SINOPSIS

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SINOPSIS

TAJUK : KELUARGA BAHAGIA MASYARAKAT SEJAHTERA

Setiap manusia yang lahir di atas muka bumi pastinya mempunyai sebuah institusi
kekeluargaan. Tidak kira apa juga latar belakang keluarga, kita tentunya berasa bertuah
memilik keluarga yang terdiri daripada kedua-dua orang tua iaitu ibu dan bapa, abang, kakak,
adik dan sebagainya. Setiap insan di dunia ini mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia,
namun hanya mereka yang mematuhi peraturan hidup di dunia dan akhirat serta taat kepada
Tuhan yang dapat menikmati kebahagiaan itu. Dalam sebuah keluarga, suami atau bapa
merupakan ketua kepada sebuah keluarga dan suamilah orang pertama yang patut memainkan
peranan penting dan melaksanakan tugas sebagai pemimpin keluarga. Skrip bicara berirama
yang mengandungi 7 segmen ini menceritakan tentang Keluarga Bahagia Masyarakat
Sejahtera yang bertemakan Kekeluargaan. Jalan cerita dalam skrip ini sangat menitikberatkan
soal kehidupan bermasyarakat bermula dari keluarga. Merujuk kepada Kamus Dewan iaitu
KELUARGA memberi maksud seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri
serta anak-anak. Manakala, BAHAGIA pula bermaksud suasana tenang dan aman serta
gembira. Sebut saja keluarga bahagia, sudah jelas terbayang dalam kotak pemikiran kita
bahawa kehidupan satu keluarga yang bebas daripada gejala sosial, mengamalkan corak
hidup yang berlandaskan disiplin tetapi wujud di dalamnya sifat kasih sayang yang amat
tinggi dan saling menghormati. Apabila kita hidup dalam syurga kehidupan berumahtangga,
maka akan lahirlah generasi-generasi yang mempunyai modal insan yang berkualiti. Keluarga
ialah satu institusi penting dalam negara yang berperanan sebagai penyumbang terpenting
kepada kesejahteraan diri dan masyarakat dan sekaligus menyumbang kepada keharmonian
negara. Oleh itu, sebagai seorang ibu bapa hendaklah menunjukkan dan mempamerkan
contoh yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka. Keluarga yang menginginkan
kebahagiaan juga hendaklah mengamalkan sifat-sifat yang baik dan mulia. Pengajaran yang
dapat diperoleh daripada topik ini ialah keluarga merupakan aspek yang paling penting dalam
sesebuah keluarga. Kita hendaklah memainkan peranan penting untuk melahirkan keluarga
yang bahagia dan harmoni. Selain daripada itu, kita juga mendapat pengajaran tentang
perlunya mempunyai sikap kasih sayang terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga yang
bahagia. Akhirnya,setiap manusia perlu mempunyai sikap tolak ansur untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Tanpa kerjasama setiap anggota keluarga impian untuk melahirkan keluarga
bahagia tidak akan dicapai.

You might also like