Surat Jemputan Ceramah PRS

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

森州芙蓉振华二校国民型华文中学

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHAN WA II,


TAMAN BUKIT GALENA, 70200 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
TEL: 06. 7611735 FAKS:06.7612193

Ruj : SMJKCWII/400-02/02(02)
Tarikh : 18 Februari 2020
Kepada,

Pengetua,
SMK King George V
70200 Seremban
(U.P: Pn. Lee Kim Yoong)

Tuan/Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN CERAMAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan SMJK Chan Wa II akan mengadakan Kursus Kepimpinan Pembimbing


Rakan Sebaya (PRS) dan Pengawas. Tujuan program ini diadakan untuk memantapkan lagi kemahiran
asas kaunseling di kalangan PRS.

3. Sehubungan ini pihak kami memohan pertimbangan tuan untuk memberi kebenaran kepada
pegawai di sekolah tuan iaitu Puan Lee Kim Yoong Guru Bimbingan Kaunseling untuk menyampaikan
ceramah seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 13 Mac 2020 (Jumaat)


Masa : 2.30pm - 4.30pm
Tempat: Bilik Kuliah, SMJK Chan Wa II

4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas pihak tuan/puan boleh menghubungi En. Puvan
di talian 016.2323140.

5. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

-------------------------------
(SOONG LI YING)
Pengetua
SMJK Chan Wa II
Taman Bukit Galena, Seremban.

You might also like