Prelim PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

Statistik untuk

Sains Sosial

i
ii
SSQL1113

Statistik untuk
Sains Sosial
Iran Herman

Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)


Universiti Utara Malaysia
Sintok • 2010

iii
ISBN 983-3282-80-6

Cetakan Pertama, 2006


Cetakan Kedua, 2007
Cetakan Ketiga, 2010
© Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Pendidikan Profesional dan
Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul
Aman.

Siri Modul Kendiri merupakan bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran kendiri
di bawah Program Pengajian Luar Kampus, Universiti Utara Malaysia. Siri Modul
Kendiri diterbitkan tanpa melalui proses penilaian. Mutu Siri Modul Kendiri ini
diperbaiki dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas daripada aktiviti
pengajaran. Edaran buku ini terhad dalam kawasan Universiti Utara Malaysia
sahaja.

iv
KANDUNGAN
___________________________________________________________

Prakata xi
Penghargaan xiii
Kata Kunci xv
Matlamat dan Objektif Modul xvii
Sinopsis xix

MODUL 1 STATISTIK DESKRIPTIF

BAB 1 PENGENALAN KEPADA STATISTIK


SAINS SOSIAL
Objektif Bab 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Analisis Statistik 1
1.3 Statistik dalam Penyelidikan 2
1.4 Statistik Deskriptif dan Inferens 3
1.5 Kesahan Dalaman 3
1.6 Kesahan Luaran 3
1.7 Konsep Utama dalam Statistik 4
1.7.1 Pemboleh Ubah 4
1.7.2 Populasi 4
1.7.3 Parameter 4
1.7.4 Sampel 5
1.7.5 Statistik 5
1.7.6 Pemboleh Ubah Bebas dan Pemboleh Ubah Terikat 5
1.7.7 Pemboleh Ubah Kualitatif dan Pemboleh Ubah
Kuantitatif 5
1.8 Kesimpulan 6
Soalan Penilaian Kendiri 6
Jawapan Soalan dalam Teks 7

BAB 2 SKALA PENGUKURAN

Objektif Bab 9
2.1 Pengenalan 9
2.2 Jenis Skala Pengukuran 9
2.2.1 Skala Nominal 10
2.2.2 Skala Ordinal 11
2.2.3 Skala Sela 12
2.2.4 Skala Nisbah 13
2.3 Kesimpulan 14
Soalan Penilaian Kendiri 15
Jawapan Soalan dalam Teks 16

v
BAB 3 PEMERIHALAN DATA DENGAN JADUAL
KEKERAPAN, GRAF DAN GAMBAR RAJAH

Objektif Bab 19
3.1 Pengenalan 19
3.2 Jadual Taburan Kekerapan 19
3.2.1 Taburan Kekerapan Data Tidak Terkumpul 19
3.2.2 Taburan Kekerapan Data Terkumpul 21
3.3 Bilangan Kelas 21
3.4 Had Sebenar Kelas 22
3.5 Peratus Kekerapan dan Kekerapan Kumulatif 22
3.6 Graf dan Gambar Rajah 24
3.7 Carta Turus 24
3.8 Graf Garisan dan Kekerapan Poligon 27
3.9 Graf Ogif 28
3.10 Carta Bulatan dan Carta Pai 29
3.11 Nilai Asas dan Nilai Hujung 29
3.12 Data Outlier 31
3.13 Bentuk Taburan Semukur dan Herot 33
3.14 Kesimpulan 34
Soalan Penilaian Kendiri 35
Jawapan Soalan dalam Teks 37

BAB 4 UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT

Objektif Bab 39
4.1 Pengenalan 39
4.2 Ukuran Kecenderungan Memusat 39
4.3 Min 39
4.4 Sifat Min 41
4.5 Min Kumpulan Bergabung 41
4.6 Median 42
4.7 Mod 44
4.8 Perbandingan antara Min, Median dan Mod 44
4.9 Kesimpulan 46
Soalan Penilaian Kendiri 47
Jawapan Soalan dalam Teks 48

BAB 5 UKURAN SERAKAN

Objektif Bab 51
5.1 Pengenalan 51
5.2 Ukuran Serakan 51
5.3 Julat 52
5.4 Min Sisihan 52
5.5 Varians 54
5.6 Sisihan Piawai 56
5.7 Nilai Sisihan Piawai Apabila Ada Outliers 57

vi
5.8 Pola Taburan 58
5.9 Kesimpulan 59
Soalan Penilaian Kendiri 59
Jawapan Soalan dalam Teks 60

BAB 6 MARKAT TRANSFORMASI

Objektif Bab 63
6.1 Pengenalan 63
6.2 Persentil 64
6.3 Pangkat Persentil 66
6.4 Kegunaan Persentil dan Pangkat Persentil 68
6.5 Markat Piawai 69
6.6 Sifat Markat Piawai 70
6.7 Kegunaan Markat Piawai 72
6.8 Markat Transformasi 72
6.9 Kesimpulan 73
Soalan Penilaian Kendiri 74
Jawapan Soalan dalam Teks 76

BAB 7 METODE KORELASI

Objektif Bab 79
7.1 Pengenalan 79
7.2 Metode Korelasi 79
7.3 Hubungan Positif 80
7.4 Hubungan Negatif 80
7.5 Tiada Hubungan 80
7.6 Pekali Korelasi 82
7.7 Pengiraan Pekali Korelasi 83
7.8 Formula Pearson 83
7.9 Pengiraan Pekali Korelasi Pearson 83
7.10 Nilai Pekali Korelasi 84
7.11 Interpretasi dalam Konteks Varians 84
7.12 Pekali Korelasi Pangkat Formula Spearman 85
7.13 Pengiraan Pekali Korelasi Spearman 86
7.14 Metode Korelasi yang Lain 87
7.15 Kesimpulan 87
Soalan Penilaian Kendiri 88
Jawapan Soalan dalam Teks 90

BAB 8 METODE REGRESI

Objektif Bab 93
8.1 Pengenalan 93
8.2 Metode Regresi 93
8.3 Regresi Garisan Lurus 93
8.4 Pintasan Garisan Regresi 95

vii
8.5 Operasi Metode Regresi 96
8.6 Hubungan Negatif 98
8.7 Markat Anggaran dan Ralat Ramalan 99
8.8 Ralat Piawai Anggaran 100
8.9 Formula Ralat Piawai Anggaran yang lain 101
8.10 Hubungan Pekali Regresi dengan Pekali Korelasi 102
8.11 Perbezaan Model Korelasi dan Regresi 103
8.12 Kesimpulan 103
Soalan Penilaian Kendiri 105
Jawapan Soalan dalam Teks 107

MODUL 2 STATISTIK INFERENS

BAB 9 PENGUJIAN SIGNIFIKAN PEKALI KORELASI

Objektif Bab 111


9.1 Pengenalan 111
9.2 Pengujian Signifikan Pekali Korelasi Pearson 111
9.3 Membina Hipotesis 111
9.4 Kriterium Menolak Ho 112
9.5 Aras Signifikan Pengujian 112
9.6 Nilai Kritikal 114
9.7 Aplikasi Komputer 114
9.8 Pengiraan Statistik dan Keputusan 115
9.9 Interpretasi Keputusan dan Rumusan 115
9.10 Pekali Korelasi Pangkat Spearman 117
9.11 Membina Hipotesis 117
9.12 Kriterium Menolak Ho 117
9.13 Aras Signifikan Pengujian dan Nilai Kritikal 117
9.14 Pengiraan Statistik dan Keputusan 118
9.15 Interpretasi Keputusan 118
9.16 Kesimpulan 118
Soalan Penilaian Kendiri 120
Jawapan Soalan dalam Teks 122

BAB 10 PENGUJIAN SIGNIFIKAN PEKALI REGRESI

Objektif Bab 125


10.1 Pengenalan 125
10.2 Pengujian Signifikan 126
10.3 Pembinaan Hipotesis 126
10.4 Statistik 126
10.5 Kriterium Menolak Ho 127
10.6 Pengiraan Statistik 128
10.7 Keputusan dan Interpretasi 129
10.8 Hasil Cetak Komputer 129
10.9 Pendekatan Lain Pengujian Signifikan Pekali Regresi 129
10.10 Kesimpulan 130

viii
Soalan Penilaian Kendiri 131
Jawapan Soalan dalam Teks 132

BAB 11 PERBANDINGAN MIN DUA KUMPULAN


SAMPEL

Objektif Bab 135


11.1 Pengenalan 135
11.2 Varians Dua Kumpulan Sampel Bebas 135
11.3 Perbandingan Min Sampel Bebas Varians Seragam 136
11.4 Pernyataan Kajian 136
11.5 Sumber Data 136
11.6 Metode Analisis 136
11.7 Hipotesis 137
11.8 Kriterium Menolak Ho 138
11.9 Pengiraan Statistik 139
11.10 Keputusan Ujian Hasil Cetak Komputer 140
11.11 Interpretasi Keputusan 141
11.12 Perbandingan Min Sampel Bebas Varians Berbeza 142
11.13 Pernyataan Kajian 143
11.14 Sumber Data 143
11.15 Metode Analisis 143
11.16 Hipotesis 144
11.17 Kriterium Menolak Ho 144
11.18 Pengiraan Statistik 145
11.19 Keputusan dan Interpretasi 145
11.20 Perbandingan Min Sampel Berhubungan 146
11.21 Pernyataan Kajian 146
11.22 Sumber Data 147
11.23 Hipotesis 147
11.24 Analisis Statistik 148
11.25 Kriterium Menolak Ho 148
11.26 Pengiraan Statistik 149
11.27 Keputusan dan Interpretasi 150
11.28 Hasil Cetak Analisis Komputer 151
11.29 Kesimpulan 151
Soalan Penilaian Kendiri 152
Jawapan Soalan dalam Teks 154

BAB 12 ANALISIS KHI KUASADUA

Objektif Bab 159


12.1 Pengenalan 159
12.2 Pernyataan dan Tujuan Kajian 159
12.3 Sumber Data 159
12.4 Hipotesis 160
12.5 Metode Analisis 160
12.6 Pengiraan Statistik 160

ix
12.7 Kekerapan Diperoleh dan Kekerapan Dijangka 160
12.8 Darjah Kebebasan dan Nilai Kritikal 161
12.9 Keputusan Analisis 162
12.10 Pembetulan Yate 162
12.11 Hasil Cetak Analisis Komputer 163
12.12 Anggaran Kasar Darjah Kaitan 163
12.13 Kesimpulan 164
Soalan Penilaian Kendiri 165
Jawapan Soalan dalam Teks 167

BAB 13 ANALISIS VARIANS SATU HALA

Objektif Bab 169


13.1 Pengenalan 169
13.2 Analisis Varians 169
13.3 Contoh Analisis 170
13.4 Analisis Data 170
13.5 Komponen Sumber Varians 171
13.6 Analisis Deskriptif ANOVA 171
13.7 Statistik Inferens ANOVA 172
13.8 Hipotesis 172
13.9 Kriterium Menolak Ho 172
13.10 Pengiraan SS dan MS Sumber Varians 172
13.11 Hasil Cetak Analisis Komputer 174
13.12 Keputusan Analisis dan Interpretasi 175
13.13 Ujian Post Hoc 175
13.14 Perbandingan Terancang 176
13.15 Reka Bentuk Faktorial dan ANOVA Dua Hala 176
13.16 Kesimpulan 177
Soalan Penilaian Kendiri 178
Jawapan Soalan dalam Teks 179

BIBLIOGRAFI 181

LAMPIRAN A
Jawapan Soalan Penilaian Kendiri 185

LAMPIRAN B
Jadual A. Nilai Kritikal Taburan F 211

x
PRAKATA
___________________________________________________________

Program Pengajian Luar Kampus atau secara ringkasnya PLK, telah


membuka peluang yang luas kepada individu-individu untuk melanjutkan
pelajaran mereka ke institusi pendidikan tinggi contohnya untuk
memperolehi ijazah sarjana muda. Peluang ini boleh dimanfaatkan
terutamanya oleh individu yang menghadapi masalah meneruskan pengajian
disebabkan faktor kerja atau lokasi terletaknya sesebuah pusat pengajian
tinggi tersebut. Konsep pendidikan jarak jauh berbeza daripada pendidikan
konvensional kerana ini adalah satu proses pendidikan melalui pembelajaran
kendiri. Beban pembelajaran kendiri ini lebih banyak diletakkan di bahu
pelajar-pelajar jika dibandingkan dengan pendidikan konvensional. Oleh itu,
pelajar-pelajar harus mempunyai disiplin dan iltizam yang tinggi untuk
mengharungi program pendidikan jarak jauh ini untuk memastikan kejayaan.

Modul STATISTIK UNTUK SAINS SOSIAL ini ditulis berdasarkan silibus


kursus Statistik Untuk Sains Sosial bagi program Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM (Hons)] dan Ijazah Sarjana
Muda Komunikasi dengan Kepujian [B.Comm.(Hons)] sepenuh masa di
Universiti Utara Malaysia. Ia disediakan dalam bentuk bahan pembelajaran
kendiri secara modul di bawah Unit Pengajian Luar Kampus, Pusat
Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat mengikuti kursus STATISTIK


UNTUK SAINS SOSIAL dan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau
cadangan, sila kemukakan kepada penulis.

Iran Herman

xi
xii
PENGHARGAAN
___________________________________________________________

Saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. atas limpah


rahmat-Nya sehingga modul ini berjaya disiapkan.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Fakulti


Pembangunan Sosial dan Manusia (FPSM) dan Pusat Pendidikan
Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia kerana
memberi peluang dan kepercayaan kepada saya untuk menulis modul ini.
Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada penyunting dan Cik Halimah
Abdul Manaf selaku Penyelaras Program BPM. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan dan penerbitan modul
ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada
keluarga dan rakan-rakan atas segala sokongan, dorongan dan motivasi yang
diberikan sehingga modul ini dapat dihasilkan.

Iran Herman

xiii
xiv
KATA KUNCI
___________________________________________________________

Terdapat beberapa lambang yang akan anda lihat dalam modul ini. Lambang
tersebut memberi maksud tertentu seperti yang dinyatakan di bawah.
Lambang ini disediakan bagi membimbing dan melengkapkan proses
pengajaran dan pembelajaran anda.

Soalan dalam teks (STD) atau soalan latihan yang merujuk


kepada perbincangan dalam teks yang dipelajari. Contoh
jawapan disediakan di akhir setiap bab.

Soalan penilaian kendiri (SPK) atau soalan ulangkaji merujuk


kepada perbincangan keseluruhan bab. Skima jawapan
disediakan di akhir modul kursus.

Anda boleh menyemak jawapan latihan anda dengan


contoh/skema jawapan yang disediakan di akhir bab atau
modul kursus. Anda dinasihatkan membuat latihan terlebih
dahulu sebelum menyemak jawapan tersebut.

Anda dikehendaki berfikir sejenak tentang situasi di


sekeliling anda atau mengimbas kembali bab yang lepas.
Pelbagai soalan yang berkaitan dengan bab tersebut akan
dikemukakan.

xv
xvi
MATLAMAT DAN OBJEKTIF MODUL
___________________________________________________________

MATLAMAT

Modul ini akan membincangkan beberapa tatacara, kaedah dan beberapa


analisis statistik yang selalu digunakan untuk tujuan analisis data dalam
penyelidikan sains sosial. Metode analisis statistik yang dibincangkan
termasuk statistik deskriptif untuk tujuan pemerihalan dan juga statistik
inferens untuk tujuan membuat generalisasi kepada populasi.

Pelajar-pelajar akan diberi kemahiran memahami konsep-konsep penting


dalam statistik, pemerihalan kepada metode dan tata cara menggunakan
statistik supaya akhirnya pelajar mampu menggunakannya untuk analisis
data dalam sesuatu penyelidikan. Di samping itu, pelajar juga didedahkan
dengan beberapa hasil cetak analisis yang dibuat dengan pakej komputer
SPSS for Windows dengan harapan pelajar mampu membuat interpretasi dan
melaporkan keputusan analisis.

Modul ini mengharapkan dapat membantu pelajar mencapai beberapa


objektif berikut.

OBJEKTIF

Di akhir pembelajaran MODUL STATISTIK UNTUK SAINS SOSIAL ini,


anda sepatutnya dapat:

1. Menjelaskan konsep-konsep utama statistik data analisis data yang


digunakan dalam penyelidikan sains sosial.

2. Menerangkan dan menghuraikan beberapa tata cara dan metode


pemerihalan data dengan menggunakan statistik deskriptif dan
statistik inferens.

3. Menggunakan secara aplikasi metode analisis statistik untuk tujuan


menguji hipotesis secara sistematik dan saintifik.

4. Membuat interpretasi kepada keputusan analisis melalui pakej


komputer seperti SPSS for Windows.

5. Menerangkan kebaikan dan kelemahan seseuatu metode analisis


data deskriptif dan inferens.

xvii
xviii
SINOPSIS
___________________________________________________________

Modul STATISTIK UNTUK SAINS SOSIAL ini membincangkan


beberapa tata cara, kaedah dan pengantar kepada statistik yang selalu
digunakan untuk tujuan analisis data dalam penyelidikan sains sosial. Modul
ini tidak sangat menekankan kepada formula untuk mengira statistik, tetapi
ia lebih menititberatkan kepada pemahaman konsep dan penggunaannya
dalam penyelidikan. Secara keseluruhannya, modul ini dibahagikan kepada
dua, iaitu statistik deskriptif dan statistik inferens.

Modul 1 membincangkan beberapa tata cara dan kaedah analisis data secara
deskriptif. Perbincangan dimulakan dengan pengenalan kepada statistik,
konsep-konsep utama dalam penyelidikan dan analisis data serta beberapa
jenis skala pengukuran. Statistik deskriptif yang biasa digunakan untuk
menerangkan dan memperihalkan data ialah ukuran kecenderungan
memusat seperti min, median dan mod; ukuran serakan seperti julat, varians
dan sisihan piawai dibincangkan pada awal modul ini. Seterusnya tata cara
menggunakan jadual kekerapan, carta, graf dan gambarajah dibincangkan
untuk menerangkan data secara visual, di samping penggunaan persentil,
markat trasformasi, dan markat piawai. Dua tajuk akhir yang penting dalam
Modul 1 ialah analisis data dengan metode korelasi dan regresi bagi
menggambarkan hubungan Pemboleh Ubah dan ramalan Pemboleh Ubah
bebas terhadap Pemboleh Ubah terikat yang terlibat dalam kajian.

Modul 2 pula menekankan kepada beberapa metode analisis statistik inferens


untuk menerangkan statistik kepada populasi yang lebih besar supaya
keputusan analisis dapat digunakan untuk tujuan generalisasi. Dalam
perbincangan statistik inferens, penekanan diberikan kepada langkah-
langkah pengujian hipotesis. Modul ini memberi kemahiran membina
hipotesis yang betul berdasarkan pernyataan kajian, memilih kriteria untuk
menerima atau menolak hipotesis, memilih metode analisis yang sesuai dan
tepat dan akhirnya pelajar mempunyai kemahiran membuat keputusan dan
interpretasi.

Secara keseluruhan, modul STATISTIK UNTUK SAINS SOSIAL ini akan


dapat memberi kefahaman dan penghayatan yang kukuh kepada pelajar
supaya mempunyai persepsi bahawa kursus yang bersifat kuantitatif seperti
ini tidaklah susah dan ia amat berguna kepada penyelidikan sains sosial.
Kursus seperti ini akan memberi kemahiran kepada pelajar untuk membuat
analisis dan seterusnya membentangkan hasil keputusan dengan mudah dan
boleh difahami oleh masyarakat umum.

xix

You might also like