik Hafizie Bin Zulkefle )
Penyelaras PBS